Saudara Kita dan Ujian II

Semalaman hamba Allah tidur di masjid, semoga Allah s.w.t memberi ketenangan kepada beliau. Selesai kuliyah tafsir pagi ni sekali lagi saya bersama si hamba Allah. Malam tadi saya tidak dapat lama bersama beliau kerana menjemput dua sahabat lama isteri yang datang dari Telupid dan Kelantan. Sahabat dari Kelantan suaminya bertugas guru j.QAF di Sandakan, kenalan lama di University al-Bayt, Ustaz Azhar baru dapat seorang anak, perempuan 6 tahun, maklumlah PJJ. Masa suami di Kelantan, isteri bertugas di Perak, bila isteri pindah Kelantan suami dapat j-QAF di Sandakan. Sekarang ni ramai guru j.QAF duduk jauh-jauh, banyak masalah yang timbul. Khabarnya teman zawjah pun nak pindah ke Sandakan, semoga bertambah tenaga Da’iyat di Sandakan.

Mengimbau kembali kisah si hamba Allah mendapat hidayah, peristiwa beliau termakan racun berlaku kira-kira dua tahun yang lalu, dan peristiwa tersebut benar-benar mengingatkan kita akan firman Allah s.w.t dalam surah al-Nahl:
وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِظُلْمِهِمْ مَا تَرَكَ عَلَيْهَا مِنْ دَابَّةٍ وَلَكِنْ يُؤَخِّرُهُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ (61)
61. Jikalau Allah menghukum manusia Karena kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkan-Nya di muka bumi sesuatupun dari makhluk yang melata, tetapi Allah menangguhkan mereka sampai kepada waktu yang ditentukan. Maka apabila Telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya.

Berpantang ajal sebelum mati. Doktor-doktor yang mengubatinya pun tak percaya, tertelan sedikit pun boleh menyebabkan kematian inikan pula terminum, racun pula no.1. Sebulan hamba Allah ditahan di HQE dan sebulan di KL untuk memastikan racun tersebut tidak memberi apa-apa kesan kepada organ dalaman.

Antara tanda-tanda kuasa Allah s.w.t dan apabila Allah s.w.t ingin memberi hidayah Allah s.w.t boleh melakukan apa yang dikehendakinya, Dialah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyiasatkan siapa yang dikehendaki-Nya.

Menurut si hamba Allah s.w.t sepanjang komanya beliau sentiasa mendengar suara orang azan diikuti dengan zikir dan doa secara berterusan.

Setelah memeluk Islam, ujian pertama yang dihadapi oleh si hamba Allah keislamannya mendapat tentangan hebat dari bapanya sendiri. Setelah Islam beliau memberitahu bapanya yang berada di luar Negara melalui e-mailnya. Pada permulaannya bapanya tidak percaya. Kemudian beliau hantar salinan sijil Islamnya untuk menyatakan keislamannya dan akhirnya apabila bertemu dengan bapanya di Kuala Lumpur yang pulang dari luar Negara, bapanya benar-benar pasti tentang keislamannya dan dia benar-benar marah dan sampai sekarang si hamba Allah tidak berani untuk bercakap tentang Islam dan setiap kali beliau menelefon keluarganya semuanya tidak di sambut dan apabila beliau menelefon pejabat dan mendengar suara beliau, mereka akan meletak telefon. Inilah ujian pertama yang biasa dihadapi oleh mereka yang memilih Islam dari keluarga yang bukan Islam.

Kisah Islam Abu Zar r.anhu boleh dijadikan panduan. Ringkasnya Di awal dakwah rasul s.a.w Abu Zar r.anhu mencari-cari rasul s.a.w dan bertanya kepada salah seorang quraisy, akhirnya beliau dibelasah…Setelah sebulan berada di Kaabah barulah beliau dapat bertemu dengan rasul s.a.w dan selepas Islam beliau mengisytiharkan Islamnya di Ka’bah dan beliau diserang habis-habisan oleh orang quraisy.

Setelah Islam, si hamba Allah tinggal dengan keluarga Islam yang tidak kuat berpegang dengan Islam. Tinggal di rumah yang menjadi sarang perjudian, rumah yang dekat dengan surau tetapi ahlinya tidak pernah ke surau dan kerana percaya kepada bomoh yang mengatakan si hamba Allah seorang yang baik tetapi kehidupannya susah, beliau diusir dari rumah tersebut. Ringkasnya lama juga dia tinggal di sana, permulaannya baik tetapi akhir-akhirnya beliau dikasari dengan bahasa kesat. Si hamba Allah bertanya apakah semua ujian ini kerana dia memilih Islam,,,BERSAMBUNG

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s