Monthly Archives: Oktober 2009

UMRAH DAN JEJAK SAHABAT JORDAN, SYRIA DAN ISTANBUL 2010

PERTANYAAN: HUBUNGI 013-8687704 ATAU ibnaumar77@yahoo.com

ANGGARAN KOS: UMRAH SAHAJA RM5000++++

JEJAK SAHABAT JORDAN, SYRIA DAN ISTANBUL RM8000+++

السلام عليكم

Segala puji bagi Allah swt, solawat dan salam ke atas junjungan besar nabi s.a.w juga ke atas ahli keluarganya, para sahabat r.anhum dan mereka yang mengikut jejak langkah generasi yang awal, semoga Allah merahmati kita semua.

Insya- Allah saya merancang untuk mengadakan umrah dan menjejaki sahabat-sahabat nabi s.a.w di tanah suci Madinah dan Mekah, bumi Syam(Jordan dan Syria), dan Turki pada 27 Mei 2010-13 Jun 2010.

Umrah dan ziarah yang dilakukan adalah secara back-pakers. Saudara boleh membuat pilihan sama ada ingin melakukan umrah sahaja atau join program jejak sahabat di Jordan/Syria/Istanbul.

Di Madinah kita akan menziarahi rasul s.a.w, saidina Abu Bakar al-Siddiq r.anhu, Saidina Umar r.anhu, sahabat-sahabat yang meninggal di Baqi’ seperti Ummahatul Mukminin, Saidina Uthman bin Affan dan lain-lain…

Di Jordan kita akan menziarahi  Saidina Muadh bin Jabal,  Saidina Amir bin Abi Waqqas, Saidina Syurhabil bin Hasanah, Saidina Abu Ubaydah bin al-Jarrah, Saidina Dirar bin al-Azwar r.anhum di lembah al-Aghwar, Saidina Jaafar Tayyar, Saidina Zaid bin Harithah dan Abdullah bin Abi Rawahah r.anhum di Mu’tah.  Di Mu’tah kita akan menyaksikan sendiri tempat yang menjadi medan pertempuran Mu’tah. Jika ada kesempatan kita akan menziarahi makam Ikrimah bin Abu Jahal r.anhu di Ajlun.

* Klik pada nama sahabat  ini untuk membaca secara ringkas berkenaan sahabat-sahabat ini.

Di Syria kita akan menziarahi Saidina Bilal bin Rabah di tanah perkuburan Bab al-Saghir, Saidina Abu al-Darda’ ( Ada juga riwayat mengatakan Abu Darda meninggal di Mesir) di samping makam Salahuddin al-Ayyubiyy, masjid Umawi yang terdapat padanya menara putih yang menjadi tempat turunnya nabi Isa a.s. Kita juga akan menziarahi makam Saidina Khalid bin al-Walid yang berada dalam masjid Khalid bin Al-Walid dan mencari makam di kota Hims di samping menyaksikan kincir air di kota Hamah salah sebuah kota bersejarah.

Di Istanbul kita akan menziarahi makam Abu Ayyub al-Ansari dan Sultan Muhammad al-Fatih yang membuka kopta Konstatinople

Klik di bawah untuk melihat aturcara perjalanan(tertakluk kepada perubahan):

http://www.scribd.com/doc/21268108/umrah-jejaksahabat2010

Advertisements

DOA KEHILANGAN SESUATU

Sekiranya saudara kehilangan sesuatu yang penting saudara boleh melakukan amalan ini. Saudara dinasihatkan supaya mengulangi amalan ini sehingga saudara bertemu dengan perkara yang dicari dengan izin Allah. Sesungguhnya Allah akan memperkenankan permintaan hamba-Nya selagi mana dia tidak berputus asa…Berkemungkinan saudara perlu mengamalkan doa sehingga sebulan atau lebih…

Doa pertama

  •اللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيه رُدَّ عَلَيَّ ضَالَّتِي •

Ya Allah Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari tidak ada keraguan tentangnya(Qiamat) kembalikan kepadaku barang kehilanganku

Doa kedua

 •اللَّهُمَّ رُدَّ عَلَيَّ ضَالَّتِي كَمَا رَدَدْتَ سَيِّدِنَا يُوسُفَ لأَبِيْه

•Ya Allah kembalikan kepadaku barang kehilanganku sebagaimana engkau kembalikan Saidina Yusuf kepada bapanya’

Sebelum membaca doa kedua ini saya diajar oleh guru saya Dr.Muadh Hawwa untuk membaca surah al-Duha.