RAHMAT ILAHI: PERIBADI RASULULLAH SAW

Sidang pendengar yang dirahmati Allah,
Marilah kita menyedari betapa besarnya rahmat Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia daripada kelahiran Rasulullah SAW, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 107:

“Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad, melainkan menjadi rahmat kepada sekalian alam.”
Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di dalam kesesatan, kejahilan, penderitaan dan kezaliman walaupun pada masa itu sudah wujud negara-negara yang dikatakan bertamadun seperti Parsi, Rom, India dan China.
Di dalam negara-negara ini wujud penderitaan, penindasan, kezaliman dan perhambaan sesama manusia. Orang kaya menindas golongan miskin dan orang yang berkuasa memperhambakan golongan rakyat biasa. Kedatangan rasul saw telah mengubah semua ini. Rasul saw telah membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan kepada Allah swt yang maha esa , satu-satunya tuhan yang berhak disembah.

Sidang pendengar Rahimakumullah
Berita kelahiran nabi kita Muhammad SAW telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul terdahulu sebelum datangnya Nabi Muhammad SAW dan rasul-rasul tersebut menceritakan perkara ini kepada umat manusia. Perkara ini diceritakan oleh Allah SWT di dalam al-Quranul Karim di dalam surah al-Baqarah:

Maksudnya:
“Orang-orang yang Kami berikan kepada mereka kitab, mengenali Nabi Muhammad SAW sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sebahagian dari mereka menyembunyikan kebenaran dalam keadaan mereka mengetahui tentang kebenaran rasul saw”
Nabi Isa AS sendiri memberitahu berita kedatangan Rasulullah SAW kepada umatnya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Saff:

“Dan ketika Isa bin Maryam berkata: ‘Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah rasulullah yang diutuskan kepada kamu, untuk membenarkan kitab Taurat yang berada di hadapanku dan memberi khabar berkenaan seorang rasul yang datang selepasku bernama Ahmad – yakni Muhammad.”

Sidang pendengar rahimakumullah,
Apa yang berlaku cukup menyedarkan kita betapa besarnya nikmatnya kedatangan Rasulullah SAW dan betapa bernilainya kita menjadi orang Islam. Justeru itu hendaklah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana mengutuskan Rasulullah SAW dengan cara beramal menurut ajaran Rasulullah SAW iaitu Islam di dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dan berjihad memperjuangkannya

Sidang pendengar yang dirahmati Allah
Allah swt memilih nabi kita Muhammad saw untuk dijadikan contoh dan teladan. Firman Allah swt di dalam surah al-Ahzab ayat yang ke-21

“Sesungguhnya pada kamu, diri Rasulullah itu ikutan yang baik, bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari Akhirat dan ingatlah Allah banyak- banyak.”

Marilah kita menjadi orang yang ikhlas kepada Rasulullah SAW dengan cara beramal dengan ajarannya dan memperjuangkannya sunnah dan peninggalan baginda saw.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s