Jejak Ulama 4 :Uthman Taha Penulis Mushaf yang tersebar ke seluruh dunia

Syaikh Uthman Taha moga Allah memanjangkan umurnya

Syaikh Uthman Taha moga Allah memanjangkan umurnya


Assalamualaikum wbt
Saudara pembaca yang dirahmati Allah.
Siri jejak ulama kali ini akan membincangkan seorang tokoh yang memberi khidmat dalam bidang al-Qur’an yang tidak sedari. Beliau adalah penulis mushaf Madinah yang bewarna hijau yang sering dibawa oleh jemaah haji atau orang yang ke Mekah.

Syaikh Uthman Taha sedang menulis mushaf

Syaikh Uthman Taha sedang menulis mushaf

Beliau seperti dua tokoh yang disebut oleh penulis antara ulama yang dipanjangkan umurnya oleh Allah s.w.t. Syaikh Syu’aib al-Arnaut(1928), Dr.Fadal Abbas(1932) dan syaikh Uthman Taha(1934). Apakah rahsia tokoh-tokoh ini dipanjangkan umur? Tentu sekali qada’ dan qadar yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Mereka ini adalah orang yang menjadi Khadam al-Qur’an dan al-Sunnah. Allah s.w.t memanjangkan umur mereka dan Allah memberi keberkatan kepada mereka.
Penglibatan syaikh Uthman Taha dalam bidang penulisan mushaf sejak hampir 40 tahun iaitu bermula pada tahun 1970 untuk kementerian wakaf Syria. Pada tahun 1988 beliau datang ke Arab Saudi untuk menjadi penulis mushaf . Beliau dilantik sebagai penulis mushaf di Majma’ al-Malik Fahd Li Tiba’ah al-Mushaf(Kompleks Percetakan Mushaf Raja Fahd) di Madinah al-Munawwarah. Keistimewaan tulisan tangan syaikh Uthman Taha ialah setiap halaman berakhir dengan penghujung ayat.

Muka belakang mushaf al-Madinah diterjemahkan seperti berikut:Dengan pertolongan Allah dan taufiq-Nya, telah sempurna percetakan mushaf yang mulia ini di Majma' Malik al-Fahd untuk percetakan al-Mushaf al-Sharif di Madinah Munawwarah seliaan Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan di Kingdom of Saudi Arabia pada tahun 1426H dan ditulis oleh al-Khattat Uthman Toha

Muka belakang mushaf al-Madinah diterjemahkan seperti berikut:Dengan pertolongan Allah dan taufiq-Nya, telah sempurna percetakan mushaf yang mulia ini di Majma' Malik al-Fahd untuk percetakan al-Mushaf al-Sharif di Madinah Munawwarah seliaan Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan di Kingdom of Saudi Arabia pada tahun 1426H dan ditulis oleh al-Khattat Uthman Toha

Syaikh Uthman Taha dilahirkan di sebuah kampung di Halab dan mempunyai seorang isteri dan dikurniakan tujuh orang anak. Bapanya syaikh Abduh Husin Taha merupakan imam dan khatib di kampungnya.

Syaikh Uthman Taha memiliki ijazah dalam bidang syariah. Beliau mendapat ijazah dalam seni khat dengan beberapa guru seperti Ustaz Hamid al-Amidiyy pakar khat yang terkenal, Muhammad Aliyy al-Mawlawiyy, Ibrahim al-Rifa:iyy di Halab, Muhammad Badwiyy al-Diraniyy di Damsyik dan Hashim al-Baghdadiyy.

Sekarang syaikh Uthman Taha tinggal di Madinah al-Munawwarah.

Pengalaman pertama dalam menulis mushaf ialah semasa berusia tiga puluh tahun di bawah syarikat percetakan Dar al-Shamiyah di Damsyik tetapi syaikh Uthman Taha tidak berpuas hati dengan mutu kecantikan tulisan.

Mereka yang melihat tulisan sekarang jauh lebih bermutu dari tulisan pertama.Sehingga kini beliau telah menulis mushaf mengikut riwayat Hafs dari Asim, riwayat Warash dari Nafi’ al-Madaniyy kedua-dua sudah dicetak dan riwayat Qalun tetapi belum dicetak.

Berikut adalah contoh tulisan syaikh Uthman Taha
solos001c

solos006c

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s