Saudara Kita(Muallaf) dan Ujian(I)

Firman Allah SWT:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الم (1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3) أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ (4)

Hidayah merupakan satu anugerah Allah SWT yang perlu disyukuri. Semasa ingin keluar Selepas Isyak selesai menyampaikan Kuliah Sirah di masjid negeri malam tadi(Isnin Malam Selasa) saya ditegur oleh seorang jemaah. Anda ini ustaz? Saya menjawab:Ya. Jemaah tersebut ada sesuatu hajat. Saya pun tertanya-tanya mungkin ada soalan yang hendak ditanya.

Saya pun duduk dan rupa-rupanya si hamba Allah seorang muallaf yang memeluk Islam pada Julai 2008 dan diuji Allah swt. Insya Allah ujian yang menimpa hamba Allah ini akan dikongsi bersama dalam post yang akan datang.

Hamba Allah ini berusia dalam lingkungan 25 tahun,  merupakan anak hasil perkahwinan India(Selangor)+Kadazan(Keningau). Bapanya beragama hindu dan ibunya kristian dan kedua-duanya sedang bekerja di luar negara.

Hamba Allah ini berminat dengan Islam sejak dibangku sekolah lagi khususnya semasa di tingkatan dua di salah sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Pernah beliau membawa balik buku Pendidikan Islam ke rumahnya dan apabila diketahui ibunya buku tersebut dibuang.

Kisah beliau tertarik dengan Islam ialah hamba Allah ini pernah koma diakibatkan termakan racun. Racun bewarna kuning dikebun ibunya disangkakan oren lalu diminum mengakibatkan beliau terlantar di ICU selama 3 hari. Dengan kuasa Allah swt semasa beliau dalam keadaan koma beliau terdengar suara azan, orang berzikir dan berdoa.

Selepas 3 hari, hamba Allah ini sedar dan sembuh dalam keadaaan yang menakjubkan doktor kerana tidak ada sebarang kesan pada fizikal dan setelah dibuat pemeriksaan semua racun keluar melalui sistem perkumuhan. Kebiasaannya orang yang terminum racun dalam kes seperti ini berakhir dengan kematian\.

Apabila sedar, si hamba Allah bertanya kepada doktor siapakah yang mengazan, berzikir…dan doktor menjawab bukan mudah seseorang untuk masuk ke ICU melainkan dengan keizinan. Sehingga kini si hamba  allah tercari-cari siapakah yang melaungkan azan?

Peristiwa ini akhirnya telah membuka hati jemaah ini untuk mengisytiharkan keislamannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s