JEJAK KASIH DI TANAH HARAM

Alhamdulillah antara yang menarik dalam perjalanan kali ini ialah Allah SWT mempertemukan saya dengan sahabat dan guru yang tidak ditemui belasan tahun. Pada hari pertama di Madinah selepas solat zohor dan menziarahi rasul s.a.w Allah mempertemukan saya dan sahabat dan guru iaitu Ustaz Abdul Fattah Zakaria yang menyambung pengajiannya peringkat M.A dalam bidang hadith pada tahun 1997/1998. Sekembalinya ke tanah air saya hanya mendengar berita tentangnya dari jauh. Semasa di Jordan kami sempat bertalaqqi dengannya tafsir surah al-Kahf.

Beliau sekarang aktif sebagai penceramah Tabung Haji dan selalu ke Mekah dan Madinah saban tahun. Kedatangannya kali ini membawa anak  sulungnya menghadiri temuduga di universiti Islam Madinah al-Munawwarah semoga anaknya berjaya dalam permohonannya.

Melalui Ustaz Abdul Fattah dapat saya berhubung dengan student di sana dan ke perpustakaan universiti Islam selepas Asar untuk membuat sedikit rujukan untuk kajian saya. Inilah kali pertama saya menjejakkkan kaki di universiti Islam Madinah yang melahirkan ramai tokoh dan  ulama. Di sinilah tempat belajarnya dua guru saya di sekolah menengah iaitu al-Marhum Ustaz Harun dan ustaz Jusoh Harun yang sekarang bertugas di SMKA Naim lil Banat. Saya sendiri selepas   SPM pernah cuba memohon untuk memasuki universiti ini dan takdir Allah saya menuntut ilmu di bumi Syam. Beruntunglah saudara-saudara yang dapat belajar di universiti ini di sisi rasul SAW.

            Dari universiti Madinah, kami diberitahu  tentang satu bukit yang tinggi, belakang bukit tersebut sekarang menjadi tempat jualan spare part kereta. Di belakang bukit inilah menjadi sempadan Dajjal yang tidak dapat masuk ke tanah haram dalam tanda-tanda kiamat yang besar, satu informasi baru yang saya perolehi.

 

           Di Masjidil Haram pula saya bertemu dengan guru yang mengajar saya Pendidikan Islam di tingkatan 2 iaitu Ustaz Shaari Daud. Kali terakhir saya bertemu beliau ialah pada tahun 1998 semasa pulang bercuti musim panas. Ustaz Shaari semasa di sekolah merupakan seorang guru yang tegas dan dihormati. Pada hari beliau bertugas menjadi warden, pantang sahaja dengar bunyi motornya pelajar-pelajar sudah bangun untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Semasa  tingkatan lima pelajar-pelajar ramai yang datang solat subuh berjemaah kerana ustaz mengenakan hukuman mandi di khalayak ramai sekiranya tidak datang solat subuh secara berjemaah. Pada permulaanya di hadapan asrama putera dan kemudiannya semasa pulang dan waktu makan tengahari di hadapan kantin yang disaksikan oleh pelajar putera dan puteri. Niat baik ustaz untuk mendidik dan mentarbiyah pelajar-pelajarnya akhirnya menyebabkan beliau ditukarkan ke sekolah lain selepas saya mengambil SPM. Inilah masalahnya apabila manusia tidak dapat membezakan antara permata dan kaca sedangkan solat subuh berjemaah mempunyai kelebihan yang besar seperti yang saya catatkan sebelum ini. Semoga Allah memanjangkan umur Ustaz Shaari dan sekarang beliau bertugas di kampungnya dan pada masa yang sama beliau menjadi Imam di kampung.

Dalam perjalanan ini juga saya berjumpa dengan Dr Fahmi Khir dan Dr. Nazmi Desa yang baru menamatkan pengajian PHD pada tahun 2008. Dr. Fahmi Khir merupakan senior saya semasa belajar di Jordan dan tesis PHDnya tentang kitab Bidayatul Mujtahid. Dr.Nazmi Desa saya tidak pernah bertemu dengannya semasa di Jordan dan beliau merupakan penulis buku teks Pendidikan Islam tingkatan dua dan tiga.

Advertisements

One response to “JEJAK KASIH DI TANAH HARAM

  1. wsalam ust azam.ana minta maff byk2 sbb tak balas email ust.ana dah lama ak buka email,arini baru buka.ust azam ada hantar msk kat hafiz ttg pengajian bersanad baru ni,wktu tu hafiz ada kat rumah ana dan sbnarnya sy yg reply msg tu kat ust azam..stakat ni ana dah tanya shbat2 ana yg lain,sheikh tak buka lagi untuk daurah sanad hadis.yang dekat homs baru ni majlis tak jadi.insyaallah ana akan maklumkan kat ust klu ada…sampaikan salam ana kt mak cik dan pak cik yg datang syria hari tu…assalamualaikum…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s