NOTA KHAS RAMADAN: RAMADAN 1436 HARAPNYA IA RAMADAN BERMAKNA

NOTA KHAS RAMADAN “ RAMADAN 1436H: HARAPANNYA IA RAMADAN YANG BERMAKNA BUAT KITA.”

*NOTA INI MERUPAKAN PENUTUP KEPADA NOTA-NOTA RAMADAN SEPANJANG RAMADAN 1436H

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Segala puji baginya kerana dengan izin-Nya dapat penulis membuat catatan ini. Sekiranya ingin dihitung nikmat-Nya, maka kita tidak mampu menghitungnya. Nikmat Islam , nikmat Iman, nikmat Ramadan,  nikmat berkasih sayang kerana Allah s.w.t. Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Ramadan kali ini Allah s.w.t memberi peluag untuk saya berkasih-sayang dengan pembaca nota ini sama ada yang saya kenali atau tidak. Semoga kita mendapat kemanisan iman dengen BERKASIH SAYANG kerana Allah s.w.t berdasarkan  hadith Nabi s.a.w:

(( ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاوَةَ الإِيمَانِ : مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لا يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ ))                    رواه الشيخان

Diriwayatkan daripada Anas (r.a) katanya: Nabi s.a.w bersabda:

“Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada segala-galanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, benci kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka”   HR al-Bukhari dan Muslim

Berkasih-sayang لله   mempunyai nilai yang cukup besar sehingga Nabi s.a.w menyebut seseorang itu dibangkitkan bersama dengan orang yang disayangi.

Penulis  ingin meminjam ungkapan Tuan Dr. Haron Din dalam persidangan Dar al-Sifa’ pada penghujung November 2013. Katanya “ SAYA INGIN BERKAWAN DENGAN ANTUM SAMPAI AKHIRAT.”

   Hadith kemanisan iman jelas sekali menunjukkan betapa besar nilai ukhuwwah yang dibentuk atas dasar berkasih sayang kerana Allah. Inilah kemanisan yang hanya dapat dirasai oleh orang yang melaluinya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w  sebagai golongan yang mendapat perlindungan Allah di akhirat nanti.

 

   Ramadan tahun ini bermakna dengan terhasilnya NOTA RAMADAN ini. Semuanya adalah dengan izin-Nya.

IKHLAS DAN REDA ALLAH

Firman Allah s.w.t  dalam ayat 5 Surah al-Bayyinah:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar.

 

   Sidang pembaca …marilah kita ikhlas hati kita dalam menjalinkan ukhuwwah al-Islam…semoga ia menjadi sebahagian dari ibadat hati kita. Matlamat akhir kita ialah mendapat REDHA ALLAH. Ia sebesar-besar nikmat hidup yang sama-sama kita kejar Insya ALLAH. Firman Allah s.w.t dalam ayat 7 dan 8 surah al-Bayyinah:

) إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ (7) جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ (8)

 Maksudnya:

  1. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
  2. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Reda Allah s.w.t lah nikmat yang paling besar sebagaimana Sabda Nabi s.a.w

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه : أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم  قال : (( إنَّ الله  عزوجل يَقُولُ لأَهْلِ الجَنَّةِ : يَا أهْلَ الجَنَّةِ ، فَيقولُونَ : لَبَّيكَ رَبَّنَا وَسَعْدَيْكَ ، وَالخَيْرُ في يَديْكَ ، فَيقُولُ : هَلْ رَضِيتُم ؟ فَيقُولُونَ : وَمَا لَنَا لاَ نَرْضَى يَا رَبَّنَا وَقَدْ أَعْطَيْتَنَا مَا لَمْ تُعْطِ أحداً مِنْ خَلْقِكَ ، فَيقُولُ : ألاَ أُعْطِيكُمْ أفْضَلَ مِنْ ذلِكَ ؟ فَيقُولُونَ : وَأيُّ شَيءٍ أفْضَلُ مِنْ ذلِكَ ؟ فَيقُولُ : أُحِلُّ عَلَيكُمْ رِضْوَانِي فَلاَ أسْخَطُ عَلَيْكُمْ بَعْدَهُ أبَداً )) . متفق عليه .

Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla berfirman kepada ahli syurga: “Hai ahli syurga.” Mereka berkata: “Labbaik, ya Tuhan, wa sa’daik. Segala kebaikan ada di dalam tangan kekuasaan Tuhan.” Allah berfirman: “Adakah KALIAN semua sudah REDA?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami  tidak akan merasa REDA, WAHAI TUHAN KAMI, sedangkan Engkau telah memberikan kepada kami kurniaan-kurniaan yang tidak pernah Engkau berikan kepada seseorang pun dari makhluk Tuhan.” Allah berfirman lagi: “Tidakkah engkau semua suka kalau Aku berikan yang lebih utama lagi dari yang sedemikian itu?” Mereka bertanya: “Apakah yang lebih utama dari yang sedemikian ini?” Allah kemudian berfirman: “Aku menempatkanKEREDAANKU  padamu semua maka Aku tidak akan bermurka padamu semua sesudah saat ini untuk selama-lamanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Inilah saat yang kita nanti-nantikan semoga Allah s.w.t mempermudahkan kita semua untuk mendapat saat ini. SEMOGA BERTEMU LAGI DENGAN RAMADAN YANG AKAN DATANG.

Alhamdulillah yang memberi kepada hamba yang dhaif untuk menyiapkan tulisan ini.

وصلى الله تعالى على  نبينا وعلى آله وأصحابه وأتباعه ، وبارك وسلم . وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.

NOTA 29 RAMADAN Ramadan melabuh Tirai…Mampukah kita Istiqamah?

NOTA  29 RAMADAN “ Ramadan melabuh Tirai…Mampukah kita Istiqamah?”

Saudara-saudari pembaca nota Ramadan yang dirahmati Allah.

Di saat kita bakal meninggalkan bulan Ramadan yang mulia ini, kita hanya menanti pengumuman rasmi mohor besar raja-raja Melayu,  tibalah masanya untuk kita bermuhasabah dan bertanya apakah  ibadat puasa yang telah kita lakukan , adakah ia benar-benar puasa yang diterima oleh Allah S.W.T. atau sebaliknya? Adakah kita termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah? Adakah kita termasuk dalam golongan yang selamat dari api neraka setelah menjalani sebulan puasa. Sejauh mana taqwa yang telah kita tingkatkan setelah kita berpuasa  sebulan Ramadan?

Marilah disaat-saat akhir..beberapa detik yang berbaki dari bulan Ramadan ini kita memperbanyakkan istighfar

Firman Allah (s.w.t):

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Saudara-saudari pembaca nota Ramadan yang dirahmati Allah.

Di saat kita bakal meninggalkan tetamu istimewa yang dianugerahkan oleh Allah (s.w.t) kepada kita ini, marilah kita bermuhasabah sejauh mana kemampuan kita untuk terus beristiqamah dengan amalan-amalan baik yang telah kita laksanakan sepanjang bulan Ramadan. Jika di bulan Ramadan kita mampu bersabar untuk tidak makan dan tidak minum serta meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa, maka sejauh manakah kesabaran kita untuk BERISTIQAMAH dalam menjalankan amalan dan perkara kebajikan. ISTIQAMAH yang menjadi  sesuatu yang paling disukai  oleh Allah.

وعن أبي عمرو ، وقيل : أبي عَمرة سفيان بن عبد الله رضي الله عنه ، قَالَ :
قُلْتُ : يَا رَسُول الله ، قُلْ لي في الإسْلامِ قَولاً لاَ أسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : (( قُلْ : آمَنْتُ بِاللهِ ، ثُمَّ استَقِمْ )) رواه مسلم

Istiqamah ialah melakukan sesuatu perkara secara berterusan dan berpanjangan bukan sahaja pada bulan Ramadan bahkan mestilah diteruskan pada bulan-bulan lain.

Kemanakah perginya Jemaah di masjid yang penuh sesak di bulan Ramadan? Siapakah yang akan menyentuh mushaf yang tersusun di rak-rak masjid ? Siapakah lagi yang terus prihatin dengan golongan anak yatim, faqir miskin, golongan yang memerlukan melalui amalan sedekah ? Adakah suasana seperti sebelum Ramadan akan kembali?  Masjid-masjid mula terus lengang, solat fardu tidak dilaksanakan di masjid atau di surau akibat ketiadaan jemaah, al-Quran mula dijadikan hiasan semula dan berbagai lagi fenomena yang amat mendukacitakan. Maka di manakah tarbiah ramadan? Apakah ini dinamakan ibadat bermusim? tepuk dada tanyalah iman, Moga-moga kita tidak tergolong dalam kelompok ini insyaAllah.Marilah kita berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan kepada kita untuk istiqamah dalam melakukan ibadat dan tergolong dalam golongan yang disebut dalam ayatnya:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu”. Surah Fussilat Ayat 30

Saudara-saudaraku muslimin dan muslimat,

Bagi menjamin istiqamah dalam ibadah, saya ingin berkongsi dengan siding pembaca berhubung apa yang perlu dilakukan selepas Ramadan seperti yang disiarkan oleh Profesor Dr. Syaraf Qudah pensyarah dalam bidang hadith di Universiti of Jordan dalam laman sosial facebooknya bertajuk: مَاذا بَعَدَ رَمَضان  apa selepas Ramadan?

Beliau menyebut 12 point yang perlu dilakukan oleh seorang Muslim untuk berjaya dalam menghadapi ujian didunia ini dia perlu berada pada tahap dia berada dalam bulan Ramadan. Antaranya:

  1. Kita bertaubat kepada Allah (s.w.t) dan telah biasa meninggalkan perkara-perkara yang haram maka kita perlu menjaga taubat kita selepas Ramadan. Tuhan kepada bulan Ramadan adalah tuhan kepada bulan-bulan yang lain, sesungguhnya Allah (s.w.t) maha hidup dan tidak lalai.
  2. Kita menjaga dan menunaikan kewajipan-kewajipan pada bulan Ramadan, maka selepas Ramadan kita juga perlu menunaikan kewajipan tersebut
  3. Keikhlasan kita bertambah pada bulan Ramadan melalui ibadat puasa yang tidak dapat dilihat oleh seseorang kerana ibadat puasa bukanlah ibadat yang dapat dilihat seperti solat. Puasa merupakan ibadat di mana seseorang meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa yang hanya diketahui antara seorang hamba dengan penciptanya. Maka bersama-sama kita menjaga keikhlasan ini selepas Ramadan
  4. Kita berpuasa pada setiap hari bulan Ramadan, maka kita teruskan puasa tersebut selepas Ramadan dengan puasa 6 hari dari bulan Syawal sebagaimana sabda Rasulullah (s.a.w) Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti puasa 6 hari di bulan syawal mendapat pahala seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Begitu juga dengan berpuasa pada hari-hari putih 13,14 dan 15 dari bulan Islam serta puasa sunat Isnin dan Khamis
  5. Kita biasa solat berjemaah pada bulan Ramadan maka kita teruskannya selepas Ramadan
  6. Kita menjaga Qiamullail (spt solat terawih) pada bulan Ramadan, maka jagalah ianya walau dengan solat 2 rakaat tahajjud setiap malam
  7. Kita memperbanyakkan membaca al-Qur’an pada bulan Ramadan, maka jangan kita berpisah dengan al-Quran pada bulan selain Ramadan, maka bacalah sejuzuk al-Qur’an setiap hari.
  8. Kita memperbanyakkan doa pada bulan Ramadan, maka hendaklah kita sentiasa bergantung dan berharap kepada Allah (s.w.t) pada hari-hari lain dalam setahun
  9. Kita bersedekah kepada faqir miskin pada bulan Ramadan, maka kita teruskan amalan ini pada bulan-bulan selepas Ramadan
  10. Kita biasa menjalinkan silaturrahim pada bulan Ramadan, maka kita teruskan menjalinkan silaturrahim selepas Ramadan
  11. Kita biasa dengan kelas-kelas pengajian pada bulan Ramadan, maka kita teruskan menuntut ilmu selepas Ramadan. Jadikan sepanjang tahun belajar dan mengajar kerana ilmu diperolehi dengan belajar
  12. Kita dilatih bersabar pada bulan Ramadan bukan sahaja bersabar atas lapar dan dahaga bahkan dari perkara yang menyakitkan kita seperti sabda Nabi (s.a.w): “

إِذَا أَصْبَحَ أَحَدُكُمْ يَوْمًا صَائِمًا فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ فَإِنْ امْرُؤٌ شَاتَمَهُ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ إِنِّي صَائِمٌ

Maksudnya: “ Apabila berpaginya seorang dari kamu dalam keadaan berpuasa maka janganlah dia berkata kesat dan berlaku jahil, sekiranya ada seorang yang mengutuknya atau menyerangnya, maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya saya berpuasa. Sesungguhya saya berpuasa.” Maka teruskan amalan ini selepas Ramadan. Sesuungguhnya kelembutan itu dengan kita berusaha menjadi seorang yang lembut.

Semoga Allah (s.w.t) menerima segala amalan kita dan Allah membantu kita semua melakukan ketaatan sepanjang tahun.

Ya Allah Ya Tuhan Kami Bantulah Kami Untuk melakukan ketaatan kepadamu, Ya Allah Kembalikan kepada kami Ramadan bertahun-tahun, Ya Allah keluarkan kami dari bulan Ramadan sebagai hamba-Mu yang bertaqwa semoga kami termasuk dalam golongan yang engkau sebut di dalam kitabmu:

وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ ( 73 ) وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ نَتَبَوَّأُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاءُ فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ ( 74) ) .

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (Mereka pun masuk) – Serta mereka berkata:” Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjinya kepada kami, dan yang menjadikan Kami mewarisi bumi syurga ini Dengan sebebas-bebasnya, Kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana sahaja Kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal”. Surah al-Zumar Ayat 73-74.

NOTA 28 RAMADAN DEMI MASA

NOTA 28 RAMADAN : “DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN”

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Asr:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Sesungguhnya nikmat Allah kepada hambanya tidak terhitung dan tidak mungkin dihitung kerana terlalu banyak. Firman dalam Surah Ibrahim ayat 34.

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا

Maksudnya: Jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.

Antara nikmat yang paling utama ialah nikmat keimanan kepada Allah swt dan nikmat islam. Begitu juga nikmat kesihatan dan keafiatan antaranya pancaindera- pendengaran , penglihatan, hati ,  sihat wal afiat yang  menjadi tunggak kepada pergerakan manusia. Nikmat yang ketiga ialah nikmat ilmu. Nikmat besar yang tidak akan terhenti dalam mengangkat kedudukan manusia dalam menentukan kebahagian mereka dunia dan di akhirat. Ilmu adalah satu nikmat yang tinggi. Menuntut ilmu adalah suatu nikmat, mendapatkan manfaat daripada ilmu adalah nikmat. Yang keempat antara nikmat yang paling  besar adalah nikmat MASA. Nikmat masa yang diberikan oleh Allah SWT. Sebab itu kita lihat di dalam al-Qur’an dan hadis sangat banyak ayat- ayat yang mengisyaratkan kepada kita betapa pentingnya kita menghargai nikmat masa. Antaranya firman Allah dalam surah Al-Nisa’ ayat 103.

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Sesungguhnya solat  itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Ayat ini menjelaskan kepada kita kefarduan solat yang dilalukan mengikut waktu yang ditetapkan oleh Allah SWT. Ini dijelaskan lagi oleh  Nabi SAW :

وعن ابن مسعود رضي الله عنه ، قال : سألت رَسُول اللهِ صلى الله عليه وسلم  أيُّ الأعْمَالِ أفْضَلُ ؟ قَالَ : (( الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا ))

Diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Mas’ud katanya, aku bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah dia amalan yang paling disukai oleh Allah? Lantas baginda menjawab, solat pada waktunya. (HR Bukhari , Muslim, At Tarmizi dan An Nasa’i).

Ibadah solat yang berulang ulang 5 kali sehari semalam menanamkan suatu sifat dalam jiwa seorang muslim iaitu akhlak menjaga masa. Akhlak menepati waktu , prihatin terhadap masa untuk mencapai suatu matlamat.

Nabi SAW dalam banyak hadis menjelaskan kepada kita betapa besarnya nilai waktu. Dari Ibnu Abbas , sabda Rasulullah SAW:

نِعْمَتَانِ مَغبونٌ فيهما كَثيرٌ مِنَ النَّاسِ : الصِّحَّةُ ، وَالفَرَاغُ

“ Dua nikmat yang manusia sentiasa rugi dan lupa dan alpa iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang. HR al-Bukhari.

Para salaf menjaga waktu dan mengisinya dengan perkara  perkara yang baik.  Adalah para salaf antara orang yang paling menjaga masa.

1)Diriwayat oleh seorang sahabat iaitu Abdullah Ibnu Mas’ud menyatakan:

“Tiada hari yang paling ku sesali daripada hari terbenamnya matahari kerana setiap saat ajalku berkurang dan amalan ku tidak bertambah.”

2) Kesungguhan Hamad bin Salamah

Beliau akan menghabiskan masanya dengan membaca hadis , majlis ilmu,  bertasbih dan solat. Berkata Al- Hafiz Az zahabi dalam kitab Tazkiratul Huffaz menyebut bahawa dia adalah seorang imam muhaddis. Al-Hafiz Qudwah Islam dilahirkan pada tahun 91 hijrah dan meninggal pada tahun 167 hijrah. Dia seorang yang pakar dalam ilmu  Bahasa Arab , faqih mengetahui ilmu sunnah.

Menurut Musa bin Ismail At- Tabuzaki, Aku tidak melihat Hamad bin Salamah ketawa. Aku bercakap benar. Aku mendapatinya  sentiasa sebut  membaca hadis atau membaca buku atau bertasbih dan mengerjakan solat. Demikianlah dia memberikan harinya. Berkata Yunus : Hamad bin Salamah meninggal ketika dia sedang mengerjakan solat.

3)Nilai Masa di sisi Abu Yusuf.

Imam Abu Yusuf antara murid Imam Abu Hanifah, beliau bersama Imam Abu Hanifah selama 17 tahun atau 29 tahun. Beliau tidak pernah ketinggalan solat subuh bersama Imam Abu Hanifah sehingga saat anaknya meninggal dunia dia hanya menghantar wakil untuk menguruskannya. Diriwayatkan olah Muhammad bin Qudamah berkata, Aku mendengar Su ja’ bin Makhlan mendengar  Imam Abu Yusuf berkata, Anak aku meninggal dunia dan aku tidak menghadiri urusan jenazahnya, tidak juga majlis pengebumiannya. Aku tinggalkan urusannya pada jiran jiran dan saudara saudara ku kerana bimbang ketinggalan kelas Abu Hanifah. Aku tidak mahu kehilangan suatu yang merugikan ku.

4)Ubaid bin Yaish, disuap untuk makan malam makan oleh kakaknya , selama 30 tahun untuk menulis hadis

5)Masa di sisi Ibnu ‘Asakir

Al-Hafiz Az Zahabi menyebut dalam kitabnya Tazkiratul Huffaz berkaitan dengan Abu Al Qasim Ibnu ‘Asakir  pengarang karya yang banyak dan penulis kitab  At Tarikh Al Kabir yang dilahirkan pada tahun 499 hijrah. Beliau menuntut  ilmu di Damsyik dan mengembara menuntut ilmu selama 22 tahun . Beliau menuntut di Baghdad, Makkah , Kuffah , Naisabur ,Asbahan , Bahrah. Bilangan guru beliau seramai 1300 orang dan lebih daripada 80 guru perempuan. Jumlah karya yang dihasilakan oleh beliau lebih daripada 50 buah buku.

Berkata anaknya Al Muhaddis Bahahudin Al Qasim : “ Adalah bapaku sentiasa menjaga solat jemaah, membaca Alquran . Beliau khatam setiap hari Jumaat dan pada bulan Ramadhan beliau akan khatam setiap hari. Beliau akan beriktikaf di Menara Timur di Masjid Damsyik. Beliau membanyakkan solat sunat dan berzikir . beliau menghidupkan malam nisfu syaaban , malam 2 hari raya aidilfitri dan aidiladha dengan mengerjakan solat dan berzikir dan bermuhasabah terhadap waktunya yang telah pergi .

Catatan: Nota ini dipetik dari buka “Qimah al-Zaman ‘Inda al-‘Ulama”- NiLai masa di sisi ‘Ulama..

NOTA 27 Ramadan : Kemanisan beribadah

NOTA 27 RAMADAN “ KEMANISAN  BERIBADAH”

SAUDARAKU YANG DIKASIHI KERANA ALLAH

Sekarang kita berada pada hari-hari terakhir dari bulan Ramadan 1436 H, sekarang kita berada penghujung bulan Ramadan yang disebut sebagai bulan ibadah, bulan mendapat keampunan, bulan kebebasan dari apa neraka, bulan turunnya rahmat, bulan di tutup pintu neraka, bulan di buka pintu syurga dan syaitan dibelenggu. Ramadan yang penuh dengan program tarbiah dan kerohanian akan berakhir beberapa ketika lagi, Ramadan yang penuh dengan aktiviti ibadah dan amalan menghampirkan diri kepada Allah (s.w.t) dengan makan sahur yang penuh keberkatan, solat lima waktu berjemaah, tadarus al-Quran, mendengar tazkirah dan ceramah agama, solat sunat terawih, berbuka puasa, memberi orang makan berbuka puasa, qiamullail, istighfar, zikir munajat dan solat tahajjud dan amalan-amalan ini ditambah lagi pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan yang dijanjikan oleh Allah swt dengan lailatul Qadar. Persoalannya adakah Ramadan yang kita lalui hampir sebulan meninggalkan kesan yang mendalam bagi mereka yang benar-benar mengambil peluang keemasan memperbaiki diri serta  taqarrub iaitu menghampirkan diri kepada Allah SWT.

SAUDARAKU YANG DIKASIHI KERANA ALLAH

Di saat kita berada pada detik-detik akhir dari bulan Ramadan ini,  tibalah masanya untuk kita bermuhasabah dan bertanya apakah  ibadat puasa yang telah kita lakukan , adakah ia benar-benar puasa yang diterima oleh Allah S.W.T. atau sebaliknya? Adakah kita termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah? Adakah kita termasuk dalam golongan yang selamat dari api neraka setelah menjalani sebulan puasa. Sejauh mana taqwa yang telah kita tingkatkan setelah kita berpuasa  sebulan Ramadan . Firman Allah Taala:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Surah al-Baqarah ayat 183)

SAUDARAKU YANG DIKASIHI KERANA ALLAH

Adakah ibadat puasa yang telah kita lalui menyebabkan kita merasai kemanisan beribadat? Adakah ibadat solat yang kita tunaikan sama ada yang sunat atau fardu, solat terawih, solat tahajjud dan lain-lain, adakah kita merasai kelazatannya? Adakah bentuk-bentuk ibadah yang kita lakukan, sedekah dan infaq yang kita berikan, zakat yang kita keluarkan, bantuan dan sumbangan yang kita berikan sepanjang ramadan. Adakah kita merasai nikmat dan khusyuk dari segala bentuk ibadah yang telah kita lakukan sepanjang ramadan? Inilah ibadat yang sepatutnya kita lakukan bukannya kita beribadat kerana mengikut kebiasaan. Orang berpuasa kita berpuasa…orang mengadakan majlis khatam al-Qur’an, maka kita pun membaca al-Qur’an, orang pergi solat terawih maka kita pun ke masjid untuk berterawih tetapi semua ibadat ini kosong dari kekhusyukan, kosong dari kemanisan dan keseronokan beribadat. Inilah roh kepada setiap ibadat yang kita lakukan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi (s.a.w):

أنْ تَعْبُدَ الله كَأَنَّك تَراهُ فَإن لَم تَكنْ تَراهُ فَإنَّه يَراكَ

“ Kamu menyembah Allah (s.w.t) seolah-olah kamu melihatnya, dan tentunya kamu tidak dapat melihat Allah Allah (s.w.t)  tetap melihat kamu.” HR Muslim

Kelazatan ini yang inilah yang dialami oleh Rasulullah (s.a.w). Sabda Rasulullah (s.a.w): وَجُعِلَت قُرَّةُ عِينِي فِي الصَّلاةِ  maksudnya dijadikan penyejuk mataku dalam ibadat solat. Merasai kelazatan beribadah yang melahirkan kekuatan dalaman. Rasulullah (s.a.w), para sahabat dan generasi awal menjadikan ibadat khusus solat, puasa, zakat, tahajjud sebagai kekuatan dalaman untuk menegakkan agama Allah (s.w.t), bukan sahaja untuk menentang hawa nafsu tetapi untuk menentang musuh-musuh Islam dalam peperangan.  Inilah kekuatan yang perlu kita cari dari ibadat yang dilakukan

Marilah kita merenung Sabda Rasul (s.a.w)yang diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) berkata Nabi (s.a.w):

 رب صائم حظه من صيامه الجوع والعطش ، ورب قائم حظه من قيامه السهر ” .

Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban.Hadith ini menunjukkan ada orang yang Solat tetapi  hanya mendapat bilangan rakaat dan penat dan orang yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga. Ini kerana solat dan puasa mereka tidak mampu merubah seseorang kepada manusia yang mencegah dirinya dari kemungkaran dan mencapai tahap ketaqwaan yang sebenarnya.

Saudaraku  yang dikasihi Allah,

Marilah kita mencari kelazatan beribadah ini sebagaimana yang dikecapi oleh Rasulullah (s.a.w), para sahabat dan generasi dahulu. Kelazatan inilah yang memberi kekuatan kepada Rasulullah (s.a.w) untuk bertahajjud dengan membaca al-Qur’an hampir enam juzuk, bermula dengan surah al-Baqarah diikuti dengan surah Ali Imran dan al-Nisa’ dalam satu rakaat, kelazatan inilah yang memberi kekuatan untuk seorang sahabat Nabi menghabiskan bacaan surah al-Kahfi sekalipun tubuhnya telah mengalirkan darah kerana dipanah oleh musuh semasa menunaikan solat, kelazatan inilah yang memberi kekuatan kepada Saidina Uthman bin Affan untuk membaca keseluruhan al-Qur’an dalam satu rakaat solat witir di sisi Ka’bah, kelazatan inilah yang memberi kekuatan kepada Imam Syafie untuk khatam al-Qur’an sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadan dan kelazatan inilah yang memberi kekuatan kepada Imam Ahmad bin Hanbal untuk solat Isyak dan Subuh dengan satu wuduk selama 30 tahun! ! Kelazatan beribadat jugalah mendorong Saidina Abu Bakar bersedekah keseluruhan hartanya untuk disumbangkan dalam peperangan Tabuk! Kelazatan beribadat jugalah mendorong Saidina Umar (r.a) menyumbangkan separuh dari hartanya dalam perang Tabuk! Kelazatan dalam beribadah juga mendorong Saidina Uthman bin ‘Affan dan Saidina Abdul Rahman menyumbangkan kuda dan emas dan perak yang dianggarkan nilainya pada waktu ini jutaan ringgit!  Kelazatan inilah yang menjadi harapan mereka sehingga saat mereka bertemu dengan Allah s.w.t untuk terus beribadat..Diriwayatkan dari al-Hakam bahawa Abdul Rahman bin al-Aswad apabila berada dalam keadaan nazak menangis. Lalu ditanya: Mengapa menangis? Beliau  menjawab: Sedih kerana tidak dapat lagi untuk solat dan puasa dan dia masih membaca al-Qur’an sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kelazatan inilah yang mendorong al-Hasan bin ‘Ali pergi mengerjakan haji sebanyak 25 kali dengan BERJALAN KAKI.   Berkata Ibnu ‘Abbas: “Tidak ada yang ku kesali pada masa mudaku kecuali aku tidak mengerjakan haji dengan berjalan kaki.  Al-Hasan bin ‘Ali telah mengerjakan haji sebanyak 25 kali dengan berjalan kaki Dan banyak lagi yang telah dinyatakan dalam catatan-catatan sebelum ini!

NOTA 26 RAMADAN “PUASA DAN JIHAD”

NOTA RAMADAN: PUASA DAN JIHAD

RAYUAN INFAQ RAMADAN 1436H

1.TAHFIZ AL-HAKIM JENGKA 15 PAHANG YANG BARU DILAKUKAN ACARA PECAH TANAH SEBELUM RAMADAN MAYBANK-156141528644

2.DANA PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN-NUR, KOTA KINABALU FASA KE-3- RM100,000 DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA BANGUNAN 1 BLOK, BANK ISLAM 10 0160 1008 4808, MAYBANK 56 02 1400 2770, KUWAIT FINANCE HOUSE- 0091 4000 1132

3-DANA WAKAF KENDERAAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HADIS SABAH- MAYBANK 563046310726 DI ATAS NAMA DARUL HADIS MANAGEMENT

4.MA’HAD DIRASAT DINIYYAH (MADAD), KG TEMIN, BANK ISLAM: 06082010009239, MAYBANK 55601106264

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُومُ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، إِلَّا بَاعَدَ اللَّهُ بِذَلِكَ الْيَوْمِ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا “

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a  berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”

HR Imam Muslim, Kitab Puasa, Bab Kelebihan Puasa di jalan Allah bagi mereka yang berkemampuan, no. 1955

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : أَتَيْت عَلَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَخْرَمَةَ صَرِيعًا يَوْمَ الْيَمَامَةِ ، فَوَقَفْت عَلَيْهِ فَقَالَ : يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ ، هَلْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ ؟ قُلْت : نَعَمْ ، قَالَ : فَاجْعَلْ لِي فِي هَذَا الْمِجَنِّ مَاءٌ لَعَلِّي أُفْطِرُ عَلَيْهِ ، قَالَ : فَأَتَيْت الْحَوْضَ وَهُوَ مَمْلُوءٌ دَمًا ، فَضَرَبْته بِحَجَفَةٍ مَعِي ، ثُمَّ اغْتَرَفْت مِنْهُ فَأَتَيْته فَوَجَدْته قَدْ قَضَى

Menurut Ibnu ‘Umar dia berkata:

“ Aku bertemu ‘Abdullah bin Makhramah tercedera semasa peristiwa Yamamah.( Perang memerangi golongan murtad). Dia berkata: Wahai Abdullah Ibnu ‘Umar, adakah orang yang berpuasa telah berbuka? Saya menjawab: Ya. “Tolong letakkan air dalam bekas ini moga-moga saya dapat berbuka” Minta Abdullah. Ibnu Umar pergi ke kolam dan mendapati kolam penuh dengan darah. Saya pun mengocak-ngocak air tersebut dengan perisai saya kemudian saya menanggup air dan membawa air kepada ‘Abdullah bin Makhramah. Saya dapati dia telah menghembuskan nafasnya.

Dalam catatan ini dicatatkan kisah yang kami dengar pada Ramadan 1419H semasa kami menghadiri kelas Asil ialah kelas sebelum berbuka puasa di Masjid Abdul Rahman bin ‘Auf yang disampaikan  oleh guru kami Dr. Solah ‘Abdul Fattah al-Khalidi.

Antara kisah yang menarik berkaitan kisah orang yang berinfaq di jalan Allah ialah kisah seorang wanita yang menghadiahkan suami dan anak-anaknya untuk syahid di jalan Allah. Dia telah membelanjakan hartanya di jalan Allah bahkan dia telah memotong rambutnya untuk disedekahkan di jalan Allah. Ahmad Ibnu al-Jawzi telah menyebut kisah ini secara panjang lebar dalam kitabnya ” Sauq al-‘Arus wa Unsu al-Nufus”. Beliau memetik kisah ini dari Ibnu Qudamah al-Syami. Rumusan kisahnya seperti berikut:

أن أبا قدامة الشامي رجل حبب الله له الجهاد في سبيل الله. وقد خاض معارك عديدة في غزوة الروم.
وجلس يوما في مسجد رسول الله صلى الله عليه وسلم ، يحدث عن بعض غزواته. فطلب منه الجالسون أن يحدثهم عن أعجب قصصه في الجهاد.
فأخبرهم عن أعجب ما وقع له في الجهاد: أنه توجه يوما لحرب الروم ، فمر بمدينة الرقة على نهر الفرات، ليشتري منها جملا يجاهد عليه.

Bahawa Abu Qudamah al-Syami seorang yang Allah swt jadikannya mencintai jihad di jalan Allah. Dia telah menyertai beberapa peperangan dengan Rom.

Pada satu hari dia duduk menyampaikan kuliah di masjid Rasulullah saw menceritakan pengalamannya berperang. Mereka yang duduk bersamanya memintanya menceritakan kisahnya yang paling mengkagumkan dalam berjihad. Lalu dia bercerita bahawa pada satu hari dia keluar untuk memerangi Rom, dia singgah di bandar Raqqah yang terletak di pinggir sungai Furat- Euphratres- (sekarang lokasinya di Iraq) untuk membeli unta untuk kegunaan jihad.

وبينما كان في الرقة أتته امرأة ،و أخبرته أنها تريد أن تتصدق للجهاد بشعرها ،و أنها قصت شعرها ،و عفرته بالتراب ، طلبت منه أن يأخذ ذلك الشعر ليكون عقالا و خطاما لخيل المجاهدين.

Ketika mana dia berada di Raqqah, seorang wanita datang berjumpa dengannya. Dia memberitahu dia mahu bersedekah dengan rambutnya. Dia telah memotong rambutnya dan melumurkan tanah. Dia meminta dari Abu Qudamah untuk mengambil rambutnya untuk dijadikan pengikat dan cemeti bagi kuda pejuang.

و أخبرته أن زوجه خرج للجهاد روما ،فلقى الله شهيدا، وأن أوﻻده خرجوا للجهاد، فلقوا الله شهداء ، ولم يبق من أوﻻدها إﻻ فتى عمره خمسة عشر عاما ، ورغم صغر سنه إﻻ أنه كان صواما قواما ، حافظا للقرآن ، فارسا مجيدا للقتال، وكان من أجمل وأحسن الفتيان.

Wanita itu memberitahu bahawa suaminya telah keluar berjihad memerangi Rom sehingga dia gugur syahid. Anak-anaknya juga keluar berjihad dan semuanya juga gugur syuhada’. Hanya seorang sahaja anak lagi yang masih hidup yang berusia 15 tahun. Sekali pun usianya masih kecil tetapi dia seorang yang kuat berpuasa dan bangun malam. Dia juga seorang hafiz al-Qur’an. Seorang pahlawan yang terlatih untuk berperang. Dia antara remaja yang paling segak dan baik.

وأخبرته أن هذا الفتى خارج بعيدا من المدينة ، وإن جاءها سوف ترسل للجهاد معه ، وتقدمه هدية ، وترجو من الله له الشهادة.

Wanita itu memberitahu bahawa anaknya itu keluar jauh dari bandar. Sekiranya dia pulang…beliau ingin menghantar anaknya untuk keluar berjihad bersama Abu Qudamah. Dia ingin menjadikan anaknya sebagai hadiah dan berharap dari Allah agar anaknya itu mati syahid.

انتظر أبو قدامة مجيء الفتى فلم يأت، فسار بأصحابه المجاهدين من الرقة، متوجهين لقتال الروم، وساروا أياما…

Abu Qudamah ternanti-nanti ketibaan remaja tersebut akan tetapi dia belum pulang,  lantas  beliau bersama mujahidin yang lain bertolak meninggalkan Raqqah menuju ke arah lokasi peperangan dengan Rom..mereka meneruskan perjalanan selama beberapa hari.

وبينما كانوا سائرين لحق به ذلك  الفتى المجاهد الفترس على فرسه ، وكلم أبا، وعرفه على نفسه ، أنه ابن تلك المرأة و أن والده وإخوانه لقوا الله شهداء، وهو يريد أن ينال الشهادة مثلهم.

Semasa mereka meneruskan perjalanan mereka diekori oleh pahlawan berkuda dan dia bercakap dengan Abu Qadamah dan dia memperkenalkan dirinya bahawa dia ialah anak perempuan itu dan sesungguhnya Allah mengurniakan syahid kepada bapanya dan adik-beradiknya. Dia juga ingin mati syahid seperti mereka.

حاول  أبو قدامة أن يرده لصغر سنه  ولكن الفتى أصر وأخبره بأنه عارف بالفروسية والرمي، حافظ للقرآن، عالم بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم، وأنه يريد أن يكون الشهيد ابن الشهيد!

Abu Qudamah cuba untuk menghalang kerana umurnya yang masih muda tetapi budak itu berkeras untuk menyertai perang dan dia memberitahu bahawa dia mahir berperang dan merejam. Dia juga  menghafaz al quran mengetahui sunnah rasulullah dan dia ingin mati syahid anak kepada orang yang mati syahid.

وأخبر الفنى أبا قدامة أن أمه ودعته ، وأنها طلبت منه أن يحرص على الشهادة ، وأن لا يفر من الكفار  ولا يولهم الادبار، وان يهب نفسه لله ويطلب مجاورة ابيه و اخوانه واخواله الشهداء.

Dan pemuda itu memberitahu kepada Abu Qadamah bahawa ibunya mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan dia menuntut daripadanya  supaya berusaha mendapatkan gelaran “SYAHID”
dan berpesan supaya jangan lari dari orang kafir dan jangan  berpaling dari medan perang.    Dan berpesan supaya menghadiahkan dirinya kepada Allah dan   meminta dari Allah untuk menemani     ayahnya dan saudara lelakinya dan pakcik-pakciknya yang telah mati syahid.

تأثر ابو قدامة بما سمع و اصطحب معه الفتى الفارس.  ولما اقتربوا من معسكر الروم حان وقت غروب الشمس ،وكان المجاهدين صائمين ، فتطوع الفتى الفارس بطبخ طعام إفطارهم.

Abu Qudamah terkesan  dengan apa yang dia dengar dari remaja pejuang lalu dia membawa remaja ini bersama. Apabila mereka sampai hampir dengan kem tentera Rom pada waktu matahari hendak terbenam. Pada masa ini para mujahidin sedang berpuasa. Remaja ini secara sukarela memasak makanan untuk pejuang berbuka puasa.

و نام الفتى نومة ،و نظر إليه أبو قدامة ، فإذا يضحك أثناء نومه ، فدعا أصحابه إلى أن ينظروا له وهو يضحك ،متعجبا من ذلك.

Remaja itu tidur seketika ( sebelum maghrib). Abu Qudamah melihat kepadanya dan mendapatinya tertawa semasa tidur. Abu Qudamah memanggil kawan-kawannya yang lain untuk melihat remaja itu yang tertawa. Dia kagum dengan apa yang dia lihat.

فلما أن يستنقظ  الفتى الفارس سأله أبو قدامة و أصحابه عن سبب ضحكه أثناء نومه، فأخبرهم انه راى رؤيا فى منامه اضحكته !
أخبرهم أنه رأي نفسه في رو ضة خصراء، وفى وسطها قصر من ذ هب و فضه ، و عليه ستور مر خا ة، و في القصر جوار وجههن كالأقمار، و لما رأينه نزلن إليه لير حبن به، فمد يده لإحداهن، فقلن له : لا تتعجل.

Apabila remaja itu bangun , Abu Qudamah dan sahabat-sahabatnya  bertanya kepadanya sebab dia tertawa semasa tidur. Remaja itu memberitahu  kepada mereka  bahawa dia bermimpi sesuatu yang menyebabkan dia tertawa.  Dia memberitahu bahawa dia melihat dirinya dalam taman yang hijau dan di tengahnya terdapat istana yang dibuat dari emas dan perak. Istana itu tertutup pintunya. Di istana ada bidadari-bidadari yang wajah mereka bagaikan bulan. Apabila mereka nampak remaja tersebut mereka turun untuk mengalu-alukannya. Beliau menghulur tangan kepada seorang dari mereka lalu mereka berkata kepadanya: Jangan tergesa-gesa.

فصعد الى القصر فرأى جارية كأنها الشمس، وحسنها يبهر البصر، فرحبت به، وأخبرته أنه لها وأنها له، ولما مد يده إليها قالت له: لا تتعجل، والميعاد بيني و بينك غدا عند صلاة الظهر، فأبشر..

Anak muda itu naik ke istana, lalu dia melihat bidadari wajahnya seperti matahari. Kecantikannya memukau pandangan. Dia menyambut dan mengalu-alukan remaja tersebut dan menyebut dia dia diciptakan Allah untuk remaja itu dan remaja itu dia.Remaja itu menghulurkan tangannya kepadanya dan dia(wanita) pun berkata :jangan tergesa-gesa, waktu perjanjian antara aku dengan kamu pada hari esok selepas solat zohor…

فاستبشر الفتى الفارس وضحك فرحا في نومه.

Remaja pejuang itu bergembira dengan berita itu dan ketawa kegembiraan di dalam  tidurnya.

وفي الصباح وصلوا معسكر الروم، ونشبت المعركة عنيفة، وهجم الروم على المجاهدين، فتصدى لهم الفتى الفارس مع اخوانه المجاهدين، وحاربهم ببسالة، وقتل منهم كثيرين.

Pada waktu pagi, mereka sampai ke kem tentera rom. Berlakulah peperangan yang sengit. Rom menyerang para mujahidin. Remaja tersebut masuk ke medan pertempuran bersama rakan-rakan pejuang yang lain. Mereka memerangi musuh dengan hebat sekali. Ramai yang terkorban dalam pertempuran ini.

وطالت المعركة وقتل أناس من الفريقين، وانتهت المعركة بانتصار المسلمين. وراح أبو قتادة يبحث عن الفتى الفارس. فإذا به صريعا جريحا، والدماء تنزف من جسمه، وقد علاه الغبار.

Peperangan berpanjangan sehingga ramai tentera yang terkorban dari kedua-dua belah pihak. Peperangan berakhir dengan kemenangan tentera islam. Abu Qudamah pun pergi mencari remaja pejuang. Akhirnya dia berjumpa remaja tersebut dalam keadaan cedera parah. Darah mengalir dari tubuhnya dan tubuhnya dipenuhi debu.

ولما أقبل عليه أخبره أن رؤياه قد صدقت, وأن الحورية التي رآها في المنام واقفة على رأسه، تنتظر خروج روحه!

Dan adapun ketika menjumpainya, dia berkata mimpinya benar.  Bidadari yang dijumpainya dalam tidur sedang berdiri dikepalanya menanti saat keluarnya roh.

وطلب الفتى أبا قدامة أن يأخذ ملابسه المضمخة بدمائه لأمه، لتعلم أنه لم يضيع وصيتها. ثم نطق بالشاهدين، وأسلم روحه ولقي الله شهيدا. فكفنوه في ثيابه, ودفنوه في مكانه.

Remaja itu meminta dari Abu Qudamah untuk mengambil pakaiannya yang berlumuran darah untuk dibawa kepada ibunya supaya ia tahu bahawa anaknya tidak melupakan wasiat ibunya. Kemudian dia mengucap dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk kembali kepada Allah sebagai seorang syahid. Mereka mengkafannya bersama pakaiannya dan mengebumikan jezaha di tempat dia syahid.

وعاد أبو قدامة إلى الرقة, ومر من أمام بيت المرأة, أم الشهيد, فشاهد أخته الفتاة الصغيرة تقف على باب البيت تسأل القادمين عن أخبار أخيها المجاهد. فاستأذن أن يكلم أمها.

Abu Qudamah pun kembali ke bandar Raqqah dan melalui di hadapan rumah wanita si ibu kepada remaja yang syahid. Dia melihat adik perempuannya di pintu rumah dan bertanya kepada tentera yang pulang untuk mengetahui berita abangnya seorang pejuang. Abu Qudamah meminta izin untuk bercakap dengan si ibu.

خرجت أمها, ولما رأته قالته: أجئت معزيا أم مبشرا يا أبا قدامة؟

قال لها: ما الفرق بين الشارة و التعزية؟

Ibunya keluar. Apabila dia melihat Abu Qudamah dia berkata: “Adakah kamu datang untuk mengucapkan tazkiah atau tuan membawa berita gembira wahai Abu Qudamah?

Abu Qudamah bertanya: Apakah beza antara berita gembira dengan ucapan takziah.

قالت: إن رجع ولدي سالما معكم فأنت معز, وإن قتل ولدي شهيدا في سبيل الله فأنت مبشر!

Sekiranya anakku pulang dengan selamat  maka kamu membawa berita takziah, dan sekiranya anakku terbunuh sebagai orang yang mati syahid di jalan Allah, anda membawa berita gembira.

قال لها: أبشري لقد قبل الله هديتك, ولقي ابنك الله شهيدا.

ففرحت و قالت: الحمدلله الذي جعله ذخيرة لي يوم القيامة!!

Dia berkata kepadanya: Bergembiralah! Allah s.w.t telah menerima hadiah kamu, anakmu telah bertemu dengan Allah sebagai syahid. Maka wanita Raqqah itu sangat gembira dan berkata:

“Segala puji bagi Allah yang menjadikan dia sebagai simpananku di akhirat.”

NOTA 25 RAMADAN ” WANITA AHLI SYURGA”

NOTA 25 RAMADAN ” WANITA AHLI SYURGA”

Sabda Rasulullah saw:

إِذَا صَلَّتِ المَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا ،  دَخَلَتْ  الجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شَائَتْ

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka dia telah masuk mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” 

HR Ibnu Hibban no.4163 dari Abu Hurairah r.a. Ia dihukum sohih oleh Syu’aib al-Arnaut. Lafaz hadith dari Ibnu Hibban. Ia juga diriwayatkan dari Abdul Rahman bin ‘Auf disisi Imam Ahmad, no. 1662, disebut oleh al-Haythami dalam al-Majma’ , jilid 4, hal. 306 dan menambah ia kepada al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat dan menyebut dalam riwayat ini ada Ibnu Lahi’ah. Menurutnya hadith ini hasan.

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya

(1)menjaga SOLAT fardhu

(2) Berpuasa di bulan Ramadhan

(3)MENJAGA KEHORMATANNYA

(4) TAAT kepada suami .

BERBANDING KAUM LELAKI, sekalipun dia sudah berumahtangga tanggung jawab terhadap ibu bapa tidak terlepas berbanding dengan wanita yang sudah berkahwin ketaatannya adalah kepada suami.

MUSLIMAH!

Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. SOLAT fardhu ADAKAH DITUNAI DI AWAL WAKTU? SEJAUH MANA KHUSYUKNYA? Sejauh mana ia menjadi keutamaan dalam rutin harian kita.  Ada juga yang SOLATNYA TIDAK DAPAT MENCEGAHNYA DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR. Semasa SOLAT

sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat.

MUSLIMAH!

Sejauh manakah puasa kita mencapai tahap TAQWA? Adakah puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut kita masih mengumpat. Ingat Nabi saw memberitahu bahawa ahli neraka paling ramai adalah WANITA disebabkan mereka tidak menjaga LIDAH mereka. Berhati-hatilah wahai saudaraku yang bergelar MUSLIMAH!

MUSLIMAH

Berapa wanita hari ini yang menggadai maruah kurniaan Allah? Kecantikan yang sepatutnya menjadi penyejuk mata kepada suami telah disalah gunakan. Ia digunakan untuk menggoda kaum lelaki. Fenomena yang tidak berlaku pada generasi awal Islam yang tidak dapat disembunyikan lagi. Wanita keluar rumah tidak menjaga aurat, bertabarruj, bergaul bebas. Anak-anak gadis berpegang tangan dengan lelaki asing bahkan ada yang berani berciuman di tempat-tempat awam, di dalam LRT…di taman-taman semata-mata memuaskan nafsu syahwat semata…mereka lupa soal pahala dan dosa. Ia yang sepatutnya di simpan dengan baik untuk BAKAL SUAMI anda bagi yang belum berkahwin. Ada wanita  yang berzina dengan orang yang bukan suaminya. Ada juga wanita yang sanggup menjual harga diri  dengan menjadi pelacur untuk mendapatkan wang sesuap nasi..BERAPA BANYAK HARI INI KITA MENDENGAR BERITA YANG MENYAYAT HATI kelahiran anak zina semakin bertambah dan berleluasa. Yang lebih menyedihkan apabila isteri orang berzina dengan suami orang.

MUSLIMAH
Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa, ti9dak bersungguh-sungguh…Ramai wanita bekerja yang lebih mengutamakana kerjayanya dari MELAYAN SUAMI SEDANGKAN NABI SAW MENYEBUT:

لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِغَيْرِ اللهِ، لأَمَرْتُ المَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا، وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ تُؤَدِّي المَرْأَةُ حَقَّ رَبِّهَا حَتَّى تُؤَدِّيَ حَقَّ زَوْجِهَا…
Maksudnya: ” Sekiranya ada seorang yang boleh sujud selain Allah nescaya aku akan perintahkan kamu untuk sujud kepada suaminya. Demi diri Muhammad yang di bawah kuasanya, seorang wanita dikira tidak menunaikan hak tuhannya sehingga dia menunaikan hak suaminya…

HR Ibnu Majah dalam kitab Nikah, Bab Hak Suami oleh isteri no.1853 dari Hadith Abdullah bin Abu Awfa.

MUSLIMAH

Sepatutnya ANDA kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Bayangkanlah, baginda  s.a.w ditunjukkan di dalam neraka itu paling banyak ahlinya adalah terdiri dari KAUM WANITA

Sabda Nabi saw:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَضْحَى أَوْ فِطْرٍ إِلَى الْمُصَلَّى فَمَرَّ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ : ( يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ فَإِنِّي أُرِيتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ ) فَقُلْنَ : وَبِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ: ( تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِير مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ إِحْدَاكُنَّ ) قُلْنَ : وَمَا نُقْصَانُ دِينِنَا وَعَقْلِنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : ( أَلَيْسَ شَهَادَةُ الْمَرْأَةِ مِثْلَ نِصْفِ شَهَادَةِ الرَّجُلِ ) قُلْنَ : بَلَى ، قَالَ : ( فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ عَقْلِهَا أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ ) قُلْن َ: بَلَى ، قَالَ : ( فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ دِينِهَا ) رواه البخاري 304 .

Dari Abu Sa’id Al Khudri  r.a  berkata, Rasulullah (s.a.w) pada hari raya ‘Idul Adha atau ‘IdulFitri keluar menuju tempat solat, baginda melalui  para wanita seraya bersabda:

Wahai para wanita! Hendaklah kalian bersedekah  sebab ditunjukkan kepadaku bahawa KALIAN ADALAH YANG PALING RAMAI MENGHUNI NERAKA

Kami bertanya, Apa sebabnya wahai Rasulullah?

Baginda (s.a.w) menjawab: Kalian banyak melaknat dan banyak mengingkari pemberian suami. Dan aku tidak pernah melihat dari tulang laki-laki yang akalnya lebih cepat hilang dan lemah agamanya selain kalian. ?

Kami bertanya lagi, Wahai Rasulullah, apa tanda dari kurangnya akal dan lemahnya agama?

Baginda (s.a.w) menjawab: Bukankah persaksian seorang wanita setengah dari persaksian laki-laki? Kami jawab, Benar.

Baginda (s.a.w) berkata lagi:Itulah kekurangan akalnya. Dan bukankah seorang wanita bila dia sedang haid dia tidak solat dan puasa? 

Kami jawab, Benar.

Baginda s.a.w berkata: Itulah kekurangan agamanya.

HR al-Bukhari no. 304, Kitab Haid, Bab Orang Yang Haid meninggalkan puasa.

 

 

Sabda Nabi s.a.w:

عن جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلاةَ يَوْمَ الْعِيدِ فَبَدَأَ بِالصَّلاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلا إِقَامَةٍ ثُمَّ قَامَ مُتَوَكِّئًا عَلَى بِلالٍ فَأَمَرَ بِتَقْوَى اللَّهِ وَحَثَّ عَلَى طَاعَتِهِ وَوَعَظَ النَّاسَ وَذَكَّرَهُمْ ثُمَّ مَضَى حَتَّى أَتَى النِّسَاءَ فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَّرَهُنَّ فَقَالَ : ( تَصَدَّقْنَ فَإِنَّ أَكْثَرَكُنَّ حَطَبُ جَهَنَّمَ ) فَقَامَتِ امْرَأَةٌ مِنْ سِطَةِ النِّسَاءِ سَفْعَاءُ الْخَدَّيْنِ فَقَالَتْ : لِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : ( لأَنَّكُنَّ تُكْثِرْنَ الشَّكَاةَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ) قَالَ : فَجَعَلْنَ يَتَصَدَّقْنَ مِنْ حُلِيِّهِنَّ يُلْقِينَ فِي ثَوْبِ بِلالٍ مِنْ أَقْرِطَتِهِنَّ وَخَوَاتِمِهِنَّ . رواه مسلم 885 .

Dari Jabir bin Abdullah ra dia berkata:

“ Aku telah mengikuti solat hari raya bersama Rasulullah s.a.w. Baginda (s.a.w)  memulakannya dengan solat sebelum menyampaikan khutbah, tanpa disertai azan dan Iqamah. Setelah itu baginda s.a.w berdiri sambil bersandar pada tangan Bilal. Kemudian baginda s.a.w  memerintahkan untuk selalu bertakwa kepada Allah, dan memberikan anjuran untuk selalu mentaati-Nya. Baginda  juga memberikan nasihat kepada manusia dan mengingatkan mereka. Setelah itu, beliau bergerak hingga sampai di tempat kaum wanita. Baginda  s.a.w pun memberikan nasihat dan peringatan kepada mereka. Baginda s.a.w bersabda: Bersedekahlah kalian, kerana kebanyakan kalian akan menjadi BAHAN BAKAR  neraka jahannam. Maka berdirilah seorang wanita terbaik di antara mereka dengan wajah pucat seraya bertanya, Kenapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w menjawab:

((KERANA KALIAN LEBIH BANYAK MENGADU (( MENGELUH)) DAN MENGINGKARI KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SUAMI))

Akhirnya mereka pun menyedekahkan perhiasan yang mereka miliki dengan melemparkannya ke dalam kain yang dihamparkan Bilal, termasuk cincin dan kalung-kalung mereka. (Hadith riwayat Muslim no. 885)

MUSLIMAH! INI PESANAN SEORANG SAHABAT SAYA USTAZ ABDULLAH HAMZAH YANG SAYA PETIK ARTIKELNYA TANPA SEBARANG PENAMBAHAN

 

”…BAYANGKAN  badan-badan  KALIAN akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu.

Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh ‘wildan-wildan’nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu …

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, “Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan”. Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. …
Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.
PENUTUPNYA kepada semua muslimah SEMOGA ALLAH SWT MEMPERMUDAHKAN KALIAN UNTUK KE SYURGA

NOTA  24 RAMADAN “  UMRAH DI BULAN RAMADAN MENYAMAI  HAJI DAN MENCARI LAILATUL QADR DI MAKKAH

Sabda Nabi s.a.w:

عن ابن عباس رضي الله عنهما : أنَّ النبيَّ صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : (( عُمْرَةٌ في رَمَضَانَ تَعْدِلُ حَجَّةً – أَوْ حَجَّةً مَعِي )) متفقٌ عَلَيْهِ

Dari Ibnu ‘Abbas r.anhuma bahawa Nabi s.a.w bersabda: “ Umrah di bulan Ramadan menyamai (ganjarannya) mengerjakan haji atau haji bersamaku” Hadith MUTTAFAQUN  ‘ALAYHI

Antara nikmat yang tidak dilupakan oleh seorang di saat seorang itu terpilih menjadi tetamu Allah di bulan Ramadan. Nikmat itu lebih besar apabila seorang itu berada pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadan. Bayangkan sewa bilik yang sederhana pada awal ramadan ialah sekitar SR200 ia melambung kepada  SR1500-SR2000 satu malam. Saya pernah diberitahu oleh seorang pemandu Bas Saudi bahawa bayaran ansuran bas mereka dibayar dua kali setahun iaitu selepas Ramadan dan selepas haji. Inilah dua musim mereka mendapat rezeki yang banyak.. Orang yang melakukan umrah pada bulan Ramadan diberi ganjaran menyamai haji. Mengerjakan umrah di bulan Ramadan sangat mencabar. Cabaran pertama ia dilakukan dalam keadaan kita berpuasa sekiranya dilakukan di siang hari dan kesesakan pada malam hari. Di catatkan di sini sedikit panduan jadual bagi  mereka yang ingin beribadat pada sepuluh malam terakhir di Makkah.

TIPS : CADANGAN JADUAL RAMADAN DI MASJDIL HARAM ( MALAM)

45 minit  sebelum maghrib bertawaf di dataran putih.  Apabila saf mula dibentuk iaitu kira-kira 30 minit sebelum masuk waktu bolehlah seseorang mula berdiri atau duduk dalam saf  yang mula dibentuk. Insya Allah dengan cara ini seseorang  boleh berbuka tidak jauh dari imam. Bagi mereka yang memilih kaedah ini dinasihatkan supaya bersedia dengan sebotol air zam-zam dan tamar untuk berbuka.  Jika seseorang itu berkelapangan dari sudut kewangan, dia boleh membeli sekotak rutab…tak mahal pun iaitu SR10 sekotak…dan mengagihkan kepada para Jemaah…Waktu maghrib biasanya di imamkan oleh Dr. Abdul Rahman al-Sudays. Pada tahun ini pada akhir Ramadan maghrib kadang-kadang diimamkan oleh Dr. Bandar Baleela.  Sekiranya tawaf belum dihabiskan sebelum maghrib , maka seseorang itu boleh menyambungnya selepas maghrib kecuali pada malam 27 Ramadan. Ia waktu puncak yang sangat mencabar iaitu  sebelum maghrib 27 Ramadan dan tawaf selepas maghrib 27 Ramadan. Pergerakan tawaf sangat lambat kerana ruang tawaf yang sangat sesak. Seseorang itu akan bergerak  setapak demi setapak kerana setiap ruang tawaf penuh dengan manusia.  Diingatkan juga bagi mereka yang solat didataran putih untuk segera meninggalkan tempat solat kerana sebaik sahaja solat proses pembersihan dataran putih akan dilaksanakan oleh petugas pembersih masjidil Haram berbaju hijau. Jika seseorang tidak bergerak maka dia akan terkena air beserta sabun!

 

Seseorang mempunyai dua pilihan sama ada keluar dari masjid untuk berbuka di kedai-kedai makanan atau dihotel melalui pakej yang disediakan oleh travel agen. Sekiranya memilih untuk membeli di kedai  seseorang perlu bersabar dan menghabiskan masa berharga terutama pada 10 malam terakhir yang diharap pada salah satunya malam LAILATUL QADAR kerana perlu beratur panjang. Lebih baik makan malam selepas selesai terawih dan memilih berada di dalam masjidil Haram dengan menyediakan sedikit tamar sebagai makanan dan minumannya memang sudah tersedia AIR ZAM-ZAM. Ruang antara maghrib sehingga azan Isyak…Kebiasaannya masa antara azan maghrib diperpanjangkan  untuk memberi ruang para Jemaah mencari makanan berbuka (MAKAN MALAM). Ianya dua jam selepas azan maghrib…Contohnya waktu berbuka jam 6.30 petang, maka azan Isyak ialah pada jam 8.30 malam. Maka selang masa antara maghrib dan Isyak boleh diisi sama ada dengan melakukan tawaf sunat atau menyempurnakan tawaf sunat yang belum selesai sebelum maghrib. Ia juga boleh diisi dengan menghadiri halaqah-halaqah ilmu yang tetap diteruskan sepanjang bulan Ramadan atau melakukan amalan peribadi seperti membaca al-Qur’an, berzikir, solat sunat mutlak dan lain-lain

 

Bagi yang keluar dari masjidil Haram, apabila kawasan dalam masjid telah penuh,maka barisan petugas yang terdiri dari tentera dan sukarelawan unit beruniform dari sekolah-sekolah di Makkah akan membuat sekatan. Tidak ada lagi orang yang boleh masuk kecuali mereka yang berpakaian ihram untuk mereka menyempurnakan umrah mereka.  Sekatan ini akan berterusan sehingga selesai solat sunat terawih sekitar jam 10.30 ke 10.45 malam. Setiap malam solat terawih dipimpin oleh dua imam. Sebelum sepuluh malam terakhir witir akan dilakukan sebaik sahaja solat terawih selesai. Apabila masuk 21 Ramadan witir dilewatkan sehingga selepas solat tahajjud. Sekatan yang sama juga semasa SOLAT TAHAJJUD!

 

                Antara jam 10.30 hingga satu pagi bolehlah seseorang itu keluar untuk menunaikan keperluan mereka seperti makan malam dan sebagainya dan yang lebih baik terus beri’ktikaf di masjid. Pada jam satu pagi SOLAT TAHAJJUD BERJEMAAH  akan bermula dengan dipimpin oleh dua orang Imam.  Imam pertama akan memimpin  enam rakaat pertama solat tahajjud, manakala imam kedua memimpin 4 rakaat tahajjud di tambah dengan tiga rakaat witir. Solat malam diakhiri dengan doa Qunut witir antara 15-20 minit pada malam-malam biasa manakala pada malam 27 Ramadan diimamkan oleh Dr. Abdul Rahman al-Sudays dengan doanya antara 25-30 minit. Biasanya Qunut pada malam-malam ganjil dari sepuluh akhir dipimpin oleh Imam Sudays manakala malam-malam genap secara bergilir seperti Dr. Khaleed al-Ghamidi, Dr. Bandar Baleela. Solat Tahajjud biasanya berakhir sekitar jam 2.30 pagi dan pada malam 27 Ramadan sekitar jam 2.45. Siaran langsung solat tahajjud boleh dilayari di laman web berikut jam 6.00 pagi waktu Malaysia. Hebatnya TAHAJJUD di Makkah ia dilakukan oleh lebih 2 JUTA JEMAAH!

 

Biasanya waktu yang  lengang di dalam masjidil Haram   ialah selepas solat tahajjud dan witir kerana jemaah pulang dan mencari sahur. Ia kembali penuh selepas azan pertama dilaungkan iaitu kira-kira satu jam. Masa-masa kosong yang lain bolehlah diisi dengan amalan sunat yang lain.

MENGENALI IMAM-IMAM TERAWIH 1436H DI MASJIDIL HARAM.

Kali ini saya catatkan dua dari imam yang masih baru memimpin terawih atau Tahajjud.

1)Syaikh Dr. Yasir al-Dosarry (Sumber Wikepedia)- MULAI RAMADAN 1436H

Imam Yasir

 

Dr. Yasir al-Dosarry kali pertama menjadi imam Terawih pada malam kedua Ramadan 1436H:

Beliau antara imam termuda di Masjidil Haram. Beliau  yang merupakan salah seorang Qari Saudi yang masyhur dilantik untuk memimpin terawih pada Ramadan 1436H. Imam ini dilahirkan pada tahun 1400 hijrah iaitu 1980. Usianya sekarang 36 @ 35 tahun. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda Syariah dari Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiah. Setelah menamatkan pengajiannya beliau bertugas sebagai setiausaha di Persatuan Menghafaz al-Qur’an al-Amir Sultan “ JAM’IYYAH AL-AMIR SULTAN LI TAHFIZ AL-QUR’AN”  di bawah tentera udara selama dua tahun.Tujuh tahun kemudaian dia belajar  peringkat M.A dalam bidang Fiqh Muqarin di Ma’had Aliyy Lil Qada’ (Kolej Tinggi Qadi) di university yang sama. Akhirnya beliau mendapat sijil Dr Falsafah dari Ma’had Aliyy dengan tesisnya berjudul: “ AL-FURUQ AL-FIQHIYYAH ‘INDA AL-HANAFIYAH FI AL-BUYU’” – Maksudnya: Perbezaan Fiqh di sisi Hanafiyah dalam bab Jual Beli”

 

                Beliau menjadi imam di pelbagai masjid, antaranya Masjid Abdullah al-Khalifi selama dua tahun, kemudian beberapa tahun di masjid al-Kauthar. Ini diikuti di Jami’ al-Imam Abdullah bin Sa’ud selama 5 tahun seterusnya di Jami’ al-Syaikh ‘Abdul Aziz bin Baz beberapa tahun. Sejak tahun 1426H beliau menjadi Imam di Jami’ al-Dakhil di Bandar Riyadh dan pada bulan Ramadan 1436H beliau dilantik menjadi imam terawih di MASJIDIL HARAM.

 

                Beliau juga merupakan PENSYARAH bermula dengan pensyarah kanan kemudia n Profesor Madya di Univesiti al-Malik al-Su’ud, Beliau juga anggota kepada beberapa pertubuhan seperti pertubuhan fiqh ilmiah Saudi, pertubuhan ilmiah Sa’udi untuk al-Qur’an dan ‘Ulum al-Quran, pertubuhan kajian Dakwah Saudi, anggota lajnah Eropah Pertubuhan Antarabangsa Pemuda Islam serta anggota pertubuhan kebajikan di bandar al-Kharaj.

 

GURU-GURU BELIAU

                Beliau belajar dengan beberapa Qurra’ antaranya

(a)Syaikh Bakri al-Tarabisyi salah seorang yang mempunyai sanad al-Quran yang paling tinggi  “ A”ALA ISNAD” di dunia

(b) Syaikh Ibrahim al-Akhdar syaikh Qurra’ Madinah

(c) Syaikh Muhammad Tamim salah seorang ahli lembaga semakan al-Mushaf al-Syarif  di Kilang Percetakan al-Qur’an  King Fadh

(d)Syaikh Mahmud bin ‘Umar Sukkar

(e)Syaikh Ahmad Khaleel Syahin

(f)Syaikh Sa’d Sunbul

(g) Syaikh Abdullah al-Jarullah.

 

                Beliau juga  berguru dengan Syaikh Abdullah bin Jabrin, Syaikh ‘Abdul Aziz bin ‘Abdullah Al Syaikh, Mufti Saudi, syaikh Soleh al-Fawzan, syaikh Soleh bin ‘Abdullah bin Humayd, Syaikh Sa’d al-Syathri, Syaikh Soleh bin ‘Abdul Aziz Al al-Syaikh, syaikh Muhammad bin Hasan Al al-Syaikh, syaikh Ya’qub al-Bahisin, syaikh Abdul Aziz bin Ibrahim al-Qasim, syaikh Abdul Aziz bin Abdullah al-Rajihi.

                Beliau juga terlibat dalam seminar  peringkat antarabangsa yang di adakan di Mesir, Turki, Riyadh. Beliau juga pernah mengetuai Lajnah Hakim pertandingan dua wahyu : al-Quran dan al-Sunnah yang berlangsung di Liverpool, hakim pertandingan al-Qur’an di peringkat kementerian pertahanan Saudi.

 

Beliau juga menyampaikan ceramah anjuran kerajaan dan di luar Saudi. Beliau juga keudara melalui saluran internet , siaran-siaran radio, internet disamping menulis di akhbar tempatan dan majalah-majalah. Beliau juga banyak menghasilkan karya-karya ilmiah dan buku.

 

Beliau mempunyai web peribadi yang boleh dilayari iaitu:

www.aldosry.net/

KISAH MENGHAFAZ AL-QUR’AN

Beliau menghafaz al-Qur’an sejak kecil semasa keluarganya mencari kehidupan di Bandar Riyadh. Di sini tempat dia menghafaz al-Qur’an. Kisahnya menghafaz al-Qur’an bermula pada zaman kanak-kanak. Dia pernah meminta dari bapanya untuk membelikannya alat eletronik. Bapanya mensyaratkannya menghafaz Juzuk ‘Amma. Beliau berjaya menghafaznya dan memperolehi apa yang dikehendaki. Ini permulaan hatinya berminat dengan al-Qur’an. Bapanya kemudian menghantarnya ke sekolah Tahfiz al-Quran dibawah kementerian pendidikan “ Wizarah al-Maa’rif” sehingga dia dapat menghafaz al-Qur’an dengan cepat sekali. Semasa berusia 15 tahun dia sudah mula menjadi imam di masjid yang kecil walaupun ketika itu penerimaan seorang budak berusia 15 tahun menjadi imam tidak diterima. Masjid ini masjid kecil dan bukannya masjid rasmi. Apabila usianya mencecah 18TAHUN dia dilantik secara rasmi oleh Kementerian Hal Ehwal Islam sebagai Imam Masjid di Riyadh. Dia berpandangan imam semasa kecil adalah perkara yang positif dalam membantu seseorang menghafaz al-Quran dan menjaga akhlak namun sekiranya masa belum sesuai maka ia perlu dielakkan sekalipun memiliki suara yang merdu.” Sumber Web Rasmi Dr Yasir al-Dosry

 

 

 

2) Dr Bandar Abdul Aziz  Baleelah (MULAI RAMADAN 1435H)- Terjemahan dipetik dari web Indonesia

syaikhbandar

 Syaikh Memimpin Solat Tahajjud Pada malam 24 Ramadan 1436H

– Lahir di Makkah tahun 1395 AH.
– Memperoleh gelar Master di 1422 AH di Fiqh dari College of Studi Islam Syariah dan dari Umm al-Qura University.
– Meraih gelar doktor dalam Fiqh dari Fakulti  Syariah pada tahun 1429 AH dari Universiti Islam Madinah.
– Bekerja sebagai guru fiqh di Institut Haram al-Sharif bahagian pengajian tinggi
– Beliau sekarang asisten profesor di University of Taif.
– Menjabat sebagai Imam dan khatib Masjid Ameera Nouf di daerah  Aziziyah di Makkah,dan setelah itu di Masjid Bin Baz.
– Diangkat sebagai Imam dari Masjid al Haram pada Minggu 1434/12/09 AH.
– Diangkat sebagai permanen Masjid al Haram pada hari Rabu, 4/12/1434AH
– Mengimami shalat pertama di Masjid al Haram pada 1434/05/12, pada waktu Maghrib.