Tuan Hj Hasan Rohayu Jemaah Masjid Negeri Meninggal Dunia

*Janazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Negeri Sabah jam 10 pagi esok untuk urusan mandi dan kafan sebelum disolatkan selepas solat fardhu zuhur. Janazah akan dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Taman Sempelang.

Ass.W.W Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun. Telah kembali kerahmatullah jamaah kita. Hj. Abu Hasan RAHAYU waktu Isya tadi di rumahnya.

Demikianlah mesej yang saya terima dari guru dan ulama yang saya sayangi al-Fadhil Ustaz Haji Muchlis

Sekalung AL-FATIHAH buat saudara kita Tuan Haji Hasan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-Nya dan memasukkan beliau dalam kelompok orang-orang soleh.

Haji Hasan merupakan salah seorang ahli perniagaan yang aktif di Masjid Negeri Sabah..kalau tidak silap saya beliau pernah menjadi AJK Induk MNS satu  ketika dahulu.

Restorannya semua tahu, rasa-rasanya mana-mana orang yang tinggal di KK tentu pernah singgah di restoran ROHAYU dan satu lagi restorannya di Pantai Tg Aru yang dikongsi bersama dengan Datuk Mat Junoh dan Tuan Hj.Masri Ramai juga pimpinan dan ulama yang pernah menjamu selera di restoran tuan haji, antaranya Ustaz Nuruddin al-Makki dan yang terkini Syaikh Abdul Halim mantan mufti Terengganu…

Saya mengenali tuan Hj Hasan sejak awal-awal saya menjejakkan kaki di bumi Sabah ini. Sekali-sekali kami bersarapan di restorannya dengan tajaan tuan haji terutamanya pada hari minggu selepas kuliah subuh Ustaz Muchlis dan kadang-kadang selepas kuliah tafsir di masjid negeri.

Perkenalan kami menjadi rapat kerana di awal-awal ketibaan saya di Sabah, saya dibawa oleh tuan haji untuk berceramah atau menjadi imam terawih di surau Kg Seri Menanti, Kinarut.

Antara hasrat beliau ialah menubuhkan sekolah Tahfiz yang tidak tercapai. Nama yang dicadangkan ialah Ma’had Tahfiz al-Suhayli. Lama juga mesyuarat diadakan di restoran Rohayu setiap pagi Ahad bersama ustaz Muchlis, Datuk Mokhtar Rapok,Datuk Hj.Safari Manan dan lain-lain…Pada peringkat awal sekolah agama rakyat diadakan di rumah al-Marhum di Kg.Seri Menanti dan gurunya Ustaz Diyauddin dari Jordan. Pelajarnya terdiri dari penduduk Kampung dan kelas ini terhenti apabila Ustaz Diyauddin berpindah ke Melaka. Semoga hasrat murni ini dapat diteruskan oleh anak-anak tuan haji.

Akhirnya semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s