Tafsir al-Quran bi Al-Ra’y al-Mahmud

 Tafsir al-Quran bi Al-Ray al-Mahmud

Tafsir al-Quran bermaksud tafsir al-Quran dengan menggunakan akal fikiran. Tafsir ini juga dinamakan dengan tafsir al-Aql atau tafsir al-Nazari(تفسير العقلى/ النظري

Tafsir bi al-Ray terbahagi kepada dua:

(a)Tafsir bi al-Ray al-Mahmud

Definisi: Tafsir yang berlandaskan ilmu pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab,kaedah perundangan dan asas-asas agama termasuk ilmu usul fiqh, ilmu hadith dan sebagainya. Ia juga tidak bertentangan dengan sumber yang sahih, akal yang sejahtera, ilmu yang pasti dan berusaha keras untuk mencari kebenaran, membersihkan diri daripada hawa nafsu  serta mengingati Allah terhadap apa yang diperkatakan.

 

b) Tafsir bi al-Ray al-Mazmum

Pentafsiran yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak berkelayakan untuk mentafsir ayat-ayat al-Quran atau dengan menyokong mazhab yang sesat. Tafsir jenis ini berdasarkan sumber yang palsu atau meragukan dan tidak mempunyai asas yang jelas.

Perbincangan berkaitan tafsir  ini akan dibincangkan dalam bab yang berikutnya.

 

Kedudukan Tafsir bi al-Ra’yi

Para ulamak telah berselisih pendapat mengenai persoalan ini. Satu golongan berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad. Bagi mereaka al-Quran hanya perlu ditafsirkan dengan sumber yang ma’thur sahaj. Sementara golongan lain pula berpendapat  harus mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad. Ia tidak bermakna mengenepikan sumber-sumber yang terdahulu  yang lebih baik dan sahih, malah ini adalah pilihab terakhir setelah sumber-sumber asli tidak dapat diperolehi.

Hujah Golongan yang menentang

Pertama: Golongan yang menetang menggunakan argumentsi akal dalam menegakkan pendapatnya. Mereka berpendapat mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad beerti menyatakan sesuatu terhadap Allah tanpa ilmu pengetahuan dan ini tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam. Seseoranل mufassir yang mentafsir al-Quran dengan ijtihad tidak dapat menyakiniorang lain bahawa ijtihad itu benar.Mungkin ada mufassir yang hanya menyangka ijtihadnya betul menurut sangkaannya sahaja, sedangkan perkara ini tidak dibenarkan. Dalilnya :

Al-Isra’ : 36

Maksudnya : “ Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahunan tentangnya.”

Firman Allah:

Al-A’raf 33

33.  Katakanlah: “Tuhanku Hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.”

 

Kedua : Larangan mentafsirkan  al-Quran dengan pendapat dan  ijtihad adalah berdasarkan firman Allah SWt : al-Nahl : 44

Maksudnya : “ Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang member peringatan , supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturnkan kepada mereka.”

Arahan dalam ayat di atas ditujukan kepada Rasulullah saw dan tidak kepada orang lain. Oleh itu hak untuk menerangkan ayat-ayat al-Quran adalah terbatas kepada Baginda sahaja, manakala orang lain hanya berhak menyebarkan penerangan yang ternyata benar daripada rasulullah saw . Alasan ini tidak dapat diterima memandangkan Rasulullah saw telah wafat sedangkan tidak semua ayat di dalam al-Quran telah dijelaskan oleh Rasululllah saw.

Ketiga: Golongan ini juga berdalilkan kepada hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada ibn Abbas:

 

Maksudnya : “ Berwaspadalah bercakap mengenaiku kecuali apa yang kamu ketahui. Sesiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka sediakanlah tempatnya dalam neraka dan sesiapa yang berkata mengenai al-Quran dengan pandangannya sendiri maka sediakanlah tempatnya dalam neraka.”

Dan sabda Rasulullah saw lagi:

Maksudnya : “ Sesiapa yang berkata mengenai al-Quran dengan pendapatnya sendiri lalu ia betul, sesungguhnya ia adalah salah.”

Larangan yang terdapat dalam hadith Rasulullah saw ini adalah kepada mereka yang menggunakan pandangan sendiri dalam perkara yang musykil dan mutsyabihat dalam al-Quran. Pandangan yang dikemukakan adalah bersifat peribadi tanpa diasaskan kepada bukti yang kukuh , tetapi disandarka kepada zahir bahasa Arab.

Keempat : Menolak pentafsiran dengan ijtihad dan pendapat adalah berasaskan pendapat salaf al-Salih yang berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan fikiran sendiri. Antaranya ialah Abu Bakr al-Siddiq yang pernah menegaskan: “ Mana bumi untukku dan mana langit yang sanggup melindungiku sekiranya aku memperkatakan tentang kitab Allah perkara yang aku tidak ketahui. “

 

Begitu juga riwayat dari Sa’id bin al-Musayyab yang disampaikan oleh Yazid bin Abi Yazid mengatakan : “ Kami semua bertanya kepada Sa’id bin Musayyab tentang halal dan haram  kerana beliau adalah seorang yang lebih arif, tetapi apabila kami bertanyakan tentang tafsir ayat-ayat al-Quran , diapun mendiamkan diri seolah-olah tidak mendengarnya . “Begitu juga  riwayat daripada Masruq mengatakan : “ Berhati-hatilah dengan tafsir, sesungguhnya ia diriwayatkan daripada Allah. “

Hujah golongan yang mengharuskan tafsir dengan ijtihad dan pendapat 

Manakala golongan yang mengharuskan tafsir bi al- Ra’yi mengemukan beberapa hujah akal dan juga dalil al-Quran dan al-Hadith untuk menegakkan pendapat mereka. Antaranya :

Pertama :

Al-Quran sendiri menyuruh umat manusia supaya mengkaji dan meneliti ayat-ayat Allah. Dalilnya :

 

Maksudnya : “ maka apakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka  kunci penutup ( yang menghalang mereka daripada menerima ajaran al-Quran )

Pengkajian terhadap al-Quran tidak berlaku melainkan dengan penelitian yang berasaskan kepada pemahaman , kekuatan berfikir dan penggunaan ijtihad. Ini menujukkan bahawa al-Quran sendiri yang menyuruh supaya melakukan pentafsiran dengan ijtihad. Sekiranya pentafsiran al-Quran dengan ijtihad dan pendapat tidak diharuskan nescaya terhalanglah ijtihad , dengan demikian tergendalalah urusan ummah seluruhnya, seterusnya menafikan fungsi al-Quran sebagi penyuluh ummah.

Kedua a;

Wujudnya perselisihan pendapat dikalangan para sahabat dan tabi’in dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Ini menunjukkan bahawa pendapat-pendapat tersebut adalah datangnya daripada mereka bukannya daripada Rasulullah saw . Oleh itu bagaimana para sahabat boleh bertindak sedemikian sekiranya ijtihad  dan mengeluarkan pendapat tidak dibenarkan oleh syara’? Ini sudah pasti menunjukkan bahawa ianya tidak dil;arang oleh syara’.

Ketiga:

Doa Nabi saw untuk ibn Abbas r.a

Maksudnya : “ Ya Allah ! Berilah kepadanya keluasan kefahaman dalam ilmu agama dan ajarlah ta’wil kepadanya.”

Daripada hadith ini dapat dibuat kesimpulan , Seandainya ta’wil atau tafsir itu hanya terbatas kepada apa yang didengar sahaja, tentulah tidak berfaedah dikhususkan ta’wil kepada ibn Abbas. Jadi yang dikehendaki dengan ta’wil di sini adalah tafsir menggunakan ijtihad.

 

Keempat :

Mereka juga berdasarkan kepada athar yang didapati daripada al-salaf yang menunjukkan ada keharusan dalam memberikan pendapat sendiri, berijtihad dan beramal dengannya. Contohnya Ali bin Abi Talib pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya yang lain  : “ Adakah Rasulullah saw mengurniakan sesuatu secara khusus kepada kamu? “ Mereka menjawab : “ Tidak ada di sisi kami melainkan apa yang ada pada mushaf ini (al-Quran ) , juga kefahaman yang dikurniakan kepada seseorang di dalam kitabnya.” Kenyataan ini menggambarkan bahawa tafsiran dengan pendapat dan juga ijtihad diharuskan oleh agama.

 

Namun para mufassir yang menggunakan ijtihad haruslah berhati-hati dalam menggunakan segala ilmu yang dimiliki dalam mentafsirkan al-Quran sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah :

1-      Seseorang mufassir  hendaklah mencari makna al-Quran daripada al-Quran itu sendiri. Jika dia tidak menemuinya dalam al-Quran , hendaklah ia mencari dalam hadith dan jika tidak menemuinya juga haruslah mencari pendapat sahabat yang adil . Ini kerana para sahabt lebih mengetahui  tentang suasana turunnya sesuat ayat dan sebab penurunannya. Namun sebaik-baik method yang hendak digunakan dalam mentafsirkan al-Quran hendaklah berdasarkan penjelasan atau penafsiran daripada Nabi saw itu sendiri.

2-      Jika Mufassir tidak menemui makna  yang dimaksudkan dalam al-Quran , di dalam hadith atau daripada pendapat-pendapat sahabat, maka kita boleh menggunakan pedoman –pedoman yang telah diisyaratkan.

Pandangan yang rajih berkaitantafsir bi al-Ra’y al-Mahmud adalah harus dengan syarat bahkan menurut Dr. Solah al-Khalidi ianya menjadi wajib bagi mereka yang memiliki dan keperluan yang membantunya untuk memilih pandangan yang betul dan memiliki persediaan ilmu-ilmu untuk mentafsir al-Quran. (Ta’rif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin hal.433)

 

Dr.Subhi Soleh berpendapat pengharaman wajar dilakukan sekiranya pentafsir itu tadi tegas  menyatakan bahawa inilah makna sebenar ayat yang dihuraikan sedangkan beliau gagal untuk membawa sebarang dalil yang sah bagi menyokong pendapatnya itu. Pengharaman juga wajar dibuat kalau ia dilakukan oleh seorang yang jahil dengan segala kaedah bahasa Arab dan usul-usul syarak atau juga disebabkan beliau cuba mencari sokongan dari ayat-ayat al-Quran terhadap kepentingan hawa nafsunya sendiri.

 

Syarat Tafsir Bi al-Ra’y

syarat-syarat dan adab-adab yang wajib dipenuhi dan didikuti oleh sesiapa yang ingin mentafsir Al-Quran secara akal. Antara syarat-syarat tersebut ialah:

 

1. Memiliki sifat penting dan memiliki adab-adab bagi pentafsir

2. Memiliki ilmu-ilmu asas untuk memahami dan mentafsirkan al-Quran

3. Menjauhi kesalahan-kesalahan yang disebut oleh ulama semasa mentafsirkan al-Quran

4.Tidak menundukkan al-Quran kepada pemikiran

5. Menjauhi hawa nafsu semasa mentafsir al-Quran

6.Tafsiran tidak bertentangan  dengan ayat al-Quran yang lain

7.Tafsiran tidak bertentangan dengan hadith yang sohih

8.Tafsiran tidak bertentangan dengan penggunaan bahasa Arab yang fasih

9.Tidak terkesan dengan pemikiran dan pegangan yang menyeleweng dan sesat

10. Tidak mengatakan bahawa tafsiran yang diberikan oleh pentafsir sebagai maksud ayat atau maksud ayat yang sebenarnya sebaliknya mengatakan: Ini yang saya faham, ini yang ditunjukkan Allah kepada saya dan pandangan orang lain mungkin lebih baik[ Solah al-Khalidi hal.435-436]

 

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s