Monthly Archives: Jun 2009

Journey 3: Ziarah Sahabat Syarhabil bin Hasanah r.anhu

Selepas menziarahi Amir bin Abi Waqqas kami meneruskan ke makam sahabat Syarhabil bin Hasanah r.anhu salah seorang penulis wahyu rasul s.a.w…Pada mulanya susah juga nak cari maqam Syurhabil kerana arahan petunjuk Arab  tidak sama. Kalau simbol begini ______> bukan maksudnya ke kanan tetapi bermaksud ke depan…Berpusing-pusing juga kami nak mencarinya, sebab petanda Maqam Syarhabil diletakkan di pekan, kami melalui satu kawasan bukit yang tinggi dam akhirnya kami sampai  di satu penempatan lama..di situ ada bangunanan gereja yang lama, lain tempat yang dicari dan lain tempat pula yang ditemui…ingatan saya maqam Syarhabil di sebelah kanan dan maqamnya agak ke dalam berbanding sahabat nabi yang lain…alhamdulillah akhirnya rombongan kami sampai juga ke Maqam yang ditujui…

 

Makam Syurhabil bin Hasanah R.anha

Makam Syurhabil bin Hasanah R.anhu

RIWAYAT HIDUP SYARHABIL

KETURUNAN: Beliau ialah Syarhabil bin Abdullah. Ibunya bernama Hasanah. Beliau masyhur dengan nama ibunya kerana bapanya meninggal dunia ketika beliau masih kecil.(Tabaqat Ibn Sa’d j.4/hal.127)

 

ISLAM: Beliau adalah antara mereka yang awal memeluk Islam.

 

KELEBIHAN: Beliau antara penulis wahyu rasul s.a.w.

 

PERJUANGAN: Beliau antara yang turut serta dalam hijrah ke Habsyah. Beliau turut serta bersama rasul s.a.w dalam beberapa peperangan. Beliau turut serta dalam pembukaan Syam dan antara pimpinan yang dilantik oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar r.anhuma untuk menerajui pembukaan tersebut. Antaranya beliau terlibat dalam peperangan Yarmouk dan pembukaan al-Quds.Beliau juga bersama-sama Ikrimah bin Abu Jahal r.anhu dalam membunuh Musailamah al-Kazzab dalam peperangan Yamamah iaitu peperangan memerangi golongan murtad.

 

KEWAFATAN: Beliau meninggal dunia disebabkan taun amwas di Ghur, Jordan semasa berusia 67 tahun.

Journey II Menziarahi sahabat nabi Amir bin Abi Waqqas r.anhu

 

Alhamdulillah, destinasi kami berikutnya ialah ke maqam Amir bin Abi Waqqas r.anhu

Penulis bergambar di makam Amir bin Abi Waqqas. Di tengah Saudara Mohd A'tiq

Penulis bergambar di makam Amir bin Abi Waqqas. Di tengah Saudara Mohd A'tiq

 Jarak antara satu makam ke satu makam adalah kira-kira 15-25 minit.  Pada ziarah tahun lepas kami cuba nak pergi ke makam-makam yang lain tetapi  tidak diizinkan Allah s.w.t kerana setiap orang yang ditanya memberi jawapan yang pelbagai ada yang kata 5 minit dan ada yang kata jauh 40 KM. Bagi saya tahun ini adalah kali kedua ana menziarahi makam-makam sahabat di Aghwar, kali pertama semasa menuntut di tahun satu Universiti of Jordan, kalau tak silap semasa musim sejuk tahun  2006. Kami sewa subuah ven dan yang jadi pemandu masa tu ialah YB Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqulllah ADUN Pasir Tumboh sekarang. Perjalanan kami masa itu dari Amman sampailah ke Ummu Qays dan kembali ke Amman melalui jalan yang sama… ana masih ingat semasa kami ziarah makam Amir suasananya berbeza. Sekarang kawasan makam lebih terjaga.. masa kami sampai dahulu anak-anak Arab kehairanan melihat kami dan berkata sambil tertawa: Antum Min Kuriyy(Kamu dari Korea)….Ini cerita 13 tahun yang lalu…

Berikut adalah riwayat hidup Amir bin Abi Waqqas r.anhu berdasarkan pada maklumat yang ditulis di atas batu di luar makam Amir bin Abi Waqqas r.anhu…

KETURUNAN : Beliau ialah Amir bin Malik bin Uhayb bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah al-Qurasy.

 

IBU: Hamnah binti Abu Sufyan bin Umayyah bin Abdu Syams

 

ADIK-BERADIK: Sa’ad, Umair, Utbah,  Sa’ad dan Umair antara yang awal memeluk Islam manakala ‘Utbah mati dalam keadaan kafir.

 

ISLAM: Amir r.anhu merupakan al-Sabiqun al-Awwalun kerana beliau merupakan orang yang ke-11 memeluk Islam

 

HIJRAH: Beliau antara sahabat nabi s.a.w yang berhijrah ke Habsyah kerana tekanan dan penyiksaan oleh orang-orang Quraisy. Beliau terus berada di Habsyah sehingga tahun ke-7 Hijrah. Beliau bersama-sama Ja’far bin Abi Talib seramai 16 sahabat datang dari Habsyah dan menuju ke Khaibar dan menyaksikan pembukaan kota Khaibar(salah satu kubu dan penempatan Yahudi pada zaman rasul s.a.w. Baginda s.a.w sangat gembira dengan ketibaan sahabat-sahabat ini

 

PERJUANGAN: Perjuangannya bermula apabila berhadapan dengan ibunya sendiri yang menentangnya semasa beliau mengisytiharkan keislamannya. Beliau tetap dengan pendiriannya. Beliau turut serta dalam peperangan bersama rasul s.a.w dan menyertai siri peperangan di Syam di bawah pimpinan amin al-Ummah saidina Abu Ubaydah bin al-Jarrah r.anhu.

 

KEWAFATAN: Beliau mati syahid dalam peperangan Yarmouk dan dikatakan peperangan Ajnadin tahun ke-15H bersamaan 636 M dan dikebumikan di Pekan Waqqas yang diberi nama sempena nama beliau.

 

Sekian…21/6/2009 11.45am

Perjalanan I Ke Makam Muadh bin Jabal r.anhu

Destinasi pertama kami ialah ke makam Muadh bin Jabal yang terletak kira-kira 20 KM dari rumah saudara Jamil. Sebelum tiba di makam Muadh bin Jabal kami bertemu dengan papan tanda bertulis ‘ Ini tempat berlakunya peperangan Hittin.’ Peperangan Hittin merupakan peperangan antara tentera islam melawan tentera Salib pada zaman salahuddin al-Ayyubi.

 

Makam al-Sahabiyy al-Jalil Muadh bin Jabal

Makam al-Sahabiyy al-Jalil Muadh bin Jabal radiyallahanhu

Ketibaan kami disambut oleh pak cik penjaga masjid dan beliau telah memberi penerangan kepada kami tentang Saidina Muadh bin Jabal. Turut terkorban dalam peristiwa Taun Amwas ialah anaknya Abdul Rahman dan dua isterinya.

Makam anajamda Muadh Abdul Rahman bin Muadh r.anhuma

Makam anakanda Muadh Abdul Rahman bin Muadh r.anhuma

Banting di pintu makam Muadh yang disediakan oleh Kementerian Wakaf dan Haji Jordan menerangkan tentang riwayat Muadh bin Jabal r.anhu

Banting di pintu makam Muadh yang disediakan oleh Kementerian Wakaf dan Haji Jordan menerangkan tentang riwayat Muadh bin Jabal r.anhu

TERJEMAHAN

 

KETURUNAN: Beliau ialah Muadh bin Jabal bin Aus al-Ansari al-Khazraji(..Berketurunan suku al-Khazraji)

IBU: Hind binti Sahl dari suku Rifa’ah

ISLAM: Memeluk Islam semasa berusia 18 tahun. Beliau antara al-Sabiqun al-Awwalun(yang awal memeluk Islam)

PERJUANGAN: Terlibat dalam perjanjian Aqabah(kedua) bersama 70 orang Ansar, menyertai peperangan Badar semasa berusia 20 tahun. Beliau turut serta dalam peperangan Uhud, Khandaq dan peperangan-perangan yang lain. Rasul s.a.w telah mempersaudarakannya dengan  Ja’afar bin Abi Talib r.anhu(Jaafar al-Tayyar). Beliau juga terlibat dalam usaha pembukaan Syam(sekarang Jordan dan Syria) pada zaman khalifah Umar bin al-Khattab r.anhu

SIFAT: Seorang pemuda yang pemaaf, segak, pemurah, tinggi, putih, berambut kemas, mata yang besar, rambutnya kerinting, bermata hitam, giginya yang bersinar, apabila bercakap seolah-olah keluar dari mulutnya cahaya dan permata.

KELEBIHAN: Beliau antara sahabat yang menghafaz al-Qur’an, berperanan dalam mengumpul al-Quran(pada zaman Abu Bakar dan Umar r.anhuma) dan antara sahabat yang menjadi rujukan dalam pengajaran al-Quran. Nabi s.a.w bersabda;

”Ambillah al-Qur’an dari empat orang; Ibnu Mas’ud, Ubay, Muadh dan Salim Mawla Abu Huzaifah.

 

Beliau antara sahabat yang memberi fatwa pada zaman rasul s.a.w. Nabi s.a.w berkata tentangnya: Orang yang  paling tahu tentang halal dan haram ialah Muadh bin Jabal.

 

Pada tahun ke-10 Hijrah Rasul s.a.w telah menghantarnya ke Yaman sebagai kadi, guru dan ahli fikah selepas Haji Wida’(haji terakhir yang dilakukan oleh rasul s.a.w). Dia terus berada di sana sehingga selepas kewafatan rasul s.a.w.

 

Saidina Umar r.a banyak berbincang dengannya tentang masalah fikah dan memuji Muadh dengan berkata:

”Siapa yang inginkan ilmu fikah maka berjumpalah dengan Muadh”

Beliau pernah sampai di Baitil Maqdis dan menyaksikan perjanjian Umar(membebaskan Palestin)

 

PESANANNYA: Saidina Muadh r.anhu  berkata:

Belajarlah apa-apa sahaja yang kamu ingin belajar, Allah s.w.t tidak akan memberi manfaat dari ilmu tersebut sehinggalah kamu beramal dengannya.

 

KEWAFATAN: Saidina Muadh r.a antara sahabat yang diuji dengan Taun Amwas yang tersebar di negara Syam, menyebabkan beliau syahid dengannya, begitu juga dua isterinya dan anaknya Abdul Rahman pada tahun ke-18 Hijrah(639M) semasa berusia 38 tahun…

 

Berikut adalah riwayat hidup Saidina Muadh bin Jabal yang saya ambil dari sumber wikipedia sebuah ensklopedia bebas di internet:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Muaz_ibn_Jabal

Muaz ibn Jabal

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Mu’az ibn Jabal adalah sahabat nabi yang berbai’at kepada Rasulullah sejak pertama kali. Beliau juga termasuk sebagai salah seorang daripada sahabat Nabi yang pertama kali masuk Islam (Assabiqunal Awwalun). Berasal dari Yathrib.

Atas usaha Mus’ab ibn Umair, Muaz memeluk Islam sebelum peristiwa Hijrah. Beliau memiliki wajah yang tampan, matanya hitam dan berambut kerinting. Di kalangan para penduduk Yathrib, Muaz merupakan seorang pemuda yang bijak.

[sunting] Kelebihan

Mu’az terkenal sebagai cendekiawan dengan wawasannya yang luas dan pemahaman yang mendalam dalam ilmu fiqh, dan bahkan Rasulullah menyebutnya sebagai sahabat yang paling mengerti yang mana yang halal dan yang haram. Mu’az juga merupakan duta besar Islam yang pertama kali yang dikirim Rasulullah. Hadith baginda mengenai kelebihan Muaz;

“Orang yang paling mengetahui halal dan haram di kalangan umatku adalah Muaz ibn Jabal”

[sunting] Jasa dan perjuangannya

Pada peringkat awalnya, Muaz dilantik sebagai pegawai Baitulmal dalam menjalankan kerja-kerja membahagikan zakat dan barang keperluan asas di Madinah. Selepas itu, Umar melantik beliau sebagai pasukan bantuan untuk membantu tentera Islam dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.

Kemudian, akibat jangkitan wabak taun, beliau wafat selepas menggantikan Abu Ubaidah Al-Jarrah yang juga maut akibat wabak tersebut. Ketika itu, tentera Islam sedang berkhemah di sekitar Amawas. Selepas itu jawatannya disandang oleh Amir bin Al-Ash.

JOURNEY TO JORDAN II(ZIARAH SAHABAT-SAHABAT NABI SAW DI JORDAN

Flight kami selamat mendarat di Queen Aliya International Airport, Amman jam 5.30 petang. Ketibaan kami disambut oleh seorang ikhwah dan pelajar di JUST(Jordan University Sience and Technology) saudara Mohd Atiq, pelajar tahun-3 fakulti perubatan)  berasal dari Terengganu. Beliaulah yang membawa kami selama sehari dengan kereta yang disewa khas.

 

Kami keluar dari airport lebih kurang jam 6.30 petang dan singgah di Suweileh di rumah ustaz Mujahid salah seorang student Phd dalam bidang perubatan di Universiti of Jordan. Beliau merupakan pensyarah di USM Kubang Kerian dan pembelajarannya ditanggung oleh USM. Sekarang sedang menulis tesis Ph.Dnya…Kami solat maghrib dan isyak jama’ dirumahnya.

Penulis bergambar kenangan dengan ustaz Mujahid yang berasal dari Kg.Rusila

Penulis bergambar kenangan dengan ustaz Mujahid yang berasal dari Kg.Rusila

Selesai solat kami meneruskan perjalanan kami ke Irbid. Dalam perjalanan saudara Atiq menunjukkan kepada kami universiti tempat dia belajar sebelum kami bermalam di rumah saudara Jamil.  Tahun lepas dan keluarga singgah di rumahnya juga. Malam tu kami dihidangkan dengan  Mansaf salah satu makanan Arab…Lewat malam juga kami tidur..lebih kurang 12.30 malam dan pagi kena bangun awal sebab subuh awal…pukul 4.oo pagi..selesai subuh kami berjalan-jalan disekitar kampung..Pada jam 8.00 pagi kami bertolak dari rumah Jamil untuk menziarahi makam-makam sahabat yang mati syahid akibat taun Amwas(nama satu tempat) anataranya Muaz bin Jabal, Amir bin Abi Waqqas, Syurhabil, Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan Dirar bin al-Azwar radiyalluhuanhum

Penulis bergambar bersama saudara Jamil dan anak sulungnya Ahmad

Penulis bergambar bersama saudara Jamil dan anak sulungnya Ahmad

Tuan Hj Fawzi Haw bergambar di kebun anggur selepas solat subuh. kelihatan anggur masih putik dan insya-Allah akan masak pada bulan Ogos. Sekarang anggur dijual di pasar Jordan dengan harga JD1.250 bersamaan RM7.50 dan pada musim anggur di jual dengan harga JD0.500 bersamaan RM2.50 sekilo

Tuan Hj Fawzi Haw bergambar di kebun anggur selepas solat subuh. kelihatan anggur masih putik dan insya-Allah akan masak pada bulan Ogos. Sekarang anggur dijual di pasar Jordan dengan harga JD1.250 bersamaan RM7.50 dan pada musim anggur di jual dengan harga JD0.500 bersamaan RM2.50 sekilo

Bersambung kerana nak naik flight to Kota Kinabalu 13/4/2009- KLIA

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ubaidah_Al-Jarrah