Alhamdulillah Allah kurniakan putera sebagai penyejuk mata kedua

Firman Allah SWT:

لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ (49) أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ (50

 

49.  Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dia menciptakan apa yang dia kehendaki. dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang dia kehendaki,

50.  Atau dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan dia menjadikan mandul siapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya dia Maha mengetahui lagi Maha Kuasa.

 

 

 

surah al-shura

blog

 

Alhamdulillah petang tadi isteri ana  selamat melahirkan anak lelaki jam 4.20 petang seberat 4.4 Kg moga menjadi anak yang soleh. Setakat ini tak putus lagi nak bagi nama, antara yang menjadi cadangan Muhammad al-Fatih sempena nama raja yang melakukan pembukaan Constatinople(Turki). Nabi saw sendiri memuji orang yang berjaya membuka Kota Constatinople.  Cadangan kedua Muhammad al-Fadl Abbas sempena Fadl Abbas nama sahabat nabi yang juga merupakan sepupu rasul s.a.w dan juga guru tafsir yang saya kasihi. Ustaz Ghazali pula mencadangkan nama Luqman..

 

6 responses to “Alhamdulillah Allah kurniakan putera sebagai penyejuk mata kedua

  1. Mabruk ‘alaika ya ustaz… moga menjadi anak penyejuk mata penawar hati dan anak soleh untuk agama Allah SWT. Di antara cadangan nama yang ada tu… bagi ana, ana lebih berminat nama Muhammad al-Fatih, suatu nama yang masyhur dan nabi telah pun mengambarkan melalui sabdanya mengenai kehebatan Muhammad al-Fatih untuk membuka kota konstatinople. Satu pengiktirafan yang luar biasa dari nabi SAW… Moga berkat nama tersebut maka ada Muhammad al-Fatih lagi yang muncul sebagai raja contoh dalam suasana keadaan cerca merba di negara kita ni… he.. he.. sekadar pandangan je… bila boleh ziarah?

  2. Mohon Izin … ana ambil gambar baby ust untuk ana masukkan dalam blog ana.. syukran.

  3. Tahniah ustaz. Saya mendoakan agar putera yang dilahirkan adalah putera yang soleh dan bakal menjadi pemimpin ummah yang disegani. Teruskan perjuangan memimpin putera-puteri dan anak didik kita ke arah insan yang soleh dan solehah.

    Apapun, jaga kesihatan dan kuatkan semangat melayan kerenah baby yg baru lahir.
    Wassalam.

  4. Tahniah Ustaz, semoga kelahiran chaya mata baru ini membawa nur keceriaan dan kebahagiaan di dalam rumah Ustaz. Insah Allah tahun depan boleh dapatkan adiknya pula.

  5. tahrun/abg Gun (Jeddah)

    Assalam…Semoga kelahiran anak yang kedua ini menambahkan lagi kasih sayang dan pengerat keluarga..amin..sampaikan salam rindu kami sekeluarga kepada Indah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s