Monthly Archives: Mac 2010

PERMOHONAN BELAJAR DI JORDAN DALAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM/PERUBATAN

Assalamualaikum wbt

Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Jordan dalam bidang pengajian Islam/Perubatan boleh download borang di web kementerian pengajian tinggi atau di sini:

Borang permohonan sijil sokongan ke luar negara

Borang Permohonan Jordan

Info permohonan

* Biasanya permohonan di tutup pada bulan Mei

Syarat minimum untuk bidang pengajian Islam; kredit (C) dalam pendidikan al-Qur’an dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan bahasa Arab tinggi

Syarat minimum untuk bidang perubatan B dalam fizik, kimia dan biologi…

Berikut sedikit maklumat dari Muhammad al-Athiq  student perubatan di  Jordan:

Berkaitan pelajar persendirian untuk datang belajar ke Timur Tengah samaada Mesir atau Jordan, perlu melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berpusat di Putrajaya terlebih dahulu.
Borang untuk permohonan pelajar ke Timur tengah boleh di download melalui website KPT.
Untuk pelajar persendirian, syarat minimum adalah ‘B’ untuk kesemua subjek Sains (Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan) dan Bahasa Inggeris. Bahasa Arab tak menjadi prasyarat untuk permohonan. Maksudnya, pelajar-pelajar yang tak ada basic bahasa arab juga boleh memohon, lagipun belajar medic untuk preclinical (3 tahun pertama) 80% bahasa Inggeris dan 20% Bahasa Arab. Tetapi, apa bila dah masuk Clinical (tahun ke 4 hingga tahun ke 6), mostly doctor-doctor di Hospital menggunakan 80% Bahasa Arab dan 20 English. Tambah pula pesakit-pesakit adalah orang Arab sendiri,  jadi jika pelajar-pelajar persendirian yang tiada basic Bahasa Arab, bila masuk clinikal agak susah sikit untuk kuasai, tetapi ramai sahaja yang boleh adapt.
Biasiswa atau pinjaman pengajian untuk pelajar-pelajar Persendirian akan diberikan selepas TAMAT belajar TAHUN pertama dengan Muaddal tak kurang dari 70%. Antara biasiswa atau pinjaman yang disediakan untuk pelajar adalah seperti berikut:
1- MARA : Mara akan cover semula untuk tahun pertama dan akan start biayai kos sara hidup bulanan pelajar (RM 2400 sebulan) bermula tahun ke dua sampai tahun ke 6. Akan tetapi, dukacita dimaklumkan bahawa MARA memberhentikan seketika biasiswa atau pinjaman kepada mana-mana pelajar persendirian yang baru hendak memohon tahun ini kerana MARA menghadapi masalah kewangan buat masa ini. Saya di maklumkan oleh pihak MARA awal  tahun yang lalu.
2-JPA: JPA pula tidak cover untuk pembiayaan pelajar persendirian bagi tahun pertama. JPA hanya start kasi untuk tahun ke 2 hingga tahun ke 6 TANPA kos sara hidup bulanan. Maksudnya, JPA hanya biayai Kos Yuran pengajian SAHAJA (RM50 000 setahun).
3- Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) : Pihak MAIN membiayai sama seperti pihak MARA, cuma pihak MAIN tak cover pembiayaan pelajar persendirian untuk tahun 1. Pembiayaan Yuran dan kos Sara Hidup hanya bermula untuk tahun ke 2 hingga tahun ke 6. Untuk permohonan MAIN, ana minta Maaf sebab ana tak tahu prosedure dia macam mana.
4- Pejabat Zakat Negeri (PZN) : Untuk PZN, ana memang tiada maklumak, tetapi di sini pelajar-pelajar persendirian boleh memohon bantuan zakat tahunan dari PZN.
Sekadar itu sahaja yang ana tahu berkaitan biasiswa atau pinjaman pengajian bagi pelajar-pelajar Private atau persendirian. 
Untuk tambahan, pembiayaan pengajian untuk tahun satu di JORDAN adalah seperti berikut:
1: Yuran Subjek : RM 1 000 (setiap jam kredit) X 48 jam Kredit setahun = RM48 000
2: Yuran University : RM 2000 setahun
3: Sewa rumah (moderate) : RM 350 seorang untuk sebulan
4: Sara diri bulanan: RM 1200 seorang
Adapun Yuran pengajian dan Kos sara hidup di Mesir adalah jauh lebih rendah dan murah berbanding Jordan.
Yang terakhir berkaitan tarikh tutup permohonan melalui Kementerian pengajian Tinggi adalah dalam bulan MEI biasanya
Advertisements

MERINDUI DUA KOTA SUCI/KISAH HANZALAH:IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG

Teringat kisah Hanzalah yang mengadu kepada Abu Bakar r.anhu…katanya: Hanzalah telah berlaku munafiq(diulang 3x)…

Abu Bakar: Mengapa kamu mengatakan demikian?

Hanzalah: Ketika daku bersama Rasul saw, apabila rasul menyebut tentang syurga dan neraka, daku merasakan seolah-olah syurga dan neraka di hadapanku…tetapi apabila daku pulang ke rumah aku dilekakan oleh isteri dan anak-anak menyebabkan aku terlupa..

Abu Bakar: Aku juga mengalami suasana yang sama-sama.

Kedua-duanya lalu pergi bertemu dengan rasul s.a.w dan mencerikan masalah tersebut kepada rasul s.a.w lantas baginda menjawab: Satu ketika dan satu ketika..

Maksudnya ada masanya iman kita berada pada tahap yang tinggi dan ada masanya iman kita pada keadaan yang biasa…

Semakin lama meninggalkan dua kota suci terasa semakin lemah jiwa dan rohani…Ya Allah bantulah hambamu dalam istiqamah melakukan ketaatan kepada mu dan jauhkanlah hamba-Mu dari kembali kepada dosa-dosa lama yang telah dilakukan…

Justeru ketika berada di tempat2 @ musim melipatgandakan amalan seharusnya digunakan dengan sebaiknya seperti 10 malam terakhir di Ramadan…atau ketika berada di dua tanah suci..

Teringat perbincangan dengan Cikgu Muhammad yg mengerjakan umrah dengan pakej Andalusia baru2 ini

Semasa berada di  Mekah dan Madinah, semua orang baik-baik…kalau nak marah pun tak jadi..bila kembali ke tempat asal, kena sabar berhadapan dengan pelbagai karenah manusia…ada yang taat dan ramai yang lupa dan hanyut dalam dosa…

Benarlah kata-kata baginda: Dua nikmat yang manusia sentiasa berada dalam kerugian: Nikmat kesihatan dan kelapangan…

Di saat golongan yang mendapat rahmatnya bermunajat kepada Allah, ramai manusia yang berseronok di kelab malam…Kereta yang parking di tepi kelab malam macam kereta yang parking nak solat Jumaat… di kampung air KK golongan yang sonsang tidak segan silu berkeliaran di tengah malam….manusia ada yang halal…ada isteri@suami yang halal tetapi ramai mencari yang haram…

MENCINTAI ORANG ANSAR SEBAHAGIAN DARI TANDA KEIMANAN

KELEBIHAN ANSAR(1)

*ANTARA SAHABAT NABI SAW DARI KALANGAN ANSAR IALAH ANAS BIN MALIK, SA’D BIN MUADH, KAAB BIN MALIK, SA’D BIN UBADAH, MUADH BIN JABAL, UBAY BIN KAAB, ZAID BIN THABIT, MUHAMMAD BIN MASLAMAH, USAID BIN AL-KHUDAYR, ABU AL-DARDA’, ABU DUJANAH, JABIR BIN ABDULLAH, ABDULLAH BIN AMRU BIN HARAM(BAPA JABIR), HASSAN BIN THABIT(PENYAIR), ABU TALHAH AL-ANSARI R.ANHUM …BERSAMBUNG

AYAT-AYAT AL-QUR’AN BERKAITAN GOLONGAN ANSAR

9. dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya. SURAH AL-HASYR

72. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan Pembela antara satu Dengan Yang lain. dan orang-orang Yang beriman Yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu Dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum Yang ada perjanjian setia di antara kamu Dengan mereka. dan (ingatlah) Allah Maha melihat akan apa Yang kamu lakukan. SURAH AL-ANFAL

74. dan orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia Yang mulia. SURAH AL-ANFAL

100. dan orang-orang Yang terdahulu – Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar. SURAH AL-TAWBAH

117. Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin dan Ansar Yang mengikutnya (berjuang) Dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka; Sesungguhnya Allah amat belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka.SURAH AL-TAWBAH

HADITH TENTANG KELEBIHAN ANSAR

Hadith 1

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ سَمِعْتُ قَتَادَةَ يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْأَنْصَارَ كَرِشِي وَعَيْبَتِي وَإِنَّ النَّاسَ سَيَكْثُرُونَ وَيَقِلُّونَ فَاقْبَلُوا مِنْ مُحْسِنِهِمْ وَاعْفُوا عَنْ مُسِيئِهِمْ

Hadis Anas bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kaum Ansar adalah golonganku dan kaum kepercayaanku. Walaupun manusia akan bertambah atau berkurang, namun mereka boleh menerima kebaikan kaum Ansar dan memaafkan kesalahan mereka.

 

(HADIS RIWAYAT MUSLIM) KITAB : Kelebihan Para Sahabat R.A

Hadith 2

عن أنس رضي الله عنه قال رأى النبي صلى الله عليه وسلم النساء والصبيان مقبلين قـــــــال حسبت أنــــه قــــــال من عرس فقـــــام النبي صلى الله عليه وسلـــــم ممثــلا فقـــال : (اللهـم أنتم من أحـــب الناس إليّ قالهـــا ثلاث مـــــرار) رواه البخاري ومسلم 

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan menyambut seorang pengantin. Maka Nabi s.a.w berdirimemberi penghormatan dan bersabda: Ya Allah, mereka adalah orang yang aku cintai. (Nabi mengulangnya sebanyak tiga kali. Iaitu Kaum Ansar.(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadith 3

وعن زيد بن أرقم قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( اللهم اغفر للأنصار ولأبناء الأنصار وأبناء أبناء الأنصار) رواه مسلم 

Diriwayatkan daripada Zaid bin Arqam r.a katanya: Rasulullah s.a.w berdoa: Wahai tuhanku! Ampunilah Orang-orang Ansar, anak-anak Ansar dan keturunan Ansar

Hadith 4

Diriwayatkan daripada Abu Usaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik kabilah Ansar ialah Bani Najjar, selepas itu Bani Abdul Asyhal, selepas itu Bani al-Haris bin Khazraj, selepas itu Bani Saidah. Sementara itu, pada setiap kabilah Ansar ada kebaikan. Saad berkata: Setahu aku, Rasulullah s.a.w mengutamakan kami. Ada yang berkata: Baginda s.a.w mengutamakan kamu dari kaum lain. HR AL-BUKHARI DAN MUSLIM

 

BEBERAPA CONTOH PENGORBANAN ORANG ANSAR DALAM PEPERANGAN UHUD

PERTAMA: 11 ORANG ANSAR MEMPERTAHANKAN RASUL SAW DALAM PERANG UHUD

Beberapa orang pemanah telah melakukan kesalahan di dalam peperangan Uhud apabila melanggar arahan Rasulullah s.a.w supaya tidak berganjak daripada tempat mereka.Tentera musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin Al-Walid mengambil peluang ini untuk mara ke hadapan menyebabkan tentera Islam menjadi kucar kacir sehingga tinggal 12 orang sahaja yang bersama Rasulullah s.a.w.Orang-orang musyrikin telah menghampiri rasulullah dan 12 orang tersebut . Maka, apakah yang telah dilakukan oleh orang-orang yang mencintai rasulullah dalam mempertahankan keselamatannya? Jawapannya adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Nasaie yang berbunyi :

 

عن جابر بن عبد الله قال :

 لَماّ كَانَ يَوْمَ أُحُدٍ وَوَلَّى النَّاسُ ، كَانَ رَسُولِ الله  صلى الله عليه وسلم  فِي نَاحِيَةٍ فِي اثْنَى عَشَرَ رَجُلاً مِنَ الأَنْصَارِِ وَفِيهِم طَلْحَةُ بن عُبَيدِ الله فَأَدْرَكَهُم الْمُشْرِكُونَ فَالْتَفَتَ رَسُولُ الله  صلى الله عليه وسلم  وَقَالَ : مَنْ لِلْقَومِ

 فَقَالَ طَلْحَة : أَنَا

قَالَ رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ : كَمَا أَنْتَ

فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ: أَنَا يَا رَسُولُ الله

فَقَالَ : أَنْتَ. فَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ ثُمَّ الْتَفَتَ فَإِذَا الْمُشْرِكُون فَقَالَ : مَنْ لِلْقَومِ

فَقَالَ طَلْحَة : أَنَا

َقَالَ : كَمَا أَنْتَ

فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ: أَنَا

فَقَالَ : أَنْتَ. فَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ ثُمَّ لَمْ يَزَلْ يَقُولُ ذَلِكَ وَيَخْرُجُ إِلَيهِم رَجُلٌ مِّنَ اْلأَنْصَارِ فَيُقَاتِلُ قِتَالَ مَنْ قَبْلَهُ حَتَّى يُقْتَل ، حَتَّى بَقِيَ رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  و طَلْحَة بن عبيد الله  فَقَالَ رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  : مَنْ لِلْقَومِ

فَقَالَ طَلْحَة : أَنَا.

فَقَاتَلَ طَلْحَة قِتَالُ الأحد عَشَرَ حَتَّى ضُرِبَتْ يَدُهُ فَقُطِعَتْ أَصَابِعُهُ فَقَالَ : حس

فَقَالَ رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  :  لَو قُلْتَ بِسْمِ الله لَرَفَعَتْكَ الْمَلاَئِكَةُ  وَالنَّاسُ يَنْظُرُونَ.

 ثُمَّ رَدَّ الله الْمُشْرِكِيْن.

Daripada Jabir-r.a. katanya : Ketika tentera Islam bertempiaran di dalam peperangan Uhud,Rasulullah berada di suatu sudut bersama 12 orang lelaki daripada kalangan Ansar.Termasuk di dalam bilangan itu adalah Talhah bin Ubaidillah r.a . Mereka telah dihampiri oleh orang-orang musyrikin.Rasulullah memandang kekiri dan kanan lalu berkata : (( Siapa yang akan melawan kaum musyrikin?))

Talhah menjawab : Saya

Rasulullah s.a.w bersabda : sebagaimana kamu?

Seorang lelaki daripada golongan Ansar : Saya, wahai Rasulullah.

Jawab nabi s.a.w : Ya, kamu.

Lelaki itu menentang orang musyrik itu sehingga beliau terbunuh.

Kemudian musyrikin menghampiri mereka lagi lalu Rasulullah bersabda : (( Siapa yang akan melawan kaum musyrikin?))

Talhah menjawab : Saya

Rasulullah s.a.w bersabda : sebagaimana kamu?

Seorang lelaki Ansar berkata : Saya.

Jawab nabi s.a.w : Ya, kamu.

Dia terus berperang sehingga terkorban.

Kemudian Rasulullah terus berkata sebagaimana tadi. Semua lelaki Ansar itu berperang seperti  orang yang sebelumnya  sehingga mereka juga terkorban. Maka tinggallah Rasulullah bersama Talhah bin Ubaidillah r.a .

Apabila Rasulullah berkata : (( Siapa yang akan melawan kaum musyrikin?))

Talhah menjawab : Saya

Talhah terus berlawan dan berperang seperti sebelas orang Ansar tadi sehingga tangannya tercedera dan jarinya terputus.Lalu dia berkata : Hissss.

Rasulullah bersabda : Kalau kamu berkata بسم الله ( Dengan nama Allah ) malaikat akan mengangkat kamu sedangkan orang ramai melihatmu.

Kemudian Allah mengalahkan kaum Musyrikin.

Kedua: Abu Talhah menggadaikan dirinya  kerana melindungi Rasullullah saw

 

روى الشيخان عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : ((لَماّ كَانَ يَوْمُ أُحُدْ انْهَزَمَ نَاسٌ مِن النَّاسِ عَن النَّبِيِّ وَأبو طلحة رضي الله عنه بَيْنَ  يَدَي النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم  مُجَوِّبٌ عليه بِحُجْفَة))

قال : (( وَكَانَ أبو طلحة رضي الله عنه رَجُلاً شَدِيدُ النَّزْعِ,وَكَسَرَ يَومَئِذٍ قَوْسَيْنِ أَوْ ثَلاَثاً ))

قال : ((وَكَانَ الرَّجُلُ يَمُرُّ مَعَهُ الجُعْبَةُ مِنَ النَّبَلِ فَيَقُولُ : ((انْثُرْهَا لأبي طلحة)).

قال : ((وَيُشْرِفُ  نبي الله صلىالله عليه وسلم  يَنْظُرُ إِلى الْقَوْمِ فَيَقُوْلُ أبو طلحة رضي الله عنه : (( يَا نَبِيَّ الله أنتَ وَأُمِّي!لاَ تُشْرِفْ.لاَ يُصِيْبُكَ سَهْمٌ مِنْ سِهاَمِ الْقَوْم. نَحْرِي  دُونَ نَحْرِكَ)).

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a katanya : Ketika berlakunya peperangan Uhud dan tentera Islam berada dalam keadaan kucar kacir,  tidak ramai sahabat yang bersama Rasullullah sawAbu Talhah  r.a berada di samping nabi sambil dengan perisainya. Abu Talhah r.a  pakar memanah sehingga pada waktu itu patah dua hingga tiga batang anak panah( kerana kuatnya panahan beliau)

Seorang lelaki berjalan bersamanya sebuah busur dengan anak panahnya dan berkata : Serahkannya kepada Abi Talhah. Nabi Allah s.a.w. naik ke tempat tinggi dan  melihat kaum musyrikin (musuh) lantas Abu Talhah berkata : Wahai Nabi Allah :Aku menebusmu dengan bapa dan ibuku! Jangan engkau naik ke tempat tinggi. Tidak ada satu anak panah musuhpun yang yang akan menembusimu. Leherku akan mempertahankan lehermu. 

 Ketiga: Abu Dujanah menjadikan dirinya sebagai perisai kerana melindungi Rasullullah saw:

روى الإمام ابن إسحاق عن محبّ صادق آخر بقوله : (( وترّس دون رَسُولِ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  أبو دجانة بنفسه ,ويقع النبل في ظهره , وهو منحن عليه,حتى كثر فيه النبل)).

 “Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Ishak tentang kasih sayang seorang sahabat terhadap Rasullullah :

Abu Dujanah menjadikan dirinya sebagai perisai untuk melindungi Rasulllullah. sehinggakan banyak anak panah mengenai belakangnya…

Keempat: Kematian seorang Ansar yang menggadaikan dirinya kerana melindungi Rasulllullah saw dan pipinya di atas kaki Rasullulllah saw

 

 Satu kisah lain yang berlaku di dalam peperangan Uhud ialah peristiwa seorang sahabat yang mempertahankan nabi SAW dan beliau meninggal dunia di atas tapak kaki Rasullullah saw. Imam Ibnu Ishak meriwayatkan : 

قال الإمام ابن إسحاق : وقال رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  حين غشية القوم : ((من رجل يشتري لنا نفسه؟ )).

فقام زياد بن السكن رضي الله عنه في نفر خمسة من الأنصار .

وبعض الناس يقولون : إنما هو عمارة بن يزيد بن السكن.

فقاتلوا دون رَسُولِ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  رجلا ثم رجلا , يقتلون دونه حتى كان آخرهم زياد أو عمارة ,فقاتل حتى أثبتته الجراحة , ثم فاءت فئة من المسلمين , فأجهضوهم عنه , فقال رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  : (( أدنوه مني )).

فأدنوه منه فوسده فدمه .

فمات وخده على قدم رَسُولِ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ 

Rasullullah berkata ketika bertemu dengan sahabat :

Siapakah lelaki yang sanggup menjual dirinya ( kerana Allah dan Rasul-Nya)?

Maka Zaid bin Al-Sakan dan sahabat dari kalangan Ansar seramai lima orang bangun.

Sebahagian orang mengatakan : Beliau ialah Umarah bin Yazid bin al-Sakan.

Mereka semua menjadikan diri mereka sebagai perisai mempertahankan Rasullulllah saw. Seorang demi seorang terkorban sehinggalah yang terakhirnya Ziyad atau Umarah . Beliau berperang sehingga mengalami kecederaan yang parah. Kemudian beliau diangkat oleh sekumpulan tentera Islam dan menurunkannya. Rasullullah bersabda: Angkat beliau kepadaku. Maka dia dibawa turun kepada nabi lalu dia bersandar kepada telapak kaki Rasulullah.

Kemudian beliau meninggal dunia di dalam keadaan pipinya di tapak kaki Rasulullah.

Kelima: Saad bin al-Rabi’ mengutamakan keselamatan Rasulullah s.a.w sedangkan beliau sendiri di dalam keadaan yang sangat lemah ( nazak).

 

Bukti salah seorang sahabat yang benar-benar mencintai Rasulullah di mana sekalipun beliau telah cedera parah (dalam keadaan nazak) di dalam perang Uhud  namun hati dan fikirannya tetap memikirkan tentang keselamatan Rasulullah s.a.w. Bahkan disaat akhir sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau mewasiatkan kepada kaumnya agar mengorbankan jiwa dan raga terhadap Rasulullah s.a.w.

.روى الإمام الحاكم عن زيد بن ثابت رضي الله عنه قال : ((بعثني رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  يوم أحد لطلب سعد بن الربيع رضي الله عنه وقال لي : (( إن رأيته فاقرئه مني السلام ,وقال له : (( يقول لك رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  : كيف تجدك ؟ )).

قال : ((فجعلت أطوف بين القتلى فأصبته وهو في آخر رمق , وبه سبعون ضربة : ما بين طعنة برمح ,وضربة بسيف ,ورمية بسهم , فقلت له : (( يا سعد ! إن رَسُولَ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  , يقرأ عليك السلام ,ويقول لك))خبرني كيف تجدك ؟ )).

قال : ((على رَسُولِ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  ,وعليك السلام , قل له : (( أجدني أجد ريح

الجنة )), وقل لقمي الأنصار : (( لا عذر لكم عند الله أن يخلص إلى رَسُولِ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  وفيكم شفر يطرف )).

قال: (( وفاضت نفسه.رحمه الله ))

Diriwayatkan oleh Imam al-Hakim daripada Zaid bin Thabit Ra. , katanya : Aku diminta oleh Rasullullah saw di dalam peperangan Uhud untuk mencari Sa’d bin al-Rabi’ Ra. Katanya: “ Kalau kamu melihatnya sampaikan salamku kepadanya dan katakan kepadanya : Rasullullah bertanya kepadamu : Bagaimana keadaanmu?

 Zaid bin Thabit berkata : Aku mencari-cari dan bertemu dengannya ketika beliau nazak. Pada tubuhnya kesan tujuh puluh tikaman lembing, pedang dan panah.

Aku berkata kepadanya : Wahai Sa’d ! Rasullullah saw menyampaikan salam kepadamu dan memberitahu kepadamu : Ceritakan bagaimana keadaanmu sekarang ?

Katanya : Selamat sejahtera ke atas Rasullullah dan  ke atasmu jua. Katakan kepadanya : Aku sedang mencium bau syurga dan katakan kepada orang-orang Ansar : ( Tiada keuzuran untuk kamu di sisi Allah mengelak diri dari nenebus diri untuk nabi  …

Kemudian beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga Allah merahmatinya.

CATATAN PERJALANAN ABU MUHAMMAD

CATATAN INI KHUSUS UNTUK MUHASABAH BERSAMA JEMAAH BERSAMA-SAMA MENJADI TETAMU ALLAH PADA 27 RABIULAWWAL-4 RABIULTHANI 1431H)

12 Mac 2010- Flight berlepas dari KKIA  jam110 tengah hari..Terima kasih tuan haji yang datang ke airport dan meminjamkan Simcard Zain yang digunakan semasa menunaikan haji tahun lalu. Bersama-sama dalam penerbangan dua teman, seorang akan bersama-sama ke Mekah dan tuan Hj. Shah  yang pulang bercuti di kampung. Perjalanan kali ini agak menarik kerana inilah kali pertama hamba Allah ini bersama jemaah yang ramai seramai 38 orang…Alhamdulillah dapat menunaikan niat sahabat yang berniat mengerjakan umrah setelah menamatkan pengajian…hajat saudara yang telah lama hendak ke tanah suci sejak hamba Allah ini belajar di Syam…membawa Nabilah anak Abu Aslam yang menjadi salah seorang pelajar terbaik SPM 2009 peringkat negeri Sabah…TAHNIAH ATAS KEJAYAAN … menunaikan hajat-hajat sahabat yang telah lama ingin mengerjakan umrah…perjalanan yang menghimpunkan sahabat-sahabat lama, moga-moga rehlah imaniyah ini mendapat keredaan Allah s.w.t… Salah seorang jemaah warga emas mempunyai harapan yang sangat tinggi untuk menjadi tetamu Allah s.w.t sejak dari saat membuat pasport antarabangsa lagi…perjalanan yang menjalinkan ukhuwwah islamiyah…hamba Allah ini mengenali mereka kerana mereka mempunyai niat yang sama, niat untuk menziarahi junjungan besar nabi s.a.w dan mengunjungi baitullah menyahut seruan baginda: “ Janganlah anda bersusah-susah untuk bermusafir melainkan ke tiga tempat iaitu masjid nabawi, masjidil haram dan masjidil Aqsa…Insha Allah sebentar lagi flight akan mendarat di Kuala Lumpur…

 

Perjalanan seterusnya ialah dari KLIA ke Chennai/Madras dengan MAS bertolak jam 8.35 malam. Pada peringkat awal ada sedikit halangan untuk mendapatkan boarding Pass kerana transit di Chennai memerlukan visa. Maklumat awal dari salah seorang kenalan mengatakan bahawa untuk masuk India tidak perlukan visa..3 hari sebelum perjalanan saya mendapat maklumat untuk membuat tuntutan bagasi di luar airport, memerlukan visa…Akhirnya semua jemaah membawa semua bagasi secara bimbit dengan sedikit halangan semasa nak masuk di KLIA dan alhamdulillah segalanya selesai dengan baik.

Flight MAS menghidangkan arak dan ternyata sekali orang-orang India kuat minum arak…tanpa segan silu mereka meminta arak dari anak kapal…Inilah masalahnya syarikat penerbangan negara Islam menghidangkan arak sedangkan telah jelas keharamannya…Setelah melalui perjalanan lebih kurang 3 jam 15 minit kapal kami selamat mendarat di Chennai…Alhamdulillah kakitangan MAS di Chennai telah menanti kami untuk mengurusakan pas masuk untuk ke Sharjah…Dapatlah sedikit makanan ringan, air dan berehat …Sebahagian jemaah solat Jama’ Takhir di Chennai…Susah juga singgah di negara bukan Islam..jemaah berijtihad untuk menentukan arah kiblat…Lama juga kami di Airport Chenai(10.00mlm-3.45 pagi)

Lebih kurang 1.45 pagi waktu Chennai kami masuk ke ruang menunggu dan seterusnya menaiki flight jam 3.45 pagi. Alhamdulillah dalam flight Air Arabia adalah sedikit penghayatan Islam. Penumpang tidak dibenarkan minum arak dan perjalanan dimulakan dengan doa musafir cuma anak kapalnya yang tak bertudung…ditayang pula filem Hindustan dengan sari kata Bahasa Arab, biasalah dalam filem Hindustan ada perkara-perkara yang diharamkan… Astaghfirullah…nasib baik jemaah ramai yang tidur…kali ini jemaah akan solat subuh atas flight kerana flight sampai di Airport Sharjah jam 6.35 pagi , waktu subuh sudah tamat…

(Catatan ini ditulis ketika di dlm flight Air Arabia dr Chennai-Sharjah…)Perjalanan dari Chennai ke Sharjah mengambil masa 4 jam)

13 Mac 2010-Penerbangan air arabia transit di Sharjah selama 9 jam. Alhamdulillah kami dapat keluar dari airport Sharjah kerana warga Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke UAE. Sebahagian jemaah menaiki bas airport untuk meninjau kota Sharjah yang terletak lebih kurang 30 minit dari airport. Penerbangan bertolak seterusnya ialah dari Sharjah jam255 petang menuju ke Madinah Rasul s.a.w . Perjalanan mengambil masa 3 jam tiba di Madinah lebih kurang jam 500 petang waktu Madinah.(Perbezaan waktu antara Madinah dan UAE ialah 1 jam). Alhamdulillah jemaah menginap di hotel Fairuz Plaza yang terletak bersebalahan dengan tanah perkuburan Baqi’. Kami tiba di sini kira-kira setengah jam sebelum masuk waktu maghrib.

MUSIM MENUAI KEBAIKAN

Alhamdulillah sahabat-sahabat begitu semangat dan teruja apabila melihat dengan mata sendiri(Ayn al-Yaqin), madinah nabi s.a.w yang mempunyai seribu satu makna bagi penulis. Seawal maghrib sudah ada ikhwah yang menempah tempat di rawdah dari saf belakang dan mara ke depan sedikit demi sedikit sehinggalah azan Isyak sedangkan penulis menguruskan urusan umrah. Rawdah bermaksud taman dan  merujuk kepada hadith nabi s.a.w. Apa yang ada diantara minbar dan rumahku adalah satu taman dari taman-taman syurga. Kawsan Rawdah dikenali di dalam masjid Nabawi dengan warna karpetnya yang berbeza dengan karpet biasa yang bewarna merah. Sebaiknya peluang keemasan berada di rawdah diisi dengan pelbagai bentuk ibadah samaada solat sunat, bacaan al-Quran, zikir. Adab-adab dirawdah perlu diberi perhatian seperti tidak bersikap kasar terhadap saudara-saudara lain, memberi ruang kepada saudara-saudara yang beribadat, beribadat dengan ikhlas dan khusyuk dengan pengharapan ingin beribadat kepada Allah swt.

Selesai Isyak dan makan malam, sedikit taklimat diberikan kepada para jemaah. Bagi jemaah yang baru sampai ke Madinah tentu tertanya-tanya di mana rawdah dan makam nabi. Walaupun keletihan, ternyata keletihan tersebut hilang dengan nikmat menjadi tetamu istimewa Rasul saw. Alhamdulillah dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah swt para jemaah bangun seawal jam 3.00 pagi bersama-sama membersihkan jiwa di Rawdah…semoga ianya menjadi satu saham yang akan dibawa pada saat bertemu dengan Allah SWT.

LAWATAN SEKITAR MADINAH

Pada sebelah pagi para jemaah dibawa menziarahi beberapa tempat yang penting di Madinah bermula dengan masjid Quba’ yang mempunyai kelebihan sebagaimana yang disebut oleh Rasul s.a.w. Barangsiapa yang berwuduk dari rumahnya kemudian datang ke masjid Quba; dan menunaikan solat sunat sebanyak 2 rakaat, akan mendapat pahala seperti mengerjakan umrah. Masjid yang dibina di atas asas taqwa dan bukannya masjid dirar yang dididirikan oleh orang-orang munafiq yang iri hati dengan perkembangan Islam. Menurut sumber yang dianggap sohih, tapak masjid dirar terletak bersebelahan kedai kurma di hadapan masjid quba’ dan tandanya ialah batu merah.

Usai solat di Quba’ jemaah dibawa menziahi medan peperangan Uhud yang menyebabkan gugur syahid beberapa sahabat ternama seperti Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib, Mus’ab bin Umar, Abdullah bin Jahsh r.anhum. Bukit Uhud adalah bukit yang mencintai orang mukmin dan orang mukmin  mencintai bukit Uhud sebagaimana sabda junjungan s.a.w. Nabi juga membuat perbandingan tamaknya manusia dengan harta dengan sabdanya yang bermaksud: “ Sekiranya anak Adam memiliki dua bukit Uhud emas, nescaya manusia ingin memiliki yang ketiga sehinggalah tanah masuk ke mulutnya(mati.” Bukit Uhud yang menyaksikan pentingnya rakyat mematuhi arahan pemimpin. Di akhir hayat baginda s.a.w baginda sering mengunjungi syuhada Uhud…

Seterusnya para jemaah di bawa ke kilang percetakan al-Qur’an. Masha Allah penulis cukup tersentuh apabila melihat ribuan @ ratusan ribu mushaf di cetak…Kilang ini hanya boleh dikunjungi oleh muslimin sahaja. Perjalanan terakhir pula ialah masjid al-Kiblatain(masjid 2 kiblat) yang menyaksikan kesetiaan dan ketaatan sahabat terhadap rasul s.a.w yang mengubah pusingan kiblat mereka ketika mengerjakan solat…

Rombongan kami kembali ke penginapan sebaik sahaja masuk waktu zohor dan para jemaah terus ke masjid al-nabawi untuk solat zohor.

SOLAT JENAZAH DAN MENGIRINGI JENAZAH

Kebiasaannya di masjid Nabawi dan masjidil Haram jarang-jarang sekali tidak ada solat jenazah. Beruntunglah orang-orang yang tinggal di Madinah kerana setiap kali waktu solat mendapat ganjaran pahala sebesar bukit Uhud. Satu amalan yang jangan ditinggalkan di Madinah ialah mengirigi jenazah. Amalan ini jarang dilakukan oleh jemaah-jemaah yang mengunjungi Madinah sedangkan ganjarannya cukup besar…Jenazah yang disolatkan di masjid Nabawi akan dikebumikan di perkuburan baqi’. Kita hanya perlu mengikut dari belakang jenazah sahaja dan mendapat ganjaran pahala dua bukit Uhud seperti sabda baginda s.a.w: Barang siapa yang mengerjakan solat jenazah akan mendapat pahala sebesar bukit Uhud dan sesiapa yang mengiringi jenazah akan mendapat pahala sebasar dua bukit Uhud…Selepas solat Asar hanya jenazah kanak-kanak sahaja dan selepas maghrib dua jenazah yang dikebumikan di perkuburan Baqi:’

IJAZAH HADITH: RAHMATILAH ORANG YANG BERADA DI BUMI NESCAYA ANDA AKAN DIRAHMATI OLEH MALAIKAT DI LANGIT

Kerana mengiringi jenazah, penulis ketinggalan untuk mendapat ijazah bersanad sampai kepada rasul s.a.w tentang hadith di atas…harap penulis dapat memperolehi sanad tersebut pada waktu akan datang Insha-Allah. Ijazah bersanad kurang mendapat perhatian hari ini…Selepas maghrib penulis ke tiang Malaysia di masjid nabawi yang menjadi tempat pertemuan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di universiti Islam, Madinah Munawwarah… Dalam rehlah kali ini penulis berkenalan dengan seorang pelajar bernama Asyiq, penuntut Shariah yang belajar dibumbung yang sama dengan penulis…Sebenarnya tidak ramai lepasan sekolah kami yang berminat menyambung pengajian dalam bidang pendidikan Islam…Alhamdulillah selesai menamatkan hafazan al-Quran di Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Asyiq ke Madinah untuk menghadiri temuduga dan alhamdulillah Allah telah memilihnya untuk menjadi teman nabi s.a.w di Madinah… Semoga mereka pulang nanti sebagai pejuang Islam…Selepas Isyak kami bersama-sama ke perpustakaan Masjid al-Nabawi yang penuh dengan pelbagai jenis rujukan…seterusnya kami dibawa ke sebuah restoran dan dijamu dengan sejenis makanan yang dinamakan muthallath…maksudnya nasi tiga lapis. Alhamdulillah malam ini kami dapat merasa makan daging anak unta…

15 MAC 2010

Hari ini hari terakhir kami berada di bumi nabi s.a.w. Sekitar jam 11 pagi kami dibawa melawat ke muzium Masjid Nabawi yang terletak di tingkat bawah masjid nabawi. Di sini kami menonton tayangan video yang menjelaskan perkembangan pembangunan masjid nabawi. Ramai yang tidak tahu masjid nabawi terdiri dari 5 tingkat, dua di atas dan tiga di bawah. Salah satu darinya ialah muzium masjid nabawi. Kami dibawa kesalah sebuah dari tiga muzium yang terdapat di masjid nabawi

PERJALANAN UMRAH

Jam 3.00 petang bas bertolak ke Bi’r Aliyy untuk para jemaah berniat umrah. Pemandu bas yang mengiringi kami bernama Hattan…Bas yang kami naiki meninggalkan Bir Aliyy selepas masuk waktu Asar. Perjalanan kami diisi dengan talbiyah di samping tazkirah dan berhenti di wadi Qadid yang menjadi tempat persinggahan rasul s.a.w dalam perjalanan hijrah. Di sini kami menunaikan solat maghrib dan isyak secara jama’ takhir. Bas kami meneruskan perjalanan sehingga kami sampai di hotel Durrah, Syubakah. Khabarnya sebulan selepas ini hotel Durrah akan diruntuhkan. Selesai check in dan makan malam, sekitar jam 1200 tengah malam kami meneruskan perjalanan ke Ka’bah untuk menyelesaikan ibadah umrah…

16-20 MAC MAKKAH AL-mukarramah

Alhamdulillah sepanjang perjalanan menyucikan jiwa di tanah suci selama 5 hari 5 malam, satu perjalanan yang sangat singkat tetapi cukup bermakna…Perjalanan kali ini mengajar erti ukhuwwah dan gambaran kepada kehidupan yang sebenar… Para tetamu Allah berlumba-lumba melakukan amal ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah s.w.t dan alhamdulillah penulis dapat mengambil banyak pengajaran dari apa yang dilalui.

HAJAR AL-ASWAD

Hukum mencium hajar al-Aswad adalah sunat  bagi lelaki dan harus  bagi perempuan pada setiap permulaan pusingan tawaf.(PERINGATAN: Bagi mereka yang berpakaian ihram diingatkan tidak mencium hajar Aswad atau memegang kelambu Kaabah kerana ianya disapu dengan minyak wangi boleh menyebabkan orang yang mengerjakan umrah/haji melanggar perkara yang dilarang ketika umrah) Orang yang mencium hajar al-Aswad mendapat kelebihan sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi yang mafhumnya pada hari akhirat nanti hajar Aswad akan mempunyai mata dan mulut dan dia akan menjadi saksi bagi mereka yang menciumnya dengan kebenaran.

Ini bermaksud belum tentu orang yang mencium hajar al-Aswad mendapat penyaksiaan di akhirat nanti…Ada yang ingin mencium hajar al-Aswad sehingga menyakiti jemaah yang lain, ada juga jemaah lelaki yang masuk ke kawasan jemaah perempuan untuk mencium hajar al-Aswad…

STRATEGI MENCIUM HAJAR AL-ASWAD PADA MUSIM UMRAH            

Bagi jemaah yang ingin mengelakkan diri dari berasak-asak ketika mencium hajar al-Aswad perlu beratur sebelum masuk waktu solat Asar kira-kira 45 minit sebelum masuk waktu. Bagi mereka yang sampai lebih awal boleh memulakan tawaf sunat dengan berniat dan melambaikan tangan ke arah hajar Aswad.(Peringatan: Pastikan jemaah betul-betul yakin selari dengan hajar al-Aswad untuk memulakan niat tawaf dan mengakhiri pusingan tawaf. Lampu hijau boleh dijadikan panduan. Terdapat jemaah yang berniat selepas lampu hijau dan terdapat juga yang keluar sebelum sampat ke hajar Aswad maka tawafnya tidak sah.) Selepas dua atau tiga pusingan, jemaah perlu mencari barisan untuk mencium hajar al-Aswad, sebaik-baiknya ketika barisan sampai di Hijir Ismail dan elakkan masuk dalam barisan di kawasan hajar al-Aswad dan multazam kerana jemaah akan menerima tekanan kesan dari asakan di kawan hajar al-Aswad dan multazam. Insha Allah dengan cara ini jemaah dapat mencium hajar al-Aswad tanpa menyakiti jemaah yang lain…

MULTAZAM

Nabi s.a.w menjelaskan multazam ialah kawasan antara hajar al-Aswad dan pintu Ka’bah merupakan kawasan dimakbulkan doa. Cara terbaik untuk berdoa dimultazam ialah dengan meletakkan pipi dengan tangan memegang dinding. Kawasan multazam agak mudah untuk didekati sama ada jemaah lelaki mahupun wanita.Bagi jemaah wanita, kawasan untuk berdoa ialah antara hajar aswad dengan pintu, manakala kawasan pintu diberi kepada jemaah lelaki

HIJIR ISMAIL

Hijir Ismail adalah merupakan sebahagian dari kawasan ka’bah. Mereka yang beribadat di dalamnya samalah seperti beribadat dalam Ka’bah. Sekarang jarang sekali orang awam dapat masuk ke dalam Ka’bah. Kawasan hijir Ismail merupakan salah satu tempat yang dimakbulkan oleh Allah swt. Sekiranya jemaah masuk ketika waktu sibuk, memadailah berdoa sahaja di dalamnya seperti selepas maghrib atau selepas subuh. Sebaliknya sekiranya terdapat ruang bolehlah mengerjakan solat sunat secara ringkas supaya jemaah-jemaah lain juga berpeluang untuk berdoa dan beribadat di Hijir Ismail…

TAWAF SUNAT

Kesempatan berada di tanah suci sebaiknya diisi dengan memperbanyakkan tawaf sunat. Tawaf adalah ganti kepada solat tahiyyatul masjid. Bagi jemaah lelaki waktu yang terbaik untuk tawaf ialah sekitar 20 minit sebelum masuk waktu solat kerana pada waktu ini jemaah wanita sudah mula keluar sebagai persediaan solat.(Peringatan: Bagi jemaah wanita dinasihatkan keluar dari kawasan tawaf sebaik sahaja azan dilaungkan dan menuju ke kawasan solat wanita. Berdasarkan pemerhatian penulis terdapat jemaah wanita yang masih tawaf selepas azan dan cuba solat di kawasan jemaah lelaki)

 

Pada waktu selepas maghrib kebiasaannya jemaah yang tawaf lebih ramai berbanding pada waktu zohor dan Asar.

SAF PERTAMA

Sabda Rasul s.a.w mafhumnya: “ Sekiranya anda mengetahui tentang kelebihan berada di saf pertama nescaya anda akan mengundi.” Pelaksanaan secara realiti hadith ini dapat dilihat di masjil haram. Bayangkan sekiranya barisan pertama saf ialah 20 orang tetapi yang ingin berada di saf pertama 40 orang. Ini menyebabkan saf-saf awal sangat rapat… Sebaik-baiknya bagi jemaah lelaki solat di dataran putih pada setiap waktu solat…Apa yang penulis perhatikan ada jemaah yang datang lewat tetapi ingin berada di saf hadapan, biasanya jemaah ini akan diusir oleh polis yang bertugas.

JAUHI KESALAHAN-KESALAHAN KETIKA DI HADAPAN KA’BAH.

Pertama: Jemaah wanita berada dalam saf lelaki

Kedua: Jemah wanita tidak menutup aurat seperti tidak memakai sarung kaki atau terkeluar rambut sedangkan menutup aurat menjadi salah satu syarat sah tawaf.

Ketiga: Jemaah lelaki yang berpakaian ihram tetapi nampak pusat. Tawafnya juga tidak sah

Keempat: Jemaah yang berpakaian ihram menghulurkan tangannya untuk disapu minyak wangi semasa jemaah bersedekah minyak wangi

Kelima: Perbuatan bergantung, mengusap pada kelambu Ka’bah, menangis-menangis merupakan perbuatan yang tidak pernah diajar oleh rasul s.a.w.

Keenam: Jemaah lelaki bertawaf dalam keadaan ihram tetapi memakai setokin atau khuf.

PERJALANAN PULANG 20-21 MAC 2010.

Hiba hati kerana meninggalkan tanah suci semoga Allah memberi peluang kepada hambanya ini untuk menjadi tetamunya dalam waktu yang terdekat. Bas kami meninggalkan hotel sejurus azan Asar dengan meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan, walaupun perkenalan dengan sebahagian jemaah hanya dalam masa lebih kurang sembilan hari, namun ianya merupakan satu pertemuan keimanan yang tidak boleh dilupakan moga-moga pertemuan ini termasuk dalam hadith : Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungannya, antaranya dua lelaki yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah…Amin semoga para jemaah mendapat umrah yang mabrurah, dan pengampunan dari-Nya…Maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang kita bersama…Ini sahaja yang saya mampu bantu, semuanya dengan izin Allah swt, semoga Allah swt mempertemukan kita dipertemuan yang lain. Sekiranya kita ditakdirkan tidak bertemu di dunia ini, semoga kita semua dihimpunkan di bawah panji Allah di akhirat nanti…Apa yang penting ialah kesinambungan setelah kita kembali ke tanah air. Kalau di Mekah dan Madinah kita boleh bangun awal pagi, banyak beribadat, datang awal ke masjid untuk solat berjemaah dan sebagainya mampukah kita meneruskannya??? Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua sebagaimana doa yang diajar oleh rasul s.a.w kepada Saidina Muaz bin Jabal R.a.: “ YA ALLAH BANTULAH DAKU UNTUK MENGINGATIMU, BERSYUKUR KEPADAMU DAN MELAKUKAN IBADAT DENGAN CARA YANG TERBAIK”

YA ALLAH YA TUHAN KAMI BANTULAH KAMI UNTUK MENERUSKAN IBADAT-IBADAT YANG KAMI DAPAT LAKUKAN DI TANAH SUCI-MU…YA ALLAH JADIKANLAH KAMI DIKALANGAN HAMBA-HAMBAMU YANG IKHLAS. YA ALLAH BANTULAH KAMI UNTUK MENJAUHKAN PERBUATAN MAKSIAT SEBAGAI MANA ENGKAU JAUHKAN ANTARA LANGIT DAN BUMI. YA ALLAH KAMI MOHON REDHAMU DAN SYURGAMU DAN KAMI MOHON PERLINDUNGAN DARI KEMURKAAN DAN AZAB NERAKAMU. YA ALLAH YA TUHAN KAMI KURNIAKAN KEPADA KAMI ISTERI-ISTERI DAN ZURIAT YANG MENJADI PENYEJUM MATA KAMI DAN JADIKANLAH KAMI SEBAGAI PEMIMPIN BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA( KL-KOTA KINABALU 21 MAC 2010)