TERIMA KASIH USTAZ NIK ADNAN NIK MAT

Penulis bersama ustaz NIk Adnan

Penulis bersama ustaz NIk Adnan

Pada 20 Mac yang lalu alhamdulillah saya berkesempatan menziarahi salah seorang guru saya iaitu Ustaz Nik Adnan dan Nik Mat yang mengajar subjek Bahasa Arab Komunikasi di tingkatan 4, SMKA Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang.

Hubungan saya dengan Ustaz Nik Adnan, juga isterinya Ustazah Rosyatimah rapat sejak tingkatan 2 lagi walaupun saya belajar secara langsung dengan Ustaz Nik Adnan di tingkatan 4 dan 5.

Hubungan yang rapat ini antaranya disebabkan rupa saya iras dengan adik Ustaz Nik Adnan iaitu Ustaz Nik Imran SEMAI dan sekarang ustaz Nik Imran berpindah ke Kedah.

Semasa di Mesir ustaz Nik Adnan merupakan presiden PersatuanMelayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan penasihatnya Dr.Mohd Zaki Abdul Rahman, penyelia Ph.D ana.

Sekembalinya dari Mesir ustaz Nik Adnan dan isteri posting di SMKA TAHAP(1991-1997) sebelum berpindah ke LPM sehingga sekarang dan Ustazah Rosyatimah di SMK Wangsa Maju, Syeksyen 2 dan saya mengajar bersama Ustazah di sini semasa praktikal selama tiga bulan(Februari-Mei 2001).

Mengimbau kembali zaman persekolahan, saya selalu menumpang Ustaz Nik apabila pulang solat Jumaat dari Masjid Lama Bandar Jerantut, kalau tidak kena tunggu bas baru boleh pulang ke asrama…dan pernah sekali di bulan Ramadan dalam perjalanan ke Dewan Makan untuk bersahur…semasa di asrama apabila ditanya apa menu, biasanya disebut “IKAN KAYU” menunjukkan tidak seberapa makanan yang disediakan, ustaz Nik mengajak saya untuk bersahur di rumahnya. Rumahnya di tingkat bawah asrama. Ustaz Nik jadi warden asrama pada masa itu.

Ana banyak belajar dari Ustaz Nik Adnan tentang jemaah dan bahasa Arab dan kejayaan ana dalam bahasa Arab hari ini adalah hasil bimbingan Ustaz Nik Adnan disamping Ustazah Norana yang mengajar bahasa Arab Tinggi. Dalam SPM saya tidaklah mendapat keputusan terbaik seperti subjek Sains, Sejarah, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan Pendidikan Syariah. Saya hanya mendapat A2 dalam bahasa Arab komunikasi dan bahasa Arab Tinggi yang melayakkan saya untuk memperolehi biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya datang dari keluarga yang susah, arwah bapa saya seorang penoreh getah di rancangan FELDA.

Saya juga belajar untuk membuat persiapan memberi kuliyah dengan Ustaz Nik Adnan. Semasa di tingkatan 4, saya diberi peluang oleh Ustaz Shahdan untuk memberi ceramah di masjid kampungnya sempena sambutan Israk dan Mikraj. Inilah kali pertama saya berceramah di luar. Ingat lagi masa tu orang kampung bagi buah-buahan sekotak sebagai saguhati ceramah.(Ustaz Shahdan sudah berpencen dan pernah mengajar di SMK Sanzac). Beliau pulang ke Pahang lebih kurang tahun 1993. Bagi membuat persediaan saya mendapatkan panduan dari Ustaz Nik Adnan.

Alhamdulillah kali ini sekali lagi saya menziarahi ustaz Nik Adnan. Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah pada tahun 2005 semasa mesyuarat penataran format baru PMR Bahasa Arab Komunikasi 2005 yang diadakan di hotel Tang Dynasti.Saya tiba di LRT Wangsa Maju pada jam 9.00 malam dan disambut oleh Naim anak sulung Ustaz Nik Adnan. Sekarang sudah berusia 22 tahun. Semasa di SMKA TAHAP Naim baru berumur lebih kurang 6 tahun…Subhanallah cepatnya masa berlalu.

Perbualan kami pada malam tersebut pelbagai dan mengimbau kembali nostalgia di SMKA TAHAP sebuah sekolah yang cukup memberi pengajaran dan ilmu kepada saya. Terima kasih Ustaz Nik.

AHAD 22 MAC 2009/27 RABIULAWWAL 1430H

Advertisements

One response to “TERIMA KASIH USTAZ NIK ADNAN NIK MAT

  1. Ahamad Zaimi Hassan

    Assalamu’alaikum Ustaz Mudin,

    Saya harap saudara masih mengingati saya, Ahamad Zaimi Hassan, rakan rapat kepada saudara Abdul Samad b Harun, batch 1989-1993. Sewaktu melayari internet malam ini, hati terdetik untuk mengimbas kembali kengan TAHAP, lalu saya menaip SMKATAHAP…dan laman web saudara antara yang teratas. Ditambah pula dengan foto bersama Ustaz Nik Adnan..lagilah nostalgia lama kembali menjengah memori…

    Apa khabar saudara? Dimana sekarang nie? Diharap dapat sampaikan salam kepada guru-guru dan rakan-rakan andai terjumpa….Rasa rindu nak pulang ke TAHAP, tapi sorang-sorang agak segan, al maklumlah, dah kurang orang yang boleh disapa.

    Andai ada perancangan apa-apa berkaitan TAHAP, sila masukkan saya sebagai golongan sasar. Terima kasih.

    Assalamu’alaikum

    Zaimi (SPM 93)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s