Sesungguhnya dunia itu manis dan menghijau

kl_night

Demikianlah potongan sebahagian hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Said al-Khudriyy:
حديث أبي سعيد -رضي الله عنه- إن الدنيا خضرة حلوة، وإن الله مستخلفكم فيها فناظر كيف تعملون، ألا فاتقوا الله واتقوا النساء

Maksudnya:
Sesungguhnya dunia itu manis dan menghijau, dan sesungguhnya Allah melantik kamu sebagai khalifah di atasnya, maka lihatlah bagaimana kamu beramal di atasnya, bertaqwalah kepada Allah, dan berhatilah-hatilah dengan wanita.” HR Imam Muslim

Ana menyebut hadith ini kerana teringat kehebatan ciptaan Allah semasa ana menaiki flight Air Asia AK5112. Flight bertolak jam 9.30 malam dalam keadaan cuaca yang baik. Malam tersebut saya berkenalan dengan penumpang yang sebaya dengan saya saudara Zulkarnain yang berasal dari Papar, seorang kontraktor yang memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan dari UTM. Dari perkenalan, Sdra zul merupakan junior cikgu Hussein Mainih di SBP Sabah(sekarang Sekolah Menengah Sains Sabah), sahabat saya dan guru Matematik di Maktab Sabah.

Saya menyebut hadith “Sesungguhnya dunia itu manis…” kerana pemandangan pada malam ini sangat menarik. Dari KLIA sampai ke KK saya dapat melihat pandangan dunia dengan jelas. Bermula dengan tegaknya dua menara kembar PETRONAS sampai ke bandar Kuantan diikuti cahaya kapal-kapal di lautan. Cahaya anak bulan Rabiulakhir juga jelas dari jendela flight tetapi gambar yang diambil tidak jelas. Jadi sekeping gambar sahaja yang ana dapat masukkan dalam blog ini. Benarlah apa yang disebut oleh rasul s.a.w ” Sesungguhnya dunia itu manis dan menghijau’

Ahad 5/4/2009-3.38 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s