Monthly Archives: September 2009

SALAM AIDULFITRI

SELAMAT hARIRAYA AIDUL FITRI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KENALAN SEMOGA SEGALA IBADAT DITERIMA OLEH ALLAH SWT DAN KELUAR DARI MADRASAH RAMADAN SEBAGAI INSAN BERTAQWA

MUHASABAH: SANGGUPKAH KITA MENJADI X-NERAKA?

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhariyy, Abu Dawud dan Ibnu Majah nabi saw bersabda:

” Ada satu kaum yang keluar dari neraka dengan syafaat Nabi Muhammad s.a.w lalu mereka semua memasuki syurga dan mereka diberi nama Jahannamiyyin(bekas ahli neraka)

Menurut Sayyid Sabiq mereka diberi nama sedemikian bukannya sebagai kata penghinaan tetapi supaya selalu ingat siksa yang pernah dialaminya dan betapa besar nikmat yang sedang diterimanya. Dengan demikian mereka akan lebih bergembira dan bersukacita

MOGA ALLAH MELINDUNGI KITA SEMUA DARI AZAB NERAKA

PROGRAM MENCARI LAILATUL QADAR 1430H

Asssalamualaikum
Muslimin dan muslimat yang tinggal sekitar Kota Kinabalu dijemput iktikaf dan menghidupkan program mencari lailatul qadar 1430H bermula malam 20 ramadan/ pagi Khamis 10 September 2009 di masjid negeri Sabah. Program solat tahajjud akan bermula jam 1.30-3.30 pagi. Bagi mereka yang ingin menempah sahur dengan pakej RM30 untuk lima hari dan RM60 untuk sepuluh hari boleh berhubung dengan D Riyadussolihin Cafe(Hj Che Mat di talian 013-8567277. Sebarang pertanyaan tentang program Qiamullail berhubung dengan Ustaz Norazamudin bin Umar di talian 013-8687704 atau Encik Pozi Awang 019-8025254.

Berikut saya perturunkan sedikit maklumat yang ditulis oleh al-Akh ustaz Abdullah Din tentang kelebihan lailatul qadar : http://belimbingislam.wordpress.com/

LAILATUL QADAR RAMADAN 1430H

Bermula malam ke 15 kebanyakan imam masjid di negara kita akan mula membaca surah Al Qadr pada rakaat pertama Solat Tarawih. Adakah Nabi SAW mengajar kita membaca surah ini ketika Tarawih ? Jawapannya tidak, bahkan sebenarnya terpulang kepada imam untuk membaca surah apa pun di dalam solat Tarawih. Sedar atau tidak, imam sedang mengiklankan tawaran yang sangat penting dan besar dalam kehidupan manusia. Malangnya tawaran ini dirasakan tidak begitu besar dan penting oleh kebanyakan manusia, lalu mereka mengabaikannya begitu saja.
Allah swt berfirman , Ertinya : “Tahukah kamu apakah itu malam Qadar? Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan” (Al-Qadr :2-3).
Imam At Tabari menafsirkan ayat ini dengan katanya menghidupkan malam Qadr lebih baik ganjarannya daripada seorang lelaki Bani Israel yang telah beribadat dan berjuang pada jalan Allah selama seribu bulan (Ibn Kathir /Jld 4).
Dengan kata lain imam sedang mempromosi ganjaran dan kelebihan orang-orang yang menghidupkan malam Al Qadr akan mendapat ganjaran yang disebutkan. Bayangkan setiap malam bermula malam yang ke 15 imam mempromosi 10 kali ganjaran yang ditawarkan oleh Allah swt kepada umat manusia kelebihan beribadat pada malam Al Qadr. Tidakkah kita rasaterpanggil untuk mendapatkan ganjaran yang Allah swt tawarkan? Atau kita masih tidur lena di rumah seolah-olah Lailatul Qadar itu hanyalah khayalan semata-mata? Adakah tahun-tahun yang telah berlalu kita termasuk di kalangan orang yang mendapat ganjaran Lailatul Qadar?

BAGAIMANA MENDAPATKAN LAILATUL QADAR?

Berpandukan hadis-hadis , Lailatul Qadar berlaku pada malam bulan Ramadan setiap tahun. Antaranya

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : ” Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis lain memperincikan bahawa ianya berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21 @ 23 @ 25 @ 27 @ 29.Inilah pendapat yang terkuat. Sebagian hadis menyatakan ianya berlaku pada 7 malam terakhir Ramadan setiap tahun.

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir” ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Sebahagian ulama berpendapat Lailatul Qadar berlaku secara tetap tiap-tiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadan.
Sebagai kesimpulannya bagi mengelakkan terlepas ganjaran Lailatul Qadar beribadatlah pada 10 malam terakhir semuanya, maka sudah tentu seseorang tidak akan terlepas ganjaran besar ini.

APA PERLU DIBUAT UNTUK MENDAPATKAN GANJARAN BESAR INI?

dakah dengan menonton siaran langsung qiam Ramadan di Masjidil haram, atau menunggu tanda seperti nampak pokok sujud, air kolah melimpah atau…?
Nabi Muhammad saw telah memberi panduan kepada umatnya dan kepada mereka yang merasakan amalan yang mereka lakukan selama ini masih sedikit dan mereka perlu mendapatkan pahala 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan beribadat.

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : “Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)” ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : ” Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ya , iktikaf di masjid dan beribadat bersungguh-sungguh. Iktikaf adalah amalan yang dilakukan oleh nabi kita apabila masuk 10 malam terakhir Ramadan. Bukan nabi sahaja yang beriktikaf bahkan para sahabat dan isteri-isterinya membuat khemah di dalam masjid dan melakukan ibadat sehingga fajar pada setiap malam terakhir Ramadan.
Malangnya kebanyakkan masjid kosong semasa tawaran hebat yang dijanjikan Allah swt. Orang perempuan sibuk menyiapkan juadah hari raya dengan hujjah ini pun ibadat juga. Orang lelaki pula sibuk membawa anak-anak membeli baju raya. Risalah ini mengajak semua umat Islam berilah diri anda sekali peluang untuk mendapat ganjaran Lailatul Qadar. Takkan tiap-tiap tahun umur kita hanya untuk anak-anak dan untuk tetamu yang berkunjung semasa hari raya. Tahun ini kalau anda berjaya mendapat Lailatul Qadar dengan berpandukan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan sahabat alangkah beruntungnya kehidupan akhirat anda. Masakan tidak, anda telah diberi ganjaran beribadat selama 1000 bulan. Tidak mungkin anda mampu melakukan ibadat sebanyak itu. Umur anda pun mungkin tidak sepanjang itu. Berilah peluang sekali pun jadilah , tahun ini.
Alangkah baiknya jika pihak masjid menganjurkan program Qiamullail dan menggesa ahli kariah beriktikaf pada 10 malam terakhir. Semua pahala iktikaf dan qiam sudah tentu dalam kocek ahli jawatankuasa yang mencadang dan bertungkus lumus menjayakan program ini. Sediakan sahur jika kewangan masjid mengizinkan. Tak guna simpan berpuluh ribu di dalam akaun masjid kerana jemaah yang menyumbang berharap sangat wang sedekah mereka dimanfaatkan untuk program seperti ini.
Sabda Nabi Barangsiapa yang memberi contoh kepada perkara kebaikan maka baginya pahala amalannya dan pahala orang yang melakukan amalan baik tersebut tidak dikurangi sedikit pun pahala hinggalah ke hari kiamat.

فعن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : دخل رمضان فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن هذا الشهر قد حضركم وفيه ليلة خير من ألف شهر من حرمها فقد حرم الخير كله ولا  يحرم خيرها إلا محروم

رواه ابن ماجه

Daripada Anas bin Malik  katanya Apabila masuk bulan Ramadan , Rasulullah SAW  bersabda Telah datang kepada kamu bulan ini, padanya ada satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan barangsiapa yang diharamkan daripada mendapatkannya maka ia diharamkan dari mendapat semua kebaikan , tiadalah terhalang daripada mendapatkannya kecuali orang yang diharamkan dari mendapat kebaikan.

وعن عائشة رضي الله عنها : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم   من قام رليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه.

متفق عليه

Daripada Aisyah RA  Rasulullah SAW bersabda Barangsiapa yang menghidupkan Lailatul Qadar dengan sepenuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.

PENGAJARAN DARI PEPERANGAN BADAR

Wahai hamba-hamba Allah saya berpesan kepada anda dan juga diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah SWT, maka berjayalah orang-orang yang bertqwa. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa.

Muslimin sekalian,
Marilah kita menjadi tetamu Allah Taala di dalam bulan Ramdhan al-Mubarak ini ini, satu bulan yang terkandung di dalamnya banyak hadiah daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang beriman. Pada bulan ini bukan sahaja kita diperintahkan melakukan ibadat puasa yang menjadi salah satu rukun Islam malah kita digalakkan melakukan amalan-amalan sunat. Kita digalakkan memperbanyakkan doa kerana di dalam bulan ini diperkenankan doa oleh Allah Taala. Kita juga digalakkan memperbanyakkan sedekah kerana bulan Ramadhan mengajar kita bersimpati kepada golongan miskin.

Apatah lagi kini kita telah berada di penghujung bulan Ramadhan. Sama ada sedar atau tidak kita sekarang berada di sepuluh malam terakhir yang mana telah diingatkan oleh Rasulullah saw supaya kita mencari malam al-Qadar. Malam yang mana lebih baik daripada seribu bulan. Hadis Rasulullah saw diriwayatkan oleh Aisyah r.a.ha
عن عائشة رضي الله عنها ، أن رسول الله عنه ، قال : (( تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضان)) رواه البخاري.
Daripada Aisyah r.a Katanya, Rasulullah saw telah bersabda : (( barangsiapa mencari-cari lailatul Qadar maka hendaklah mencarinya pada malam-malam ganjil di sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.))

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita menghidupkan malam al-Qadar dengan penuh kesungguhan, keikhlasan dan keimanan kerana Allah Taala telah menjanjikan keampunan atas dosa-dosa yang telah lalu sekiranya kita berbuat demikian. Bahkan Rasulullah saw meningkatkan amal ibadah pada 10 hari terakhir di bulan Ramadan. Baginda beriktikaf sehingga ………
عن عائشة رضي الله عنها ، قالت : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إذا دخل العشر الأواخر من رمضان، أحيا الليل ، وأيقظ أهله، وجد وشد المئزر))
Maksudnya : Daripada Aisyah r.a katanya , sesungguhnya Rasulullah saw apabila telah masuk 10 hari terakhir bulan Ramadan, baginda akan menghidupkan malamnya, mengejutkan ahli keluarganya , bersungguh-sungguh beribadat……..

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Mimbar Jumaat pada hari ini ingin mengajak kaum Muslimin sekalian supaya memperingati salah satu peristiwa penting di dalam Islam yang telah dipilih oleh Allah Swt berlaku di bulan Ramadan al-Mubarak iaitu peristiwa peperangan Badar yang disebut oleh al-Quran sebagai Yaumul Furqan – hari yang memisahkan di antara iman dan kufur, berlaku pada pagi Jumaat 17 Ramadan tahun kedua hijrah.

Peperangan ini berlaku apabila dua golongan daripada satu bangsa, satu keturunan, satu bahasa dan satu tanah air bertembung. Satu golongan menerima al-Quran dan berjuang meninggikannya dan satu golongan yang berkeras dan menentang al-Quran. Di atas dasar keyakinan itulah mereka sanggup berjuang menghadapi musuh-musuh Islam dari kalangan keluarga dan sebangsa dengan mereka. Maka berlakulah peperangan Badar yang diizinkan oleh Allah kepada orang-orang Islam kerana mereka diperangi dan untuk meninggikan syariat Islam dan menentang golongan kuffar.
Firman Allah :
Surah al-Haj ayat 39-40

Muslimin sekalian,
Rasulullah saw terpaksa berhijrah ke Madinah bersama-sama sahabat Muhajirin dan kemudian bergabung dengan golongan Islam di Madinah yang menerima Islam dan bersedia memberi pertolongan kepada golongan Muhajirin Makkah. Rasulullah mempersaudarakan kedua-dua golongan ini yang dari tanah air berlainan atas dasar keimanan kepada Allah dan keyakinan kepada Islam. Mereka telah bergabung sehingga berjaya menegakkan Negara Islam pertama di bawah pimpinan Rasulullah saw. Persaudaraan dan tertegaknya Islam di madinah menyebabkan golongan Jahiliyyah tidak senang , sehingga mereka menubuhkan satu pasukan tentera untuk menghancurkan Negara Islam. Maka berlakulah peperangan pertama yang hebat yang ditetapkan oleh Allah berlaku pada bulan Ramadan, di suatu tempat bernama Badar.

Firman Allah SWT:

Dan sesungguhnya Allah telah memberi pertolongan kepada kamu(dalam peperangan) di Badar, sedangkan kamu pada masa itu lemah ( surah Ali Imran ayat 123)

Pertembungan kedua belah pihak di dalam peperangan Badar secara tidak seimbang. Golongan yang dipimpin oleh Rasulullah saw hanya berjumlah 300 orang sahaja dan tidak mempunyai kelengkapan senjata yang cukup lengkap, bertembung dengan golongan Abu Jahal 1000 orang bala tentera lengkap bersenjata. Bilangan yang sedikit tidak menjjaskan tentera Islam malah mereka diberi kemenangan yang gemilang kerana mereka memiliki kekuatan aqidah, keimanan dan keyakinan serta pergantungan ikhlas kepada Allah Taala.

Keyakinan ini dinyatakan oleh para sahabat diwakili oleh al-Miqdad bin Aswad : Wahai Rasulullah, kami tidak akan berkata kepada kamu sebagaimana berkata Bani Israil kepada Nabi Musa “ Pergilah kamu bersama-sama Tuhan kamu berperang, kami di sini mahu duduk saja”. Tetapi kami berkata : “ Pergilah kamu bersama-sama Tuhan kamu berperang, kami juga akan berperang bersama-sama kamu”.

Inilah ikrar yang diucapkan oleh para sahabat r.a. Ia bukan sebarang ikrar tetapi ikrar yang terbit daripada hati yang yakin dan ikhlas kepada Allah, bukannya ikrar yang hanya terbit daripada lidah yang idak bertulang, yang boleh berkata-kata dengan mudah. Sehingga ada di antara orang Islam yang mahu memakan kurma di tangannya berkata, “tidak ada yang meghalang aku masuk kurma kecuali buah kurma ini”. Lalu dia membuang buah kurma di tangannya, terus meluru merempuh musuh sehingga mati syahid.

Dasar perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat ialah sebagai menyatakan ubudiyyah dan ketundukan kepada Alah Taala dan untuk mengajak seluruh manusia supaya menyembah dan beribadah hanya kepada Allah, bukan kepada yang lain, sebagaimana ucapan doa yang diucapkan oleh Rasulullah saw di dalam peperangan tersebut:
“ Ya Allah, sekiranya golongan yang kecil dan dikalahkan, nescaya Engkau tidak akan disembah lagi.”

Sementara golongan jahiliyyah tetap angkuh dan mahu apa yang mereka mahukan walaupun jelas bercanggah dengan kebenaran. Yang mereka utamakan hanyalah menjaga hubungan kekeluargaan walaupun di atas dasar kesesatan dan bercanggah dengan dasar pengabdian dan ketundukan kepada Allah. Ini jelas di dalam doa Abu Jahal : “Ya Allah, dia merupakan orang yang paling memutuskan hubungan keluarga, membawa ajaran yang tidak dikenali, maka musnahkan dia hari ini.”

Allah Taala memperkuatkan dan memberi sokongan kepada ahli Badar dengan tentera malaikat yang dipimpin oleh malaikat Jibrail, semulia-mulia makhluk ghaib. Sementara tentera musyrikin jahiliyyah diberi sokongan oleh sahabat-sahabat makhluk ghaib iaitu iblis.

Oleh itu kita perlu sedar bahawa bukan sahaja di dalam bulan Ramadan kita membuktikan pengabdian kepada Allah dengan berpuasa menahan diri daripada makan dan minum, dan kita sedar bahawa peintah Allah mesti didahulukan daripada kepentingan nafsu dan perut, maka kita juga perlu menyedari bahawa membuktikan kepada Allah Taala dengan berjuang menegakkan syariat Islam lebih penting daripada segala-galanya.

Itulah salah satu pengajaran dari bulan Ramadan yang mulia ini . Bukan sahaja dengan berpuasa tetapi juga dengan mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya. Marilah sama-sama kita mengambil peluang dibulan yang mulia ini..

Sedikit renungan: Iktibar dari kematian

dead body 1
P/S Sekiranya gambar ini benar jadikannya sebagai pengajaran, sekiranya tidak benar banyak hadith-hadith sahih yang menerangkan tentang azab kubur. Post ini saya ambil dari blog Saudara Qudratullah pelajar sarjana muda universiti of Jordan: http://kfwqud.blogspot.com/

Siksa kubur adalah peringatan daripada allah…
semua orang tahu bahawa kematian itu akan berlaku namun amat sedikit bilangan mereka yg bersedia untuk menghadapinya… oleh itu ana ingin berkongsi dengan antum semua… sebagai satu imbas atau muhasabah semula.. sudah bersediakah kita untuk menghadapi kematian serta siksaan kubur itu nanti… “peringatan untuk diri ana yg lemah khususnya serta antum saudara ana seislam”
Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.
Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.

dead body 2

Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.

Dalam Hadis Rasulullah saw :
Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.

Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.

Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.

Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.