MENGAPA ANDA MEMILIH ISLAM?

Mohd Rao di Masjid al-Rahman

Mohd Rao di Masjid al-Rahman

Selesai Jumaat(20 Mac 2009), saya ke Kuwait Airways untuk membuat penempahan seorang sahabat yang ingin mengerjakan umrah Mei ini tetapi tiket 29 Mei dari KL-Kuwait dah habis, selesai urusan saya terus menaiki LRT dari Dang Wangi terus ke Masjid UM

Ana sampai kira-kira pukul 5.00 petang dan di masjid ana dipertemukan Allah dengan Sdra Mohd Shukri Rao bin Abdullah saudara baru yang menunjukkan surat dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan supaya memberi bantuan. Ini peluang untuk saya bertanya kepadanya mengapa memilih Islam sebelum saya memberi bantuan seadanya?
Mula-mula sdra Mohd Shukri cuba mengelak dari menjawab soalan saya. Mungkin masalah komunikasi tak begitu faham…kecewa dengan saya, sdra Mohd Shukri meminta surat dan kad Islam…(kalau tak mahu tolong tak mengapa….mungkin itu yang terlintas dihatinya…wallahu alam). Saya memegang kadnya supaya dia bercakap dengan saya…

Akhirnya dia bercakap,katanya saya masuk Islam sebab orang bawa…Rupa-rupanya dia tak faham soalan saya…Mohd Shukri asalnya orang Asli dari Raub yang tidak ada agama, ibunya Asli dan bapanya kristian berbangsa India..Bapa dah meninggal dunia..melalui raut wajahnya umurnya dalam 50-an walaupun awal ICnya 70….-….-…

Beliau pernah berkahwin dengan perempuan asli dan dikurniakan seorang anak dan mereka dah bercerai…pernah bekerja mengukur meter dan jaga tetapi sekarang tidak bekerja akibat kemalangan jatuh basikal…masih ada kesan yang ditunjukkan kepada ana…

Berasaskan analisis berdasarkan beberapa pertanyaan Mohd Shukri memang betul-betul tergolong dalam golongan muallafatuqulubuhum(hatinya yang cenderung kepada Islam). Beliau masuk islam kerana melihat kebaikan-kebaikan orang Islam dan sebelum Islam lagi dia menumpang tidur di masjid. Tertarik dengan kebaikan orang Islam, kesusahan hidup mengharapkan bantuan sebab dia memilih Islam.

Walaupun baru setahun memeluk Islam, banyak lagi yang perlu dipelajarinya…saya meminta dia membaca al-Fatihah, alhamdulillah dia boleh membaca al-Fatihah dengan baik tetapi semasa mengucap 2 kalimah syahadah dia tidak dapat menterjemahkan dua kalimah syahadah… pengetahuan Islamnya masih cetek..walaupun dia mengikuti kelas yang diadakan oleh PERKIM. Golongan seperti inilah yang perlu kita beri bimbingan moga Allah menetapkan beliau di dalam Islam dan mati dalam Islam dan saya mengakhiri nasihat saya supaya dia berusaha mendapatkan kerja dan berpegang dengan Islam…

Masjid al-Rahman 20 Mac 2009-5.52 pm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s