SESUNGGUHNYA ANDA TIDAK DAPAT MEMBERI HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG ANDA KEHENDAKI TETAPI ALLAHLAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA

Demikianlah terjemahan ayat 56 surah al-Qasas. Rasul s.a.w sendiri tidak berjaya mengislamkan bapa saudaranya Abu Talib walaupun baginda amat berharap kerana hidayah dan petunjuk adalah di tangan Allah swt.
Apabila Allah s.w.t ingin memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki melalui cara yang dikehendakinya dan tugas kita hanyalah berdakwah ke jalan Allah s.w.t.

Saidina Hamzah r.anhu cthnya memeluk Islam pada awalnya kerana simpati dan marah denga anak saudaranya nabi s.a.w yang dihina oleh kaum Quraisy semasa beliau keluar berburu sehingga menyatakan ” Saya telah Islam.” dan akhirnya menjadi Sayyidusyuhada’

Abdullah bin Salam r.anhu seorang rahib Yahudi yang mengenali ciri-ciri nabi akhir zaman melalui kitab taurat mememeluk Islam setelah bertanya beberapa soalan kepada nabi s.a.w

Thumamah bin Uthail al-Hanafiyy yang merupakan pemimpin suku Yamamah ditangkap kerana mengintip dan merancang untuk menyerang Madinah, diikat di tiang masjid Nabawi, dilayan dengan baik oleh sahabat nabi s.a.w , dan kagum dengan ketinggian akhlak orang Islam akhirnya mengisytiharkan keislamannhya.

Ibu Abu Hurairah yang enggan masuk Islam sehingga menghina rasul s.a.w. Abu Hurairah akhirnya meminta dari rasul s.a.w berdoa kepada Allah supaya memberi hidayah kepada ibunya lantas rasul s.a.w : “Ya Allah Ya Tuhanku berilah hidayah kepada ibu Abu Hurairah.”. Allah memakbulkan doa nabi dan ibunya memeluk Islam.

Islam Safiyyah binti Huyai r.anha bermula dengan mimpi bulan jatuh ke dalam biliknya menyebabkan dia ditampar oleh suaminya(Yahudi). Suaminya berkata: Apakah kamu inginkan Raja Yathrib?. Akhirnya Safiyyah menjadi salah seorang dari Ummahatul Mukminin(Isteri-isteri nabi s.a.w)

Teringat saya pada ceramah yang disampaikan oleh seorang pendakwah berbangsa India di kampung saya, semasa dibangku sekolah menengah, kisahnya yang terselamat dari lemas kerana berpegang pada dahan pokok akhirnya membawa kepada Islam.

Dan baru-baru ini, sekitar hujung bulan Februari semasa saya mendengar radio IKIM pada petang hujung minggu, seorang berbangsa Cina dari Melaka menghubungi DJ Nazri dan mengucapkan terima kisah kerana informasi dari DJ Nazri dan mendengar pengisian-pengisian agama dari radio IKIM menyebabkan beliau akhirnya memeluk Islam.

Justeru sebagai seorang Islam kita perlu menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada untuk menyebarkan Islam, tugas kita menyampaikan dan hidayah itu ditangan Allah s.w.t semoga Allah menetapkan hati kita di atas hidayahnya

18 Mac 2009/21 Rabiullawwal 1430H 6.37am

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s