Monthly Archives: April 2009

HADIS GALAKAN MEMBUNUH CICAK

عَنْ أُمُّ شَرِيك رضي الله عنها قَالَتْ :
أَمَرَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم بِقَتْلِ الْوَزَغ ، وَقَالَ : كَانَ يَنْفُخُ عَلى إبراهيم عليه السلام
)متفق عليه)

Daripada Umm Syarik Radiyallahuanha katanya :
“Rasul Allah s.a.w memerintahkan supaya membunuh cicak. Baginda bersabda : Cicak meniup (Api yang membakar) nabi Ibrahim a.s”
(( Hadis Riwayat Imam al-Bukhari (No.3307), Imam Muslim(No.2237) ))

عن عائشة رضي الله عنها ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :
إنّ إبراهيم لَمَّا أَلْقَي فِي النَّار ، لَمْ يَكُنْ فِي الأرْضِ دَابَّة إِلاَّ أَطْفَأت النّارَ عَنْهُ ، غَيْرَ الْوَزَغ فَإِنَّهَا كَانَتْ تَنْفُخُ عَلَيه
( رواه ابن ماجه وأحمد)

Daripada Aisyah Radiyallahuanha daripada nabi s.a.w bersabda:
“ Ketika nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, semua binatang di muka bumi berusaha memadamkan api kecuali cicak. Ianya meniup api( supaya marak)”
(( Hadith riwayat Imam Ibnu Majah ( No.3231) dan Imam Ahmad))

Advertisements

“ KEMPEN SOLAT SUBUH BERJEMAAH”

KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID
solatsubuh12mac 

1- MENDAPAT PAHALA SEPERTI MENGHIDUPKAN MALAM KESELURUHANNYA

 

 

 

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :

(( مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ اللَّيْلَ كُلَّهُ )) .

[ مسلم ] 

 

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:

“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]

 solat_subuh3

Gambar Kanan atas menunjukkan jemaah subuh di stesyen KL Sentral pada satu bagi. Mereka ini manusia istimewa yang dipilih oleh Allah SWT

Gambar bawah kiri menunjukkan jemaah di sebuah masjid berhampiran dengan stesyen bas Pekeliling. Seorag emaah yang berdiri di belakang ialah peminta sedekah.

2- MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH

 

فَعَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :

(( مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ.

[ البخاري ]

 

Daripada Jundub bin Abdullah berkata: Bersabda rasul s.a.w

“ Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada dalam perlindungan Allah.

 

 .
3-MALAIKAT AKAN MENJAGANYA SEPANJANG HARI

 

 عن رجل صحب النبى صلى الله عليه و سلم قال : بلغنى ان الملك يغدوا برايتة مع اول غاد الى المسجد فيظل معه حتى يصلى ثم يخرج معه حتى يدخل بها الى منزله و بلغنى ان الشيطان يغدوا برايتة الى اول غاد الى السوق فيظل معه حتى منزله  

 

 Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai kepadaku bahawa malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke masjid, malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian akan keluar bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga kepadaku bahawa syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke pasar dan akan bersama dengannya sehingga ke rumah.

 

Hadith ini disebut oleh al-Munziriyy dalam al-Targhib  wa al-Tarhib dan menurut syaikh al-Albaniyy hadith ini sohih.

 

4- Orang yang melakukan solat subuh secara berjemaah malaikat akan berkumpul dengannya dan mendoakannya

 

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل و ملائكة بالنهار و يجتمعون فى صلاة الفجر و صلاة العصر فيعرجون فيسألهم الله و هو اعلم كيف تركتم عبادى : يقولون تركناهم و هم يصلون و اتيناهم و هم يصلون فأغفر لهم يوم الدين (متفق عليه)

Bersabda rasul s.a.w:Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”

Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga  dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari pembalasan. ”Hadith Muttafaqun ’Alayhi

.
5- Orang yang melakukan solat subuh berjemaah berpeluang untuk mendapat pahala haji dan umrah setiap hari

 

عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صلى الفجر في جماعة، ثم قعد يذكر الله تعالى حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة

 

Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan  umrah, sempurna. Sempurna. sempurna .

.

 

 

6- Allah menjanjikan orang yang menjga solat subuh berjemaah untuk dimasukkan ke syurga

 

حديث أبي موسي(رضي الله عنه

 (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من صلى البردين دخل الجنة ))

“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga.”

 

Dua solat  yang sejuk ialah solat subuh dan asar

 

7- Allah s.w.t tidak akan memasukkannya ke dalam neraka

 قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لم يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس و قبل غروبها  رواه مسلم

 

Sabda rasul s.a.w : Tidak akan masuk neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari  dan sebelum tenggelam matahari HR Muslim.

 


8- SELAMAT DARI SIFAT
MUNAFIQ

 

من حافظ على صلاة الفجر فى جماعة فقد (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ان اثقل صلاة على المنافقين صلاة الفجر و صلاة العشاء )) . و فى رواية (( ما يشهدهما منافق

 Sabda rasul s.a.w:

“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan solat Isyak dan dalam riwayat yang lain: Solat subuh dan isyak tidak dihadiri oleh orang munafiq

 .
9- Allah swt memberikan kepada cahaya dalam kegelapan hari Qiamat

 

 (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : بشر المشائين فى الظلم الى المساجد بالنور التام يوم القيامة ))

Sabda rasul s.a.w:

“ Bergembiralah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”

Menurut al-Albaniyy: Hadith ini sohih

 

Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh

 

 

 

AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT SUBUH/SOLAT SUBUH BERJEMAAH

 

 

PERTAMA: SYAITAN AKAN MEMPERMAINKAN INDIVIDU YANG TIDAK SOLAT SUBUH


حديث عبدالله بن مسعود (رضي الله عنه)
قال * ذكر عند النبي ((صلي الله عليه وسلم)رجل نام ليلة حتي أصبح ،

قال: ذاك رجل بال الشيطان في أذنيه أو قال:
في أذنه)) متفق عليـــه..

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.anhu katanya: Disebut di sisi nabi s.a.w seorang  lelaki yang tidur sehingga pagi(tidak solat).Nabi  s.a.w menyebut: “ Itulah orang yang dikencing oleh syaitan di kedua  telinganya ( HR al-Bukhari dan Muslim)

 

 

KEDUA: ALLAH SWT MENJADIKANNYA MALAS SEPANJANG HARI

 

حديث أبي هريرة(رضي الله عنه)أن رسول الله (صلي الله عليه وسلم)قال*((يعقد الشيطان علي قافية رأس أحدكم اذا هو نام ثلاث عقد؛يضرب علي كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فأن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة؛فأن توضا انحلت عقدة؛فأن صلي انحلت عقدة؛فأصبح نشيطا طيب النفس؛والاأصبح خبيث النفس كسلان ))متفق علـــيــه

 

Daripada Abu Hurairah ranhu bahawasanya rasul s.a.w bersabda:

“Syaitan akan mengikat di kepala kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan dan dikatakan pada setiap ikatan Malam yang panjang, tidurlah.

 

Apabila seorang itu bangun tidur lalu mengingati Allah maka terlerai satu ikatan, apabila dia berwuduk  terbuka ikatan kedua, dan apabila dia mengerjakan solat terbuka ikatan ketiga lalu dia berpagi dengan cergas dengan jiwa yang baik.

 

Sekiranya dia tidak melakukan perkara ini,jiwanya buruk dan malas

(Hadith Muttafaqun Alayhi)

 

KETIGA: SESIAPA YANG MEMANDANG RINGAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH ALLAH MEMASUKKANNYA DALAM GOLONGAN MUNAFIQ


حديث أبي هريرة(رضي الله عنه) قال* قال النبي (صلي الله عليه وسلم) ((ليس صلاة أثقل علي المنافقين من الفجر والعشاء ولو يعلمون ما فيهما لاتوهما ولوحبوا))متفق عليه

 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu berkata, bersabda nabi s.a.w :

“Tidak ada solat yang lebih berat ke atas orang munafiq dari solat subuh dan Isyak. Sekiranya mereka mengetahui tentang kelebihan dua solat ini, nescaya mereka akan datang walaupun merangkak.”

 

KEEMPAT:SESIAPA YANG MEMANDANG  RINGAN SOLAT SUBUH DIBIMBANGI DIHARAMKAN DARI MENIKMATI KESERONOKAN MELIHAT WAJAH ALLAH DI  AKHIRAT NANTI

 

حديث جرير (رضي الله عنه)قال((كنا عند النبي (صلي الله عليه وسلم)فنظر الي القمر ليلة ،يعني البدر،فقال*انكم سترون ربكم كما ترون هذا القمر ،لاتضامون في رؤيته فأن استطعتم أن لاتغلبوا علي صلاة قبل طلوع الشمس وقبل غروبها فافعلوا ثم قرأ*(وسبح بحمد ربك قبل طلوع الشمس وقبل الغروب))متفق علــــــيـــــه

 

Diriwayatkan dari Jarir r.anhu berkata:

Kami bersama-sama nabi s.a.w lalu dia melihat ke bulan purnama pada satu malam kemudian bersabda:

”Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan Kamu seperti kamu melihat bulan ini,  kami tidak mengalami kesusahan untuk melihatnya, sekiranya kamu kamu, janganlah kamu lalai dari menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam, lakukanlah, kemudian baginda membaca ayat:

”Bertasbihlah dengan memuji tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam.” Hadith Muttafaqun alayhi

 

SEBAB-SEBAB MEMBANTU UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

 

Pertama: Memikirkan nikmat Allah yang kekal bagi mereka yang menjaga solat subuh.

 

Kedua: Mengingat akan azab yang pedih yang Allah sediakan bagi mereka yang meringankan solat subuh

 

Ketiga: Tidak berjaga sehingga lewat malam dan sebaik-baiknya selepas solat Isyak

 

Keempat: Mengambil langkah untuk memudahkan solat subuh seperti jam penggera di hand phone, jam atau berpesan kepada kawan atau suami atau isteri untuk mengejut solat subuh

 

Kelima: Berdoa semoga Allah mempermudahkan kita mengerjakan solat subuh berjemaah kerana orang yang melakukannya orang istimewa yang dipilih oleh Allah swt

 

Keenam: Menjauhkan diri dari dosa maksiat seperti menipu, berlaku zalim, menonton filem dan drama secara keterlaluan. Ketaatan membantu untuk bangun awal.

 

USTAZ HAJI MUHAMMAD IYEN BIN ATIM

 

 

ustaziyen

 

Disediakan oleh
Jamil bin Hamzah
Mohd Nazim bin Maduarin
 Jamrus bin Abdul Malik
D. Mohd Nor bin D. Bidin

_____________________

 

BIODATA RINGKAS
 

Haji Muhammad Iyen Atim , atau nama sebenarnya Syahrin Muhammad Yatim dilahirkan pada 1 Julai 1933 di sebuah desa kecil dalam Kecamatan Tanjung Beringin Bedagau,, Kabupaten Deli Serdang, Propinsi Sumatera Utara, Indonesia. Beliau merupakan anak kedua dari empat adik beradik dan merupakan satu satunya anak lelaki.
Ketika itu, memang menjadi natijah para ibu bapa untuk tidak mengambil berat tentang persekolahan anak mereka. Apa yang penting ialah anak anak mereka itu celik solat dan celik Al Quran. Oleh itu, persekolahan Ustaz Iyen adalah hasil daripada inisiatif beliau sendiri dengan menemui guru besar sekolah yang berkenaan dan mendaftarkan diri di sekolah tersebut.

Datuk Mokhtar Rapok Imam yang disegani

Sabda Rasul s.a.w bermaksud:

“Sebaik-baik kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya.”

picture1

Tokoh kedua yang akan saya masukkan dalam blog ini ialah yang berbahagia Datuk Mokhtar Rapok yang berpengalaman sebagai imam dan pengajaran al-Quran.

Pelajar yang diamanahkan untuk melakukan kajian tentang Datuk Mokhtar ialah:

 

 
JAAFRE BIN ABDUL RASHID
AFFENDI  YAHYA
ROSLEE SUMIN
JIMMY  YANGUS
FIRDAUS  ABD. RAHMAN

Bibiografi Tokoh Dakwah: Datuk Haji Mokhtar Bin Rapok

Nama penuh beliau Mokhtar Bin Rapok Bin Jalil. Dilahirkan pada 8hb. Mac 1949(60 tahun) di Kampung Mintulud (Bintulud) Padas Damit Beaufort (45 minit perjalanan dari Pekan Beaufort). Beliau berketurunan Bisaya. Bapa beliau Rapok bin Jalil merupakan seorang Imam Kampung berasal dari Padas Damit. Beliau merupakan guru mengaji, berzanji dan marhaban serta guru Rabana (kompang). Ibu Datuk Mokhtar bernama Juahir Binti Mokti yang merupakan anak kepada Iman suku kaum Brunei di Kota Klias. Datuk Mokhtar mempunyai lapan orang adik beradik, dua meninggal dunia (lima orang lelaki seorang perempuan). Isteri Datuk Mokhtar bernama Siti Khadijah @ Hojah Binti Haji Nasruni yang berasal dari Selangor. Hasil dari perkahwinan beliau dikurniakan lima orang anak empat lelaki seorang perempuan. Kini empat dari mereka sudah bekerja dan seorang lagi masih bersekolah. [1]


[1] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

 

 

Sejarah pendidikan

Mula bersekolah di S.R.K Bangkalalak Beaufort dari darjah satu hingga darjah enam. Sekolah Menengah di Maktab Sabah sehingga ke tingkatan 3 (LCE). Disebabkan sekolah agama pada peringkat awal belum ada beliau belajar dengan seorang guru dari Indonesia melalui sistem sekolah pondok. Di sebabkan minatnya yang begitu mendalam di bidang agama, beliau bersama ayahnya pergi ke rumah guru-guru agama untuk mendalami ilmu agama. Pernah beberapa ketika beliau tinggal beberapa lama di rumah guru agama untuk belajar agama Islam dengan mendalam. Selepas beliau mengikuti abangnya Asmat Nordin dan tinggal di Sembulan Lama, beliau ditawarkan menjadi Bilal oleh Imam Pandin di masjid negeri. Akhirnya beliau pada 1973-1976 di tawarkan melanjutkan pelajaran ke Institut Tahfiz Al-Quran (Darul Quran) Kuala Kubu, Masjid Negara dalam bidang Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat.

Pada ketika setiap negeri ditawarkan seramai dua orang untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Tahfiz Al-Quran, beliau bersama Muhidin Yusin (sekarang Timbalan Pengarah Pelajaran) terpilih. Namun selepas beberapa bulan, saudara Muhidin Yusin menarik diri kerana minat beliau kearah pendidikan dan penulisan. Akhirnya Datuk Mokhtar Rapuk wakil tunggal dari Sabah menghabiskan diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat di Masjid Negara. Pada ketika itu senior beliau Dato Hassan Din turut belajar di Institut tersebut.

 

Kehidupan Rumah Tangga

Datuk bersyukur ke hadarat Illahi kerana mendapat keluarga yang memahami pahit maung kehidupan seorang pendakwah. Datuk selaku imam besar Masjid Negeri Sabah dan aktif dengan kegiatan-kegiatan dakwah dan keagamaan lebih banyak berdampingan dengan masyarakat dan sasaran dakwah berbanding dengan keluarga. Setiap hari Datuk berada di luar rumah sehingga jam 10 malam untuk menjalankan tugas-tugas sebagai imam. Pada hujung minggu beliau perlu berganding bahu dengan ustaz-ustaz untuk mengadakan kelas-kelas al-Quran dan pendidikan agama Islam di Masjid Negeri. Kadang-kala sahaja Datuk berkesempatan balik awal ke rumah ia itu selepas jemaah fardhu Isya. Dengan sedemikian, Datuk banyak bergantung kepada isteri tersayang untuk menguruskan kebanyakan hal-hal berkaitan dengan rumah tangga. Di samping itu, isteri tersayang memahami masyarakat lebih memerlukan Datuk daripada keluarganya. Begitulah besarnya pergorbanan isteri tersayang terhadap Datuk meskipun hanya sebagai seorang suri rumah tangga. [1]

Namun demikian, Datuk tidaklah mengabaikan tanggungjawabnya dalam pendidikan anak-anaknya. Sebagai seorang pendakwah, adalah menjadi hasrat Datuk supaya anak-anaknya dapat meneruskan perjuangannya dalam bidang keagamaan.  Datuk telah menghantar anak sulungnya untuk mengikut pengajian tahfiz al-Quran di Semenanjung. Bagaimanapun, anaknya telah memilih untuk tidak meneruskan pengajiannya. Sementara anak kedua dan ketiga masing-masing memiliki ijazah dalam kejuruteraan dan teknologi maklumat. Kedua-duanya telah meneruskan kerjaya bukan dalam bidang keagamaan. Anak yang keempat pula belajar di Universiti Unisel juga bukan dalam bidang keagamaan. Hanya anak yang bungsu masih mengikut pengajian tahfiz. Datuk berharap agar anaknya yang bungsu tersebut dapat meneruskan perjuangannya dalam bidang keagamaan. Namun Datuk sentiasa bersyukur meskipun anak-anaknya tidak mempunyai kelayakan dalam bidang keagamaan. Apa yang lebih utama ialah agar anak-anaknya menjadi insan yang berguna terhadap agama dan negara. Perjuangan menegakkan Islam tidak terhad kepada mereka yang memiliki kelulusan dalam bidang keagamaan. Apa yang penting anak-anaknya menyedari bahawa usaha dakwah terletak pada bahu setiap muslim. [2]

 

Guru-Guru Agama :Guru-Guru Agama di kampung.

Seperti juga dengan pendakwah-pendakwah lain, guru pertama Datuk adalah bapanya ia itu Allahyarham Rapok. Bapanya telah mengajar Datuk mengaji al-Quran. Namun beliau tidak dapat mengkhatamkan pengajian al-Quran dengan bapanya. Bapanya amat mengambil berat tentang pendidikan agama terutamanya pengajian al-Quran.  Bapanya telah menghantar Datuk belajar al-Quran dengan guru-guru agama yang terdapat di sekitar kampung. Di mana Datuk meneruskan pengajian al-Qurannya dengan pak ciknya bernama Tusar Bin Yusuf.  Dengan guru Tusar, Datuk dapat mengkhatam pengajian al-Quran.  Selepas itu, bapanya sebagai ketua kampung telah berpakat dengan penduduk-penduduk kampung untuk menjemput guru-guru agama dari luar daerah. Ini adalah bertujuan mendapatkan guru-guru agama yang lebih berpendidikan dan berpengalaman. Akhirnya, mereka berjaya mendapatkan seorang guru agama dari Indonesia bernama Mualifin atau Haji Mansor Bin Abdullah. Datuk belajar dengan guru Haji Mansor selama tiga tahun dan dapat khatam al-Quran dengan beliau. Selepas itu, Datuk meneruskan pengajian al-Qurannya dengan salah seorang murid terbaik Haji Mansor ia itu Haji Zakaria Atuk. Sekali lagi Datuk mengkhatam pengajian al-Qurannya.[3]

Guru-Guru Agama Semasa Merantau.

Setelah berhijrah ke Kota Kinabalu, Datuk tidak jemu mempelajari pengajian  agama. Di Kota Kinabalu terdapat ramai guru-guru agama. Di Kota Kinabalu juga pengajian agama tidak terhad kepada pengajian al-Quran. Antara guru-guru agama yang beliau sempat belajar ialah  Datuk Haji Ismail Abbas (bekas mufti negeri Sabah), Ustaz Haji Ahamd Othman (bekas Pengarah Dakwah MUIS). Dalam pengajian al-Quran, Datuk pernah belajar dengan  Ustaz Abdul Rahman Othman selama 6 bulan untuk memperbetulkan bacaan surah al-Fatihah sahaja.  Dua orang lagi murid yang belajar bersama-sama Datuk telah berhenti kerana tidak sanggup mengikuti kepayahan memperbetulkan bacaan surah al-Fatihah. Datuk juga sempat belajar Taranum dengan Ustaz Haji Saidin Abd. Rahman  ia itu johan tilawah peringkat kebangsaan. Semasa mengikuti pengajian tahfiz di Kuala Lumpur, Datuk telah belajar dengan Tuan Haji Sheik Hassan Ismail seorang pakar ilmu al-Quran.

 

Pendidikan Agama

Setelah menjalani pelajaran agama di kampung dan secara tidak formal di Kota Kinabalu, Datuk telah ditawarkan mengikuti pengajian tahfiz al-Quran di Masjid Negara Kuala Lumpur. Beliau mendapat biasiswa Yayasan Sabah untuk mengikuti pengajian tersebut. Datuk telah dipilih bersama seorang lagi perserta dari Sabah ia itu  Muhidin Yasin (kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah).  Datuk merupakan salah seorang daripada sembilan orang penuntut yang dipilih dari seluruh Malaysia. Datuk dan Muhidin merupakan anak murid dari Sabah yang pertama kali ditawarkan pengajian tersebut. Muhidin tidak meneruskan pengajiannya. Maka Datuk merupakan penuntut pertama dari Sabah lulus dalam pengajian itu dan dianugerahkan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat.[4]

 

Pendidikan Bukan Keagamaan.

Peluang untuk belajar pada masa itu adalah tidak terbuka luas berbanding dengan masa kini. Di samping itu, negeri Sabah masih belum membangun. Masyarakat pada masa itu juga tidak begitu menekankan pelajaran. Datuk telah belajar di Sekolah Rendah Bangkalalat dari tahun satu dan sehinggalah tamat tahun enam. Selepas itu beliau mengikuti abangnya Asmat Rapok ke Kota Kinabalu. Di sana Datuk meneruskan pelajaran menengahnya di Maktab Sabah. Datuk tidak sempat menamatkan pejarannya ke peringkat Lower Certificate of Education (LCE) kerana menerima tawaran melanjutkan pengajian penghafalan Al-Quran di Masjid Negara.

 

Pengalaman dan bidang Kerjaya.

Selepas darjah enam sempat menjadi Cikgu selama 7 bulan di ST Paul dan ST John Beaufort.  Setelah berhijrah ke Kota Kinabalu pernah dilantik menjadi bilal di masjid negeri. Pada tahun 1976 sesudah menghabiskan pembelajaran di Tahfiz Al-Quran di Masjid Negara, pada 1977 beliau diminta mengajar di sekolah Toh Puan Hajah Rahmah sehingga 1979. Tidak dapat dinafikan Datuk adalah seorang pendakwah dan terlibat sepenuhnya secara aktif dalam bidang keagamaan. Kini Datuk telah bersara daripada perkhidmatan awam negeri Sabah. Tetapi atas sebab kepakaran dan pengalamannya beliau dilantik secara kontrak sebagai salah seorang imam Masjid Negeri dan juga merupakan tenaga pengajar Mahat Tahfiz Sabah. Beliau memulakan penglibatannya dalam keagamaan apabila menjadi bilal ( separuh masa ) pada setiap hari Jumaat di Masjid Sembulan( pada masa itu, Masjid Sembulan merupakan satu-satu masjid di bandar Kota Kinabalu).[5]

 

Setelah Masjid Negeri Sabah dibina pada tahun 1975. Imam Masjid Negeri pada masa itu ialah Datuk Haji Imam Pandin. Beliau adalah imam pertama Masjid Negeri. Atas sebab usia dan kesihatan Datuk Haji Imam Pandin, MUIS telah memilih Datuk untuk menjawat jawatan Penolong Imam Masjid Negeri bermula 01hb.Mac 1983 hingga akhir 1986. Pada awalnya, Datuk agak keberatan untuk menerima jawatan tersebut. Menurutnya beberapa calon lain seperti Datuk Haji Asmali Bachik dan Haji Gafar Rijin juga telah menolak tawaran jawatan Penolong Imam Masjid Negeri. Sebabnya mereka khuatir akan gagal melaksanakan tugas sebagai Penolong Imam. Datuk akhirnya bersetuju menerima tawaran itu kerana memikirkan kepentingan masyarakat yang memerlukan seorang Penolong Imam.

 

Datuk telah menjawat jawatan tersebut selama 23 tahun. Akhirnya Datuk dilantik sebagai Imam Besar Masjid Negeri pada tahun 1986. Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga tahun 2002 sebelum beliau ditukarkan bertugas ke pejabat Wilayah dan Kariah Masjid. Datuk dilantik sebagai penolong pengarah Bahagian Pentadbiran Qariah dan Wilayah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Bagaimanapun beliau dilantik semula menjadi Imam Besar Masjid Negeri pada oktober tahun 2005 dan sehinggalah pada mac tahun 2006. Datuk bersara wajib pada 1hb. April 2007. Di samping bertugas sebagai imam, Datuk juga pernah dilantik sebagai salah seorang tenaga pengajar Mahat Tahfiz Sabah. Beliau juga pernah menjawat jawatan Penyelia Kursus di Pusat Tahfiz dan Datuk merupakan guru pembimbing Taranum sehingga sekarang. Sehingga kini Datuk masih lagi dlantik secara kontrak sebagai salah seorang penolong Imam Masjid Negeri Sabah dan tenaga pengajar di Pusat Tahfiz Sabah.

Di samping jawatan formal, Datuk juga terlibat dengan aktiviti keagamaan tidak formal. Antaranya :

       I.            Penceramah jemputan Radio Sabah

    II.            Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Sabah

 III.            Penceramah / tenaga pengajar kepada persatuan-persatuan Islam dan jabatan-jabatan kerajaan.

 

Pingat Anugerah

Pada tahun 1994 Datuk dikurniakan pingat ADK dan seterusnya menerima pingat PGDK pada tahun 1997. Beliau pernah menerima Anugerah Imam As- Syafie pada tahun 2000 dan tahun 2008.

 

Anak-anak murid yang berjaya

Sementara antara anak murid didikannya ialah YB Datuk Haji Arifin Arif dan Tuan Haji Amri Suratman (Pengarah JHEAINS). Selain dari itu kebanyakkan anak murid datuk telah dilantik menjadi imam-imam di daerah.[6]

 

Pengalaman semasa berdakwah.

Terlalu banyak peristiwa pahit maung yang beliau lalui sepanjang penglibatannya dengan aktiviti dakwah. Datuk telah berada di pesada dakwah negeri ini sejak dari zaman pemerintahan USNO dan sehingga kini.

 

 

Semasa Pentadbiran USNO.

Sabah pada masa itu masih belum membangun dan baru sahaja mengecap kemerdekaan. Masyarakatnya pada masa itu tidak mempunyai pelajaran dan pengetahuan agama masih rendah. Pada masa itu majoriti penduduk muslim ke atas penduduk bukan Islam di negeri Sabah adalah sangat kecil. Dengan sedemikian pemerintahan pada masa itu berusaha untuk memperbesarkan majoriti tersebut supaya Perlembagaan Persekutuan boleh memaktubkan Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah.  Ketua Menteri pada masa itu Almarhum Tun Datuk Haji Mustapha mengerakkan supaya usaha dakwah diperkuatkan dengan mengadakan aktiviti pengislaman masyarakat bukan Islam termasuklah mereka yang berkepercayaan pagan. Datuk mengimbau, usaha pengislaman yang dijalankan pada masa itu sangat bersungguh-sungguh dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemerintahan selepasnya. USIA selaku jentera utama dakwah telah mengadakan acara pengislaman beramai-ramai di merata tempat di Sabah. Aktiviti sedemikian diadakan di masjid-masjid, padang, balai raya dan rumah-rumah pemimpin masyarakat. Setiap kali mengadakan aktiviti itu bilangan saudara baru mencapai puluhan dan ratusan orang.[7]

Untuk membimbing saudara baru, USIA melantik mubaligh-mubaligh di seluruh daerah. Mereka memberi bimbingan ke atas saudara baru. Meskipun usaha tersebut berbau politik tetapi objektif sebenarnya ke arah mempersebarkan agama Islam di negeri Sabah. Lebih dari itu, kerajaan USNO berjaya menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah (Negeri Sarawak tidak berjaya dalam usaha sedemikian dan gagal menjadikan Islam sebagai agama rasminya). Datukpun sedia maklum terdapat bantahan  ke atas usaha tersebut. Malah bantahan itu  tidak sahaja daripada masyarakat bukan Islam tetapi juga dari kalangan masyarakat Islam. Datuk merumuskan sememangnya terdapat kelemahan dengan aktiviti pengislaman  tersebut. Lebih-lebih lagi apabila berlaku kes-kes murtad di kalangan saudara baru. Tetapi pada keseluruhannya usaha tersebut telah memantapkan kedudukan agama Islam di Sabah dan ramai saudara baru tersebut masih kekal dengan agama Islam.  [8]

Kerajaan USNO telah menubuhkan MUIS pada tahun 1972 untuk memperkuatkan jentera dakwah di Sabah. Dengan penubuhan MUIS, usaha dakwah dan kegiatan agama Islam dilakukan oleh sebuah organisasi kerajaan. MUIS juga dapat memperkuatkan usaha dakwah di Sabah. Datuk merupakan salah seorang dari empat orang kakitangan awal MUIS. Beliau menjawat jawatan sebagai Pembantu Rendah Am, Pengiran Ahmad Tajudin sebagai Setiausaha MUIS dan Almarhun Datuk Haji Abu Bakar Titingan sebagai Pengerusi. Pada tahun 1973, Sekolah Islamiyah telah dibina di Tawau hasil daripada usaha masyarakat setempat dan bantuan kerajaan. Sekolah ini telah melahirkan ramai penuntut-penuntut yang mewarnai suasana kegiatan dakwah di Sabah pada masakini. Antaranya Datuk Haji Awang Sharin Alimin, Ustazah Hajjah Zaloha Hj Ahmad, Ustazah Hajjah Shamsiah Baharom, Ustaz Haji Saidin Musi dan ramai lagi. Kerajaan telah membina Sekolah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah di Kota Kinabalu yang lebih besar serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik. Semua murid-murid dari Sekolah Islamiyah telah dipindahkan ke Sekolah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah. Sementara Sekolah Islamiyah terus kekal sebagai sebuah sekolah rendah.

Kerajaan  juga berhasrat membina sebuah Masjid Negeri sebagai simbol syiar Islam di Sabah. Almarhum Tun Mustapha telah mewartakan tapak Masjid Negeri untuk tujuan itu. Almarhum juga telah mewartakan tapak tanah Wisma MUIS untuk didirikan  sebuah bangunan kepunyaan MUIS. Hasrat membina sebuah Masjid Negeri telah tercapai dengan terbinanya Masjid Negeri Sabah pada tahun 1975 setahun sebelum pemerintahan USNO ditumbangkan oleh Parti Berjaya. Datuk menceritakan kerajaan Berjaya meneruskan aktiviti pengislaman secara beramai-ramai. Sama seperti Almarhum Tun Mustapha, YAB Datuk Harris Salleh juga terlibat dengan aktiviti pengislaman. Beliau juga mendapatkan khidmat tenaga pendakwah dari Indonesia dan Semenanjung. Antara pedakwah-pendakwah tersebut ialah Allahyarham Ustaz Aliuddin, Ustaz Haji Iyen Atim, Allahyarham Ustaz Umar Sidek, Allahyarham Ustaz Nawawi dan sebagainya.[9]

 

Kegiatan Dakwah Masakini.

Datuk berpendapat jentera pentadbiran dakwah di Sabah pada masa ini adalah jauh lebih mantap. MUIS kini telah memiliki kompleks sendiri. Di samping itu, dengan tertubuhnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) pentadbiran agama Islam di Sabah adalah jauh lebih teratur.  Antaranya ialah :

·        Pentadbiran pejabat-pejabat MUIS dan JHEINS adalah lebih teratur dan mendapat peruntukan kewangan daripada kerajaan setiap tahun.

·        Sekolah-sekolah Ugama Islam Sabah (SUIS) mendapat bantuan kewangan dan tenaga pengajar.

·        Tertubuhnya Pusat Zakat Sabah, Pusat Mahat Tahfiz Sabah dan Institusi Mahkamah Syariah.

 

Seterusnya usaha dakwah pada masa lalu telah menunjukkan hasil dengan kelahiran ramai para-para ustaz, tahfiz dan pendakwah dari kalangan penduduk negeri Sabah.  Pegetahuan agama, penguasaan pembacaan Al-Quran di kalangan para imam juga telah jauh meningkat. Akitiviti keagamaan di masjid-masjid kini mendapat sambutan.[10]

 

 

Pengalaman Berdakwah : Didakwa Mengislamkan Saudara Baru Dan Krisis Politik pada Tahun 1986.

Di samping pergerakan dakwah di negeri Sabah seperti yang dicatatkan di atas, Datuk juga banyak mengalami peristiwa-peristiwa genting. Dua peristiwa genting yang Datuk alami ialah  beliau disaman oleh keluarga saudara baru dan krisis politik di Sabah pada sekitar tahun 1986. Menurut Datuk, beliau telah didakwa oleh sebuah keluarga saudara baru kerana telah mengislamkan seorang saudara baru yang berusia di bawah 16 tahun. Keluarga saudara baru itu tidak berpuas hati apabila anak mereka memeluk agama Islam secara sukarela. Di bawah perundangan seseorang yang berusia 16 tahun dan ke bawah yang berhasrat memeluk Islam hendaklah terlebih mendapat perakuan bersumpah.

 

Pada masa itu para-para imam dan malah MUIS sendiri tidak mengetahui akan keperluan tersebut. Akibatnya Datuk dan MUIS telah didakwa di mahkamah di atas kesilapan tersebut. Selepas kes tersebut, MUIS telah memperbetulkan prosedur pengislamannya dan memastikan semua keperluan perundangan dilakukan sebelum sebarang pengislaman dilakukan. Pada tahun 1986, Kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Berjaya telah ditumbangkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS). Ini menyebabkan tercetusnya krisis politik di Sabah.  Penyokong daripada Parti Berjaya dan USNO telah bergabung mengadakan perarakan kerana marah dengan tindakan menconteng tanda salib pada pagar Masjid Negeri Sabah. Bagaimanappun, agenda tersirat pergerakan tersebut ialah menimbulkan provokasi kepada kerajaan PBS. Jika tercetus pergaduhan di antara pergerakan tersebut dengan penyokong-penyokong PBS maka kerajaan pusat akan mengisytiharkan darurat. Dengan sedemikian secara tidak langsung kerajaan baru di bawah pentadbiran PBS adalah dimansuhkan.[11]

 

Masjid Negeri Sabah telah menjadi markas pergerakan tersebut. Ramai pemimpin Islam telah terlibat dengan pergerakan tersebut. Antaranya Almarhum Tun Datuk Haji Mustapha, Tun Datuk Haji Sakaran dan Allahyarham Datuk Haji Abdul Malek Chua. Dari Masjid Negeri, mereka mengadakan beberapa perarakan di bandar Kota Kinabalu dan Penampang. Sementera itu, mereka telah membuat bom daripada petrol untuk digunakan semasa perarakan. Mereka juga memasang sepanduk yang mengandungi unsur-unsur menghasut. Pergerakan itu juga cuba menyemarakan semangat masyarakat Islam agar bangkit dan berjihad. Malah ada sebahagian mereka yang terlibat merupakan pejuang-pejuang Moro yang bersiap-sedia untuk berjihad.

 

Namun atas kawalan ketat pihak Polis, sebarang kejadian yang tidak diingini telah dapat dielakkan. Hanya beberapa kes kerosakan harta benda dan kereta telah berlaku semasa perarakan yang diadakan. Akhirnya pergerakan tersebut telah terhenti akibat kawalan pihak Polis dan tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Islam. Datuk selaku imam Masjid Negeri semasa peristiwa tersebut menjadi sasaran. Beliau tidak dapat menghalang atau mengawal kerana kebanyakan mereka yang terlibat adalah merupakan tokoh-tokoh terkemuka negeri Sabah. Mereka telah berkampung di Masjid Negeri dan kawalan hanya dapat dilakukan oleh pihak Polis. Datuk, Setiausaha MUIS Haji Adnan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Berbahagia Datuk Khalil Jamillul telah disoal siasat oleh pihak polis kerana tidak menghalang pergerakan tersebut menggunakan Masjid sebagai markas. Mereka bertiga juga dipersoalkan kerana membiarkan pergerakan tersebut memasang sepanduk berunsur menghasut di Masjid Negeri. Mereka juga dipersoalkan kerana membiarkan pergerakan itu membuat bom daripada petrol. [12]

 

Bagaimanapun mereka telah tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang kerana keadaan tersebut adalah di luar kawalan. Pihak Polis juga hanya membuat pengawasan ke atas pergerakan tersebut. Pada peringkat awal, akan tercetus pertumpahan darah dan kehilangan nyawa jika pihak Polik menggunakan kekerasan untuk menghentikan aktiviti pergerakan tersebut. Pergerakan tersebut hanya dapat dihentikan setelah beberapa siri perbincangan dilakukan pihak Polis dan pemimpin-pemimpin Islam dengan ketua-ketua pergerakan tersebut. Alhamdulillah tidak berlaku sebarang peristiwa yang tidak diingini akibat krisis politik tersebut. Buat Datuk ia merupakan sebuah peristiwa genting dalam hidupnya sebagai seorang pendakwah.

 

Penulisan:

Tidak menulis buku. Hanya membuat teks Khutbah dan untuk RTM.

Kegiatan dan sumbangan kepada masyarakat:

Datuk mengendalikan kelas Tahsin Al-Quran pada setiap malam di Masjid Negeri Sabah dan sekitar Kota Kinabalu dari tahun 1980 sehingga sekarang. Di samping itu Datuk mengendalikan kursus-kursus Tahsin Al-Quran dan Fardhu Ain berkala anjuran jabatan kerajaan dan NGO seperti JKM, KEMAS, TELEKOM dan anjuran masjid di sekitar pantai barat. Datuk juga sering menerima kemputan mengetuai majlis doa selamat dan solat hajat, solat jenazah, majlis bacaan berzanji dan marhaban sekitar Kota Kinabalu. Datuk juga sering dijemput menjadi hakim Tilawah Al-Quran peringkat daerah, bahagian negeri dan kementerian. Beliau juga adalah hakim ppertandinganberzanji dan marhaban peringkat bahagian dan negeri.

Nasihat dan harapan kepada generasi muda:

Mantapkan diri sendiri dahulu dengan ilmu Al-Quran dan Hadith.

 

Kesimpulan

Dapatlah disimpulkan Datuk Mokhtar Rapuk merupakan tokoh dakwah yang sangat berjasa dalam usaha dakwah di negeri Sabah. Beliau merupakan seorang yang boleh dianggap tawaduk dan tidak meninggi diri walaupun bergelar seorang datuk. Kami amat bertuah kerana dapat berwawacara dengan beliau dan dapat menimba pelbagai ilmu daripada beliau. Pengalaman beliau sebagai tokoh dakwah amat kami kagumi dan kami sanjungi. Beliau amat menekankan betapa pentingnya peranan almarhum Tun Mustapa dalam perjuangan dakwah Islam dan begitu juga peranan USIA dan Muis dalam gerakan dakwah.

Tidak dinafikan kegiatan dakwah di Malaysia telah berjalan sejak Islam mula-mula di perkenalkan di negara ini pada abad yang lalu. Bagaimanapun kegiatan dakwah dalam bentuk gerakan yang dijalankan oleh badan-badan tertentu serta membawa kesan yang besar ke atas pemikiran orang Islam dan menimbulkan reaksi daripada pelbagai golongan masyarakat hanya bermula dalam tahun-tahun 1970-an. Dalam kegiatan itu pelbagai badan dakwah bergerak dengan aktif mengikut cara dan kemampuan masing-masing. Dilihat lihat dari segi bentuk dan cara bergerak, badan-badan itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu badan-badan dakwah yang berfungsi sebagai agen kerajaan dan badan-badan dakwah yang bergerak secara sukarela.

 Kegiatan dakwah yang dijalankan oleh badan-badan dakwah berfungsi sebagai agensi kerajaan juga mengecewakan. Ini adalah disebabkan sifatnya sebagai badan kerajaan dan terpaksa tunduk kepada undang-undang secular negara ini dalam mengambil sebarang tindakan atau keputusan berhubung dengan masalah social, ekonomi, undang-undang dan dalam perencanaan serta pelaksanaan kegiatan dakwah itu sendiri. Persoalannya apakah umat Islam di negara ini berbangga hanya dengan penyampaian dakwah tanpa mengambil kira sejauh mana dakwah itu dijalankan mengikut kehendak ajaran Islam dan sejauh mana pula ia mencapai matlamat dakwah yang sebenar.

 

Rujukan

Muhiddin Yusin, 1990. Islam Di Sabah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhiddin Yusin @ Mohd. Anas, 1981. Sejarah Penubuhan Usia dan kegiatannya dalam Dakwah Islam di Sabah.  Tesis masters Muhiddin Yusin (UKM).

 

Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.


[1] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[2] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[3] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[4] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[5] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[6] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[7] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[8] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[9] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[10] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[11] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[12] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

Madrasah Miftah al-Ulum Sri Petaling tempat melahirkan ulama’

Pandangan Madrasah Miftahul Ulum dari Masjid Seri Petaling

Pandangan Madrasah Miftahul Ulum dari Masjid Seri Petaling

Pada 10 APRIL yang lalu, saya sempat singgah di Masjid Sri Petaling. Di sana saya mengunjungi Madrasah Miftah al-Ulum yang terletak bersebelahan masjid dan sempat mendengar bayan yang disampaikan oleh seorang anggota jemaah tabligh pada jam 10.oo pagi.

Antara yang dibincangkan dalam bayan  ialah berkaitan hak-hak yang perlu ditunaikan, hak Allah yang perlu ditunaikan pada anggota badan kita seperti lidah yang timbangannya beberapa tahil perlu digunakan untuk mengingati Allah bukannya untuk mengumpat, memfitnah, mata yang diberikan Allah untuk melihat perkara-perkara yang baik , melihat alam ulama bukannya melihat perkara yang diharamkan oleh Allah seperti artis, wanita yang tidak menutup aurat, hak seorang isteri dan anak-anak untuk mendapat kasih sayang dan nafkah sehinggakan seekor ayam pun ada hak yang perlu ditunaikan seperti menyembelihnya dengan pisau yang tajam…Demikianlah indahnya Islam

 

Madrasah Miftahul Ulum menjadi tempat melahirkan ulama-ulama shariah dan keistimewaan Madrasah di bawah naungan jemaah tabligh mengajar kitab-kitab turath seperti sahih bukhari, Muslim, ilmu rijal hadith dan lain-lain. madrasah-2Pelajar-pelajar dididik dengan kehidupan sederhana dengan belajar di atas lantai, begitu juga dengan gurunya penuh dengan kesederhanaan. Menurut sahabat saya gaji yang dibayar kepada gurunya pun tidak sampai seribu ringgit.

 

madrasah-ulum1

Saya berkesempatan memasuki bilik  gurunya, cukup simple mejanya seperti meja guru dalam kelas yang terdapat dalam gambar. Kelas yang ana ambil gambar gurunya tidak hadir, namun pelajar-pelajarnya nampak tenang dan tidak bising tidak seperti sekolah harian biasa yang pernah saya pergi…Saya cukup kagum dan terharu apabila melihat suasana ini dan merasa rendah diri apabila membandingkan diri yang menerima gaji ribuan ringgit, dengan suasana kerja yang selesa…Dalam gambar yang saya ambil ini dua puluh dari pelajarnya adalah hafiz al-Qur’an…

Alhamdulillah Allah kurniakan putera sebagai penyejuk mata kedua

Firman Allah SWT:

لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ (49) أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ (50

 

49.  Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dia menciptakan apa yang dia kehendaki. dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang dia kehendaki,

50.  Atau dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan dia menjadikan mandul siapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya dia Maha mengetahui lagi Maha Kuasa.

 

 

 

surah al-shura

blog

 

Alhamdulillah petang tadi isteri ana  selamat melahirkan anak lelaki jam 4.20 petang seberat 4.4 Kg moga menjadi anak yang soleh. Setakat ini tak putus lagi nak bagi nama, antara yang menjadi cadangan Muhammad al-Fatih sempena nama raja yang melakukan pembukaan Constatinople(Turki). Nabi saw sendiri memuji orang yang berjaya membuka Kota Constatinople.  Cadangan kedua Muhammad al-Fadl Abbas sempena Fadl Abbas nama sahabat nabi yang juga merupakan sepupu rasul s.a.w dan juga guru tafsir yang saya kasihi. Ustaz Ghazali pula mencadangkan nama Luqman..

 

Datuk Ismail Abbas Mufti yang lembut tetapi tegas

Temuramah dengan Datuk Haji Ismail Abbas yang telah dibuat pada hari Rabu,11 MAC 2009, di antara jam 9.00 hingga 11.00 malam bertempat di rumah beliau sendiri di kampung Likas, berhadapan dengan Taman Anjung Selera oleh:

 

1. AKRIAH

2. NORFITRI

3. ALIUDDIN

4. RUSLI

5. HADI

 

BIODATA DATUK HAJI ISMAIL ABBAS

 

Latar belakang Keluarga

 

Tuan Guru Datuk Haji Ismail Abbas di lahirkan di Kampung Permatang Tok Gelam, Kepala Batas Pulau Pinang pada tahun 1931. Ibu bapa beliau hanyalah orang kampong biasa yang menjalankan kehidupan melalui aktiviti penanaman padi seperti mana yang dilakukan oleh jiran-jirannya yang lain. Ayah dan emak beliau seorang yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Walau bagaimanapun dengan kuasa Allah s.w.t tanpa diketahui puncanya emak beliau akhirnya mampu  membaca al-Quran dengan baik.

 

Dari kecil sehingga berumur 19 tahun Datuk Ismail Abbas tidak pernah berenggang dengan ibu bapanya. Beliau sangat rapat dengan keluarga dan sering membantu kerja-kerja ayahnya. Di zaman penaklukan Jepun keluarga beliau pernah berpindah ke satu kawasan lain yang selamat kerana di katakan tapak kampong mereka akan diambil alih oleh tentera Jepun untuk dijadikan kem. Walau bagaimanapun rancangan itu tidak menjadi kenyataan dan mereka pulang kembali ke kampong asal selepas kekalahan Jepun pada tahun 1945.

 

Pengalaman paling manis di zaman kanak-kanak ketika berumur tujuh tahun dan masih diingati sehingga sekarang ialah beliau pernah bertemu dengan tokoh ulama yang terkenal ketika itu dalam satu majlis solat jenazah di kampungnya. Tokoh tersebut ialah Abdullah Fahim datuk kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang.[1]

 

Pendidikan Rendah

 

Mula memasuki Sekolah Rendah Atap Permatang Tok Jaya pada tahun 1937. Terpaksa berhenti sekolah ketika penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu. Pernah mengikuti sekolah Jepun selama 2 tahun sahaja. Di peringkat sekolah rendah ini, pencapaian beliau hanyalah setakat pandai membaca,menulis dan sedikit mengira.

 

Selepas Jepun kalah  ketika berumur 14 tahun beliau menyambung persekolahan di sebuah sekolah agama di kampongnya iaitu Madrasah Al-Falah. Melalui galakan ibu bapa dan inspirasi yang diperolehi daripada Syeikh Abdullah Fahim, beliau bersungguh-sungguh mempelajari ilmu-ilmu agama dan Bahasa Arab. Akhirnya beliau dapat menguasai ilmu-ilmu asas dalam Islam dan dalam Bahasa Arab pula beliau dapat memahirkan diri dalam ilmu Nahu dan Saraf.

 

Pendidikan Menengah dan Universiti

 

Ketika berumur 19 tahun, Datuk Ismail Abbas memohon izin ayahnya untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah walaupun dia sedar bahawa ibu bapanya mungkin tidak mampu membiayai pengajian beliau ke sana. Namun hasrat murni di dalam hati harus disampaikan juga kerana adanya rangsangan luar biasa dan ditambah lagi dengan perasaan cemburu kepada kawan rapatnya Ahmad bin Soleh yang sudah pun bertolak ke Mekah ketika itu. 

 

Ayah yang baik sudah tentu tidak akan menghampakan hasrat anaknya yang disayangi lebih-lebih lagi perkara yang diminta merupakan sesuatu yang sangat tinggi nilainya di dalam Islam iaitu menuntut ilmu.Walaupun sedar kekurangan diri, ayahnya tetap berjanji akan menghantar beliau ke Mekah dengan segera sebaik sahaja mendapat duit yang cukup hasil jualan padi pada musim akan datang. Dipermudahkan Allah s.w.t pada tahun tersebut tuaian padi ayahnya sangat menjadi dan hasil jualan yang diperolehi cukup untuk membeli tambang  kapal laut ke Mekah dan sedikit untuk perbelanjaan dalam perjalanan. Ketika itu kos tambang melalui kapal laut dari Malaysia ke Jeddah ialah RM450.00 untuk pergi dan balik semula ke tanah air. Ketika itu wajib membeli tiket kedua-dua hala perjalanan pergi dan balik semula. Walau bagaimanapun  tiket untuk pulang boleh dijual kepada orang lain yang mahu pulang ke Tanah Melayu.

 

Pada tahun 1951, beliau bertolak ke Mekah untuk menyambung pengajian pada peringkat syahadah(sijil) di Darul Ulum, Mekah sehingga tahun 1955. Pada tahun 1961 pula beliau dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Madinah sehinggalah tamat pada tahun 1970 dalam bidang syariah. Beliau tidak mahu menyebut nama guru-guru beliau semasa di sana, hanya sekadar menyatakan terlalu ramai dan memuji kerajinan, ketekunan dan keikhlasan mereka mengajar.

 

Rumahtangga

 

Datuk Ismail Abbas berkahwin pada tahun 1963 dengan isterinya sekarang Datin Solehah binti Saad yang juga berasal dari Pulau Pinang tetapi telah lama menetap di Kota Mekah. Ketika melangsungkan perkahwinan beliau masih lagi dalam pengajian di Universiti Madinah. Sebelum pulang ke Malaysia, sempat dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Salman, Syuib dan Yasir.

 

Isteri beliau tidak bekerja dan hanya menjaga hal-ehwal rumahtangga. Selepas pulang ke tanah air, mereka dikurniakan lagi lima orang cahaya mata. Kini, semuanya sudah pun besar dan telah mendirikan rumahtangga masing-masing. Anaknya yang sulung, Haji Salman menjadi usahawan yang berjaya di Kota kinabalu melalui syarikat induknya Hidayah Permai Construction Sdn. Bhd. Manakala Syuib sedang bertugas di Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Dr.Yasir pula sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur.

 

Kerjaya sebagai Pendidik, Pegawai Agama dan Mufti

 

Selepas tamat syahadah, Datuk Ismail Abbas sempat mengajar di Darul Ulum selama dua tahun sebelum melanjutkan pelajaran ke Madinah. Ketika mengajar, beliau banyak memperolehi banyak pengalaman dan dapat meningkatkan kemahiran bahasa Arab.

 

Kerjaya sebagai pembimbing jemaah haji dan umrah sepanjang tempoh berada di Mekah dan Madinah memang menjadi rutin dalam kehidupannya bersama kawan-kawan sepengajian yang lain. Melalui aktiviti inilah yang membawa beliau mengenali Tun Mustapha, bapa kemedekaan negeri Sabah sehingga menerima tawaran Tun untuk berkhidmat di sini.

 

Tun Mustapha membawa Datuk Ismail Abbas ke Sabah bersama seluruh keluarganya pada awal tahun 1971 dan pada 17 Februari bulan berikutnya, beliau memulakan kerjaya barunya di Kota Kinabalu sebagai guru agama. Selepas enam bulan bertugas, beliau dipindahkan pula ke Sandakan sebagai Guru Besar di Sekolah Agama Kampung Karamunting selama 2 tahun. Ketika berada di Sandakan, kerja beliau agak berat kerana terpaksa mengajar waktu sesi pagi dan petang akibat masalah kekurangan tenaga pengajar ketika itu. Di waktu malam pula beliau sibuk mengadakan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid kampong di sekitar Bandar Sandakan. Lokasi mengajar yang agak mencabar ialah di Pulau Tanjung Aru kerana terpaksa menaiki perahu setiap kali pergi ke sana.

 

Setelah tertubuhnya Majlis Ugama Islam Sabah(MUIS), Datuk Ismail Abbas dipindahkan pula ke Kota Kinabalu sebagai Pegawai Agama di Bahagian Persekolahan. Di bahagian ini beliau menjalankan tugas sebagai pegawai yang mengatur pengambilan guru-guru baru, peperiksaan, hal-ehwal murid dan sebagainya. Beliau kekal dalam jawatan ini  sehinggalah berakhirnya kerajaan USNO pada tahun 1976.

 

Pada penghujung tahun1976, beliau dilantik ke jawatan Timbalan Mufti Sabah selama 9 tahun. Sepanjang tempoh ini beliau pernah berkhidmat di bawah Mufti Haji Muhammad bin Ahmad yang berasal dari Melaka. Kemudian di bawah Haji Said Ibrahim selama 6 tahun dan yang terakhir di bawah Datuk Ahmad Idris yang meninggal dunia semasa pemerintahan Parti Bersatu Sabah(PBS).

 

Pada tahun 1987 di atas permintaan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah ketika itu, Abdul Rahim Osman, beliau secara rasminya dilantik sebagai Mufti Negeri Sabah yang baru. Beliau menjawat jawatan Mufti ini selama 10 tahun kerana jawatannya sentiasa diperbaharui setiap 3 tahun sehinggalah bersara sepenuhnya pada tahun 1998.

Pengembaraan

 

Pergi ke Kota Mekah dan Madinah untuk menuntut ilmu selama 20 tahun(1951 hingga 1971) adalah satu pengembaraan  yang agak lama. Dalam pengembaraan pertama yang bersejarah ini Datuk Ismail Abbas mendapat banyak ilmu dan pengalaman berguna untuk dibawa kembali ke tanah air, di antaranya:

 

  1. Dapat menimbah ilmu-ilmu Islam dari dua Tanah Suci  Mekah dan Madinah yang juga merupakan bermulanya sejarah Rasulullah s.a.w membawa risalah Islam kepada umat manusia di akhir zaman ini.
  2. Mendapat pengalaman bekerja sebagai mutauwif jemaah haji dan umrah setiap tahun khususnya kepada jemaah Malaysia, mengajar di Darul Ulum, berkeluarga di sana, menyaksikan kematian ayahnya di Mekah  pada tahun 1955, menyambut kelahiran 3 orang cahaya mata pertama  dan kedatangan ibunya ke Mekah pada tahun 1959.
  3. Menjalin hubungan yang rapat dengan guru-guru yang muktabar di Tanah Suci, mendapat ramai kawan-kawan seperjuangan dan mengenali ramai pemimpin Malaysia terutama Tun Mustapa.

 

Pengembaraan kedua yang menarik ialah semasa pergi melawat Pakistan khususnya di Kota Kerachi. Beliau amat terkejut dengan kota ini yang dikenali sebagai kota milik umat Islam tetapi di dalamnya  terdapat banyak bangunan gereja.

 

 

SEBAGAI PENDAKWAH

 

Datuk Ismail Abbas menganggap tugas yang diamanahkan  kepadanya sebagai guru, pegawai agama dan mufti adalah sebahagian daripada usaha menyampaikan dakwah dan medan menjelaskan  risalah Islam yang murni kepada umat Islam sendiri, orang bukan Islam dan pihak pemerintah.

 

 

Prinsip dan Matlamat Dalam Berdakwah

 

Datuk Ismail Abbas amat memahami manhaj dakwah Islam apabila menetapkan dalam prinsip hidupnya bahawa jawatan yang dipegang tidak sepatutnya dipohon. Katanya sesiapa yang memohon sesuatu jawatan akan dibebankan dan sesiapa yang dilantik akan ditolong. Prinsip ini sebenarnya berasal daripada sabda Rasulullulah s.a.w yang melarang seseorang itu memohon sesuatu jawatan. Beliau telah membuktikan prinsip ini benar-benar berlaku dalam hidupnya apabila semua jawatan yang pernah disandang sebelum ini tidak pernah dimohon tetapi ada pihak lain yang menawarkan kepadanya.

 

Bagi beliau memiliki segolong ijazah bukanlah melambangkan ketinggian ilmu yang sebenar. Anugerah ijazah hanyalah tangga-tangga yang diciptakan oleh manusia untuk mengkategorikan tahap keilmuan seseorang tetapi kebanyakannya tersasar daripada matlamat sebenar. Ilmu-ilmu Islam yang sebenar ialah apa yang diperolehi melalui sumber-sumber yang sahih melalui guru-guru yang muktabar dan kitab-kitab lama yang ditulis bersumberkan al-Quran,  al-Hadith, ijma’ sahabat dan para ulama’ yang jujur dan ikhlas kepada Allah s.w.t. Kebolehan membaca, meneliti, menganalisa dan seterusnya mengamalkan ilmu yang dimiliki itu merupakan prasyarat kepada seseorang yang boleh digelar sebagai ulama pewaris Nabi. 

 

Beliau sentiasa mengingatkan dirinya dan orang lain supaya sentiasa merendah diri kepada ilmu kerana katanya seseorang yang bongkak dan takabbur dengan ilmunya tidak akan ke mana dan akan dilaknat di hari kemudian. Bagi beliau ilmu itu terlalu luas bagaikan lautan tak bertepi. Sepatutnya fitrah orang yang berilmu ialah semakin tinggi  tahap ilmunya maka semakin  tinggi perasaan kekurangan ilmu yang ada padanya.

 

Apa juga yang kita lakukan samada yang tersurat atau tersirat mestilah berdasarkan kepada aqidah, syariat dan akhlak Islam yang murni sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Ertinya seluruh kehidupan ini hendaklah diaturcarakan oleh Islam secara lengkap dan syumul.

Matlamat dalam berdakwah ialah menyampaikan ajaran Islam yang benar-benar murni terutama kepada ahli keluarga yang terdekat, kawan-kawan, jiran-jiran dan seterusnya kepada orang luar dan golongan bukan Islam. Semoga dengan usaha dakwah yang dibuat akan meningkatkan kefahaman  orang ramai kepada Islam dan seterusnya mereka  bersedia beramal dengannya. Keredhaan Allah s.w.t di dunia dan diakhirat merupakan matlamat akhir seseorang pendakwah.  

 

Sumber Dakwah

 

Sumber dakwah Datuk Ismail Abbas ialah ilmu agama dan pengalaman luas yang beliau perolehi sendiri semasa menuntut di Mekah dan Madinah selama 20 tahun. Al-Quran dan al-Hadith serta pelbagai kitab dalam bahasa Arab yang mengelilingi hampir keseluruhan ruang tamu beliau.

 

Pengalaman dan Cabaran Dakwah

 

1. Menjadi mutauwif kepada jemaah haji di Mekah dan Madinah dengan mengajar mereka kaifiat dan manasiq haji serta umrah yang betul. Pernah menegur kesilapan Tun Mustapa yang membenarkan jemaah hajinya pulang semula ke Madinah, membuka ihram dan melanggar pantang larang ihram setelah tersekat dengan banjir dalam satu perjalanan menuju Mekah. Tun Mustapa amat marah kepada tegurannya itu tetapi hanya dapat bersabar sahaja kerana tidak berupaya berhujah lagi memandangkan Tun Mustapa ketika itu sangat berkuasa dan sukar menerima teguran.

2. Pernah diminta oleh seorang menteri Sabah supaya memberikan fatwah  menghalalkan derma seorang taukeh Cina bukan Muslim bagi pembinaan tiga buah masjid. Beliau pada mulanya menghadapi kesukaran memberikan pandangan tetapi akhirnya mengizinkan sumbangan tersebut boleh diterima dengan syarat taukeh bukan Islam berkenaan tidak disebutkan namanya samada dalam majlis penerimaan sumbangan mahupun di dalam premis masjid yang akan dibina. Taukeh tersebut yang gilakan nama akhirnya membatalkan sumbangan yang hendak dihulurkan kerana tidak dapat menerima syarat-syarat yang telah diberikan.

3. Pernah menolak untuk memberikan sokongan kepada penganjur sebuah majlis jogathon yang dianjurkan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan dan anak yatim. Ini kerana dalam program tersebut ada dimasukkan aktiviti mungkar dan tidak halal sedangkan yang beliau fahami, Islam tidak pernah menghalalkan kerja maksiat untuk mencapai matlamat yang baik.

4. Sebagai tenaga pengajar yang aktif di masjid-masjid dan surau ketika berada di Sandakan dan Kota Kinabalu sehingga sekarang.

 

Pengelibatan dalam Badan Organisasi  Dakwah

 

Datuk Ismail Abbas tidak  terlibat secara langsung dengan badan-badan dakwah bukan kerajaan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kebanyakan badan-badan dakwah yang ada di Sabah hanya muncul kemudian sedangkan beliau sudah pun melaksanakan lebih awal tugas-tugas dakwah  di negeri ini dalam pelbagai peringkat.

 

Pendorong Dakwah

 

Sirah Nabi Muhammad s.a.w adalah pendorong utama dalam usaha beliau menyampaikan risalah Islam kepada orang ramai. Kesedaran mengenai kekurangan ilmu dan banyaknya amalan-amalan yang tidak selari dengan syariat Islam di kalangan penduduk Sabah berbanding dengan apa yang dilihatnya selama dua puluh tahun di Tanah Suci,  banyak mendorong beliau untuk berdakwah dengan lebih giat lagi. Para ulama’ muktabar  dan guru-guru beliau yang sangat didikasi dan ikhlas, sentiasa menjadi  inspirasi penting dalam perjuangannya meninggikan syiar Islam  di negeri Sabah. 

 

 

Isu-isu

 

Datuk Ismail Abbas menyebut mengenai tokoh-tokoh ilmuan semasa yang lebih mementingkan ijazah, imej kendiri, pendapatan lumayan dan kedudukan dalam masyarakat berbanding dengan nilai-nilai ilmu dan  ibadah yang dipersembahkan kepada Allah s.w.t. Kebanyakan daripada mereka telah meninggalkan tradisi keilmuan Islam yang penting iaitu meneliti, membaca, membahas dan menganalisa kitab-kitab lama yang telah ditulis oleh para ulama muktabar. Ramai daripada golongan ilmuan masakini  yang cekap dan pandai berpidato di hadapan ramai tetapi gagal menunjukkan contoh teladan yang baik dalam masyarakat serta kurang menjalankan usaha dakwah yang mencabar.

 

Pengaruh, Sumbangan dan Pengiktirafan

 

Perkhidmatan Datuk Ismail Abbas  ynng begitu lama di Sabah sehingga ke umur persaraan, menyebabkan nama beliau selalu disebut dan menjadi rujukan alternatif dalam apa-apa masalah yang dihadapi oleh umat Islam di Sabah. Walaupun pernah dijerkah dan dimarahi oleh Tun Mustapa semasa di Tanah Suci,  tetapi di akhir-akhir usia, Tun selalu meminta pandangan dan nasihat daripada beliau. Pandangan yang paling mengembirakan Tun ialah penjelasan bagaimana kaedah solat yang sebenar ketika dalam keadaan masalah kencing tidak terkawal. Beliau memberi panduan bernas dan menggembirakan Tun iaitu  dengan memakai lampin ketika solat dan mengulangi wuduk setiap kali masuk waktu sembahyang berbanding nasihat orang lain sebelumnya yang agak mengelirukan.

 

Datuk Ismail Abbas ada  mewakafkan sebidang tanah bersaiz lebih kurang 3 ekar di tepi jalan yang terletak di antara Beaufort dan Menumbuk  untuk dijadikan tapak masjid dan pusat pendidikan Islam. Di atas jasa-jasa yang ditaburkan sepanjang dalam perkhimatan,  beliau telah dianugerahkan gelaran Datuk daripada Tuan Yang Terutama negeri Sabah.

 

Murid yang Berjaya

 

Ramai di kalangan murid  yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing tetapi Datuk memilih untuk tidak menyebut nama-nama mereka. Beliau bimbang sekiranya nama-nama disebut kemudiannya dan orang berkenaan tidak pula menepati ciri-ciri baik untuk dijadikan contoh kepada orang lain.

 

Idea dan Fizikal

 

Walaupun umur Datuk Ismail Abbas sudah menjangkau lebih 70 tahun tetapi beliau masih memiliki keadaan fizikal dan tubuh badan yang baik dan sihat. Beliau sangat berhati-hati dalam hal-hal makan dan minum, tugas-tugas rasmi dan sentiasa bersikap tenang apabila berhadapan dengan masalah.

 

Nasihat kepada pendakwah

 

Datuk Ismail Abbas berpesan dan memberi nsihat berguna kepada kami, di antaranya ialah;

1. Para juru dakwah hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah s.w.t.

2. Hendaklah sentiasa benar hati(iman yang sebenar) dan sentiasa ikhlas kepada

    Allah.swt

3. Sentiasa mengharapkan amal yang dilakukan hanya untuk mendapatkan keredhaan

    Allah s.w.t

4. Beliau mengingatkan supaya waja kita(senyuman) diberi kepada kawan-kawan dan

    manusia tetapi hati hanya untuk Allah s.w.t

5. Beliau mengajarkan kami supaya mengamalkan sebuah doa yang terjemahannya lebih

    kurang berikut;

    “Ya Allah! Ampunilah kami, sihatkanlah badan kami, sihatkanlah ilmu kami,

       sihatkanlah iman kami, jauhkanlah kami daripada cabar-mencabar dalam urusan

       agama dan rahmatilah kami di dunia dan diakhirat”

 

 

KESIMPULAN

 

Hasil daripada pertemuan dan temuramah ini, kami membuat kesimpulan bahawa Tuan Guru Datuk Ismail Abbas merupakan seorang tokoh dan pendakwah Islam yang banyak menabur bakti di bumi Sabah ini. Beliau  sentiasa tawadduk dan berdisiplin dalam menjalani kehidupan seharian dan sangat komited dalam  melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.


[1] Nama sebenar Syeikh Abdullah bin Ibrahim, lahir di Mekah pada 1869 Masihi, Mufti pertama Pulau Pinang(1951-1961), salah seorang pengasas Hizbul Muslimin dan aktif dalam UMNO melalui BIRO Agama. Juga bertanggungjawab melahirkan PAS dari BIRO ini- sumber wikepedia internet