3 Cerita Bersama Ustaz Khairul Amin

Assalamualaikum
Alhamdulillah semalam(19 Mac 2009) kuliyah habis awal-5.30 petang. Hari ni Ustaz Abdullah Hamzah tak de kuliyah, biasanya dia yang hantar ana ke stesyen LRT Universiti. Hari ini ana tumpang ustaz Mohd Idris pensyarah bahasa Arab di Akedemi Pengajian Islam, Nilam Puri. Kali ni ana turun di stesyen LRT Bangsar manakala ustaz Mohd meneruskan perjalanan pulang ke Kota Bharu. Dari LRT Bangsar ana ke Masjid Jami’ dan kemudiannya ke LRT Sri Petaling. Ana ke sana kerana nak cari jubah yang dipesan oleh Ummu Awatif dan alhamdulillah dengan bantuan sahabat lama Ustaz Khairul Amin dapatlah ana membeli tiga helai jubah untuk Ummu Awatif.

Ustaz Khairul Amin ni lama sudah ana mengenalinya. Beliau seorang pengikut kuat jemaah dakwah dan tabligh,juga penyokong jemaah. Dia datang transit sekejap di tingkatan 6 rendah di SMKA TAHAP(Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang) lepas tu Kami-kami sama-sama temuduga Biasiswa Kementerian Pelajaran untuk pergi ke Jordan di Kuantan(tahun 1995). Masa tu dari 70 penerima biasiswa dua orang sahaja dari negeri Pahang, Ustaz Khairul Amin dan ana. Di Jordan dia belajar dekat Universiti Yarmouk(satu universiti dengan Ustaz Zahazan) dan ana di University of Jordan. Kami seling ziarah-menziarahi terutamanya ana apabila ke Irbid rumah Khairul Amin dan pelajar-pelajar tajaan KPM menjadi tempat persinggahan. Tamat di Jordan, kami sama-sama buat diploma pendidikan di UIAM. Ana posting di Sabah dan dia tak isi borang posting dan mendapat tawaran bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Ana dapat zawjah dan Isterinya juga Hafizah anak orang kuat tabligh di kampungnya. Sekarang dia tengah buat M.A di UPM.Ringkasnya ana sering berhubung dengannya. Tujuan ana tulis blog ini bukan sebab tu tetapi nak nukilkan tiga cerita sepanjang ana bersama dengannya antara maghrib sehinggalah dia menghantar ana ke rumah bapa saudara di Ampang

BERSERBAN TETAPI MENCURI
Sekarang ni orang mencuri dengan pelbagai teknik sampai sanggup berpura-pura menjadi orang yang baik. Kisah ini berlaku pada awal pagi, kira-kira jam 4.00 pagi semasa seorang ustaz pulang ke kampung. Seorang lelaki berserban masuk ke kawasan perumahannya dengan berjubah dan berserban kemudian mengambil motor ustaz tersebut. Jaga yang menjaga kawasan perumahan ustaz tersebut menyangkakan bahawa ustaz berpesan kepada rakannya untuk mengambil motor rupa-rupanya pencuri.

Dekat KL ni macam-macam cara orang mencuri, bulan lepas rumah salah seorang sahabat kita didatangi oleh orang yang tidak dikenali bertanya kepada anak-anaknya yang bermain di luar, bapa ada di rumah? Tidak: jawab anak-anaknya, akhirnya peluang tersebut diambil oleh pencuri untuk masuk ke rumah.

Satu kisah lagi, seorang kenalan(sedang buat M.A dekat UM), seorang lelaki melihat bonsai di hadapan rumahnya dan bertanya: “Berapa harga bonsai ni?Kalau mahal pun saya nak beli.?” Tidak berama lama selepas itu semua bonsai-bonsai di hadapan rumahnya hilang.

….Inilah kesannya apabila hukum Allah tidak terlaksana

MEMINTA SANAD HADITH TAPI TAK HAFAZ DOA KELUAR RUMAH

Kisah kedua ni juga di bawa oleh Ustaz Khairul Amin ketika saya membincangkan tentang perselisihan pandangan beberapa lepasan Jordan seperti Ustaz Zamihan yang belajar dengan Syaikh Hassan Saqqaf yang tinggal di Abdoon,Amman. Ana sendiri hadir ke kelas Hassan Saqqaf satu atau dua kali, lepas itu ana tak pergi….Ustaz Khairul pun bawa cerita tentang seorang ustaz…bukan Ustaz Zamihan… yang menggunakan salah seorang jemaah tabligh sebagai pengantara untuk mendapatkan sanad hadith di India, India memang terkenal sebagai pusat ilmu hadith bersanad. Sampai di India ustaz yang suka membawa isu-isu perselisihan, antaranya perselisihan tentang tasawuf di hadapan syeikh tersebut, setelah selesai mendengar ucapan tersebut, syeikh tersebut bertanya: Sila baca doa keluar rumah…Terdiam ustaz itu kerana dia tidak menghafaz doa tersebut. Akhirnya syaikh tersebut berkata: Kalau anda tidak menghafaz doa keluar rumah, maka bagaimana saya nak berikan sanad hadith kepada anda…???? Akhirnya ustaz itu pulang dengan tangan kosong walaupun jauh mengembara sampai ke India untuk mendapatkan hadith…MORAL: Hendak dapat sanad hadith kena jaga berakhlak bukankah dalam doa keluar rumah:
اللّهُـمَّ إِنِّـي أَعـوذُ بِكَ أَنْ أَضِـلَّ أَوْ أُضَـل ، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَل ، أَوْ أَظْلِـمَ أَوْ أَُظْلَـم ، أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُـجْهَلَ عَلَـيّ .
“Ya Allah Ya Tuhanku aku mohon perlindungan dari sesat atau menyesatkan orang lain.Aku mohon perlindungan dari tergelincir atau menggelincirkan orang lain, aku mohon perlindungan dari dizalimi atau menzalimi…”
Tindakan syaikh hadith di India tu menunjukkan seorang yang sangat tinggi hikmahnya(Bijaksana)

CERITA TIGA
ANTARA UMRAH DAN BAPA
Ustaz Khairul Amin merancang untuk pergi umrah penghujung bulan April ni tetapi bapanya sedang sakit dan beliau bertanya pandangan ana dan beliau sendiri pun tentu berpandangan yang sama tetapi berkongsi masalah..Saya menjawab buat masa ni jagalah ayah dan kalau ada rezeki pergilah umrah semasa cuti sekolah..berbakti kepada bapa itu wajib sedangkan umrah itu sunat…sebab ustaz Khairul dan banyak kali pergi umrah…

Demikianlah sedikit coretan saya kali ini semoga ia menjadi pengajaran…
20 MAC 2009-7.26 am

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s