Hukum Mufaraqah makmum dengan Imam

Assalamualaikun

Semasa saya menyampaikan kuliyah maghrib di masjid Tg Dumpil timbul persoalan berkaitan hukum makmum berniat mufaraqah(niat berpisah) dengan Imam. Saya menjawab soalan berasaskan ilmu yang dipelajari dengan guru-guru dahulu tanpa mengetahui dalil bahawa harus makmum mufaraqah dengan imam kerana sebab-sebab tertentu.

Saya mencari penyelesaian kepada persoalan ini dan dapatlah disimpulkan seperti berikut:

1) Dalam mazhab syafie makmum boleh niat mufaraqah dengan Imam samaada bersebab atau tidak dengan makruh hukumnya. Dalam solat Jumaat tidak sah niat mufaraqah pada rakaat pertama

2)Mazhab Hanbali harus mufaraqah dengan Imam dengan sebab keuzuran, jika tanpa uzur ada dua pendapat; pertama batal solatnya dan ini merupakan pandangan yang asah(diterima) dan kedua harus

3)Mazhab Hanafi: Makruh makmum memberi salam lebih awal dari Imam tetapi tidak harus Mufaraqah

4)Mazhab Maliki: Sesiapa yang mengikut Imam tidak harus mufaraqah dengan Imam

Keuzuran yang mengharuskan mufaraqah:

1)Imam membaca panjang sedangkan makmum ada keperluan

2)Imam meninggalkan perkara sunat seperti qunut/tahiyyat awal

3)Sakit

4)Bimbang dikuasai rasa mengantuk

5)Bimbang terbatal solat(rasa nak kencing)

6)Bimbang kehilangan harta

7)Bimbang ditinggalkan kawan

8)Menyelamatakan orang yang lemas

Atau seumpamanya.

Dalil mazhab syafie dan Hanbali:

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari :

‏حَدَّثَنِي ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏سُفْيَانُ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَمْرٍو ‏ ‏عَنْ ‏ ‏جَابِرٍ ‏ ‏قَالَ ‏

‏كَانَ ‏ ‏مُعَاذٌ ‏ ‏يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏ثُمَّ يَأْتِي فَيَؤُمُّ قَوْمَهُ فَصَلَّى لَيْلَةً مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏الْعِشَاءَ ثُمَّ أَتَى قَوْمَهُ فَأَمَّهُمْ فَافْتَتَحَ بِسُورَةِ ‏ ‏الْبَقَرَةِ ‏ ‏فَانْحَرَفَ ‏ ‏رَجُلٌ ‏ ‏فَسَلَّمَ ثُمَّ صَلَّى وَحْدَهُ وَانْصَرَفَ فَقَالُوا لَهُ أَنَافَقْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا وَاللَّهِ وَلَآتِيَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَلَأُخْبِرَنَّهُ فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا أَصْحَابُ ‏ ‏نَوَاضِحَ ‏ ‏نَعْمَلُ بِالنَّهَارِ وَإِنَّ ‏ ‏مُعَاذًا ‏ ‏صَلَّى مَعَكَ الْعِشَاءَ ثُمَّ أَتَى فَافْتَتَحَ بِسُورَةِ ‏ ‏الْبَقَرَةِ ‏ ‏فَأَقْبَلَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَلَى ‏ ‏مُعَاذٍ ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏يَا ‏ ‏مُعَاذُ ‏ ‏أَفَتَّانٌ ‏ ‏أَنْتَ اقْرَأْ بِكَذَا وَاقْرَأْ بِكَذَا قَالَ ‏ ‏سُفْيَانُ ‏ ‏فَقُلْتُ ‏ ‏لِعَمْرٍو ‏ ‏إِنَّ ‏ ‏أَبَا الزُّبَيْرِ ‏ ‏حَدَّثَنَا عَنْ ‏ ‏جَابِرٍ ‏ ‏أَنَّهُ قَالَ اقْرَأْ ‏ ‏وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا ‏ ‏وَالضُّحَى ‏ ‏وَاللَّيْلِ إِذَا ‏ ‏يَغْشَى ‏ ‏وَسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏عَمْرٌو ‏ ‏نَحْوَ هَذَا

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Biasanya Muaz sembahyang bersama Nabi s.a.w kemudian beliau pulang mengimami kaumnya. Pada suatu malam, beliau sembahyang Isyak bersama Nabi s.a.w kemudian pulang mengimami kaumnya. Beliau mulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Maka ada seorang lelaki yang membatalkan sembahyangnya dengan memberi salam terlebih dahulu, kemudian mendirikan sembahyang bersendirian lalu beredar. Orang ramai berkata kepadanya: Wahai Si Polan! Adakah kamu sudah menjadi munafik? Dia menjawab: Tidak! Demi Allah sesungguhnya aku akan menghadap Rasulullah s.a.w dan memberitahu akan hal ini. Orang tersebut menghadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami adalah seorang pemilik unta, penyiram tanaman dan kami berkerja pada siang hari. Sesungguhnya Muaz telah mendirikan sembahyang Isyak bersama kamu lalu pulang dan mendirikan sembahyang dimulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Rasulullah s.a.w menemui Muaz lalu bersabda: Wahai Muaz! Adakah kamu memesongkan sembahyang dengan membaca itu dan ini. Sufian berkata: Aku berkata kepada Amru sesungguhnya Abu Az-Zubair menceritakan kepadaku dari Jabir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah surah Asy-Syams, Ad-Dhuha dan Al-A’laa. Maka Amru berkata: Memang seperti itu

(Hadith riwayat Imam Muslim, Kitab al-Solat Bab al-Qiraat fi al-Ishak(Bab Bacaan Dalam Solat Isyak, hadith no.175)

Imam Nawawi menyebut dalam Sharh Sohih Muslim hadith ini mempunyai beberapa hukum:

1)Harus orang yang solat fardu mengikuti orang yang solat sunat kerana Saidina Muaz R.anhu menunaikan solat fardu bersama rasul s.a.w. Muaz telah menunaikan kewajipannya solat Isyak bersama rasul s.a.w, kemudian Muaz menjadi Imam kepada kaumnya, jadi Solat Muaz adalah sunat sedangkan kaumnya adalah fardu. Ini dijelaskan dalam riwayat lain selain Muslim. Hukum makmum solat fardu mengikut imam solat sunat adalah harus dalam  mazhab syafie dan lain-lain

2)Hadith ini dijadikan dalil oleh pendukung mazhab syafie harus bagi makmum memutuskan niat dari mengikut Imam dan meneruskan solatnya walaupun mengikut pergerakan Imam. Berhubung masalah ini, ulama mazhab syafie terbahagi kepada tiga

Pertama merupakan pandangan yang paling sah(Asah) harus dengan uzur atau tanpa keuzuran

Kedua: Tidak harus secara mutlak

Ketiga: Harus bagi orang uzur dan tidak harus bagi yang tiada keuzuran

Namun begitu Imam Nawawi menolak  golongan yang menjadikan hadith ini sebagai dalil harus mufaraqah kerana dalam riwayat ini lelaki tersebut memberi salam, menghentikan solat dan solat semula.

Dalam riwayat Imam al-Bukhariyy riwayatnya lebih ringkas juga dari Jabir bin Abdullah:

‏حَدَّثَنِي ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ‏ ‏قَالَ حَدَّثَنَا ‏ ‏غُنْدَرٌ ‏ ‏قَالَ حَدَّثَنَا ‏ ‏شُعْبَةُ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَمْرٍو ‏ ‏قَالَ سَمِعْتُ ‏ ‏جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏قَالَ ‏
‏كَانَ ‏ ‏مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ ‏ ‏يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏ثُمَّ يَرْجِعُ فَيَؤُمُّ قَوْمَهُ فَصَلَّى الْعِشَاءَ فَقَرَأَ ‏ ‏بِالْبَقَرَةِ ‏ ‏فَانْصَرَفَ الرَّجُلُ فَكَأَنَّ ‏ ‏مُعَاذًا ‏ ‏تَنَاوَلَ مِنْهُ ‏ ‏فَبَلَغَ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ فَتَّانٌ فَتَّانٌ فَتَّانٌ ثَلَاثَ مِرَارٍ ‏ ‏أَوْ قَالَ فَاتِنًا فَاتِنًا فَاتِنًا ‏ ‏وَأَمَرَهُ بِسُورَتَيْنِ مِنْ أَوْسَطِ ‏ ‏الْمُفَصَّلِ

Hadith riwayat Imam al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Iza Tawwala al-Imam Wa Kana Li al-Rajul Hajatan Fakharaja  Fa Salla(Bab sekiranya Imam Memanjangkan bacaan dan seorang itu ada hajat maka dia keluar dari Imam dan solat)

Ibnu Hajar al-Asqalani ketika menghuraikan hadith di atas memberi ulasan yang berbeza berkaitan kata” memberi salam” dalam riwayat Sufyan bin Uyaynah:

ولابن عيينة عند مسلم ” فانحرف رجل فسلم ثم صلى وحده ” وهو ظاهر في أنه قطع الصلاة , لكن ذكر البيهقي أن محمد بن عباد شيخ مسلم تفرد عن ابن عيينة بقوله ” ثم سلم ” , وأن الحفاظ من أصحاب ابن عيينة وكذا من أصحاب شيخه عمرو بن دينار وكذا من أصحاب جابر لم يذكروا السلام , وكأنه فهم أن هذه اللفظة تدل على أن الرجل قطع الصلاة ; لأن السلام يتحلل به من الصلاة , وسائر الروايات تدل على أنه قطع القدوة فقط ولم يخرج من الصلاة بل استمر فيها منفردا . قال الرافعي في ” شرح المسند ” في الكلام على رواية الشافعي عن ابن عيينة في هذا الحديث ” فتنحى رجل من خلفه فصلى وحده ” . هذا يحتمل من جهة اللفظ أنه قطع الصلاة وتنحى عن موضع صلاته واستأنفها لنفسه , لكنه غير محمول عليه ; لأن الفرض لا يقطع بعد الشروع فيه انتهى . ولهذا استدل به الشافعية على أن للمأموم أن يقطع القدوة ويتم صلاته منفردا
“Dalam riwayat Ibn Uyaynah” فانحرف رجل فسلم ثم صلى وحده

secara zahirnya lelaki tersebut menghentikan solatnya, memberi salam dan solat semula secara bersendirian,

tetapi al-Baihaqiyy menyebut bahawa Muhammad Ibn Abbad sahaja yang meriwayatkan dari Ibn Uyaynah dengan lafaz “Kemudian memberi salam” manakala Huffaz yang lain dari kalangan murid kepada Ibnu Uyaynah mahupun murid kepada guru Ibnu Uyaynah iaitu Amru bin Dinar dan murid kepada Jabir juga tidak menyebut perkataan” Memberi salam.” Ini menunjukkan Abbad memahami maksud memutuskan dengan membatalkan solat sedangkan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan lelaki  tersebut berpisah dari Imam dan tidak membatalkan solatnya.

Tindakan nabi s.a.w menegur Muaz r.a dan tidak meminta lelaki tersebut mengulangi solatnya menunjukkan mufaraqah Imam dengan keuzuran tersebut adalah harus.

Kesimpulannya: Hukum asal solat berjemaah adalah mesti mengikut pergerakan dan perbuatan Imam namun Harus bagi makmum niat mufaraqah dengan imam dengan keuzurandan menyempurnakan solat secara berseorangan berasaskan kepada hadith Muaz.

Bagi maklumat lanjut rujuk link berikut:

1. http://www.alimam.ws/ref/912

2. http://www.islamweb.net/newlibrary/TreeCategory.php?ID=2431

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s