Hukum Berdoa Menghadap Kiblat

Mengadap Kiblat Ketika Berdoa
Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Thursday, 03 April 2008

‘Ubbad bin Tamiz meriwayatkan daripada bapa saudaranya, iaitu Abdullah bin Zaid bin Asim al-Maziniy, katanya :

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ خَرَجَ يَسْتَسْقِي قَالَ فَحَوَّلَ إِلَى النَّاسِ ظَهْرَهُ وَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ يَدْعُو ثُمَّ حَوَّلَ رِدَاءَهُ ثُمَّ صَلَّى لَنَا رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ فِيهِمَا بِالْقِرَاءَةِ [1]

“Aku melihat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pada hari beliau keluar untuk memohon kepada Allah agar diturunkan hujan. Baginda membelakangkan dirinya ke arah orang ramai dan mengadap kiblat. Kemudian baginda mengalihkan selendangnya, seterusnya mengerjakan solat dua rakaat dengan bacaan yang kuat dalam setiap rakaat”.

(Riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Abu Dawud, Tirmizi, dan Nasa’i)

——————————————————————————–

[1] Hadis riwayat Bukhari, Bab Bagaimana Nabi Membelakangi Orang Ramai (no 969), Bab Menterbalikkan Selendang Ketika Mohon Hujan (no 956), Bab Doa Ketika Minta Hujan Dalam Keadaan Berdiri (no 967), Bab Membaca Dengan Lantang Ketika Mohon Hujan (no 968), Bab Memohon Hujan di Tempat Solat (no 971), Bab Mengadap Kiblat ketika Memohon Hujan (no 972) dan Bab Doa Mengadap Kiblat (no 5867), Muslim, Kitab Solat Istisqa’ (no 1487,1488 dan 1489) dan (Malik, Bab Amalan Ketika Minta Hujan (no 402),

Abdullah bin Mas’ud juga meriwayatkan:

اسْتَقْبَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْكَعْبَةَ فَدَعَا عَلَى نَفَرٍ مِنْ قُرَيْشٍ عَلَى شَيْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَعُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدِ بْنِ عُتْبَةَ وَأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ

“Nabi saw mengadap kiblat, lalu berdoa agar Allah membinasakan beberapa pemuka Quraisy iaitu Shaibah bin Rabi’ah, Uthbah bin Rabi’ah, Walid bin `Utbah dan Abu Jahal bin Hisyam.”[1]

Ibnu umar ketika menunaikan ibadah haji, melontar 7 biji anak batu ke tempat Jamrah pertama. Sambil itu, beliau bertakbir setiap kali lontaran dibuat. Kemudian beliau berdiri agak lama mengadap kiblat dan berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit.

Setelah itu, beliau melontar pula di Jamarah kedua. Selesai melontar, beliau kembali mengadap kiblat dan berdoa dengan mengangkat tangannya. Seterusnya beliau menuju ke Jamrah Aqabah. Di sana beliau tidak lagi berdoa seperti sebelumnya. Katanya, itulah yang beliau lihat dilakukan oleh baginda sallallahu alaihi wasallam.[2]

Mengadap kiblat ketika berdoa juga dilakukan oleh Nabi Ibrahim alaihis salam. Doa beliau diceritakan oleh Allah dalam firmanNya :

“Wahai TuhanKu! Aku telah menempatkan sebahagian zuriatku di lembah yang tidak ada tumbuhan ini, di sisi RumahMu yang mulia..”

Pada hari berlakunya perang Badar, pada bulan Ramadhan, tahun kedua hijrah, Rasulullah memerhatikan orang musyrikin yang berjumlah seribu orang, sedangkan para sahabat hanya berjumlah tiga ratus tujuh belas orang sahaja. Baginda lalu mengadap ke arah kiblat, sambil menadah tangan ke langit berdoa :

اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ إِنْ تُهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةَ مِنْ أَهْلِ الْإِسْلَامِ لَا تُعْبَدْ فِي الْأَرْضِ [3]

“Ya, Allah, tunaikanlah apa yang kamu janjikan padaku. Ya Allah, sekiranya kumpulan Islam ini kamu binasakan, Kamu tidak akan lagi disembah dimuka bumi ini”.

Baginda terus mengangkat tangan ke langit hingga terjatuh selendang dari bahu baginda.

Abu Bakar datang membetulkan selendang yang jatuh, lalu memeluk baginda dari belakang. Beliau berkata: “Wahai Nabi Allah! Cukuplah kamu menyeru kepada Tuhanmu. Dia pasti akan menunaikan apa yang dia janjikan kepadamu”.

Lalu Allah Ta’ala mengutuskan seramai seribu tentera malaikat memberi bantuan kepada Rasulullah dan umat Islam.

Namur, ada kalanya Nabi saw berdoa tanpa mendadap kiblat. Antaranya ketika baginda berada di atas Mimbar Jumaat dan berdoa agar diturunkan hujan.[4]

——————————————————————————–

[1] Hadis riwayat Bukhari, Bab Doa Nabi saw (no 3665).

[2] Hadis riwayat Bukhari, Bab Apabila melontar di Dua Jamrah (no 1633, 1634)

[3] Hadis riwayat Muslim, Bab Bantuan Malaikat Dalam Perang Badar (no 3309) dan Tirmizi, Bab Antara Surah Anfal (no 3006).

[4] Hadis riwayat Bukhari, Bab berdoa tanap mengadapa Kiblat ( no 5866)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s