Journey II Menziarahi sahabat nabi Amir bin Abi Waqqas r.anhu

 

Alhamdulillah, destinasi kami berikutnya ialah ke maqam Amir bin Abi Waqqas r.anhu

Penulis bergambar di makam Amir bin Abi Waqqas. Di tengah Saudara Mohd A'tiq

Penulis bergambar di makam Amir bin Abi Waqqas. Di tengah Saudara Mohd A'tiq

 Jarak antara satu makam ke satu makam adalah kira-kira 15-25 minit.  Pada ziarah tahun lepas kami cuba nak pergi ke makam-makam yang lain tetapi  tidak diizinkan Allah s.w.t kerana setiap orang yang ditanya memberi jawapan yang pelbagai ada yang kata 5 minit dan ada yang kata jauh 40 KM. Bagi saya tahun ini adalah kali kedua ana menziarahi makam-makam sahabat di Aghwar, kali pertama semasa menuntut di tahun satu Universiti of Jordan, kalau tak silap semasa musim sejuk tahun  2006. Kami sewa subuah ven dan yang jadi pemandu masa tu ialah YB Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqulllah ADUN Pasir Tumboh sekarang. Perjalanan kami masa itu dari Amman sampailah ke Ummu Qays dan kembali ke Amman melalui jalan yang sama… ana masih ingat semasa kami ziarah makam Amir suasananya berbeza. Sekarang kawasan makam lebih terjaga.. masa kami sampai dahulu anak-anak Arab kehairanan melihat kami dan berkata sambil tertawa: Antum Min Kuriyy(Kamu dari Korea)….Ini cerita 13 tahun yang lalu…

Berikut adalah riwayat hidup Amir bin Abi Waqqas r.anhu berdasarkan pada maklumat yang ditulis di atas batu di luar makam Amir bin Abi Waqqas r.anhu…

KETURUNAN : Beliau ialah Amir bin Malik bin Uhayb bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah al-Qurasy.

 

IBU: Hamnah binti Abu Sufyan bin Umayyah bin Abdu Syams

 

ADIK-BERADIK: Sa’ad, Umair, Utbah,  Sa’ad dan Umair antara yang awal memeluk Islam manakala ‘Utbah mati dalam keadaan kafir.

 

ISLAM: Amir r.anhu merupakan al-Sabiqun al-Awwalun kerana beliau merupakan orang yang ke-11 memeluk Islam

 

HIJRAH: Beliau antara sahabat nabi s.a.w yang berhijrah ke Habsyah kerana tekanan dan penyiksaan oleh orang-orang Quraisy. Beliau terus berada di Habsyah sehingga tahun ke-7 Hijrah. Beliau bersama-sama Ja’far bin Abi Talib seramai 16 sahabat datang dari Habsyah dan menuju ke Khaibar dan menyaksikan pembukaan kota Khaibar(salah satu kubu dan penempatan Yahudi pada zaman rasul s.a.w. Baginda s.a.w sangat gembira dengan ketibaan sahabat-sahabat ini

 

PERJUANGAN: Perjuangannya bermula apabila berhadapan dengan ibunya sendiri yang menentangnya semasa beliau mengisytiharkan keislamannya. Beliau tetap dengan pendiriannya. Beliau turut serta dalam peperangan bersama rasul s.a.w dan menyertai siri peperangan di Syam di bawah pimpinan amin al-Ummah saidina Abu Ubaydah bin al-Jarrah r.anhu.

 

KEWAFATAN: Beliau mati syahid dalam peperangan Yarmouk dan dikatakan peperangan Ajnadin tahun ke-15H bersamaan 636 M dan dikebumikan di Pekan Waqqas yang diberi nama sempena nama beliau.

 

Sekian…21/6/2009 11.45am

Advertisements

One response to “Journey II Menziarahi sahabat nabi Amir bin Abi Waqqas r.anhu

  1. Pingback: UMRAH DAN JEJAK SAHABAT JORDAN, SYRIA DAN ISTANBUL 2010 « Ustaz Norazamudin’s Blogs

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s