MEMPERINGATI PEMERGIAN AL-MARHUM SYAIKH MUJAHID SA’ID HAWWA

Said Hawwa 1935-1989

Said Hawwa 1935-1989

Tanggal 9 Mac 2008, 19 tahun yang lalu seorang tokoh dakwah Timur Tengah Sa’id Hawwa menghembuskan nafasnya yang terakhir di Musytasyfa al-Islami jam 12.30 tengah hari, Khamis 9 Mac 1989. al-Fatihah buat roh al-Marhum

Jenazah Sa،id Hawwa disembahyangkan di Masjid al-Fayha’, al-Syimisyani selepas solat Jumaat. Jenazah beliau disembahyangkan dengan diimami oleh anak sulungnya Muhammad. Dr.،Ali al-Faqir menyentuh di dalam khutbahnya tentang kelebihan ilmu dan ulama serta kesan pemergian ulama terhadap umat. Beliau menyeru sidang Jumaat untuk mengenang jasa Sa،id Hawwa dengan menyebut tentang ilmu al-marhum yang tersebar luas. Selain itu, beberapa orang khatib yang lain turut menyebut kebaikan Sa،id Hawwa di dalam khutbah mereka seperti Dr.Ahmad al-،Uwaysyah , Hamzah Mansur dan Nasir al-Din Mustafa al-Idlibi.
Jenazah beliau telah diiringi oleh lebih daripada sepuluh ribu orang ke tanah perkuburan Sahab. Di sana, beberapa individu telah menyebut jasa-jasa beliau sebagai penghormatan terakhir. Mereka yang memberi ucapan ialah Dr. ،Ali al-Faqir, Yusuf al-،Azam, Abu Sa،id al-Mayadin, ،Abd al-Jalil al-Razzuq dan ،Abd- Allah al-Tantawi.

Sa’id Hawwa bukanlah tokoh asing bagi pendukung-pendukung gerakan dakwah di Timur Tengah mahupun di Nusantaran dan khususnya di Malaysia dan bagi ana bersyukur kerana sempat berguru dengan anak-anak Sa’id Hawwa iaitu Syeikh Muhammad dengan menadah kitab Sohih al-Bukhari, Syeikh Muadh dengan menadah beberapa kitab seperti Bidayah al-Hidayah karya Imam al-Ghazaliyy, Fath al-Rabbaniyy karangan Syeikh Abdul Kadir al-Jailaniyy, Anwar al-Masalik dalam fiqh mazhab Shafiiyy, al-Hikam al-Ataiyyah dan Muzakkirat fi Manazil al-Siddiqin wa al-Rabbaniyyin karya Said Hawwa dan berguru beberapa kali dengan Syeikh Ahmad dengan membaca beberapa halaman dari kitab Kifayah al-Akhyar bersama dengan sahabat dan guru saya Dr.Azhar Ariffin.

Takdir Allah juga sebelum saya pulang ke tanah air saya diberi peluang untuk menemuramah beberapa kenalan dan murid kepada Said Hawwa yang inshaAllah yang saya akan nukilkan pada waktu akan datang.
Alhamdulilah kajian saya di peringkat M.A pun berkaitan Sa’id Hawwa. Insya Allah kandungan kajian saya berkaitan Sa’id Hawwa akan saya masukkan sedikit demi sedikit.

Di sini saya nukilkan pengaruh pemikiran dakwah yang terkandung dalam disertasi saya:
Pemikiran dakwah Sa،id Hawwa turut tersebar melalui pelajar-pelajarnya yang mendapat pendidikan secara langsung dengan beliau. Menurut ،Abd al- ،Aziz Haj Mustafa, Sa،id Hawwa adalah tokoh pemikir gerakan al-Ikhwan al-Muslimun Syria dan seluruh negara Islam yang berperanan menggerakkan pemuda ke arah jalan dakwah melalui institusi masjid, kajian-kajian dan penulisan. Beliau berjaya menarik pemuda-pemuda bersamanya sepanjang melalui liku-liku dakwah sama ada di Syria mahupun di tempat-tempat yang lain. Berdasarkan kajian, murid-murid Sa،id Hawwa dapat dilihat seperti berikut :

Peringkat Pertama : Murid di Dar al-Fuqara’ (1958-1961)

Murid Sa،id Hawwa yang terkenal sepanjang tempoh ini ialah Dr. ،Abd al-Hamid ،Umar al-Amin, Ahmad al-Jammal dan ،Adnan Sulayman.

Peringkat Kedua : 1961-1964

Murid Sa،id Hawwa yang tersohor sepanjang tempoh ini ialah; Dr. ،Abd al-Hamid ،Umar al-Amin, Dr.Ghassan ،Abd al-Razzaq Hamdun al-Wa،i, Dr. Adhab Mahmud al-Himsy, Marwan ،Abd al-Razzaq Hamdun, ،Abd al-Karim Wahid Fakhri, ،Umar Hassan Maraqah dan Tariq ،Ali ،Adi.

Peringkat Ketiga: Tempoh 1965-1966(Mengajar di Haram, kawasan Timur Hamah)

Mereka yang menuntut dengan Sa،id Hawwa sepanjang tempoh ini ialah penduduk kawasan tersebut.

Peringkat Keempat : Mengajar di al-Ihsa’ dan Madinah(1966-1971)

Murid-murid beliau sepanjang tempoh ini ialah; Dr.Rabi، bin Hadi al-Madkhali, ،Abd al-Majid al-Zindani, Muhammad Amin al-Hamid, Husni al-Syaikh ،Uthman dan Mustafa Hawwa. Selain itu, Sa،id Hawwa turut mengisi halakah ilmu di Masjid Nabawi. Antara mereka yang mengikuti halakah tersebut ialah Hj. Abdul Hadi Awang dan Harun Taib.

Peringkat kelima : Kembali ke Hamah(1971-1973)

Di antara murid sepanjang tempoh di atas ialah ،Abd al-Ghani Zaynu, Muhammad Nur Zaynu, Faris Sa،ar dan ،Ali Badwi al-Zarif .

Peringkat keenam : Murid di penjara(1973-1979)

Banduan-banduan di tahanan turut menjadi murid beliau. Berikut nama-nama muridnya semasa di penjara seperti yang disebut oleh Muhammad Amir Zakiyyah kepada penulis iaitu Ghalib Muhammad Haddad, Muhammad Amir Zakiyyah, Qabbus Khays, Jamal al-Sufi, Muhammad Sadiq ،Awn, Muhammad Nuh, ،Irfan Madani, Burhan al-Lahham, ،Arabi Jawhar , Ghalib Kalmun dan Safwah al-Junaydi.

Peringkat ketujuh : Peringkat Konfrontasi dengan kerajaan Syria(Peringkat di Jordan 1978-1989)

Antara muridnya yang terkenal dalam tempoh di atas ialah Yasin al-Tabba , Safwah al-Junaydi dan Nasir Mustafa al-Idlibi.

Sebahagian besar daripada murid Sa،id Hawwa telah menjadi tokoh dakwah dan ilmuan yang terkenal seperti Dr. ،Abd al-Hamid ،Umar al-Amin, Dr.Ghassan ،Abd al-Razzaq Hamdun al-Wa،i, Dr.Adhab Mahmud al-Himsy, Dr. Rabi bin Hadi al-Madkhali , syaikh ،Abd al-Majid al-Zindani dan di Malaysia Abdul Hadi Awang dan Harun Taib.

4.5.3 Pengaruh Terhadap Masyarakat

Pengaruh Sa،id Hawwa tidak terbatas kepada masyarakat Islam di Syria, Jordan dan Arab Saudi sahaja bahkan telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Karyanya tersebar ke seluruh dunia dan berjaya mempengaruhi ramai pendukung gerakan Islam kerana kajiannya yang kontemporari. Menurut Ahmad al-Jawwad banyak gerakan Islam di dunia termasuklah gerakan Islam di Palestin,Yaman Nigeria dan tempat-tempat lain terkesan dengan hasil karya Sa،id Hawwa.

،Adnan Sa،d al-Din pula menyebut bahawa beliau seorang tokoh yang mendalami karya-karya peninggalan Hassan al-Banna sekaligus mengaguminya. Beliau tersohor sebagai penulis yang mengaitkan tulisannya dengan realiti hidup. Buku-buku dan pemikirannya tersebar seperti hujan lebat yang turun. Hasil-hasil karyanya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di dunia Islam. Buku-buku karangan beliau adalah setanding dengan karya tokoh-tokoh seperti Sayyid Qutb, ،Abd al-Qadir ،Awdah, Dr.Yusuf al-Qardawi dan Muhammad al-Ghazali. Menurutnya lagi beberapa gerakan Islam di Tanah Arab, Afrika Selatan, benua Afrika dan Asia Tenggara diasaskan berdasarkan pemikiran Sa،id Hawwa dari segi perancangan dan gerakan.

Sa،di Zaydan pula menyebut di dalam kajiannya:

“…Karyanya tersebar ke seluruh dunia Islam dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa menyebabkan beliau terkenal. Beliau seorang pendakwah yang terserlah jika diukur dengan usianya yang pendek. Walaupun begitu hidupnya penuh dengan sumbangan. Lebih-lebih lagi karyanya bukanlah ulangan kepada hasil usaha pengkaji yang lalu tetapi beliau membawa ijtihad yang baru.

Pemikiran dakwah Sa،id Hawwa tersebar di Asia Tenggara melalui buku-bukunya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau melalui pelajar-pelajar yang belajar di Timur Tengah. Beberapa gerakan Islam telah menjadikan karya beliau sebagai bahan rujukan mereka. Sebahagian bukunya pula menjadi rujukan di universiti. Kesimpulannya pemikiran dakwah Sa،id Hawwa tersebar ke serata dunia.

One response to “MEMPERINGATI PEMERGIAN AL-MARHUM SYAIKH MUJAHID SA’ID HAWWA

  1. Iffah M. Dewi

    aslkm,I LOVE Sa’id Hawwa very much. please write more about him..thanks.wassalam

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s