Monthly Archives: Disember 2009

AL-FATIHAH BUAT AL-MARHUM USTAZ ARMAN

Sekalung al-Fatihah buat al-Marhum Ustaz Arman semoga Allah mencucuri rahmat ke  atas rohnya.

Jadual Penerbangan Ustaz Arman

Buat semua teman, jadual penerbangan Ustaz Arman adalah seperti berikut: :-

ETD QR 401 SUN 13DEC AMMAN 1610 (Waktu Jordan)

ETA MH 1402 MON 14DEC KOTA BHARU 1920 (Waktu Malaysia)

Doakan semoga dipemudahkan perjalanan mereka

SAHABAT-SAHABAT YANG BERKESEMPATAN BOLEHLAH MENZIARAHI JENAZAH BELIAU DAN YANG TIDAK BERKESEMPATAN BOLEH MELAKUKAN SOLAT GHAIB KERANA JENAZAH BELIAU TELAH DISOLATKAN OLEH WARGA KEDUTAAN JORDAN DAN PENUNTUT DI SANA TENGAHAHHARI SABTU

Ustaz Arman saya kenali semasa menjejakkan kaki belajar di bumi Urdun. Beliau adalah senior ana di sana. Kami tinggal di Suweileh dan beliau tinggal di Abu Nusair bersama Ustaz Adhar dan Ustaz Lutfi, sesekali saya berkesempatan mengunjungi beliau di sana dan selepas itu beliau tinggal di Mu’tah selepas mendirikan rumahtangga.

Kali terakhir ana berhubung dengan beliau ialah semasa berkunjung ke Jordan itupun melalui telefon…Sungguh banyak kebaikan dan jasa yang disumbangkan oleh beliau antaranya dalam membangunkan Bahasa Arab j-QAF. Semoga usaha ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada al-Marhum.

Melayari ulasan-ulasan yang dibuat oleh kenalan-kenalan beliau ternyata al-Marhum seorang yang baik, semoga Allah membalas segala amal solehnya. Di sini ana coretkan beberapa rintihan dan coretan kenalan al-Marhum

CATATAN SITI  HAJAR YAHAYA SALAH SEORANG BEKAS PELAJAR USTAZ ARMAN DI SMKA MA’HAD HAMIDIYAH YANG SEDANG MENUNTUT DI JORDAN

DARI BLOG SAIFUL ISLAM

Saiful Islam

KENANGAN

Ustaz Arman dan saya adalah pelajar batch yang sama di Jordan. Kami tiba di bumi Syam pada September 1993 untuk memulakan pengajian. Beliau merupakan pelajar kursus Bahasa Arab tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, menuntut di University of Jordan manakala saya pula pelajar kursus Syariah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), menuntut di Universiti Mu’tah.

1993 adalah tahun yang makmur buat kami. Pelajar Malaysia belum ramai. Jika dihimpun pelajar Malaysia di tiga universiti ketika itu, mungkin jumlahnya tidak mencecah 400 orang.

Biar pun kami belajar di universiti yang berlainan, sekurang-kurangnya kami ada bertemu sebulan sekali di pelbagai program, usrah dan majlis ilmu yang diadakan dari semasa ke semasa. Tetapi Ustaz Arman murah rezekinya. Beliau adalah di antara sahabat kami yang berkahwin awal.

Bertemu jodoh dengan isterinya, Ustazah Suriani, mahasiswi di Universiti Mu’tah, tempat saya belajar, perkahwinan mereka berdua menjadikan Ustaz Arman pula yang semakin kerap berulang alik membelah padang pasir yang gersang sejauh 200km ke selatan untuk menziarahi isterinya. Sesekali beliau tumpang bermalam di rumah kami dan ketika itulah beliau sering menjadi usikan saya dan teman-teman. Seri wajahnya lebih berbanding kami, malah murah pula hati Ustaz Arman menyuntik semangat untuk kami mengikut jejak langkahnya.

Saya mengenali Ustaz Arman sebagai seorang yang tidak memiliki sebarang prasangka di dalam dirinya. Beliau telus dan jujur, mudah tersentuh kalau diusik, tetapi cepat sembuh dengan murah ketawa dan senyuman.

Ustaz Azizi UKM

Semua tugas harian hari ini tergendala, bila mendengar berita kematian arwah dari teman sekolah dulu. Ana teringat 21 tahun dulu semasa ting 1 di Syamsul Maarif. Katanya ” Ana nak dok ngan anta walau anta dok mana pun” Beliau bukan setakat sekelas bahkan semeja dgn ana dari ting 1 hgga5.Katanya “nak tupe jadi pandai”. Sekarang dia jauh lebih hebat,lebih baik dan pemimpin masa depan.Memang benar, dia berada di hadapan sekarang utk bertemu dgn Allah. -Azizi-Pensyarah UKM

Semangatnya sangat tinggi, ana sudah dapat baca sejak sekolah lagi dari hatinya, wajahnya dan matanya. Beliau seorang yang berani. – kami doakan rohnya bersama dengan orang-orang yang saleh- Azizi (0133921511)- mewakili alumni Sekolah Syamsul Maarif.

Safri(Sahabat Jordan)

assalamualaikum wbt, berita sedih ini membuatkan diri tersentak, sayu dan pilu, airmata mengalir tanpa disedari, baru beberapa minggu bersembang dlm talian bertanyakan suasana urdun, sempat bercakap dgn zaujah dia, dipanjatkan doa semoga roh terus diberkati ilahi, kemuliaan dpd tuhan utk akhir hidupnya berada dibumi para anbiya’, al-fatihah…

Kelawar Hijau

Saya tidaklah serapat mana dengan arwah, bukan pimpinan pelajar yang punyai banyak agenda berurusan dengannya.

Tapi arwah adalah yang pertama saya jumpa pabila sampai ke dataran ini, ketibaan yang sebenarnya tak dialukan. Saya sendiri tak tahu yang saya tak melalui Kementerian. Ust Armanlah yang menguruskan saya waktu itu, yang mendengar keluh kesah saya waktu itu.

Dan Ust Arman juga adalah asbab utama yang mengubah haluan saya dari Usuluddin ke Perubatan. Dia yang beriya-iya mencadangkan saya untuk beralih bidang. Dan dia jugalah yang menguruskannya. Bagi saya, dia lakukan semua ini bukan atas dasar tugasnya sebagai pegawai, tapi lebih kepada elemen manusiawi.

Teringat kata-katanya, menelefon saya di pagi buta, “Bila nak buat kenduri? Tahniah, enti dapat JUST”. Bagai masih terdengar tawanya saat itu.

Kali terakhir saya berbual dengannya adalah Eid Adha lepas. Masih dengan perangainya yang ceria.

Saya tak kehilangan seorang Atase Pendidikan. Saya kehilangan seorang bapa!

Allah, tempatkanlah dia di sebaik-baik tempat

Firdaus(Penuntut Ustaz Arman)

Terdengar berita pemergian beliau membuatkan saya agak terkejut. Ustaz Arman pernah menjadi warden semasa saya belajar di SMKA Maahad Hamidiah dulu. Banyak kenangan kami bersama beliau yang x mungkin dilupakan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ 

 لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.

اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.

اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.

اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .

     وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

Ya Allah ,

peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku  dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana  , alim dan beramal .

Ya Allah ,

panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

USTAZ ARMAN STROK: DOAKAN KESIHATAN UNTUKNYA

 

Ustaz Arman yang sekarang bertugas di MSD Jordan strok dan berada di wad ICU,Hospital Jordan. Semoga ALLAH menyembuhkannya. Untuk mengikuti maklumat terkini rujuk di ruang sembang box blog ustaz Arman

AL-FATIHAH BUAT PUAN NURUL HUDA ABDULLAH

Telah kembali kerahmatullah Puan Nurul Huda Abdullah bekas guru di Maktab Sabah dan tempat terakhir bertugas beliau di Jabatan Pelajaran Sabah pada hari Jumaat 4.12.2009 jam 11.00 pagi. Jenazah beliau selamat di kebumikan di perkuburan Printing berhampiran airport View Hotel. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Sepanjang di Maktab Sabah beberapa guru telah meninggal dunia antaranya al-Marhum Ustaz Mustafa Sidek Februari 2006, Mendiang Liew Oktober 2009. Kita bila pula? Sudahkah bersedia. Sabda Rasul s.a.w:

“Orang yang pandai ialah orang yang merendahkan diri dan membuat persediaan selepas kematian.”