Arkib Bulanan: Mei 2009

JOURNEY TO JORDAN, ARAB SAUDI AND SYRIA I

Assalamualaikum wbt.

Sahabat pembaca blog ini, maaf kerana lama tidak update blog ni kerana beberapa sebab antaranya sibuk menyambut kelahiran ahli baru anakanda Muhammad al-Fatih, saya juga memberikan tumpuan menghabiskan bab 4 tesis saya berkaitan dimensi I’jaz al-Qur’an, menyambut kedatangan ibunda yang disayangi dan alhamdulillah tahun ini dapat menyambut hari ibu dan serentak hari lahir ibunda yang ke-60 ditambah dengan memeriksa assignment dan skrip peperiksaan student OUM subjek Ulum al-Qur’an dan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab, student2 DPI UMS juga student2 di Maktab Sabah dan alhamdulillah sebelum saya berangkat ke bumi Anbiya’ dan dua tanah suci semua  skrip selesai disemak kecuali satu kelas.

 

Kembara ilmu kali ini seramai empat orang bersama Ustaz Suffian, Tuan Hj.Fawzi dan isteri dengan penerbangan Kuwait Airways. Pertamanya setinggi kesyukuran kepada Allah swt mempermudahkan perjalanan kami sehingga kini.

 

Saya bertolak dari Kota Kinabalu pada 28.5.09 dengan MH2617 bersama ibunda,isteri dan putera dan puteri flight Air Bus A-300 jam 5.45 ptg dan tiba di KLIA pada 8.15 mlm. Dengan bantuan al-akh ustaz Khairul Amin dapat ana menghantar ibu ke rumah bapa saudara di Ampang dan family di rumah kakak ipar. Sampai semula di KLIA jam 12.15 tengah malam dan dapat check-in dalam masa 15 minit…

 

Flight Kuwait Airways bertolak jam 3.30 pagi dan mengambil masa lebih kurang 7 ½ jam dan tiba di Kuwait jam 6.00 pagi waktu tempatan/11.00 pagi waktu Malaysia.

 

SOLAT SUBUH DI ATAS KAPAL TERBANG

 solat_flight1

            Penumpang flight kami lebih kurang 280 orang, lebih kurang 100 orang tentera Indonesia yang dihantar ke Lubnan, lebih separuh penumpang merupakan  jemaah yang akan mengerjakan umrah dan yang lainya Pak Arab, orang Indon yang bekerja di Negara Arab dan rasanya hampir 100% Islam tetapi yang solat bolehlah tahan tetapi sedikit berbanding yang tidak solat.

 

            Alhamdulillah penumpang yang solat subuh diatas kapal tidak berhenti dari jam 4.00 pagi waktu kapal sehinggalah tamat waktu subuh(lebih kurang 1 jam 30 minit) ada sahaja yang akan solat. Alhamdulillah saya dan ustaz Suffian dapat seat yang agak selesa(kelas M) kerusi Bisness kelas dan makan ekonomi kelas, di seat baris yang ketujuh…Berasaskan pemerhatian ana dari tentera yang ramai itu seorang sahaja yang solat…yang lain???Ada juga yang solat di atas  kerusi…Dari kalangan staf flight yang ana nampak seorang yang solat, dia berasal dari Bahrain…dan ada seorang Pak Cik yang patah kaki –beliau pergi mengerjakan umrah dan beliau solat duduk…Peristiwa yang berlaku pada pagi ini cukup menyentuh hati saya… kerana saya beberapa kali solat subuh di atas kapal terbang inilah kali pertama saya lihat ramai penumpang yang solat subuh di atas kapal terbang…Alangkah baiknya kalau solat berjemaah dengan bilangan yang ramai dapat dilakukan di atas kapal terbang.

 

 

 

Hotel Safir, Kuwait 12.20 tengahari waktu Kuwait 5.20 pm waktu Malaysia…berhenti di sini dulu, nak pergi makan….

DATUK HJ AHMAD OTHMAN

  LATARBELAKANG :

-DILAHIRKAN 18HB MAC, 1929 DI KAMPUNG ALOR MERAH, ALOR SETAR, KEDAH

- ANAK KEPADA HJ OTHMAN BIN LEBAI IBRAHIM & HAJJAH RAHMAH BTE HJ SAIDIN

- BERKAHWIN DENGAN DATIN HAJJAH RAFEAH BTE SYEIKH ABDUL KADIR – 6.11.1941

Majlis Tahnik dan Cukur Rambut dan Gambar Muhammad al-Fatih

Syukran buat al-Fadil Ustaz Hj. Muchlis Ali Kassim

Syukran buat al-Fadil Ustaz Hj. Muchlis Ali Kassim

Assalamualaikum

belah_mulut

Sekalung penghargaan kepada Tuan Guru Ustaz Muchlis Ali Kassim, Ustaz Kassim jemaah masjid negeri, sahabat-sahabat jemaah yang sudi hadir sempena majlis tahnik dan cukur rambut anakanda Muhammad al-Fatih pada Ahad 26 April 2009 bersamaan 1 Jamadil Awwal 1430H juga kepada sahabat dan kenalan yang hadir pada majlis tersebut. Bersama-sama ini saya masukkan gambar Muhammad al-Fatih untuk  tatapan saudara-mara dan kenalan yang tinggal jauh terutamanya abang Adil Gunawan dan keluarga yang kini bertugas  di Arab Saudi juga Mak, Kak Jura, Kak Naning, Ajid, Daus, Dila, keluarga di Pahang Kak Long, Ji, Timah, Noraini dan Muhammad.

Bersama-sama ini saya masukkan juga sedikit riwayat hidup sultan Muhammad al-Fatih tokoh yang membuka kota Constatinople yang saya ambil dan ensklopedia bebas:Wikipedia dan laman web:Islam online

http://www.islamonline.net/Arabic/history/1422/05/article27.shtml

 

dsc01080

Muhammad al-Fatih di dewan bersalin, terima kasih kepada doktor dan jururawat hospital Likas yang membantu...

Muhammad al-Fatih di dewan bersalin, terima kasih kepada doktor dan jururawat hospital Likas yang membantu...

Ibu saya yang disayangi dan Maryam Awatif bersama Muhammad al-Fatih pada hari pertama

Ibu saya yang disayangi dan Maryam Awatif bersama Muhammad al-Fatih pada hari pertama

 

Muhammad al-Fatih berusia lima hari

Muhammad al-Fatih berusia lima hari

Muhammad al-Fatih pulang dari Hospital Likas ke Taman Sri Gaya

Muhammad al-Fatih pulang dari Hospital Likas ke Taman Sri Gaya

_______________________________________________________________________________________________________
GAMBAR MUHAMMAD AL-FATIH PADA HARI KE-7 DAN TETAMU YANG DATANG. TERIMA KASIH KEPADA YANG DATANG DAN HADIAH DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN
cukur1

 

 

 

cukur2

 

tetamu1

 

syukran

 

 

 

 

Muhammad al-Fatih(Meninggal 4 Rabiulawwal 886H)

 

Gambar ini dikatakan gambar Sultan Muhammad al-Fatih, diharap anakanda menjadi sepertinya...Amin

Gambar ini dikatakan gambar Sultan Muhammad al-Fatih, diharap anakanda menjadi sepertinya...Amin

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih (الفاتح) atau “si Pembuka” dilahirkan pada /30 Mac 1432/ di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432/pada 27 Rejab 835H . Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd’Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“لتَفْتَحُنّ القسطنطينية، فلنعم الأمير أميرها، ولنعم الجيش ذلك الجيش”

Constantinople akan dibuka oleh tentera Islam. Rajanya (yang membukanya) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang membukanya) adalah sebaik-baik tentera.

[مسند أحمد: 4/335].

Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah

Dengan kehendak Allah s.w.t , Sultan Muhammad al-Fatih menjadi raja yang disebut oleh Rasul s.a.w. Apa tidaknya umat Islam menanti lebih dari 800 tahun untuk berlakunya peristiwa yang cukup bersejarah ini. Percubaan yang pertama ialah pada zaman Saidina Uthman bin Affan r.anhu pada tahun 32H/652M.

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: “Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.”

 

 

Jasa dan sumbangan

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah membebaskan  Constantinople  dari belenggu pemerintahan Empayar Byzantine yang menganut agama Kristian

Pembukaan Constatinople

Setelah membuat  persediaan secukupnya, Muhammad al-Fatih mara bersama 265, 000 tentera yang berjalan kaki dan menaiki kuda bersama meriam yang besar menuju ke Constatinople. Pada subuh Selasa 20 Jamadilawwal 587H=29 Mei 1453M) tentera Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menembusi kubu Constatinople dengan cara yang luar biasa setelah cubaan sebelum ini gagal kerana Empayar Byzantine mempertahankan kubu mereka dengan meletakkan rantai besar merentangi perairan sekitar kubu. Mereka akan mengangkat rantai tersebut menyebabkan kapal musuh tidak dapat menembusi kubu.

 

Muhammad al-Fatih berjaya menembusi kubu dengan perancangan membawa kapal melalui daratan. Usaha dilakukan pada waktu malam dan tentera Muhammad al-Fatih berjaya membawa 70 buah kapal pada waktu malam  dan tiba dihadapan kubu keesokan pagi.

 

 

Apabila beliau memasuki kota, beliau turun dari kudanya dan bersujud syukur kepada Allah kemudian menuju ke gereja ‘”آيا صوفيا Aya Sofiya dan menjadikannya sebagai masjid. Beliau juga memerintahkan di bina masjid di kawasan kubur sahabat nabi Abu Ayyub al-Ansari R.anhu yang mengatur strategi untuk membuka kota Constatinople tetapi tidak berjaya

 

 

. Baginda juga telah menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia

 

Walaupun sibuk dalam berperang, sepanjang pemerintahannya, Sultan Muhammad al-Fatih berjaya membina lebih dari 300 buah masjid, dan di Istanbul sahaja 192 buah masjid. Beliau juga berjaya membina 57 buah sekolah dan Ma’had serta 59 buah Hamamat(tempat permandian)