UMRAH DAN JEJAK SAHABAT JORDAN, SYRIA DAN ISTANBUL 2010

PERTANYAAN: HUBUNGI 013-8687704 ATAU ibnaumar77@yahoo.com

ANGGARAN KOS: UMRAH SAHAJA RM5000++++

JEJAK SAHABAT JORDAN, SYRIA DAN ISTANBUL RM8000+++

السلام عليكم

Segala puji bagi Allah swt, solawat dan salam ke atas junjungan besar nabi s.a.w juga ke atas ahli keluarganya, para sahabat r.anhum dan mereka yang mengikut jejak langkah generasi yang awal, semoga Allah merahmati kita semua.

Insya- Allah saya merancang untuk mengadakan umrah dan menjejaki sahabat-sahabat nabi s.a.w di tanah suci Madinah dan Mekah, bumi Syam(Jordan dan Syria), dan Turki pada 27 Mei 2010-13 Jun 2010.

Umrah dan ziarah yang dilakukan adalah secara back-pakers. Saudara boleh membuat pilihan sama ada ingin melakukan umrah sahaja atau join program jejak sahabat di Jordan/Syria/Istanbul.

Di Madinah kita akan menziarahi rasul s.a.w, saidina Abu Bakar al-Siddiq r.anhu, Saidina Umar r.anhu, sahabat-sahabat yang meninggal di Baqi’ seperti Ummahatul Mukminin, Saidina Uthman bin Affan dan lain-lain…

Di Jordan kita akan menziarahi  Saidina Muadh bin Jabal,  Saidina Amir bin Abi Waqqas, Saidina Syurhabil bin Hasanah, Saidina Abu Ubaydah bin al-Jarrah, Saidina Dirar bin al-Azwar r.anhum di lembah al-Aghwar, Saidina Jaafar Tayyar, Saidina Zaid bin Harithah dan Abdullah bin Abi Rawahah r.anhum di Mu’tah.  Di Mu’tah kita akan menyaksikan sendiri tempat yang menjadi medan pertempuran Mu’tah. Jika ada kesempatan kita akan menziarahi makam Ikrimah bin Abu Jahal r.anhu di Ajlun.

* Klik pada nama sahabat  ini untuk membaca secara ringkas berkenaan sahabat-sahabat ini.

Di Syria kita akan menziarahi Saidina Bilal bin Rabah di tanah perkuburan Bab al-Saghir, Saidina Abu al-Darda’ ( Ada juga riwayat mengatakan Abu Darda meninggal di Mesir) di samping makam Salahuddin al-Ayyubiyy, masjid Umawi yang terdapat padanya menara putih yang menjadi tempat turunnya nabi Isa a.s. Kita juga akan menziarahi makam Saidina Khalid bin al-Walid yang berada dalam masjid Khalid bin Al-Walid dan mencari makam di kota Hims di samping menyaksikan kincir air di kota Hamah salah sebuah kota bersejarah.

Di Istanbul kita akan menziarahi makam Abu Ayyub al-Ansari dan Sultan Muhammad al-Fatih yang membuka kopta Konstatinople

Klik di bawah untuk melihat aturcara perjalanan(tertakluk kepada perubahan):

http://www.scribd.com/doc/21268108/umrah-jejaksahabat2010

Advertisements

7 responses to “UMRAH DAN JEJAK SAHABAT JORDAN, SYRIA DAN ISTANBUL 2010

  1. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya berminat kat program ni & ada bbrp soalan:

    1. Penginapan di Istanbul & Amman tak termasuk ka?
    2. Agak berapa kos2 tambahan yg kena disediakan?
    3. Program ni sesuai ka utk golongan wanita yang berumur sekitar 60 tahun?

    • Ustaz Norazamudin Umar

      Assalamualaikum..
      Terima kasih kerana bertanya…

      1. Perjalanan kami ni konsepnya Back-Packers…Saya ajak siapa yang berminat untuk join sekali sebab jarang pakej yang buat Jordan, Syria dan Istanbul dalam satu masa..Biasanya pakej umrah ziarah Jordan, Syria atau umrah ziarah Istanbul.

      2.Perjalanan KL-Abu Dhabi-Sharjah-Madinah-Mekkah -Jeddah-Amman-Damsyik-Amman-Istanbul-Abu Dhabi tidak sesuai untuk warga yang sudah berusia kerana memenatkan..KL Abu Dhabi 7 jam, dari Abu Dhabi ke Airport Sharjah kita akan menaiki bas 2 ½ jam dengan jarak lebih 250KM. Dari Sharjah kita terus ke Madinah…ini tiada masalah…sebab nak beribadat…Dari Amman ke Damsyik akan menaiki teksi…

      3. Kos 8000+++ termasuk pengangkutan udara dan darat di semua destinasi, pengangkutan, makan, minum, lawatan dari airport Madinah, semasa mengerjakan umrah sampailah ke Airport Jeddah…semasa di Arab Saudi perbelanjaanya macam kita

      4. Kos di Jordan, Syria , Istanbul kita akan tanggung bersama … sekiranya tidak cukup tambahan kos akan diminta …bulan Mei baru ni saya berpengalaman membawa kawan-kawan ke Jordan dan Syria, dan saya sendiri belajar di Jordan,,,kos di sini tak banyak dalam RM1500 termasuk penginapan, pengangkutan dan makan telah saya masukkan dalam perkiraan kos 8000+++

      5. Saya tidak pernah pergi ke Istanbul dan trip kali ini adalah perjalanan pertama saya ke sana…Di sini pun saya anggarkan kos dalam RM1500…

      6. Kos RM8000 bergantung kepada kos pengangkutan… kos ini berasaskan kepada harga semasa tiket Air Asia KL-ABU DHABI-KL RM1100.00 + RM100.00 tambang bas dr Abu Dhabi- Sharjah-Abu Dhabi + tiket Air Arabia (Sharjah-Madinah=RM300.00), tiket Air Arabia untuk bulan Mei belum di jual, tiket Royal Jordan(JEDDAH-AMMAN-ISTANBUL)= RM1400.00, tiket Air Arabia (Istanbul-Sharjah ) RM500.00(Kesemuanya bersamaan RM3400)- MENYAMAI HARGA TIKET BIASA KL-JEDDAH-KL.Anggaran perbelanjaan di Mekah RM1600, Jordan+Syria RM1500, Istanbul RM1500…kesemuanya RM8000.

      7.Kos RM8000 adalah dari KL ke KL…

      8. Kos perbelanjaan tambahan bergantung kepada barang-barang yang dibeli..

      9. Setakat ini baru 8 orang yang join perjalanan ini…
      Sekian…

  2. Assalamualaikum…
    semoga perjalan ini ramai yang joint dan dipermudahkan Allah, teringin jugak nak joint sekali tp memandangkan saya masih student n masih terkapai2 dr segi kewangan, hajat ini ditangguhkan….semoga boleh berkongsi ilmu bila segalanya sudah selesai.wslm

  3. SEIKH, KALAU PI UMRAH DAN SINGGAH AMMAN SAHAJA PASTU BALIK MSIA TERUS BERAPA

    • Ustaz Norazamudin Umar

      Assalamualaikum, berapa hari anta nak duduk di Jordan? Di Jordan nak urus sendiri @ bgmana? Perjalanan ke Jordan ialah pd 6.6.2009…baru ana boleh beru berapa anggaran…

  4. 1. ikut program anta…bila anta ke syria ana ke mesia dengan royal jordanian ….dalam 2/3 hari juga kat amman….

    2. Tak ikut pgram anta dok dalam 2/3… pas2 balik msia denngan rj….

    berapa anggaran bagi kedua keadaan2

    • Assalamualaikum

      Berapa no tel. anta?

      ooo…kalau macam tu ana suggest kat anta beli tiket sendiri @ boleh juga ana tolong belikan dan ana minta dr anta RM1700 untuk urusan di Mekah Madinah termasuk visa umrah, hotel, makan di Madinah dan Mekah, lawatan dan pengangkutan di Arab Saudi dan pengangkutan dari Abu Dhabi- Shariqah(airport air arabia),

      Ini harga semasa. Ana naik flight yg sama

      KL- ABU DHABI 27 MEI 2010 boleh juga beli 28 MEI 2010

      Kuala Lumpur LCCT (KUL) ke Abu Dhabi (AUH)
      D7 2404 –
      Pergi KUL 5:00 PM 05/27/10
      Ke AUH 8:00 PM 05/27/10
      AHMA AL seat(s): ***
      499.00 MYR Perlepasan Jumlah
      499.00 MYR Perlepasan Jumlah
      Normal Fares
      474.00 MYR 1 Tetamu @ 474.00
      25.00 MYR Cukai Lapangan Terbang
      ——————————————————————————–

      30.00 MYR Perkhidmatan dan Bayaran
      30.00 MYR Perkhidmatan dan Bayaran
      Makanan Guest 1 10.00 MYR
      Supersize Regular (Up to 15kg) Guest 1 20.00 MYR
      Jumlah529.00 MYR
      Hari Jumaat pun sama

      SHARJAH/SHARIQAH MADINAH SABTU 30/6/2010

      Belum keluar harga lagi. Anggaran harga antara 300-450 UAE . Siapa beli dulu dia dapat murah

      Ini harga 20 Mac 2010

      Sharjah / Medinah Sat, 20 Mar 10 14:55 Sat, 20 Mar 10 16:40 G9175
      * All times are in local time of departure airport and local time of arrival airport

      Price Breakdown – All payments will be charged in AED (UAE Dirham) . All other currencies are for reference only.
      Passenger Type Fare Taxes & Surcharges No. of Passengers Total
      Adult(s) 80.00 AED 270.00 AED 1 350.00 AED
      TOTAL 350.00 AED

      DARI JEDDAH ANTA CEK HARGA TIKET DI LAMAN WEB RJ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s