Pembentangan Proposal “ Analisis Struktur Ayat Dalam Surah Maryam Satu Kajian Ijaz al-Quran.

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini(20 Mac 2009-23 Rabiulawaal) baru sahaja ana membentangkan proposal Ph.D di Fakulti Bahasa dan Linguistik UM. Sepatutnya pembentangan dilakukan pada pukul 10.40 pagi dengan agihan masa dua puluh minit seorang. Pembentang pertama lelaki berbangsa Parsi, Pembentang kedua Puan Kamariah, pensyarah bahasa Inggeris, ana ketiga, keempat lelaki berbangsa Parsi dan kelima pensyarah berbangsa Cina yang mengajar Bahasa Mandarin di UITM Shah Alam…

Bagi puan Kamariah ini kali kedua dia membentang proposal, kali pertama pembentangannya perlu dibuat semula kerana metodologi tidak jelas dan semasa ana masuk kedengaran pensyarah-pensyarah berbisik (pembentang sebelum ini)…kena buat pembetulan minor…so dia tak perlu bentang lagi..Dulu pembentangan bulan Oktober kali ini bulan Mac dan berikutnya bulan Oktober. Keputusan pembentangan dua; pembetulan minor dengan penyelia atau perlu bentang semula semester akan datang.

Pembentangan ana secara peribadi bukanlah terbaik, banyak yang perlu diperbaiki terutama dari segi metodologi dan kerangka teorotikal kajian cuma yang menyedihkan saya, pembentangan saya tidak dihadiri oleh penyelia saya kerana dia dah berjanji nak bawa balik… tak mengapalah tetapi yang mendengar pembentangan sedangkan kajian saya tentang ijaz al-quran seramai lima orang dua cina, dua India dan seorang Melayu Islam yang tidak bertudung…semuanya perempuan…inilah nasib bahasa Arab di UM yang berada di bawah Fakulti Bahasa dan Linguistik, kalau di UKM pengajian Bahasa Arab berada di bawah Fakulti Pengajian Islam… Jadi dalam pembentangan terpaksalah ana memahamkan tajuk lebih dari lain, yang paling faham pun orang Melayulah…susah juga nak bagi faham sebab pengkajian bahasa Arab berbeza dengan pengkajian bahasa lain. Mereka faham tajuk mengikut pengetahuan mereka…panjang juga soal jawab bermula jam 12.40 tengahari, 10 minit pembentangan dan 40 minit soal jawab, tetapi kebanyakan soalan untuk memahami kandungan proposal…tamat pukul 1.30, dah masuk waktu Jumaat, kalau tidak tentu lebih panjang…Keputusan pembentangan tak tahu lagi cuma semasa keluar professor berbangsa India suruh rujuk penyelia…harap-harap pembetulan minor sahaja, kalau pembentangan major kena bentang sekali lagi…tentu banyak kos yang perlu dikeluarkan…Doakan semoga Allah permudahkan kerana lepas lagi ada empat syarat lagi untuk mendapatkan ijazah Ph.D…20 Mac 2009-6.15 pm. Masjid al-Rahman-UM

2 responses to “Pembentangan Proposal “ Analisis Struktur Ayat Dalam Surah Maryam Satu Kajian Ijaz al-Quran.

  1. sape nama penyelia ust?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s