Jejak Ulama 5 : Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

al-Marhum Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

al-Marhum Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah 1917-1997

Makalah ini diterbitkan sempena mengingati pemergian As-syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah
Oleh : Ibnu Umar Al-Merapuhi

الحمد لله القائل :(إنّما يخشى الله من عباده العلماء ) ( يرفع الله الذين آمنوا والذين أوتوا العلم درجات) والصّلاة والسّلام على رسوله الأمين المبعوث رحمة للعالمين القائل : العلماء ورثة الأنبياء ، وعلى آله وصحبه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدّين.

1.MUQADDIMAH
Berkata Imam Syafie : Sekiranya aku melihat ahli hadis ,maka seolah-olah aku melihat salah seorang dari sahabat Rasululullah saw
(امتداد الفتاح ص73 :قواعد التحديث للقاسمي ص49)
Penulis diminta oleh salah seorang sahabatnya untuk menulis sejarah ringkas riwayat hidup As-syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan permintaan tersebut adalah pada malam 9 Syawal 1420H,,,tanpa disedari ,tarikh wafat as-syeikh pada 9 Syawal 1417 H bersamaan 16 Februari 1997. Maka dengan sebab ini penulis yang dhaif ini menggunakan sedikit masa yang Allah Taala berikan untuk menulis serba sedikit tentang kehidupan Ulama yang banyak memberi sumbangan kepada umat ini .Sesungguhnya pemergian as-syeikh sesuatu yang menyedihkan tetapi inilah lumrah kehidupan di dunia yang sementara ini ,setiap yang hidup pasti akan pergi كل نفس ذائقة الموت .Tetapi walaupun as-syeikh sudah pergi ke alam barzakh ,tetapi ilmunya masih hidup seolah-olah as-syeikh masih ada bersama kita.

2.KELAHIRAN
2.1 Keturunan : Namanya Abdul Fattah bin Muhammad bin Basyir bin Hassan Abu Ghuddah .Nasabnya berakhir kepada As-Sahabi :Saidina Khalid bin Al-Walid RA(امتداد الفتاح ص 141، مجلة المجتمع العدد 1237 ص 34).As-syeikh dilahirkan di bandar Halab yang terletak di Selatan Syria pada pertengahan bulan Rejab tahun 1336 H bersamaan 1917 M

2.2 Didikan : Ibu bapa as-syeikh adalah terkenal sebagai mereka yang mutaddayyinah (berpegang kuat dengan agama)dan memiliki akhlak yang baik.As-syeikh mendapat pendidikan awal dari ayahnya sampailah kepada sinni taklif(baligh).Bapanya seorang yang mencintai Al-Quran dan sentiasa membacanya dengan menggunakan mushaf .Beliau bukanlah seorang Alim tetapi merupakan seorang yang menyayangi Ulama.Buktinya beliau sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu dan mengambil pandangan dan petunjuk dari Ulama.
Walid dan datuk As-as-syeikh bekerja sebagai peniaga pakaian yang dibuat dari kulit rusa yang dinamakan الصايات .Pakaian ini dieksport ke Anadul , Turki
Ketika berumur 8 tahun , datuknya memasukkannya ke (المدرسة العربية الإسلامية)- “sekolah Arab Islam.Sekolah ini khas untuk golongan yang berada.Di sini as-syeikh belajar dari tahun 1-tahun 4 dengan tekun.Kesan dari ini as-syeikh pandai membaca dan diminta oleh penduduk kampung berjaga malam bersama mereka seminggu sekali untuk membaca kitab تاريخ فتوح الشام (Sejarah Pembukaan Sham/Syria)yang dinisbahkan kepada Al-Waqidi dan kitab-kitab yang lain.Dengan ini as-syeikh dapat bersama-sama pembesar kampungnya dan orang tua walaupun umurnya ketika itu baru mencecah sepuluh tahun disamping mengangkat kedudukan ayah dan datuknya di kampung.
Setelah tamat sekolah as-syeikh mempelajari khat di مدرسة الشيخ محمد على الخطيب (Sekolah Syaikh Muhammad Aliyy al-Khatib),tetapi As-As-sheikh meninggalkan pengajian khat beberapa bulan selepas itu.Memandangkan as-syeikh sudah besar ,bapa as-syeikh dan datuknya melihat as-syeikh untuk belajar menenun .Beberapa ketika selepas itu as-as-syeikh belajar berniaga di سوق الزهر (Pasar al-Zahr)yang terletak di Halab.Di sini as-syeikh menjual pelbagai jenis pakaian untuk dipakai oleh penduduk kampung Halab.Ketika berumur enam belas tahun as-syeikh diberi kepercayaan untuk berniaga sendiri (جزء من ترجمة الشيخ رحمه الله بقلمه –امتداد الفتاح ص 141)
Ketika umur as-syeikh mencapai 18 tahun as-syeikh memulakan kembali pengajiannya di المدرسة الخُسروية (Sekolah al-Khusrawiyyah). Ini berterusan dari 1936-1942 dan as-syeikh adalah diantara mereka yang cemerlang.(terjemahan ringkas tulisan Muhammad bin Abdullah Ali Ar-Rasyid dalam kitab Imtidadul fattah m.s 147)

3.REHLAH ILMIYAH
1-Damsyik –Di sini as-syeikh bertemu dengan ulama-ulama besar seperti As-syeikh Mahmud Al-Attar,As-syeikh Ali At-Taqriti,As-syeikh Ali Daqqar dan lain-lain lagi
2- PENGAJIAN DI AL-AZHAR AS-SYARIF
As-syeikh memulakan pengajiannya di peringkat Universiti di Al-Azhar As-Syarif dalam tempoh 1944-1948 di Kuliyyah Syariah ,kemudian di Kuliyyah Al-Lugah Al-Arabiyah pengkhususan Usul Tadris(kaedah Mengajar) sehingga 1950.Di Mesir as-syeikh bertemu dengan As-Syahid Hassan Al-Banna dan mendapat kesan dari pemikirannya.Antara ulama yang mencurahkan ilmunya kepada as-syeikh adalah seperti As-syeikh Mustafa Sobri, As-syeikh Muhammad Zahid Al-Khauthari,As-syeikh Muhammad Al-Khadar Husain,As-syeikh Ahmad Syakir,As-syeikh Abdul Majid Darraz,As-syeikh Mahmud Shaltut,As-syeikh Abdul Halim Mahmud.
3-Rehlah haji dan ziarah ke Al-Haramain tahun 1376 H membolehkan beliau bertemu dengan ulama seperti As-syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani dan as-syeikh Ibrahim Al-Khutani
4.Antara tempat-tempat lain yang diziarahi As- as-syeikh seperti Baghdad,India ,Pakistan.,Maghribi,Sudan,Yaman,Turki,Bukhara,Samarqand,Tashkent,Afghanistan dan negara-negara Islam yang lain.Setiap rehlah beliau bertemu dengan ulama dan mengisi rehlahnya dengan kerja-kerja dakwah dan ilmiyah .
(مجلة المجتمع العدد 1237،امتداد الفتاح 155-160)

4.GURU-GURUNYA
.Antara guru yang banyak memberi kesan seperti yang disebut oleh beliau ketika bertemu dengan sekumpulan Ulama di Jeddah pada 7.4.1415H
1.الشيخ عيسى البَياَنوني
-Beliau merupakan as-syeikh yang pertama yang dikenali.Beliau tinggal dikampungnya حي الجبيلة dan as-syeikh Abu Ghuddah solat bersamanya dan merupakan seorang yang menyayangi Rasul SAW
2.الشيخ إبراهيم السلقيني
-Mengajar as-syeikh kitab قطر الندى.Antara manaqib as-syeikh beliau seorang yang banyak menangis
3.الشيخ المحدث محمد راغب الطباخ
-As-syeikh belajar hadis,sirah dan sejarah di sisi as-syeikh ini
4.الشيخ محمد الناشد
-Merupakan guru yang alim dalam bidang nahu dan bahasa Arab dan banyak menghafaz nusus.
5.الشيخ محمد سعيد الإدلبي
6.الشيخ محمد نجيب سراج الدّين
7.شيخ الإسلام في الدولة العثمانية شيخ مصطفى صبري
8.الشيخ محمد زاهد الكوثري
Ini beberapa orang guru as-syeikh Abu Ghuddah .Disana ramai lagi guru-guru as-syeikh yang tidak disebut.Kitab امتداد الفتاح في مرويات الشيخ عبد الفتاح menyaksikan gurunya yang begitu ramai.Dalam kitab ini murid kepada as-syeikh menyebut kata-kata As-syeikh Abu Ghuddah yang disebut dalam kitabnya yang berjudul كلمات :
((Aku telah mengutip ilmu hampir seratus orang guru di Halab Syam,Mekah,MadinahMunawwarah,Mesir,India,Pakistan,Maghribi dan tempat-tempat yang lain…))

Antara kitab-kitab yang dibaca oleh As-syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah di sisi as-syeikhnya adalah seperti:
1.Ilmu Tasauf
شروح الحكم لابن عطاء الله السكندري كشرح ابن عجيبة وابن البنا وابن عبّاد، التنوير بإسقاط التدبير لابن عطاء الله، كتاب ((تنبيه المغترِّين))لبشعراني ،و((بداية الهداية )) للغزالي
2.Hadis , Ulumul Hadis dan As-Sirah An-Nabawiyah
صحيح إمام مسلم ، مقدّمة ابن الصلاح ،الموضوعات الكبرى لملا على القاري ، والتّجريد الصّريح مختصر أحاديث الجامع الصّحيح للزّبيدي ،و الشمائل المحمدية للترمذي ،ونور اليقين وإتمام الوفاء للشيخ محمد الخضري
3.Ilmu fiqh dan usulnya
اللباب شرح الكتاب لعبد الغني الميداني ، ونفحات الأزهر لابن عابدين ، مراقي الفلاح وحاشية ابن عابدين ،درر الحكام شرح غرر الأحكام لملا خسرو،قسما من الموافقات ،الجامع الصّغير لمحمد بن الحسن الشيباني
4.Ilmu Nahu ,Balaghah
(الجدّ) شرح الأزهرية في النحو لخالد الأزهري ، وشرح قطر الندى لابن هشام،الطّراز المتضمن لأسرار البلاغة وعلوم حقائق الإعجاز ليحيى بن حمزة العلوي
5.Ilmu Aqidah
القول الفصل بين الذين يؤمن بالغيب والذين لا يؤمن به لشيخ مصطفى صبري
Ini sebahagian kitab yang dibaca oleh as-syeikh disisi gurunya.
Ketika di Mesir beliau sentiasa menghadiri دروس الثلاثاء yang disampaikan oleh Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna.

5.TUGAS DAKWAH DAN ILMIAH

Sekembalinya as-syeikh dari Al-Azhar ,beliau memulakan kerjanya dimedan dakwah dan menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin.Pada tahun 1962 beliau dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan Halab.Di Parlimen Syiria as-syeikh menunaikan tangungjawabnya dengan baik dengan memberi pandangan dan sokongan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan islam dan umat islam di Syiria
Ketika di Halab beliau berkhutbah di Jami’ Humawi dan Jami’ As-Sanawiyah As-Syariyah .Selesai solat Jumaat as-syeikh mengadakan halaqah Ilmiyah .Dalam halaqah yang dihadiri oleh beribu-ribu orang as-syeikh menjawab persoalan-persoalan agama dan semasa yang dikemukakan.
Disamping itu as-syeikh mengadakan dua kelas dalam seminggu :Satu dars dalam ilmu fiqh setiap hari Isnin dan yang lain pada hari Khamis dalam bidang hadis ,tarbiyah dan tahzib an-nafs.
Pada tahun 1966 ,As-syeikh dimasukkan ke penjara bersama-sama ulama besar dan pekerja amal Islami dan merengkok di penjara تدمر الصحراوي selama sebelas bulan.Selepas tragedi yang ke-5 yang berlaku pada bulan Jun 1967 beliau dibebaskan Seterusnya As-syeikh Abu Ghuddah menetap seketika di Halab sebelum terpaksa meninggalkan Syiria kerana tekanan yang amat kuat dari kerajaan Syiria ketika itu
As-syeikh meneruskan perjuangannya dengan berpindah ke Saudi dengan membuat perjanjian mengajar di Jamia’h Al-Imam Muhammad bin Sau’d . Di sini beliau mengajar di Dirasat Ulya selama hampir sepuluh tahun Sepanjang tempoh 1965-1988 as-syeikh turut serta dalam meletakkan sukatan pengajian di Jamia’h Al-Imam Muhammad bin Sau’d.(مجلة المجتمع العدد 1237،امتداد الفتاح ص161 )
Sebelum ini as-syeikh pernah mengajar di Kuliah Syariah ,University Damsyik selama tiga tahun (1383 H-1385H) .Antara subjek yang diajar oleh beliau Fiqh Al-Hanafi ,Usul Fiqh dan Fiqh Muqarin
Antara amanah yang pernah dipegang oleh beliau ialah anggota المجلس التأسيسي لرابطة العالم الإسلامي mewakili Ulama’ Syiria menggantikan As-syeikh Mujahid Hassan Habannakah Al-Midani yang wafat tahun 1398 H.
As-syeikh jupa pernah mengajar Ulumul Hadis di Kuliyah Tarbiyah , Jamia’h Al-Imam Muhammad bin Sau’d Antara tahun 1408 -1411 H =1988-1991 mengajar di Dirasat Ulya dan selepas itu berhenti sepenuh masa untuk menumpukan sepenuh masanya untuk kerja-kerja ilmiah.(امتداد الفتاح ص 162-163)

6.SAKIT DAN KEWAFATAN
Setelah hidup penuh dengan ilmu,amal ,kerja-kerja dakwah,menulis dan mentahqiq kitab ,as-syeikh mengalami sakit mata sebelah kanan selama empat bulan sebelum kewafatannya.Pada Sya’ban 1417H as-syeikh dibedah di مستشفى العيون التخصصي di Riyadh ,tetapi pembedahan tersebut gagal dan menyebabkan beliau sentiasa merasa sakit di bahagian matanya dan kepalanya ,beliau sentiasa menyebut لا إله إلا الله apabila sakitnya bertambah teruk.
Pada penghujung Ramadan badannya menjadi lemah dan As-As-sheikh dibawa keمستشفى الملك فيصل التخصصي dan limpa dan buah pinggangnya terhenti dari berfungsi.Beberapa ketika sebelum fajar Ahad 1417 hijrah As-As-sheikh menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pada pagi Isnin 10 Syawal As-sheikh Muhammad bin Abdullah Ali Rashid berserta dengan anaknya As-sheikh Salman menguruskan jenazahnya.Mereka yang menguruskan jenazah Almarhum mendapati as-as-syeikh melunjurkan telunjuknya sebagaimana orang yang sedang bertasyahahhud.Jenazah beliau disolatkan di مسجد الراجحى di Riyadh selepas solat Zohor.Masjid tersebut dipenuhi beribu –ribu mushallin yang terdiri dari kalangan ulama, doktor , pelajar-pelajar serta mereka yang mengenali Almarhum
Kemudian jenazah Almarhum dibawa ke Madinah Al Munawwarah dan beliau disembahyangkan di Masjidin An-Nabawi selepas solat Isya’. Seterusnya jenazah Almarhum disemadikan di Baqi’. Al-Gharqad .
Majlis ta’ziah diadakan di pelbagai tempat di sekitar Madinah , Makkah ,Jeddah,Riyadh serta di Jami’ Al Imam Al-ghazali di Halab tempat kelahiran As-sheikh..Majlis tersebut turut diadakan di Dar Al Fatwa -Beirut , Nadwah Al ulama- India, Yaman, Turki, dan Maghribi.Terdapat banyak maqalah,artikel serta kolum yang menceritakan hayat hidup beliau.

7.PENINGGALAN AS-SHEIKH:
As-sheikh rahimahullah meninggalkan anak murid yang ramai, antaranya :
1.العلامة المحدث الدّكتور الشيخ محمود بن أحمد بن ميرة الحلبي
2.العلامة المحدث الفقيه السيد إبراهيم بن عبد الله الخليفة الأحسائى
3. العلامة المحدث الداعية سلمان الندوي الحسيني
4. العلامة المحدث الشيخ عدنان بن الشيخ محمد الغشيم
5. العالم الشيخ مجد أحمد مكي الحلبي
6. العالم المحقق الفقيه الداعية الشيخ حسن بن رامز البيروتي
7. العالم الفاضل الأديب المؤرخ الأستاذ الشيخ المجاهد بن شعبان الحلبي
8. الأستاذ الشيخ سلمان بن عبد الفتاح أبو غدة ولد الشيخ
9. العالم الشيخ محمد بن عبد الله آل الرّشيد
Ini hanyalah beberapa orang murid syeikh ,di sana ramai lagi anak murid syeikh yang tidak disebut.Masa 80 tahun hidup ,sudah pasti ramai murid yang mendapat istifadhah dari beliau
Manakala peninggalan as-sheikh yang bertulis lebih daripada 73 kitab dan risalah.Di dalam ruang ini penulis akan menyebut sebahagian daripada penulisan syeikh Rahimahullah :

(1)Kitab yang ditahqiq oleh syeikh
-رسالة المسترشدين للإمام الحارث المحاسبي
-الرفع والتكميل لشيخ عبد الحي اللكنوي
-التصريح بما تواتر في نزول المسيح لشيخ محمد أنوار شاه الكشميري
-المنار المنيف في الصحيح والضعيف للإمام ابن قيم الجوزية
-المصنوع في معرفة الحديث الموضوع للعلامة الشيخ ملا على القاري
-خلاصة تهذيب الكمال في أسماء الرجال للحافظ الخزرجي اليمنى
-سنن الإمام النسائي
-ظفر الأماني في مختصر السيد الشريف الجرجاني
-رسالة الإمام أبي داؤد إلى أهل مكة في وصف سننها
-الانتقاء في فضائل الأئمة الثلاثة الفقهاء لابن عبد البر
-لسان الميزان للإمام الحافظ ابن حجر العسقلاني
(2)Kitab-kitab karangan beliau
-العلماء العزاب الذين آثروا العلم على الزّواج
-صفحات من صبر العلماء على شدائد العلم والتحصيل
-قيمة الزّمان عند العلماء
-أمراء المؤمنين في الحديث
-صفحة مشرقة من تاريخ سماع الحديث عند المحدثين
-الإسناد من الدّين
-تحقيق اسمي الصحيحين واسم جامع الترمذي
-منهج السلف في السؤال عن العلم وتعلم ما يقع وما لم يقع
-من أدب الإسلام
-الرسول المعلم وأساليبه في التعليم
-لمحات من تاريخ السنة وعلوم الحديث
-تراجم ستة من فقهاء العالم الإسلامي في القرن الرابع عشر وآثارهم الفقهية

8.HARI-HARI YANG MENGGEMBIRAKAN DALAM HIDUP AS-AS-SHEIKH:.
Penulis mengambil peluang dalam ruangan ini mencatit cerita yang menunjukkan kesabaran ss-sheikh dalam menuntut ilmu .
Berkata As-sheikh:
“Ketika aku menuntut di Kuliah Syari’ah Jami’ Al-azhar Kaherah, guruku Al-A’lamah Al-Imam Muhammad Zahid al-Khawthari mewasiatkan kepadaku untuk menumpukan perhatian terhadap kitab فتح باب العناية بشرح كتاب النقايةkarangan Al- A’llamah As-sheikh Ali Al -qari dan beliau begitu besungguh-sungguh menggalakkan saya untuk mendapatkannya.Ketika itu saya menyangkakan bahawa ia dicetak di India dan selama enam tahun saya bermastautin di Kaherah saya berusaha untuk mencari kitab tersebut di maktabah-maktabah, tetapi gagal menemuinya.
Sekembalinya saya ke tanah tumpah darahku Halab, saya tidak jemu-jemu untuk mencari kitab tersebut,mana-mana tempat yang saya pergi pasti saya akan mencari kitab tersebut.Oleh kerana saya menyangka bahawa ia dicetak di India dan ia merupakan kitab yang masyhur dalam fiqh hanafi.Saya bertanya kepada penjual-penjual kitab tentang kitab-kitab fiqh hanafi yang dicetak di India secara umum dengan harapan saya boleh bertemu dengan kitab tersebut, akan tetapi mereka mengatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar nama kitab tersebut.Di Damsyik terdapat penjual-penjual kitab yang pakar tentang kitab-kitab lama yang berharga.Mereka ini menjual kitab-kitab tersebut dengan harga yang mahal,diantaranya سيد عِزَّات القّصيباتي serta ayahnyaالشيخ حمدي السفرجلاني dan السيد أحمد عبيد
Aku bertemu سيد عِزَّات dan bertanya akan kitab Fath bab al I’nayah dan aku menyatakan bahawa kitab ini adalah cetakan India.Lalu beliau menjawab ianya ada lantas beliau mengeluarkan kitabالبناية شرح الهداية karangan Imam Al- a’ini yang dicetak di India sejak seratus tahun (1293H) sebanyak enam jilid yang sangat besar.Kitab ini adalah antara khazanah ilmu yang jarang kedapatan yang telah lama aku mencarinya,lalu aku membelinya dengan harga yang murah lantaran ia bukanlah kitab yang aku hajati.
Kemudian aku bertanya الشيخ حمدي السَّفَرْجَلاني tentang kitab tersebut dan dia memberitahu bahawa kitab tersebut dicetak di Qazaan, salah sebuah bandar di Rusiaوأنه أندرمن كبريت اللأحمر Sepanjang hidup الشيخ حمدي yang bergelumang dengan kitab-kitab hanya sekali beliau bertemu dengan kitab tersebut, dan beliau telah menjual kitab tersebut kepada gurunya Al allamah Al-kawthari dengan harga yang cukup mahal!!Maka tahulah aku akan di mana tempat dicetaknya kitab tersebut.
Allah Taa’la telah mentaqdirkan aku untuk menunaikan haji buat pertama kalinya pada 1376H, lalu aku meninjau setiap maktabah yang ada di Makkah serta dari jemaah-jemaah haji yang datang dari Rusia, akan tetapi harapan ku untuk menemuinya tidak kesampaian.
Dengan taqdir Allah taala saya bertemu dengan seorang penjual kitab lama di sebuah maktabah yang terletak di celah-celah kedai yang tersorok di Mekah. Beliau adalah As-sheikh Al-Mustafa Muhammad As-Syanqiti lalu aku membeli beberapa buah kitab dari maktabahnya dan aku bertanya kepadanya dengan nada yang agak kecewa tentang kitab yang aku hajati sejak lama.Lalu jawab beliau:
“ Kitab itu ada padaku beberapa minggu yang lepas yang merupakan peniggalan ulama’ Bukhara tetapi aku telah menjualnya kepada seorang lelaki yang datang dari Bukhara dengan harga yang berpatutan”. Aku hampir-hampir tidak mempercayi kata-katanya bahawa kitab itu adalah kitab yang aku cari sejak sekian lama.Lalu aku bertanya kepadanya,”Siapakah fulan yang membeli kitab tersebut?”.Beliau cuba mengingat seraya menyebut الشيخ عناية الله الطشقندي
Aku meneruskan soalanku, “Di mana aku boleh bertemu dengannya…?Lalu beliau menjawab “Aku tidak tahu sesuatu tentangnya”.Aku mendesaknya,”Di mana kalau aku ingin tahu tentangnya?”.Namun jawapannya tetap sama.Aku semakin tawar untuk mendapatkan kitab tersebut atau bertemu dengan pembelinya.Tindakanku seterusnya ialah bertanya setiap orang Bukhara yang kutemui adakah mereka mengenali الشيخ عناية الله الطشقندي sehingga aku pergi ke sekolah-sekolah dan ar-ribath (tempat berkumpulnya as-salikin atau ahli tasawwuf) yang terdapat di dalamnya orang-orang dari Bukhara hinggalah aku pergi ke sebuah kampung di luar Mekah yang dikatakan bahawa di situ ada orang-orang dari Bukhara.tetapi masalahnya begitu ramai orang-orang dari Bukhara yang bernama Inayatullah!!Akhirnya aku bertemu dengan As-sheikh Abdul qadir At- tashqandi Al-bukhari di perkampungan Jarwal yang terletak di pinggir Mekah.Lalu aku bertanya tentang As-sheikh I’nayatillah.Beliau berkata beliau mengenalinya dan menyebut namanya الشيخ مير عناية الطشقندي tetapi beliau tidak mengetahui di mana kediamannya.Dengan itu aku hampir-hampir untuk bertemu dengan As-sheikh yang memiliki kitab فتح باب العناية
Ketika aku bertawaf aku bermohon kepada Allah agar menemukanku dengannya dan memudahkanku untuk mendapatkan kitab tersebut.Aku mengulang-ulang doa ini berkali-kali.Seminggu aku kepeningan memikirkan tentang kitab atau si fulan yang membeli kitab tersebut.Sehinggalah pada suatu hari ketika aku berjalan di سوق باب الزيادة yang merupalan salah satu pintu Al-Haram sebelum peluasannya.Di situ seorang peniaga Damsyik yang telah lama menetap di Mekah bernama Abu A’rab melihatku dan mengundangku ke kedainya melihatkan perwatakanku seperti orang Syam dan bertanya tentang Syam dan keadaannya.Aku pula bertanya tentang kitab dan rajulun bukhari yang sungguh misteri buatku.Lalu dia menjawab bahawa lelaki yang bekerja di depan kedainya merupakan menantu kepada rajulun bukhari yang ku cari selama ini dan beliau adalah orang yang paling arif tentangnya.Aku hampir-hampir tidak percaya dan berasa sangat gembira!!
Aku pun mengorak langkah menuju ke arah lelaki tersebut dan terus bertanya tentang rajulun bukhara.Beliau agak pelik dengan soalanku yang mengejut itu.”Apakah sebab dan kenapa kamu mahu bertemu dengannya?”soalnya.Dengan tenang aku berkata,”Sudah seminggu aku mencarinya mudah-mudahan engkau dapat membantuku.”Akhirnya beliau menunjukkan rumah rajulun bukhari tersebut.Setelah beberapa ketika barulah dapat aku bertemu dengannya dan dengan kehendak Allah beliau setuju untuk menjual kitab tersebut dengan harga yang disukainya.
(صفحات من صبر العلماء :ص279-281،مقدمة التحقيق لكتاب فتح باب العناية ،امتداد الفتاح ص182-185)Inilah antara hari-hari yang paling menggembirakan dalam hidup As-sheikh Abu Ghuddah.

9.PENUTUP
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya ,penulis dapat menulis sejarah ringkas As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dengan harapan dapat memberi gambaran umum tentang syeikh dan menjadi panduan dan semangat buat teman-teman dalam mengutip mutiara dan permata di bumi Syam ini.Bagi mereka yang ingin mendalami lagi riwayat hidup syeikh bolehlah merujuk kepada rujukan yang disebut di dalam makalah ini atau merujuk kitab yang berjudul :العلامة المحدث الشيخ عبد اللفتاح أبو غدة بأقلام نخبة من علماء العصر
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.اللهم إنا نسئلك من علم لا ينفع ومن قلب لا يخشع ومن عينٍ لا تدمع ومن نفس لا تشبع ومن دعوة لا يستجاب لها.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
انتهى من كتابته في 10 شوال 1420 هـ في الساعة الثامنة والثلث صباحا

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s