Ahlan wa Sahlan Dan Cinta Rasul

Assalam alhamdulillah sempena sambutan mawlidurrasul 1430H dapat juga saya memulakan blog ini moga-moga mendapat rahmat dari Allah s.w.t Dalam kesempatan ini saya catatkan beberapa contoh golongan yang mencintai nabi s.a.w dari buku ‘Hubb al-Nabi s.a.w wa alamatuh”Mencintai nabi s.a.w dan tanda-tandanya.

1) Tangisan gembira Saidina Abu Bakar apabila dapat menemani Rasul dalam peristiwa hijrah.
رواه الإمام البخاري عن عائشة رضي الله عنها زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت فبينما نحن يوما جلوس في بيت أبي بكر رضي الله عنه في نحر الظهيرة, قال قائل لأبي بكر : هذا رسول الله صلى الله عليه وسلم متقنعا ) في ساعة لم يكن يأتينا فيها –فقال أبو بكر :فداء له أبي وأمي, والله ما جاء به في هذه الساعة الا أمر ))
قالت: ((فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم فاستأذن,فأذن له,فدخل.فقال النبي صلى الله عليه وسلم لأبي بكر : ((أخرج من عندك)). فقال أبو بكر : إنما هم أهلك بأبي أنت يا رسول الله! )) قال : ((فإني قد أذن لي في الخروج)).
فقال أبو بكر : الصحابة بأبي أنت يا رسول الله ! ))
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((نعم,))
يقول الحافظ ابن حجر : زاد ابن إسحاق في روايته :قالت عائشة رضي الله عنها : (( فرأيت أبا بكر يبكي وما كنت أحسب أن أحدًا يبكي من الفرح.

Daripada Aisyah r.a. katanya : Pada suatu hari yang panas terik, ketika kami sedang duduk berehat di rumah Abu Bakar, seseorang telah berkata kepada Abu Bakar : Itu adalah Rasulullah s.a.w datang dalam keadaan tertutup mukanya(menyamar diri).Selalunya baginda tidak datang pada waktu –waktu begini.
Abu Bakar berkata : Demi Allah pasti ada suatu yang amat penting sehingga baginda datang pada waktu begini .
Aisyah berkata : Apabila Rasulullah sampai lalu meminta izin untuk masuk lalu diizinkan. Nabi s.a.w berkata kepada Abu Bakar : Mari kita bercakap di luar.
Abu Bakar menjawab : Sesungguhnya mereka semua adalah kaum keluargamu wahai Rasulullah !
Rasululllah bersabda : Sesungguhnya Allah telah mengizinkanku untuk berhijrah.
Abu Bakar berkata: Bolehkah aku menemanimu wahai Rasulullah .
Jawab Rasulullah : Ya, memang.
Menurut riwayat Ibnu Ishak, Aisyah berkata : Aku melihat Abu Bakar menangis sedangkan aku tidak pernah melihat orang yang menangis kegembiraan sepertinya.

Abu Bakar menyedari bahaya dan kesukaran yang bakal dihadapi namun keinginan untuk menemani Rasulullah amat tinggi sehingga perkara itu tidak memberi kesan kepadanya.

Advertisements

3 responses to “Ahlan wa Sahlan Dan Cinta Rasul

  1. Salam. Tahniah ustaz. Semoga kehadiran blog abuawatif akan mengimarahkan dunia dakwah melalui siber dan blog pula.

    Apabila ust sudah punya peminat & pengikut, insya Allah setiap hari akan ada yang akan berkunjung.

  2. Tahniah! semoga kita semua memanafaatkan siber sebagai wadah baru dakwah…

  3. Alhamdulillah.mudah-mudahan kelahiran laman sesawang ini memeriahkan lagi perbahasan ilmiah dalam kalangan pencinta ilmu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s