MENCINTAI ORANG ANSAR SEBAHAGIAN DARI TANDA KEIMANAN

KELEBIHAN ANSAR(1)

*ANTARA SAHABAT NABI SAW DARI KALANGAN ANSAR IALAH ANAS BIN MALIK, SA’D BIN MUADH, KAAB BIN MALIK, SA’D BIN UBADAH, MUADH BIN JABAL, UBAY BIN KAAB, ZAID BIN THABIT, MUHAMMAD BIN MASLAMAH, USAID BIN AL-KHUDAYR, ABU AL-DARDA’, ABU DUJANAH, JABIR BIN ABDULLAH, ABDULLAH BIN AMRU BIN HARAM(BAPA JABIR), HASSAN BIN THABIT(PENYAIR), ABU TALHAH AL-ANSARI R.ANHUM …BERSAMBUNG

AYAT-AYAT AL-QUR’AN BERKAITAN GOLONGAN ANSAR

9. dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya. SURAH AL-HASYR

72. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan Pembela antara satu Dengan Yang lain. dan orang-orang Yang beriman Yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu Dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum Yang ada perjanjian setia di antara kamu Dengan mereka. dan (ingatlah) Allah Maha melihat akan apa Yang kamu lakukan. SURAH AL-ANFAL

74. dan orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia Yang mulia. SURAH AL-ANFAL

100. dan orang-orang Yang terdahulu – Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar. SURAH AL-TAWBAH

117. Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin dan Ansar Yang mengikutnya (berjuang) Dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka; Sesungguhnya Allah amat belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka.SURAH AL-TAWBAH

HADITH TENTANG KELEBIHAN ANSAR

Hadith 1

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ سَمِعْتُ قَتَادَةَ يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْأَنْصَارَ كَرِشِي وَعَيْبَتِي وَإِنَّ النَّاسَ سَيَكْثُرُونَ وَيَقِلُّونَ فَاقْبَلُوا مِنْ مُحْسِنِهِمْ وَاعْفُوا عَنْ مُسِيئِهِمْ

Hadis Anas bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kaum Ansar adalah golonganku dan kaum kepercayaanku. Walaupun manusia akan bertambah atau berkurang, namun mereka boleh menerima kebaikan kaum Ansar dan memaafkan kesalahan mereka.

 

(HADIS RIWAYAT MUSLIM) KITAB : Kelebihan Para Sahabat R.A

Hadith 2

عن أنس رضي الله عنه قال رأى النبي صلى الله عليه وسلم النساء والصبيان مقبلين قـــــــال حسبت أنــــه قــــــال من عرس فقـــــام النبي صلى الله عليه وسلـــــم ممثــلا فقـــال : (اللهـم أنتم من أحـــب الناس إليّ قالهـــا ثلاث مـــــرار) رواه البخاري ومسلم 

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan menyambut seorang pengantin. Maka Nabi s.a.w berdirimemberi penghormatan dan bersabda: Ya Allah, mereka adalah orang yang aku cintai. (Nabi mengulangnya sebanyak tiga kali. Iaitu Kaum Ansar.(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadith 3

وعن زيد بن أرقم قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( اللهم اغفر للأنصار ولأبناء الأنصار وأبناء أبناء الأنصار) رواه مسلم 

Diriwayatkan daripada Zaid bin Arqam r.a katanya: Rasulullah s.a.w berdoa: Wahai tuhanku! Ampunilah Orang-orang Ansar, anak-anak Ansar dan keturunan Ansar

Hadith 4

Diriwayatkan daripada Abu Usaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik kabilah Ansar ialah Bani Najjar, selepas itu Bani Abdul Asyhal, selepas itu Bani al-Haris bin Khazraj, selepas itu Bani Saidah. Sementara itu, pada setiap kabilah Ansar ada kebaikan. Saad berkata: Setahu aku, Rasulullah s.a.w mengutamakan kami. Ada yang berkata: Baginda s.a.w mengutamakan kamu dari kaum lain. HR AL-BUKHARI DAN MUSLIM

 

BEBERAPA CONTOH PENGORBANAN ORANG ANSAR DALAM PEPERANGAN UHUD

PERTAMA: 11 ORANG ANSAR MEMPERTAHANKAN RASUL SAW DALAM PERANG UHUD

Beberapa orang pemanah telah melakukan kesalahan di dalam peperangan Uhud apabila melanggar arahan Rasulullah s.a.w supaya tidak berganjak daripada tempat mereka.Tentera musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin Al-Walid mengambil peluang ini untuk mara ke hadapan menyebabkan tentera Islam menjadi kucar kacir sehingga tinggal 12 orang sahaja yang bersama Rasulullah s.a.w.Orang-orang musyrikin telah menghampiri rasulullah dan 12 orang tersebut . Maka, apakah yang telah dilakukan oleh orang-orang yang mencintai rasulullah dalam mempertahankan keselamatannya? Jawapannya adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Nasaie yang berbunyi :

 

عن جابر بن عبد الله قال :

 لَماّ كَانَ يَوْمَ أُحُدٍ وَوَلَّى النَّاسُ ، كَانَ رَسُولِ الله  صلى الله عليه وسلم  فِي نَاحِيَةٍ فِي اثْنَى عَشَرَ رَجُلاً مِنَ الأَنْصَارِِ وَفِيهِم طَلْحَةُ بن عُبَيدِ الله فَأَدْرَكَهُم الْمُشْرِكُونَ فَالْتَفَتَ رَسُولُ الله  صلى الله عليه وسلم  وَقَالَ : مَنْ لِلْقَومِ

 فَقَالَ طَلْحَة : أَنَا

قَالَ رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ : كَمَا أَنْتَ

فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ: أَنَا يَا رَسُولُ الله

فَقَالَ : أَنْتَ. فَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ ثُمَّ الْتَفَتَ فَإِذَا الْمُشْرِكُون فَقَالَ : مَنْ لِلْقَومِ

فَقَالَ طَلْحَة : أَنَا

َقَالَ : كَمَا أَنْتَ

فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ: أَنَا

فَقَالَ : أَنْتَ. فَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ ثُمَّ لَمْ يَزَلْ يَقُولُ ذَلِكَ وَيَخْرُجُ إِلَيهِم رَجُلٌ مِّنَ اْلأَنْصَارِ فَيُقَاتِلُ قِتَالَ مَنْ قَبْلَهُ حَتَّى يُقْتَل ، حَتَّى بَقِيَ رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  و طَلْحَة بن عبيد الله  فَقَالَ رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  : مَنْ لِلْقَومِ

فَقَالَ طَلْحَة : أَنَا.

فَقَاتَلَ طَلْحَة قِتَالُ الأحد عَشَرَ حَتَّى ضُرِبَتْ يَدُهُ فَقُطِعَتْ أَصَابِعُهُ فَقَالَ : حس

فَقَالَ رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  :  لَو قُلْتَ بِسْمِ الله لَرَفَعَتْكَ الْمَلاَئِكَةُ  وَالنَّاسُ يَنْظُرُونَ.

 ثُمَّ رَدَّ الله الْمُشْرِكِيْن.

Daripada Jabir-r.a. katanya : Ketika tentera Islam bertempiaran di dalam peperangan Uhud,Rasulullah berada di suatu sudut bersama 12 orang lelaki daripada kalangan Ansar.Termasuk di dalam bilangan itu adalah Talhah bin Ubaidillah r.a . Mereka telah dihampiri oleh orang-orang musyrikin.Rasulullah memandang kekiri dan kanan lalu berkata : (( Siapa yang akan melawan kaum musyrikin?))

Talhah menjawab : Saya

Rasulullah s.a.w bersabda : sebagaimana kamu?

Seorang lelaki daripada golongan Ansar : Saya, wahai Rasulullah.

Jawab nabi s.a.w : Ya, kamu.

Lelaki itu menentang orang musyrik itu sehingga beliau terbunuh.

Kemudian musyrikin menghampiri mereka lagi lalu Rasulullah bersabda : (( Siapa yang akan melawan kaum musyrikin?))

Talhah menjawab : Saya

Rasulullah s.a.w bersabda : sebagaimana kamu?

Seorang lelaki Ansar berkata : Saya.

Jawab nabi s.a.w : Ya, kamu.

Dia terus berperang sehingga terkorban.

Kemudian Rasulullah terus berkata sebagaimana tadi. Semua lelaki Ansar itu berperang seperti  orang yang sebelumnya  sehingga mereka juga terkorban. Maka tinggallah Rasulullah bersama Talhah bin Ubaidillah r.a .

Apabila Rasulullah berkata : (( Siapa yang akan melawan kaum musyrikin?))

Talhah menjawab : Saya

Talhah terus berlawan dan berperang seperti sebelas orang Ansar tadi sehingga tangannya tercedera dan jarinya terputus.Lalu dia berkata : Hissss.

Rasulullah bersabda : Kalau kamu berkata بسم الله ( Dengan nama Allah ) malaikat akan mengangkat kamu sedangkan orang ramai melihatmu.

Kemudian Allah mengalahkan kaum Musyrikin.

Kedua: Abu Talhah menggadaikan dirinya  kerana melindungi Rasullullah saw

 

روى الشيخان عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : ((لَماّ كَانَ يَوْمُ أُحُدْ انْهَزَمَ نَاسٌ مِن النَّاسِ عَن النَّبِيِّ وَأبو طلحة رضي الله عنه بَيْنَ  يَدَي النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم  مُجَوِّبٌ عليه بِحُجْفَة))

قال : (( وَكَانَ أبو طلحة رضي الله عنه رَجُلاً شَدِيدُ النَّزْعِ,وَكَسَرَ يَومَئِذٍ قَوْسَيْنِ أَوْ ثَلاَثاً ))

قال : ((وَكَانَ الرَّجُلُ يَمُرُّ مَعَهُ الجُعْبَةُ مِنَ النَّبَلِ فَيَقُولُ : ((انْثُرْهَا لأبي طلحة)).

قال : ((وَيُشْرِفُ  نبي الله صلىالله عليه وسلم  يَنْظُرُ إِلى الْقَوْمِ فَيَقُوْلُ أبو طلحة رضي الله عنه : (( يَا نَبِيَّ الله أنتَ وَأُمِّي!لاَ تُشْرِفْ.لاَ يُصِيْبُكَ سَهْمٌ مِنْ سِهاَمِ الْقَوْم. نَحْرِي  دُونَ نَحْرِكَ)).

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a katanya : Ketika berlakunya peperangan Uhud dan tentera Islam berada dalam keadaan kucar kacir,  tidak ramai sahabat yang bersama Rasullullah sawAbu Talhah  r.a berada di samping nabi sambil dengan perisainya. Abu Talhah r.a  pakar memanah sehingga pada waktu itu patah dua hingga tiga batang anak panah( kerana kuatnya panahan beliau)

Seorang lelaki berjalan bersamanya sebuah busur dengan anak panahnya dan berkata : Serahkannya kepada Abi Talhah. Nabi Allah s.a.w. naik ke tempat tinggi dan  melihat kaum musyrikin (musuh) lantas Abu Talhah berkata : Wahai Nabi Allah :Aku menebusmu dengan bapa dan ibuku! Jangan engkau naik ke tempat tinggi. Tidak ada satu anak panah musuhpun yang yang akan menembusimu. Leherku akan mempertahankan lehermu. 

 Ketiga: Abu Dujanah menjadikan dirinya sebagai perisai kerana melindungi Rasullullah saw:

روى الإمام ابن إسحاق عن محبّ صادق آخر بقوله : (( وترّس دون رَسُولِ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  أبو دجانة بنفسه ,ويقع النبل في ظهره , وهو منحن عليه,حتى كثر فيه النبل)).

 “Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Ishak tentang kasih sayang seorang sahabat terhadap Rasullullah :

Abu Dujanah menjadikan dirinya sebagai perisai untuk melindungi Rasulllullah. sehinggakan banyak anak panah mengenai belakangnya…

Keempat: Kematian seorang Ansar yang menggadaikan dirinya kerana melindungi Rasulllullah saw dan pipinya di atas kaki Rasullulllah saw

 

 Satu kisah lain yang berlaku di dalam peperangan Uhud ialah peristiwa seorang sahabat yang mempertahankan nabi SAW dan beliau meninggal dunia di atas tapak kaki Rasullullah saw. Imam Ibnu Ishak meriwayatkan : 

قال الإمام ابن إسحاق : وقال رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  حين غشية القوم : ((من رجل يشتري لنا نفسه؟ )).

فقام زياد بن السكن رضي الله عنه في نفر خمسة من الأنصار .

وبعض الناس يقولون : إنما هو عمارة بن يزيد بن السكن.

فقاتلوا دون رَسُولِ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  رجلا ثم رجلا , يقتلون دونه حتى كان آخرهم زياد أو عمارة ,فقاتل حتى أثبتته الجراحة , ثم فاءت فئة من المسلمين , فأجهضوهم عنه , فقال رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  : (( أدنوه مني )).

فأدنوه منه فوسده فدمه .

فمات وخده على قدم رَسُولِ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ 

Rasullullah berkata ketika bertemu dengan sahabat :

Siapakah lelaki yang sanggup menjual dirinya ( kerana Allah dan Rasul-Nya)?

Maka Zaid bin Al-Sakan dan sahabat dari kalangan Ansar seramai lima orang bangun.

Sebahagian orang mengatakan : Beliau ialah Umarah bin Yazid bin al-Sakan.

Mereka semua menjadikan diri mereka sebagai perisai mempertahankan Rasullulllah saw. Seorang demi seorang terkorban sehinggalah yang terakhirnya Ziyad atau Umarah . Beliau berperang sehingga mengalami kecederaan yang parah. Kemudian beliau diangkat oleh sekumpulan tentera Islam dan menurunkannya. Rasullullah bersabda: Angkat beliau kepadaku. Maka dia dibawa turun kepada nabi lalu dia bersandar kepada telapak kaki Rasulullah.

Kemudian beliau meninggal dunia di dalam keadaan pipinya di tapak kaki Rasulullah.

Kelima: Saad bin al-Rabi’ mengutamakan keselamatan Rasulullah s.a.w sedangkan beliau sendiri di dalam keadaan yang sangat lemah ( nazak).

 

Bukti salah seorang sahabat yang benar-benar mencintai Rasulullah di mana sekalipun beliau telah cedera parah (dalam keadaan nazak) di dalam perang Uhud  namun hati dan fikirannya tetap memikirkan tentang keselamatan Rasulullah s.a.w. Bahkan disaat akhir sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau mewasiatkan kepada kaumnya agar mengorbankan jiwa dan raga terhadap Rasulullah s.a.w.

.روى الإمام الحاكم عن زيد بن ثابت رضي الله عنه قال : ((بعثني رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  يوم أحد لطلب سعد بن الربيع رضي الله عنه وقال لي : (( إن رأيته فاقرئه مني السلام ,وقال له : (( يقول لك رَسُولُ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  : كيف تجدك ؟ )).

قال : ((فجعلت أطوف بين القتلى فأصبته وهو في آخر رمق , وبه سبعون ضربة : ما بين طعنة برمح ,وضربة بسيف ,ورمية بسهم , فقلت له : (( يا سعد ! إن رَسُولَ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  , يقرأ عليك السلام ,ويقول لك))خبرني كيف تجدك ؟ )).

قال : ((على رَسُولِ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  ,وعليك السلام , قل له : (( أجدني أجد ريح

الجنة )), وقل لقمي الأنصار : (( لا عذر لكم عند الله أن يخلص إلى رَسُولِ اللهِ  صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ  وفيكم شفر يطرف )).

قال: (( وفاضت نفسه.رحمه الله ))

Diriwayatkan oleh Imam al-Hakim daripada Zaid bin Thabit Ra. , katanya : Aku diminta oleh Rasullullah saw di dalam peperangan Uhud untuk mencari Sa’d bin al-Rabi’ Ra. Katanya: “ Kalau kamu melihatnya sampaikan salamku kepadanya dan katakan kepadanya : Rasullullah bertanya kepadamu : Bagaimana keadaanmu?

 Zaid bin Thabit berkata : Aku mencari-cari dan bertemu dengannya ketika beliau nazak. Pada tubuhnya kesan tujuh puluh tikaman lembing, pedang dan panah.

Aku berkata kepadanya : Wahai Sa’d ! Rasullullah saw menyampaikan salam kepadamu dan memberitahu kepadamu : Ceritakan bagaimana keadaanmu sekarang ?

Katanya : Selamat sejahtera ke atas Rasullullah dan  ke atasmu jua. Katakan kepadanya : Aku sedang mencium bau syurga dan katakan kepada orang-orang Ansar : ( Tiada keuzuran untuk kamu di sisi Allah mengelak diri dari nenebus diri untuk nabi  …

Kemudian beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga Allah merahmatinya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s