CATATAN PERJALANAN ABU MUHAMMAD

CATATAN INI KHUSUS UNTUK MUHASABAH BERSAMA JEMAAH BERSAMA-SAMA MENJADI TETAMU ALLAH PADA 27 RABIULAWWAL-4 RABIULTHANI 1431H)

12 Mac 2010- Flight berlepas dari KKIA  jam110 tengah hari..Terima kasih tuan haji yang datang ke airport dan meminjamkan Simcard Zain yang digunakan semasa menunaikan haji tahun lalu. Bersama-sama dalam penerbangan dua teman, seorang akan bersama-sama ke Mekah dan tuan Hj. Shah  yang pulang bercuti di kampung. Perjalanan kali ini agak menarik kerana inilah kali pertama hamba Allah ini bersama jemaah yang ramai seramai 38 orang…Alhamdulillah dapat menunaikan niat sahabat yang berniat mengerjakan umrah setelah menamatkan pengajian…hajat saudara yang telah lama hendak ke tanah suci sejak hamba Allah ini belajar di Syam…membawa Nabilah anak Abu Aslam yang menjadi salah seorang pelajar terbaik SPM 2009 peringkat negeri Sabah…TAHNIAH ATAS KEJAYAAN … menunaikan hajat-hajat sahabat yang telah lama ingin mengerjakan umrah…perjalanan yang menghimpunkan sahabat-sahabat lama, moga-moga rehlah imaniyah ini mendapat keredaan Allah s.w.t… Salah seorang jemaah warga emas mempunyai harapan yang sangat tinggi untuk menjadi tetamu Allah s.w.t sejak dari saat membuat pasport antarabangsa lagi…perjalanan yang menjalinkan ukhuwwah islamiyah…hamba Allah ini mengenali mereka kerana mereka mempunyai niat yang sama, niat untuk menziarahi junjungan besar nabi s.a.w dan mengunjungi baitullah menyahut seruan baginda: “ Janganlah anda bersusah-susah untuk bermusafir melainkan ke tiga tempat iaitu masjid nabawi, masjidil haram dan masjidil Aqsa…Insha Allah sebentar lagi flight akan mendarat di Kuala Lumpur…

 

Perjalanan seterusnya ialah dari KLIA ke Chennai/Madras dengan MAS bertolak jam 8.35 malam. Pada peringkat awal ada sedikit halangan untuk mendapatkan boarding Pass kerana transit di Chennai memerlukan visa. Maklumat awal dari salah seorang kenalan mengatakan bahawa untuk masuk India tidak perlukan visa..3 hari sebelum perjalanan saya mendapat maklumat untuk membuat tuntutan bagasi di luar airport, memerlukan visa…Akhirnya semua jemaah membawa semua bagasi secara bimbit dengan sedikit halangan semasa nak masuk di KLIA dan alhamdulillah segalanya selesai dengan baik.

Flight MAS menghidangkan arak dan ternyata sekali orang-orang India kuat minum arak…tanpa segan silu mereka meminta arak dari anak kapal…Inilah masalahnya syarikat penerbangan negara Islam menghidangkan arak sedangkan telah jelas keharamannya…Setelah melalui perjalanan lebih kurang 3 jam 15 minit kapal kami selamat mendarat di Chennai…Alhamdulillah kakitangan MAS di Chennai telah menanti kami untuk mengurusakan pas masuk untuk ke Sharjah…Dapatlah sedikit makanan ringan, air dan berehat …Sebahagian jemaah solat Jama’ Takhir di Chennai…Susah juga singgah di negara bukan Islam..jemaah berijtihad untuk menentukan arah kiblat…Lama juga kami di Airport Chenai(10.00mlm-3.45 pagi)

Lebih kurang 1.45 pagi waktu Chennai kami masuk ke ruang menunggu dan seterusnya menaiki flight jam 3.45 pagi. Alhamdulillah dalam flight Air Arabia adalah sedikit penghayatan Islam. Penumpang tidak dibenarkan minum arak dan perjalanan dimulakan dengan doa musafir cuma anak kapalnya yang tak bertudung…ditayang pula filem Hindustan dengan sari kata Bahasa Arab, biasalah dalam filem Hindustan ada perkara-perkara yang diharamkan… Astaghfirullah…nasib baik jemaah ramai yang tidur…kali ini jemaah akan solat subuh atas flight kerana flight sampai di Airport Sharjah jam 6.35 pagi , waktu subuh sudah tamat…

(Catatan ini ditulis ketika di dlm flight Air Arabia dr Chennai-Sharjah…)Perjalanan dari Chennai ke Sharjah mengambil masa 4 jam)

13 Mac 2010-Penerbangan air arabia transit di Sharjah selama 9 jam. Alhamdulillah kami dapat keluar dari airport Sharjah kerana warga Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke UAE. Sebahagian jemaah menaiki bas airport untuk meninjau kota Sharjah yang terletak lebih kurang 30 minit dari airport. Penerbangan bertolak seterusnya ialah dari Sharjah jam255 petang menuju ke Madinah Rasul s.a.w . Perjalanan mengambil masa 3 jam tiba di Madinah lebih kurang jam 500 petang waktu Madinah.(Perbezaan waktu antara Madinah dan UAE ialah 1 jam). Alhamdulillah jemaah menginap di hotel Fairuz Plaza yang terletak bersebalahan dengan tanah perkuburan Baqi’. Kami tiba di sini kira-kira setengah jam sebelum masuk waktu maghrib.

MUSIM MENUAI KEBAIKAN

Alhamdulillah sahabat-sahabat begitu semangat dan teruja apabila melihat dengan mata sendiri(Ayn al-Yaqin), madinah nabi s.a.w yang mempunyai seribu satu makna bagi penulis. Seawal maghrib sudah ada ikhwah yang menempah tempat di rawdah dari saf belakang dan mara ke depan sedikit demi sedikit sehinggalah azan Isyak sedangkan penulis menguruskan urusan umrah. Rawdah bermaksud taman dan  merujuk kepada hadith nabi s.a.w. Apa yang ada diantara minbar dan rumahku adalah satu taman dari taman-taman syurga. Kawsan Rawdah dikenali di dalam masjid Nabawi dengan warna karpetnya yang berbeza dengan karpet biasa yang bewarna merah. Sebaiknya peluang keemasan berada di rawdah diisi dengan pelbagai bentuk ibadah samaada solat sunat, bacaan al-Quran, zikir. Adab-adab dirawdah perlu diberi perhatian seperti tidak bersikap kasar terhadap saudara-saudara lain, memberi ruang kepada saudara-saudara yang beribadat, beribadat dengan ikhlas dan khusyuk dengan pengharapan ingin beribadat kepada Allah swt.

Selesai Isyak dan makan malam, sedikit taklimat diberikan kepada para jemaah. Bagi jemaah yang baru sampai ke Madinah tentu tertanya-tanya di mana rawdah dan makam nabi. Walaupun keletihan, ternyata keletihan tersebut hilang dengan nikmat menjadi tetamu istimewa Rasul saw. Alhamdulillah dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah swt para jemaah bangun seawal jam 3.00 pagi bersama-sama membersihkan jiwa di Rawdah…semoga ianya menjadi satu saham yang akan dibawa pada saat bertemu dengan Allah SWT.

LAWATAN SEKITAR MADINAH

Pada sebelah pagi para jemaah dibawa menziarahi beberapa tempat yang penting di Madinah bermula dengan masjid Quba’ yang mempunyai kelebihan sebagaimana yang disebut oleh Rasul s.a.w. Barangsiapa yang berwuduk dari rumahnya kemudian datang ke masjid Quba; dan menunaikan solat sunat sebanyak 2 rakaat, akan mendapat pahala seperti mengerjakan umrah. Masjid yang dibina di atas asas taqwa dan bukannya masjid dirar yang dididirikan oleh orang-orang munafiq yang iri hati dengan perkembangan Islam. Menurut sumber yang dianggap sohih, tapak masjid dirar terletak bersebelahan kedai kurma di hadapan masjid quba’ dan tandanya ialah batu merah.

Usai solat di Quba’ jemaah dibawa menziahi medan peperangan Uhud yang menyebabkan gugur syahid beberapa sahabat ternama seperti Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib, Mus’ab bin Umar, Abdullah bin Jahsh r.anhum. Bukit Uhud adalah bukit yang mencintai orang mukmin dan orang mukmin  mencintai bukit Uhud sebagaimana sabda junjungan s.a.w. Nabi juga membuat perbandingan tamaknya manusia dengan harta dengan sabdanya yang bermaksud: “ Sekiranya anak Adam memiliki dua bukit Uhud emas, nescaya manusia ingin memiliki yang ketiga sehinggalah tanah masuk ke mulutnya(mati.” Bukit Uhud yang menyaksikan pentingnya rakyat mematuhi arahan pemimpin. Di akhir hayat baginda s.a.w baginda sering mengunjungi syuhada Uhud…

Seterusnya para jemaah di bawa ke kilang percetakan al-Qur’an. Masha Allah penulis cukup tersentuh apabila melihat ribuan @ ratusan ribu mushaf di cetak…Kilang ini hanya boleh dikunjungi oleh muslimin sahaja. Perjalanan terakhir pula ialah masjid al-Kiblatain(masjid 2 kiblat) yang menyaksikan kesetiaan dan ketaatan sahabat terhadap rasul s.a.w yang mengubah pusingan kiblat mereka ketika mengerjakan solat…

Rombongan kami kembali ke penginapan sebaik sahaja masuk waktu zohor dan para jemaah terus ke masjid al-nabawi untuk solat zohor.

SOLAT JENAZAH DAN MENGIRINGI JENAZAH

Kebiasaannya di masjid Nabawi dan masjidil Haram jarang-jarang sekali tidak ada solat jenazah. Beruntunglah orang-orang yang tinggal di Madinah kerana setiap kali waktu solat mendapat ganjaran pahala sebesar bukit Uhud. Satu amalan yang jangan ditinggalkan di Madinah ialah mengirigi jenazah. Amalan ini jarang dilakukan oleh jemaah-jemaah yang mengunjungi Madinah sedangkan ganjarannya cukup besar…Jenazah yang disolatkan di masjid Nabawi akan dikebumikan di perkuburan baqi’. Kita hanya perlu mengikut dari belakang jenazah sahaja dan mendapat ganjaran pahala dua bukit Uhud seperti sabda baginda s.a.w: Barang siapa yang mengerjakan solat jenazah akan mendapat pahala sebesar bukit Uhud dan sesiapa yang mengiringi jenazah akan mendapat pahala sebasar dua bukit Uhud…Selepas solat Asar hanya jenazah kanak-kanak sahaja dan selepas maghrib dua jenazah yang dikebumikan di perkuburan Baqi:’

IJAZAH HADITH: RAHMATILAH ORANG YANG BERADA DI BUMI NESCAYA ANDA AKAN DIRAHMATI OLEH MALAIKAT DI LANGIT

Kerana mengiringi jenazah, penulis ketinggalan untuk mendapat ijazah bersanad sampai kepada rasul s.a.w tentang hadith di atas…harap penulis dapat memperolehi sanad tersebut pada waktu akan datang Insha-Allah. Ijazah bersanad kurang mendapat perhatian hari ini…Selepas maghrib penulis ke tiang Malaysia di masjid nabawi yang menjadi tempat pertemuan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di universiti Islam, Madinah Munawwarah… Dalam rehlah kali ini penulis berkenalan dengan seorang pelajar bernama Asyiq, penuntut Shariah yang belajar dibumbung yang sama dengan penulis…Sebenarnya tidak ramai lepasan sekolah kami yang berminat menyambung pengajian dalam bidang pendidikan Islam…Alhamdulillah selesai menamatkan hafazan al-Quran di Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Asyiq ke Madinah untuk menghadiri temuduga dan alhamdulillah Allah telah memilihnya untuk menjadi teman nabi s.a.w di Madinah… Semoga mereka pulang nanti sebagai pejuang Islam…Selepas Isyak kami bersama-sama ke perpustakaan Masjid al-Nabawi yang penuh dengan pelbagai jenis rujukan…seterusnya kami dibawa ke sebuah restoran dan dijamu dengan sejenis makanan yang dinamakan muthallath…maksudnya nasi tiga lapis. Alhamdulillah malam ini kami dapat merasa makan daging anak unta…

15 MAC 2010

Hari ini hari terakhir kami berada di bumi nabi s.a.w. Sekitar jam 11 pagi kami dibawa melawat ke muzium Masjid Nabawi yang terletak di tingkat bawah masjid nabawi. Di sini kami menonton tayangan video yang menjelaskan perkembangan pembangunan masjid nabawi. Ramai yang tidak tahu masjid nabawi terdiri dari 5 tingkat, dua di atas dan tiga di bawah. Salah satu darinya ialah muzium masjid nabawi. Kami dibawa kesalah sebuah dari tiga muzium yang terdapat di masjid nabawi

PERJALANAN UMRAH

Jam 3.00 petang bas bertolak ke Bi’r Aliyy untuk para jemaah berniat umrah. Pemandu bas yang mengiringi kami bernama Hattan…Bas yang kami naiki meninggalkan Bir Aliyy selepas masuk waktu Asar. Perjalanan kami diisi dengan talbiyah di samping tazkirah dan berhenti di wadi Qadid yang menjadi tempat persinggahan rasul s.a.w dalam perjalanan hijrah. Di sini kami menunaikan solat maghrib dan isyak secara jama’ takhir. Bas kami meneruskan perjalanan sehingga kami sampai di hotel Durrah, Syubakah. Khabarnya sebulan selepas ini hotel Durrah akan diruntuhkan. Selesai check in dan makan malam, sekitar jam 1200 tengah malam kami meneruskan perjalanan ke Ka’bah untuk menyelesaikan ibadah umrah…

16-20 MAC MAKKAH AL-mukarramah

Alhamdulillah sepanjang perjalanan menyucikan jiwa di tanah suci selama 5 hari 5 malam, satu perjalanan yang sangat singkat tetapi cukup bermakna…Perjalanan kali ini mengajar erti ukhuwwah dan gambaran kepada kehidupan yang sebenar… Para tetamu Allah berlumba-lumba melakukan amal ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah s.w.t dan alhamdulillah penulis dapat mengambil banyak pengajaran dari apa yang dilalui.

HAJAR AL-ASWAD

Hukum mencium hajar al-Aswad adalah sunat  bagi lelaki dan harus  bagi perempuan pada setiap permulaan pusingan tawaf.(PERINGATAN: Bagi mereka yang berpakaian ihram diingatkan tidak mencium hajar Aswad atau memegang kelambu Kaabah kerana ianya disapu dengan minyak wangi boleh menyebabkan orang yang mengerjakan umrah/haji melanggar perkara yang dilarang ketika umrah) Orang yang mencium hajar al-Aswad mendapat kelebihan sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi yang mafhumnya pada hari akhirat nanti hajar Aswad akan mempunyai mata dan mulut dan dia akan menjadi saksi bagi mereka yang menciumnya dengan kebenaran.

Ini bermaksud belum tentu orang yang mencium hajar al-Aswad mendapat penyaksiaan di akhirat nanti…Ada yang ingin mencium hajar al-Aswad sehingga menyakiti jemaah yang lain, ada juga jemaah lelaki yang masuk ke kawasan jemaah perempuan untuk mencium hajar al-Aswad…

STRATEGI MENCIUM HAJAR AL-ASWAD PADA MUSIM UMRAH            

Bagi jemaah yang ingin mengelakkan diri dari berasak-asak ketika mencium hajar al-Aswad perlu beratur sebelum masuk waktu solat Asar kira-kira 45 minit sebelum masuk waktu. Bagi mereka yang sampai lebih awal boleh memulakan tawaf sunat dengan berniat dan melambaikan tangan ke arah hajar Aswad.(Peringatan: Pastikan jemaah betul-betul yakin selari dengan hajar al-Aswad untuk memulakan niat tawaf dan mengakhiri pusingan tawaf. Lampu hijau boleh dijadikan panduan. Terdapat jemaah yang berniat selepas lampu hijau dan terdapat juga yang keluar sebelum sampat ke hajar Aswad maka tawafnya tidak sah.) Selepas dua atau tiga pusingan, jemaah perlu mencari barisan untuk mencium hajar al-Aswad, sebaik-baiknya ketika barisan sampai di Hijir Ismail dan elakkan masuk dalam barisan di kawasan hajar al-Aswad dan multazam kerana jemaah akan menerima tekanan kesan dari asakan di kawan hajar al-Aswad dan multazam. Insha Allah dengan cara ini jemaah dapat mencium hajar al-Aswad tanpa menyakiti jemaah yang lain…

MULTAZAM

Nabi s.a.w menjelaskan multazam ialah kawasan antara hajar al-Aswad dan pintu Ka’bah merupakan kawasan dimakbulkan doa. Cara terbaik untuk berdoa dimultazam ialah dengan meletakkan pipi dengan tangan memegang dinding. Kawasan multazam agak mudah untuk didekati sama ada jemaah lelaki mahupun wanita.Bagi jemaah wanita, kawasan untuk berdoa ialah antara hajar aswad dengan pintu, manakala kawasan pintu diberi kepada jemaah lelaki

HIJIR ISMAIL

Hijir Ismail adalah merupakan sebahagian dari kawasan ka’bah. Mereka yang beribadat di dalamnya samalah seperti beribadat dalam Ka’bah. Sekarang jarang sekali orang awam dapat masuk ke dalam Ka’bah. Kawasan hijir Ismail merupakan salah satu tempat yang dimakbulkan oleh Allah swt. Sekiranya jemaah masuk ketika waktu sibuk, memadailah berdoa sahaja di dalamnya seperti selepas maghrib atau selepas subuh. Sebaliknya sekiranya terdapat ruang bolehlah mengerjakan solat sunat secara ringkas supaya jemaah-jemaah lain juga berpeluang untuk berdoa dan beribadat di Hijir Ismail…

TAWAF SUNAT

Kesempatan berada di tanah suci sebaiknya diisi dengan memperbanyakkan tawaf sunat. Tawaf adalah ganti kepada solat tahiyyatul masjid. Bagi jemaah lelaki waktu yang terbaik untuk tawaf ialah sekitar 20 minit sebelum masuk waktu solat kerana pada waktu ini jemaah wanita sudah mula keluar sebagai persediaan solat.(Peringatan: Bagi jemaah wanita dinasihatkan keluar dari kawasan tawaf sebaik sahaja azan dilaungkan dan menuju ke kawasan solat wanita. Berdasarkan pemerhatian penulis terdapat jemaah wanita yang masih tawaf selepas azan dan cuba solat di kawasan jemaah lelaki)

 

Pada waktu selepas maghrib kebiasaannya jemaah yang tawaf lebih ramai berbanding pada waktu zohor dan Asar.

SAF PERTAMA

Sabda Rasul s.a.w mafhumnya: “ Sekiranya anda mengetahui tentang kelebihan berada di saf pertama nescaya anda akan mengundi.” Pelaksanaan secara realiti hadith ini dapat dilihat di masjil haram. Bayangkan sekiranya barisan pertama saf ialah 20 orang tetapi yang ingin berada di saf pertama 40 orang. Ini menyebabkan saf-saf awal sangat rapat… Sebaik-baiknya bagi jemaah lelaki solat di dataran putih pada setiap waktu solat…Apa yang penulis perhatikan ada jemaah yang datang lewat tetapi ingin berada di saf hadapan, biasanya jemaah ini akan diusir oleh polis yang bertugas.

JAUHI KESALAHAN-KESALAHAN KETIKA DI HADAPAN KA’BAH.

Pertama: Jemaah wanita berada dalam saf lelaki

Kedua: Jemah wanita tidak menutup aurat seperti tidak memakai sarung kaki atau terkeluar rambut sedangkan menutup aurat menjadi salah satu syarat sah tawaf.

Ketiga: Jemaah lelaki yang berpakaian ihram tetapi nampak pusat. Tawafnya juga tidak sah

Keempat: Jemaah yang berpakaian ihram menghulurkan tangannya untuk disapu minyak wangi semasa jemaah bersedekah minyak wangi

Kelima: Perbuatan bergantung, mengusap pada kelambu Ka’bah, menangis-menangis merupakan perbuatan yang tidak pernah diajar oleh rasul s.a.w.

Keenam: Jemaah lelaki bertawaf dalam keadaan ihram tetapi memakai setokin atau khuf.

PERJALANAN PULANG 20-21 MAC 2010.

Hiba hati kerana meninggalkan tanah suci semoga Allah memberi peluang kepada hambanya ini untuk menjadi tetamunya dalam waktu yang terdekat. Bas kami meninggalkan hotel sejurus azan Asar dengan meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan, walaupun perkenalan dengan sebahagian jemaah hanya dalam masa lebih kurang sembilan hari, namun ianya merupakan satu pertemuan keimanan yang tidak boleh dilupakan moga-moga pertemuan ini termasuk dalam hadith : Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungannya, antaranya dua lelaki yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah…Amin semoga para jemaah mendapat umrah yang mabrurah, dan pengampunan dari-Nya…Maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang kita bersama…Ini sahaja yang saya mampu bantu, semuanya dengan izin Allah swt, semoga Allah swt mempertemukan kita dipertemuan yang lain. Sekiranya kita ditakdirkan tidak bertemu di dunia ini, semoga kita semua dihimpunkan di bawah panji Allah di akhirat nanti…Apa yang penting ialah kesinambungan setelah kita kembali ke tanah air. Kalau di Mekah dan Madinah kita boleh bangun awal pagi, banyak beribadat, datang awal ke masjid untuk solat berjemaah dan sebagainya mampukah kita meneruskannya??? Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua sebagaimana doa yang diajar oleh rasul s.a.w kepada Saidina Muaz bin Jabal R.a.: “ YA ALLAH BANTULAH DAKU UNTUK MENGINGATIMU, BERSYUKUR KEPADAMU DAN MELAKUKAN IBADAT DENGAN CARA YANG TERBAIK”

YA ALLAH YA TUHAN KAMI BANTULAH KAMI UNTUK MENERUSKAN IBADAT-IBADAT YANG KAMI DAPAT LAKUKAN DI TANAH SUCI-MU…YA ALLAH JADIKANLAH KAMI DIKALANGAN HAMBA-HAMBAMU YANG IKHLAS. YA ALLAH BANTULAH KAMI UNTUK MENJAUHKAN PERBUATAN MAKSIAT SEBAGAI MANA ENGKAU JAUHKAN ANTARA LANGIT DAN BUMI. YA ALLAH KAMI MOHON REDHAMU DAN SYURGAMU DAN KAMI MOHON PERLINDUNGAN DARI KEMURKAAN DAN AZAB NERAKAMU. YA ALLAH YA TUHAN KAMI KURNIAKAN KEPADA KAMI ISTERI-ISTERI DAN ZURIAT YANG MENJADI PENYEJUM MATA KAMI DAN JADIKANLAH KAMI SEBAGAI PEMIMPIN BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA( KL-KOTA KINABALU 21 MAC 2010)

Advertisements

4 responses to “CATATAN PERJALANAN ABU MUHAMMAD

  1. Askm, ust beli jam tangan kiblat di Madinah atau Mekah, senang dapat arah kiblat. Harga jam lebih kurang 130 rial.

  2. Alhamdulillah…. semoga segala amal ibadah Allah SWT qabulkan.

    Satu perjalanan yang cukup bermakna dalam memantapkan iman dan taqwa.

    Kali ini adalah dikalangan sahabat2 yang telah selamat menunaikan ibadah umrah. Sudah pasti ini adalah pilihan Allah SWT.

    InsyaAllah, akan datang bukan sahabat2 lain termasuklah ana juga memohon agar Allah SWT memilih kami untuk menjadi tetamunya…. amin..

    Lepas ni, bila lagi syekh bawa org umrah ni?

  3. RALAT….

    InsyaAllah, akan datang sahabat2 lain termasuklah ana juga memohon agar Allah SWT memilih kami untuk menjadi tetamunya…. amin..

  4. Tahniah…selamat kembali ke tanahair..moga lebih kuat kerja2 dakwah di Sabah..Terima kasih atas kiriman sms yang amat menghiburkan hati saya..InsyaAllah doakan saya dapat menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ni..saya tumpang kegembiraan membaca catatan perjalanan di blog ustaz..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s