JOURNEY TO JORDAN, ARAB SAUDI AND SYRIA I

Assalamualaikum wbt.

Sahabat pembaca blog ini, maaf kerana lama tidak update blog ni kerana beberapa sebab antaranya sibuk menyambut kelahiran ahli baru anakanda Muhammad al-Fatih, saya juga memberikan tumpuan menghabiskan bab 4 tesis saya berkaitan dimensi I’jaz al-Qur’an, menyambut kedatangan ibunda yang disayangi dan alhamdulillah tahun ini dapat menyambut hari ibu dan serentak hari lahir ibunda yang ke-60 ditambah dengan memeriksa assignment dan skrip peperiksaan student OUM subjek Ulum al-Qur’an dan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab, student2 DPI UMS juga student2 di Maktab Sabah dan alhamdulillah sebelum saya berangkat ke bumi Anbiya’ dan dua tanah suci semua  skrip selesai disemak kecuali satu kelas.

 

Kembara ilmu kali ini seramai empat orang bersama Ustaz Suffian, Tuan Hj.Fawzi dan isteri dengan penerbangan Kuwait Airways. Pertamanya setinggi kesyukuran kepada Allah swt mempermudahkan perjalanan kami sehingga kini.

 

Saya bertolak dari Kota Kinabalu pada 28.5.09 dengan MH2617 bersama ibunda,isteri dan putera dan puteri flight Air Bus A-300 jam 5.45 ptg dan tiba di KLIA pada 8.15 mlm. Dengan bantuan al-akh ustaz Khairul Amin dapat ana menghantar ibu ke rumah bapa saudara di Ampang dan family di rumah kakak ipar. Sampai semula di KLIA jam 12.15 tengah malam dan dapat check-in dalam masa 15 minit…

 

Flight Kuwait Airways bertolak jam 3.30 pagi dan mengambil masa lebih kurang 7 ½ jam dan tiba di Kuwait jam 6.00 pagi waktu tempatan/11.00 pagi waktu Malaysia.

 

SOLAT SUBUH DI ATAS KAPAL TERBANG

 solat_flight1

            Penumpang flight kami lebih kurang 280 orang, lebih kurang 100 orang tentera Indonesia yang dihantar ke Lubnan, lebih separuh penumpang merupakan  jemaah yang akan mengerjakan umrah dan yang lainya Pak Arab, orang Indon yang bekerja di Negara Arab dan rasanya hampir 100% Islam tetapi yang solat bolehlah tahan tetapi sedikit berbanding yang tidak solat.

 

            Alhamdulillah penumpang yang solat subuh diatas kapal tidak berhenti dari jam 4.00 pagi waktu kapal sehinggalah tamat waktu subuh(lebih kurang 1 jam 30 minit) ada sahaja yang akan solat. Alhamdulillah saya dan ustaz Suffian dapat seat yang agak selesa(kelas M) kerusi Bisness kelas dan makan ekonomi kelas, di seat baris yang ketujuh…Berasaskan pemerhatian ana dari tentera yang ramai itu seorang sahaja yang solat…yang lain???Ada juga yang solat di atas  kerusi…Dari kalangan staf flight yang ana nampak seorang yang solat, dia berasal dari Bahrain…dan ada seorang Pak Cik yang patah kaki –beliau pergi mengerjakan umrah dan beliau solat duduk…Peristiwa yang berlaku pada pagi ini cukup menyentuh hati saya… kerana saya beberapa kali solat subuh di atas kapal terbang inilah kali pertama saya lihat ramai penumpang yang solat subuh di atas kapal terbang…Alangkah baiknya kalau solat berjemaah dengan bilangan yang ramai dapat dilakukan di atas kapal terbang.

 

 

 

Hotel Safir, Kuwait 12.20 tengahari waktu Kuwait 5.20 pm waktu Malaysia…berhenti di sini dulu, nak pergi makan….

Advertisements

2 responses to “JOURNEY TO JORDAN, ARAB SAUDI AND SYRIA I

  1. Assalamualaikum, kalau tak silap saya ust yang yang singgah rumah hari tu kan dan Ust pernah minta no tel Ust Aswandi melalui blog saya?

    Salam ukhuwwah dari kami sekeluarga.

  2. Selamat mengerjakan umrah. Kirim salam untuk yang bertandang ke rumah hari tu, termasuk pakcik dan makcik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s