Monthly Archives: Mac 2009

Ustaz Zulkifli Mustafa

ASSALAMUALAIKUM
Pagi tadi saya berhubung dengan sahabat kita yang dah berpindah ke Kedah al-Fadil Ustaz Zulkifli Mustafa. Alhamdulillah dia berada dalam keadaan sihat walafiat dan beliau menyampaikan salam kepada sahabat-sahabat yang mengenalinya.

Sekarang beliau dan isteri ditempatkan di sekolah yang sama, zawjahnya mengajar sebelah pagi dan beliau mengajar sebelah petang. Alhamdulillah ustaz Zul dan isterinya sentiasa bertugas di tempat yang dekat walaupun asalnya isteri ditempatkan di sekolah yang jaraknya 20 KM.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ustaz Zul untuk meneruskan kerja-kerja jemaah di sana…

Rujukan Sarjana dan Ph.D 2

Berikut adalah senarai tesis Ph.D di universiti Timur Tengah yang ada dalam tangan saya dalam bidang-bidang berikut:
(a)Balaghah
(b)Tafsir
(c)Nahu
(d)Qiraat

محاضرة الشيخ شعيب الأرنوؤط بجامعة آل البيت في نهاية القرن 19

Bersama-sama ini saya sertakan ceramah yang disampaikan oleh syaikh Syuaib kepada mahasiswa Malaysia di University al-Albayt sekitar 1999-2000. Maaf sekiranya audio tidak jelas kerana ana rakam semula dari tape
Bahagian 1:
http://www.esnips.com/doc/cde87926-b5a6-4286-9a0c-5752d76c1cfe/Syaikh_syuaib1

Bahagian 2:

http://www.esnips.com/doc/9be41a23-f154-4cc8-b26f-c2b8cb860e27/Syaikhsyuaib2

Jejak Ulama: Siri 2: al-Marhum Prof.Dr.Fadal Hassan Abbas

“Prof.Dr.Fadal Hassan Abbas(1932-2011)”Tidak ada orang yang lebih alim dalam bidang tafsir selepas kewafatan syaikh al-Sya\’rawiyy melainkan Dr-Fadal Abbas\” Dr Solah al-Khalidiyy”]Prof.Dr.Fadal Hassan Abbas(1932-...)"Tidak ada orang yang lebih alim dalam bidang tafsir selepas kewafatan syaikh al-Sya'rawiyy melainkan Dr-Fadal Abbas" Dr Solah al-Khalidiyy[/caption]

-Dr.Fadal Abbas merupakan seorang pakar dalam bidang tafsir dan secara khususnya ijaz al-Qur’an. Beliau menyebut dalam kitabnya al-Itqanul Burhan fi Ulum al-Quran bahawa beliau bercita-cita menghasilkan insklopedia ijaz al-Qur’an.

-Merupakan bekas pensyarah bahagian Usuluddin di Fakulti Shariah University of Jordan. Melahirkan ramai tokoh dalam bidang tafsir termasuklah anaknya sendiri Sana’ Fadal Abbas yang merupakan penulis bersama karya “Ijaz al-Qur’an” dan sekarang pensyarah di University al-Balqa’ al-Tatbiqiyyah, Jordan.

-Dr.Jammal Abu Hassan  merupakan seorang penuntut rapatnya, sekarang bertugas sebagai pensyarah di universiti ulum islamiyah antarabangsa enghasilkan satu buku yang dihadiahkan sempena 70 tahun Dr. Fadal yang diterbitkan oleh Dar al-Razi memuatkan penulisan-penulisan berkaitan al-quran dan bahasa pada tahun 2003. Dr.Ahmad al-Jammal sendiri menulis tentang pengalaman peribadinya dengan dr. Fadal Abbas.

– Perkenalan awal syaikh Jamal Abu Hasan  ialah semasa mendengar kuliyah tafsir yang disiarkan dalam radio Jordan. Dr. Fadal Abbas merupakan satu-satu tokoh yang membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu kemudian mentafsirkan seluruh al-Quran dalam radio Jordan. Menurut Dr.Ahmad al-Jammal pernah seorang pelajar Ph.D yang membuat kajian tentang Dr.Fadal meminta keizinan untuk mendapatkan salinan tafsir Dr.Fadal dari radio jordan tetapi tidak dibenarkan dengan alasan hak cipta radio Jordan.

-Alhamdulillah saya sendiri memperolehi 10 keping kaset rakaman tafsir yang disampaikan oleh Dr. Fadal ketika mencari kaset di balad(Pusat bandar Amman) pada tahun 2000 semasa saya keluar bersama al-Akh Shahrul Nizam(adik-ipar ustaz Abdullah Din) sekarang bertugas SMK Sri Bentong, Pahang. Insya Allah jika diberi kesempatan saya akan uploadkan kuliyah tafsir tersebut.

-Dr.Fadal Abbas merupakan seorang yang taat kepada Allah s.w.t dan dikurniakan dengan suara yang merdu. Pada bulan ramadan saya dan sahabat-sahabat menanti-menanti bacaan beliau. Pernah satu tahun beliau menjadi imam pada malam kedua, dia sudah membaca surah al-An’am dalam terawihnya, ini menunjukkan ketika solat bersendirian beliau sudah membaca 6 juzuk pada malam pertama. Pada setiap malam beliau akan membaca hampir 1 1/2 juzuk. Beliau menjadi imam terawih di Masjid al-Zumayli yang tidak jauh dari rumahnya

– Walaupun buta dan dalam keadaan tangan kanannya bergantung pada dinding mihrab masjid semasa berusia 67 tahun beliau menjadi imam solat gerhana matahari semasa gerhana matahari berlaku di Jordan pada tahun 1999 dan mengatakan sesiapa yang tidak mampu berdiri boleh duduk dan menyebut kisah Ai’shah r.anha yang solat di belakang rasul s.a.w. Rasul s.a.w solat gerhana matahari hingga selesai gerhana. Ai’shah r.anha berkata aku tidak mampu berdiri sehingga aku berniat untuk duduk tetapi apabila aku melihat orang tua dan kanak yang lebih lemah dariku berdiri, aku tidak duduk.’

Pada masa itu gerhana bermula selepas waktu zohor lebih kurang jam 1.30 tengahari, syaikh Fadal mengimamkan solat gerhana dengan membaca surah Ghafir (juz 24), surah Fussilat diikuti dengan surah-surah berikutnya dan solat berakhir lebih kurang jam 4.00 petang(berakhirnya gerhana)…3 juzuk dan ++++ dibaca oleh Dr.Fadal dalam keadaan tangannya sesekali bergantung pada dinding masjid. Demikianlah kesungguhan Dr.Fadal dalam melaksanakan sunnah nabi s.a.w.

Berhubung ketaatan beliau, saya pernah mendengar dari sahabat Arab saya bernama Nizar, dia belajar di Kulliyah Dakwah dan Usuluddin dibawah seliaan kementerian Hal Ehwal Islam dan Wakaf jordan, seorang pengikut jamaah al-Ikhwan al-Muslimun, merupakan tenaga penggerak remaja di Masjid Abdul Rahman bin Auf membawa satu kisah menarik yang berlaku antara Dr.Fadak dengan al-Shahid Abdullah Azzam(meninggal 1989) seorang pejuang di Afghanistan insya Allah ada kesempatan saya akan menulis tentang beliau, saya tidak pernah berjumpa dengan beliau kerana semasa saya berada di Jordan, dia sudah gugur shahid tetapi saya belajar dan kagum dengan ilmunya melalui kaset tafsir surah al-tawbah, buku Ussaq al-Hur(Pencinta Bidadari) dan buku-buku mengenai jihad.

Kisah ini berlaku semasa al-Shahid Abdullah Azzam pulang dari mengerjakan umrah dan menumpang rehat di rumah Dr.Fadal. Apabila Dr.Fadal membentangkan persiapan untuk tidur, Dr.Abdullah Azzam memberitahu: Saya datang ke sini untuk solat dibelakang tuan, Dr.Fadal, seperti yang saya sebut suara Dr.Fadal memang merdu, iras-iras suara syaikh Muhammad Jibril. beginilah keadaannya antara dua tokoh ini mereka meneruskan solat sehingga awal pagi dan Abdullah Azzam tidak tidur sehingga ke pagi, alangkah kita memerlukan ulama seperti ini pada zaman ini…

Pernah saya menghadiri kuliyah tafsir Dr.Fadal untuk pelajar-pelajar M.A, kelas M.A bermula dari jam 4-7 malam, peristiwa ini berlaku pada bulan Rejab, apabila masuk waktu maghrib, beliau berhenti seketika dan memohon keizinan untuk berbuka puasa dengan memakan beberapa biji tamar… Demikianlah kesungguhannya untuk menghidupkan sunnah nabi s.a.w, menyegerakan berbuka puasa dan menghidupkan puasa nawafil…

Beliau memang seorang yang sangat mencintai rasul s.a.w dan seorang yang istiqamah. Alhamdulillah melalui seorang sahabat Arab saya dapat belajar dengan Dr.Muhammad Hawwa sedikit dalam mustalah hadith, dan membaca hadith sohih al-Bukhari. Kelas sohih al-Bukhariyy adalah pada setiap Isnin malam selasa selepas maghrib.

Prof.Madya Dr.Muhammad Hawwa, pensyarah dalam bidang hadith di Universiti Mu'tah

Prof.Madya Dr.Muhammad Hawwa, pensyarah dalam bidang hadith di Universiti Mu'tah

[caption id=”attachment_141″ align=”aligncenter” width=”219″

Sejak saya belajar dengan Dr.Muhammad Hawwa saya dibawa oleh beliau ke rumah Dr.Fadal Abbas untuk mengikuti kuliyah tafsir pada setiap Isnin malam selasa yang diadakan oleh Dr.Fadal Abbas. Kuliyah ini telah diadakan lebih dari dua puluh tahun(sejak penghujung1970 an) – perkiraan semasa saya belajar di Jordan, sekiranya kelas itu masih berterusan bermakna sudah mengjangkau 30 tahun…lihatlah istoqamah seorang alim dalam menyampaikan ilmu..Peristiwa ini juga menunjukkan sifat seorang alim yang tawaduk, Dr.Muhammad yang sudah memegang title Dr. tidak miss dari menghadiri kuliyah tafsir Dr.Fadal Abbas…Bagaimana dengan kita hari ini, baru ada sedikit ilmu tetapi dah berlagak hebat… Kuliyah hari Isnin Dr.Fadal sesekala dihadiri oleh tokoh-tokoh hebat yang membawa title Dr.

Kecintaan Dr.Fadal Abbas dibuktikan melalui sambutan Mawlid rasul s.a.w. Sekiranya pada kuliyah-kuliyah yang biasa Dr.Fadal akan menghidangkan Qahwah Sadah” Kopi pahit yang disediakan untuk tetamu, tetapi apabila tiba musim Mawlid nabi s.a.w, Dr.Fadal akan membuat jamuan istimewa sebagai menghargai kedatangan nabi s.a.w.Pernah sekali beliau menjamu kami dengan kueh yang dinamakan Kinafah… cukup sedap rasanya dan apabila saya tanya dikedai harganya JD5(RM25) sekilo…beginilah keadaannya Dr. Fadal apabila tibanya musim mawlid nabi s.a.w. Sambutan Mawlid nabi bukan sehari tetapi pada minggu-minggu berikutnya syaikh akan membaca sirah nabi s.a.w selama sebulan…Antaranya kitab al-Mawahib al-Ladunniyah karangan al-Qastalaniyy…

Dr.Fadal juga merupakan seorang yang tegas dan amanah dalam tanggung jawab yang dilaksanakan sebab itu beliau terkenal dikalangan pelajar-pelajarnya sebagai seorang yg straight dari segi pemarkahannya. Pernah dalam satu kuliyah Dr.Fadal menyebut bahawa beliau meluluskan salah seorang penuntutnya yang sepatutnya gagal kerana akhlak pelajar tersebut baik, katanya beliau tidak tidur satu malam dan akhirnya memilih keputusan yang asal…pelajar tersebut gagal…

Akhirnya dalam coretan ringkas oleh hamba Allah yang daif ini, saya ingin menukilkan kata-kata Dr.Fadal Hassan Abbas dalam satu kuliyah yang disampaikan sekitar tahun 1999-2000 yang cukup memberi kesan kepada saya, pada masa itu dia seorang tokoh yang hebat dalam tafsir tetapi beliau mengatakan: Saya hidup dengan al-Qur’an puluhan tahun tetapi dihadapan al-Quran saya masih lagi seorang pelajar yang kerdil.”’. Bagaimana dengan kita?

29 Mac 2009-7.22 am

Hukum Berdoa Menghadap Kiblat

Mengadap Kiblat Ketika Berdoa
Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Thursday, 03 April 2008

‘Ubbad bin Tamiz meriwayatkan daripada bapa saudaranya, iaitu Abdullah bin Zaid bin Asim al-Maziniy, katanya :

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ خَرَجَ يَسْتَسْقِي قَالَ فَحَوَّلَ إِلَى النَّاسِ ظَهْرَهُ وَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ يَدْعُو ثُمَّ حَوَّلَ رِدَاءَهُ ثُمَّ صَلَّى لَنَا رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ فِيهِمَا بِالْقِرَاءَةِ [1]

“Aku melihat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pada hari beliau keluar untuk memohon kepada Allah agar diturunkan hujan. Baginda membelakangkan dirinya ke arah orang ramai dan mengadap kiblat. Kemudian baginda mengalihkan selendangnya, seterusnya mengerjakan solat dua rakaat dengan bacaan yang kuat dalam setiap rakaat”.

(Riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Abu Dawud, Tirmizi, dan Nasa’i)

——————————————————————————–

[1] Hadis riwayat Bukhari, Bab Bagaimana Nabi Membelakangi Orang Ramai (no 969), Bab Menterbalikkan Selendang Ketika Mohon Hujan (no 956), Bab Doa Ketika Minta Hujan Dalam Keadaan Berdiri (no 967), Bab Membaca Dengan Lantang Ketika Mohon Hujan (no 968), Bab Memohon Hujan di Tempat Solat (no 971), Bab Mengadap Kiblat ketika Memohon Hujan (no 972) dan Bab Doa Mengadap Kiblat (no 5867), Muslim, Kitab Solat Istisqa’ (no 1487,1488 dan 1489) dan (Malik, Bab Amalan Ketika Minta Hujan (no 402),

Abdullah bin Mas’ud juga meriwayatkan:

اسْتَقْبَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْكَعْبَةَ فَدَعَا عَلَى نَفَرٍ مِنْ قُرَيْشٍ عَلَى شَيْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَعُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدِ بْنِ عُتْبَةَ وَأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ

“Nabi saw mengadap kiblat, lalu berdoa agar Allah membinasakan beberapa pemuka Quraisy iaitu Shaibah bin Rabi’ah, Uthbah bin Rabi’ah, Walid bin `Utbah dan Abu Jahal bin Hisyam.”[1]

Ibnu umar ketika menunaikan ibadah haji, melontar 7 biji anak batu ke tempat Jamrah pertama. Sambil itu, beliau bertakbir setiap kali lontaran dibuat. Kemudian beliau berdiri agak lama mengadap kiblat dan berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit.

Setelah itu, beliau melontar pula di Jamarah kedua. Selesai melontar, beliau kembali mengadap kiblat dan berdoa dengan mengangkat tangannya. Seterusnya beliau menuju ke Jamrah Aqabah. Di sana beliau tidak lagi berdoa seperti sebelumnya. Katanya, itulah yang beliau lihat dilakukan oleh baginda sallallahu alaihi wasallam.[2]

Mengadap kiblat ketika berdoa juga dilakukan oleh Nabi Ibrahim alaihis salam. Doa beliau diceritakan oleh Allah dalam firmanNya :

“Wahai TuhanKu! Aku telah menempatkan sebahagian zuriatku di lembah yang tidak ada tumbuhan ini, di sisi RumahMu yang mulia..”

Pada hari berlakunya perang Badar, pada bulan Ramadhan, tahun kedua hijrah, Rasulullah memerhatikan orang musyrikin yang berjumlah seribu orang, sedangkan para sahabat hanya berjumlah tiga ratus tujuh belas orang sahaja. Baginda lalu mengadap ke arah kiblat, sambil menadah tangan ke langit berdoa :

اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ إِنْ تُهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةَ مِنْ أَهْلِ الْإِسْلَامِ لَا تُعْبَدْ فِي الْأَرْضِ [3]

“Ya, Allah, tunaikanlah apa yang kamu janjikan padaku. Ya Allah, sekiranya kumpulan Islam ini kamu binasakan, Kamu tidak akan lagi disembah dimuka bumi ini”.

Baginda terus mengangkat tangan ke langit hingga terjatuh selendang dari bahu baginda.

Abu Bakar datang membetulkan selendang yang jatuh, lalu memeluk baginda dari belakang. Beliau berkata: “Wahai Nabi Allah! Cukuplah kamu menyeru kepada Tuhanmu. Dia pasti akan menunaikan apa yang dia janjikan kepadamu”.

Lalu Allah Ta’ala mengutuskan seramai seribu tentera malaikat memberi bantuan kepada Rasulullah dan umat Islam.

Namur, ada kalanya Nabi saw berdoa tanpa mendadap kiblat. Antaranya ketika baginda berada di atas Mimbar Jumaat dan berdoa agar diturunkan hujan.[4]

——————————————————————————–

[1] Hadis riwayat Bukhari, Bab Doa Nabi saw (no 3665).

[2] Hadis riwayat Bukhari, Bab Apabila melontar di Dua Jamrah (no 1633, 1634)

[3] Hadis riwayat Muslim, Bab Bantuan Malaikat Dalam Perang Badar (no 3309) dan Tirmizi, Bab Antara Surah Anfal (no 3006).

[4] Hadis riwayat Bukhari, Bab berdoa tanap mengadapa Kiblat ( no 5866)

Sambutan Mawlid Rasul s.a.w peringkat MAS, Kota Kinabalu

Antara muslimat yang hadir. Turut kelihatan puteri saya Maryam Awatif yang menemani saya

Antara muslimat yang hadir. Turut kelihatan puteri saya Maryam Awatif yang menemani saya

Alhamdulillah walaupun tarikh sebenar Mawlid Rasul s.a.w telah berlalu hampir 20 hari namun sambutan Mawlid Rasul s.a.w masih hangat. Hari ini sahaja saya menerima tiga jemputan, pertama dari LHDN dan SMKA Inanam tetapi kedua-dua jemputan tersebut tidak dapat saya tunaikan kerana bertembung dengan program sifar E Bahasa Arab PMR di SMKA Limau-limaun.
Peserta lelaki Bengkel Sifar E Bahasa Arab

Peserta lelaki Bengkel Sifar E Bahasa Arab

Semoga anak-anak di SMKA Limau-limaun berjaya dengan cemerlang dalam PMR tahun ini.
Pelajar perempuan yang terlibat

Pelajar perempuan yang terlibat

Ceramah di LHDN disampaikan oleh sahabat saya Ustaz Mohd Akmal al-Hafiz.

Perjalanan saya ke MAS ditemani oleh Saudara Ambran pegawai MAS, salah seorang surau Riyadussolihin, jadi taklah susah ana nak ke sana.Jumlah yang hadir di pejabat MAS Kota Kinabalu tidaklah begitu ramai, lebih kurang dua puluh orang termasuklah seorang kenalan lama Saudara Farid jurutera MAS yang berasal dari Sudan, sudah lebih sepuluh tahun di Sabah.

Saudara Ahmad Farid dari Sudan(yang paling kanan dalam gambar)

Saudara Ahmad Farid dari Sudan(yang paling kanan dalam gambar)

Dia turut mendengar ceramah saya dalam bahasa Melayu dan selesai kuliyah saya bertanya kepadanya dalam bahasa Arab, adakah anda memahami kuliyah yang saya sampaikan, dia menjawab: Ya kecuali tentang cara rasul s.a.w menyikat rambut. Semoga Allah menambahkan perasaan sayang dan cinta kita terhadap rasul s.a.w. 28 MAC 2009-2.09pm

Test


Hit Counter


Web Counters