Assalamualaikum
Pertamanya tahniah diucapkan kepada Presiden X-TAHAP dan jawatankuasa atas kejayaan program JUBLI PERAK SMKA TAHAP baru-baru ini yang dirasmikan oleh Sultan Pahang. Ini bermakna generasi pertama TAHAP sudah berusia 38 tahun. Saya sendiri merupakan GEN-6 SMKA TAHAP. Saya sendiri tidak dapat hadir kemajlis yang pernah bersejarah ini kerana duduk jauh diperantauan hampir 2000KM.
Sepanjang 25 tahun ini SMKA TAHAP berjaya melahirkan ramai tokoh dalam masyarakat sama ada tokoh agama, ahli politik, usahawan, ahli-ahli profesional dan lain-lain. Datuk Mohd Shafri contohnya sebagai YB, ada juga yang menjadi pensyarah di universiti seperti Mohd Zohdi pensyarah di USIM, Nurillah Abdullah pensyarah Psikologi di UIAM, Wan Emril di Kolej Islam Pahang, Khairul Amin di UIAM, Mohd Aizam Mas’od pegawai penyelidik di JAKIM, Mohd Fadzli Yazid bekas pelajar terbaik SPM 2008 doktor di Hospital Tengku Afzan, ada yang menjadi wartawan dan ramai yang tidak dapat saya sebut di sini.
Ana pun terlepas acara ini disebabkan hanya mengetahui mengenai acara tersebut pada hari sambutan diadakan. Semoga TAHAP terus maju, guru-guru terus berdedikasi, anak murid dan bekas anak murid terus cemerlang dunia akhirat.
Aman
Tahap 90-94
saya pernah menjadi guru di tahap 1989 – 1996…..sekarang balik ke kelantan