Monthly Archives: April 2010

ALHAMDULILLAH AHLAN WA SAHLAN ILA PUTERI KAMI YANG BARU

Alhamdulillah pada 14 Jamadil Awwal/29 April 2010 saya menghantar Ummu Awatif ke Hospital Likas selepas Asar. Ummu Awatif dimasukkan ke dewan bersalin jam 5.oo pm dan selamat melahirkan anak kami yang ketiga puteri pada jam 6.15 pm. Nampaknya tentera kami ketiga-tiganya lahir selepas Asar…Alhamdulillah…Namanya sudah ada dalam fikiran, 70% dah pasti, dua rangkap yang pertama dari empat wanita yang sempurna keimanannya  yang disebut oleh Rasul s.a.w iaitu Asiah, Maryam, Khadijah dan Fatimah…kalau nak bagi nama Maryam kakaknya Maryam Awatif  tak setuju…bila ditanya siapa nama adik katanya Khadijah…A’isyah…ana ada juga mencadangkan supaya dimasukkan nama Jamilah iaitu nama yang disyorkan oleh nabi apabila seorang sahabat nabi bernama  ‘ Asiah(Pelaku maksiat), lalu nabi katakan: kamu Jamilah…nabi juga pernah menukarkan nama Barrah kepada Zainab…kalau ada sahabat-sahabat yang bagi respond silakan sebelum ana ke pejabat pendaftaran hari Rabu ini, insha Allah hari ke-7…kalau sahabat-sahabat nabi apabila dapat anak mereka akan bertemu dengan rasul saw..antara nama-nama yang digalakkan oleh nabi saw ialah Muhammad, Abdullah, Abdul Rahman atau nama-nama nabi…wassalam

Advertisements

MERINDUI BUMI SYAM(GURU-GURU HADITH)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Saya mulakan dedikasi ini dengan mengajak pembaca mensedekahkan al-Fatihah buat guru saya al-Marhum Syaikh Ibrahim al-Aliyy…al-Fatihah..

Alhamdulillah sepanjang 4 tahun 8 bulan mengutip mutiara ilmu di bumi Jordan saya berkesempatan mempelajari hadith dan ulum hadith dengan beberapa guru. Saya tidak belajar secara formal ilmu hadith di kuliah shariah di universiti kerana saya mempelajari Bahasa Arab sepenuhnya di Kuliyah Adab tetapi syukur kerana sepanjang  berada di bumi Jordan saya sempat bertalaqqi dan menjadi mustami'(pendengar) di kuliah shariah. Antara guru-guru saya di kuliah shariah universiti of Jordan ialah:( Insha Allah dikesempatan yang lain saya akan menceritakan tentang guru saya ini satu persatu secara detail…

1. Dr.Id al-Sahib. Saya belajar dengannya Ulum al-Hadith dan kitab yang dibaca ialah kitab Dr.Nuruddin Itir berjudul Manhaj al-Naqd fi Ulum al-hadith

2.Dr.Yasir al-Shimaliyy. Saya belajar  Hadith 1 dengan dan membaca kitab Jami’ al-Ulum wa al-Hikam karya Ibn Rejab al-Hanbali dan Manahij al-Muhaddithin(Metodologi ahli hadith) yang ditulis oleh beliau sendiri.

Antara guru hadith saya ialah

al-'allamah al-muhadith syaikh syuaib al-Arnaut

3. Syaikh Syuaib al-Arnaut…salah seorang ulama hadith dan penyunting yang terkenal…berkecimpung dalam bidang hadith lebih dari empat puluh tahun…saya sendiri tak ingat bagaimana saya boleh menghadiri kelas Syaikh Suaib…kalau tak silap saya  di bawa oleh salah seorang dari keluarga tuan punyai maktabah Muassasah al-Risalah…harap2 Allah ingatkan saya orang tersebut kerana jasanya sangat besar bagi saya…kuliyah beliau diadakan di salah sebuah rumah di kawasan Syimsyani…Kali pertama saya datang dengan Ustaz Abdullah Din dan selepas itu beliau tidak dapat datang , mungkin ada keuzuran..selepas itu bilangan yang menghadiri kuliyah syaikh Syuaib bertambah…kemudian group ustaz Zamri NTV9 datang…ustaz Shahrul Nizam…Abid, Fakhzan…mereka ini sahabat2 group talaqqi di Amman…alangkah baik sekiranya zaman ini boleh berulang…kemanisan bertalaqqi tetapi peluang untuk belajar hanya sekali…Dengan syaikh syuaib saya belajar kitab Subulussalam, bermula dengan kitab bersuci dan atas cadangan Dr.Zuhayr yang menjadi pembaca kitab kepada syaikh beliau membaca kitab jual beli…Syaikh Syuaib seorang yang tidak putus ideanya…selepas itu pelajar Malaysia di  al-Bayt menjemput beliau menyampaikan ceramah tentang pengalaman beliau dalam bidang hadith…saya tidak hadir dalam majlis ini tetapi ustaz Sufiyan negeri Sembilan memberikan saya salinan tape…satu pengalaman seorang manusia yang menghabiskan hidupnya dengan hadith…pengalaman yang sangat berharga…saya sangat menyayangi Syaikh Syuaib kerana lebih 40 tahun beliau hidup dengan hadith nabi saw…

Satu masa kelas syaikh Syuaib sangat meriah kerana dihadiri oleh sahabat-sahabat dari universiti al-Bayt…jarak antara Mafraq ke Amman lebih 70 KM…kerana cintakan ilmu mereka sanggup menyewa coaster semata-mata untuk mendapatkan ilmu…antara yang hadir ustaz Aizam Masud, Ustaz Harmi dan lain-lain…

Merindui Syaikh Syuaib

Setelah 8 tahun meninggalkan Jordan, semasa datang ke Jordan pada tahun 2008 bersama keluarga tersayang, ibu, ummu awatif, ummu Nusaibah dan Maryam saya ke Dar al-Bashir untuk mendapatkan maklumat tentang Syaikh Syuaib, katanya pejabat beliau dekat dengn masjid Fadal Abbas di Jabal Husayn… saya mengambil teksi dan turun di masjid Fadal Abbas dan mencari-cari pejabat syaikh Syuaib seperti yang digambarkan kepada saya…tetapi takdir Allah saya tidak berjumpa…oleh kerana saya ada temujanji berikutnya di Masjid Sayyidah Aishah untuk bertemu dengan Dr.Muhammad Said Hawwa, saya akhirnya menahan teksi menuju ke kawasan Abdoon… saya ke Syimsyani pada hari Sabtu malam Ahad yang menjadi kebiasaan kuliah syaikh Syuaib tetapi saya tidak jumpa rumah yang menjadi kunjungan setiap minggu…Akhirnya pada tahun 2008 saya meninggalkan Jordan dengan perasaan sedih kerana tidak dapat bertemu dengan syaikh syuaib

Alhamdulillah pada tahun 2009, sekali lagi saya berpeluang ke Jordan. Kali ini bersama tuan Hj Fawzi Haw dan ustaz Sufian Said…kali ini saya berada lebih lama di Jordan…sekali lagi saya ke Dar al-Bashir dan saya mendapat nombor telefon dari salah seorang staf Dar al-Bashir…katanya jangan beritahu syaikh tentang anta dapat nombor ini dari saya…selepas itu saya menelefon syaikh dan alhamdulillah syaikh mengangkatnya…oleh kerana pada hari tersebut saya dan hj fawzi berangkat ke Syria saya membuat temujanji dengan beliau pada hari Selasa untuk bertemu di pejabatnya…

Sekembali dari Syria, kami sampai di Amman tengah malam dan alhamdulillah sebelah malam saya sempat menghadiri kuliyah Dr Fadal Abbas…keesokan pagi saya bersama Ustaz Pian dan Hj Fawzi ke Abdali seterusnya ke Jabal Husain untuk mencari syaikh Syuaib sekali lagi…saya cuba menelefon syaikh Syuaib tetapi telefonnya ditutup…Hari ini Jordan cuti sempena hari kemerdekaan…saya cuba mencari pejabat penyuntingan Muassasah al-Risalah( Maktab Tahqiq Muassasah al-Risalah)…pada awalnya kami tidak berjumpa sehingga kami hampir-hampir ingin pulang ke tempat penginapan…Akhirnya kami bertemu dengan rumah yang menjadi pejabat penyuntingan dengan bantuan seorang Arab…

Assalamualaikum…kami mengetuk pintu…Ini maktab tahqiq Muasssasah al-Risalah? Ya ..syaikh syuaib ada?..Maaf syaikh Syuaib tiada hari ini…hari ini cuti…alhamdulillah dapat kami berkenalan dengan Syaikh Adil Mursyid salah seorang penuntut lama syaikh syuaib. Lebih 18 tahun dia bersama syaikh Syuaib dalam kerja-kerja penyuntingan…Kami seterusnya di bawa masuk ke pejabat…melalui syaikh Adil kami mendapat nombor telefon rumah syaikh Syuaib…

Saya  seterusnya menelefon rumah syaikh Syuaib…telefon diangkat oleh anak perempuannya…Maaf syaikh tak ada..dia keluar…akhirnya kami putuskan untuk ke balad Amman(pusat bandar) untuk membeli beberapa buah tangan untuk di bawa pulang…dengan persoalan adakah dapat bertemu dengan syaikh atau tidak?

Selepas zohor, tuan Hj Fawzi pulang ke apartment yang disewa di hadapan universiti…saya dan ustaz Pian pulang ke Suweileh…sesampai di Suweileh saya mendapati dompet saya tercicir…mungkin tertinggal di dalam teksi yang saya naiki atau dibalad  Amman…saya cuba menelefon Hj Fawzi kalau-kalau ianya tertinggal termasuk dalam salah satu beg  plastik…setelah diperiksa tidak ada…harapan untuk berjumpa adalah tipis kerana esok kami akan bertolak pulang ke Malaysia…akhirnya saya ke Masjid Awwabin dan selepas solat Asar saya menjadi tamu ke Syaikh Dr Muadh Said Hawwa…saya mengadu masalah kepadanya … beliau mengajar kepada saya satu ilmu. Perbanyakkan baca surah al-Duha dan baca doa ini…

اللَّهُمَّ كَمَا رَدَدْتَ يُوسُفَ عَلَى أَبِيهِ رُدَّ عَلَيَّ ضَالَّتي

Allahumma kama radadta Yusufa ‘Ala Abihi Rudda ‘Alayya Dhallatiyy

Ya Allah sebagaimana Engkau kembalikan Yusuf, Engkau kembalikan harta kami yang hilang.

(Keesokannya saya pulang ke Malaysia dengan dompet saya tidak ditemui…alhamdulillah tidak berapa lama selepas itu saya mendapat panggilan dari Ustaz Ishraq UMS…Arab yang pegang dompet anta email kat ana..Alhamdulillah akhirnya ana dapat dompet tersebut dari orang sekampung ana yang belajar perubatan di JUST yang pulang sempena Aidil Fitri…semua yang ada dalam dompet tersebut tidak diusik walaupun sedikit…jujurnya orang Arab ini..namanya Mohd Syadi Kabatilo…rupa-rupanya dompet saya tercicir semasa membeli buah tin…)

Setelah mendengar beberapa nasihat dan tawjihat dari syaikh Murabbi Dr. Muadh Hawwa saya sekali lagi menelefon syaikh Syuaib..alhamdulillah beliau mengangkatnya…sila datang ke rumah selepas maghrib berhampiran Jami Zaki al-Dandasyi…saya terus ke apartment Hj Fawzi dan mengajak beliau ke rumah Syaikh Syuaib…kami menunggu ustaz Sufiyan tetapi beliau tidak sampai…kami meneruskan perjalanan terlebih dahulu kerana banyak jalan ditutup pada petang itu kerana rakyat Jordan menyambut raja mereka…puas juga berunding dengan pemandu teksi kerana ramai pemandu yang tidak mahu pergi kerana jalan sibuk dan banyak jalan di tutup…Akhirnya setelah melalui jalan yang tidak biasa dilalui dan dengan perjalanan lebih setengah jam ditambah hendak mencari masjid kerana pemandu teksi pun tak tahu juga, masjid di kawasan duwar madinah, perjalanan biasa hanyalah 5 -10 minit…alhamdulillah sebelum maghrib kami sampai di masjid tersebut..bila sampai di sini baru saya teringat 8 tahun yang lalu saya pernah sampai di sini ketika menemubual Ustaz Abdullah Tantawi tentang syaikh Said Hawwa… 

Apa yang saya perhatikan di masjid ini, jemaah-jemaahnya melimpah sampai keluar , hampir seperti solat  Jumaat..alhamdulillaj ini satu perkembangan positif yang saya lihat di Jordan…

Usai solat maghrib saya bertanya kepada salah seorang jemaah…Anda kenal syaikh Syuaib…alhamdulillah saya mengenalinya…anda tahu di mana rumahnya? Ya saya tahu…boleh tolong tunjukkan rumahnya…alhamdulillah dengan pertolongan akhirnya kami sampai ke rumah syaikh…

Di rumah kami disambut dan dilayan dengan baik…kami diajak oleh syaikh untuk makan malam bersama…hidangan disediakan oleh anak syaikh…isterinya telah meninggal dunia…syaikh berseloroh kalau saya kahwin dengan orang Malaysia ok tak?…Antara perbincangan kami adalah berkaitan kelas talaqqi yang disampaikan oleh beliau…sekarang ada tiga kelas seminggu, Jumaat malam Sabtu di Syimsyani, Ahad malam Isnin Kitab Sohih al-Bukhari dan malam selasa kelas khusus untuk golongan profesional…Beliau bertanya juga: Adakah kitab-kitab suntingan saya sampai ke Malaysia?…Diakhir pertemuan dia menghadiahkan kami 2CD kitab Musnad Imam Ahmad dan Siyar A’lam al-Nubala’ suntingan beliau dan pasukan penyunting Muassasah al-Risalah dalam bentuk PDF dan dia memberi kebenaran untuk menyebarkan…Sesiapa yang ingin mendapatkan copynya bolehlah berhubung dengan saya

4.Dr Anas Sobri…semasa kami belajar dengannya beliau sedang melanjutkan M.A dalam bidang hadith di Universiti of Jordan..Saya, ustaz Shahrul Nizam dan beberapa pelajar yang lain membaca sukatan Ulum al-Hadith bagi Jamiah al-Quds al-Maftuhah( Open University) dan alhamdulillah kami selesai membaca buku ini dari kulit ke kulit…kalau tak silap kami baca buku ini selepas Isyak hari Selasa…

5. Syaikh Abu Huzaifah…merupakan lepasan kuliyah hadith Universiti Islam Madinah al-Munawwarah, berasal dari Syria…saya mengenali Syaikh Abu Huzaifah melalui ustaz Abdullah Din…kami membaca dengan beliau hadith sohih Muslim setiap pagi selepas solat subuh…Alhamdulillah dapat istiqamah setahun dan lepas tu terhenti…antara yang sama-sama belajar ialah Dr.Azhar Yaakub dan sesekali ustaz…

6.Dr.Hammam Said merupakan pakar dalam ilmu ilal hadith…satu ilmu yang mendalam dalam ilmu hadith dan memerlukan kepada kefahaman…beliau juga sekarang merupakan Muraqib al-Am al-Ikhwan al-Muslimun di Jordan…saya belajar dengannya sohih al-Bukhari dan kitab berkaitan ilal hadith yang merupakan tesis Ph.D beliau…Kitab sohih al-Bukhari dibaca oleh beliau di masjid Abdul Rahman bin Auf berselang-seli dengan kelas tafsir selepas solat subuh…semasa saya mula menjejakkan kaki di Suweileh dr.Hammam sudah pun membaca kitab ini…beliau terus membaca dan terhenti  sekitar tahun 1997@1998. Kitab Ilal al-hadith merupakan kelas khusus yang diadakan di rumah beliau.

7. Dr.Muhammad Said Hawwa…Saya mengikuti kelas ini melalui seorang sahabat yang bernama Ihab..Pada peringkat awal kami membaca kitab ulum al-Hadith sebelum maghrib dan selepas maghrib kami membaca kitab sohih al-Bukhariyy…Dr.Muhammad menulis tesis PhDnya tentang metodologi imam al-Bukhari dalam al-Jarh wa al-Ta’dil…saya sempat menghadiri kelas ulum al-hadith beberapa kali sahaja…yang saya dapat belajar secara berterusan dari saya mula mengenali Dr Muhammad sehinggalan saya pulang ke Malaysia pada Mei 2000…

8. al-Marhum syaikh Ibrahim al-Aliyy…Saya belajar dengannya kitab Sohih al-Bukhariyy dan kitab Sohih Sirah Nabawiyah yang disusun oleh beliau sendiri…

9.Dr.Solah al-Khalidiyy…beliau merupakan pentafsir terkenal di Jordan…Saya belajar dengannya dua kitab iaitu al-Jami’ Bayna al-Sahihayn iaitu hadith-hadith yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim dan pada bulan ramadan, 3o minit sebelum berbuka saya belajar dengannya kitab Sohih Sirah Nabawiyah. Kami juga pernah belajar Sohih Muslim di teratak kami Dar al-Fikr selepas Asar hari Jumaat

KHUTBAH JUMAAT: MELAYARI INTERNET DENGAN PERTIMBANGAN IMAN

Firman Allah swt:

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

31.dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka…..; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah al-Nur

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt

Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah: “MELAYARI INTERNET DENGAN PERTIMBANGAN IMAN.’’

Timbul persoalan apakah hukum melayari internet @ berface book? Jawapannya hukum melayari internet adalah harus samalah seperti hukum berSMS, menonton televisyen pada perkara-perkara yang diharuskan, mengambil gambar dan penggunaan teknologi yang lain. Sesuatu yang harus boleh menjadi haram sekiranya disalahgunakan atau bertentangan dengan hukum Allah seperti pelakon yang berlakon sujud kepada syaitan dalam salah sebuah filem yang disiarkan dalam sebuah saluran televisyen baru-baru ini, demikian juga sesuatu yang harus boleh menjadi ibadat sekiranya niat dan tujuannya baik seperti berblog untuk berdakwah dan menulis sesuatu yang bermanfaat, menyebarkan artikel-artikel yang bermanfaat melalui email, menyebarkan hadith-hadith yang sohih melalui SMS atau medium-medium yang lain. Ringkasnya penggunaan teknologi moden memerlukan kepada pertimbangan iman.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Penggunaan internet tanpa pertimbangan iman boleh mendorong syahwat dan akhirnya membawa kepada perkara yang dilarang oleh Allah swt. Allah swt menjelaskan tentang kelemahan manusia dalam mengawal nafsu seperti dalam firman Allah swt:

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ

Ertinya :

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu…” (Al-Baqarah : 187)

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama’ isterinya di siang hari Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun, itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari. Berhubung dengan ketidak mampuan manusia dalam mengawal nafsu nabi saw menyarankan kepada umatnya yang melihat wanita yang cantik di luar supaya menunaikan hajatnya dengan isterinya di rumah. Ini semua menunjukkan kelemahan kita dalam mengawal hawa nafsu, justeru nafsu kita perlu dikawal dengan kawalan iman dan taqwa kepada Allah swt.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt

Sesiapa yang melayari internet tidak terlepas dari terdedah kepada elemen-elemen multimedia yang mempunyi unsur-unsur yang mendorong kepada syahwat sama ada berupa gambar-gambar wanita yang seksi atau menggoda dan waliyazubillah gambar-gambar porno atau klip video seks sama ada secara sengaja atau tidak sengaja lebih-lebih lagi secara berseorangan.., bahkan unsur-unsur ini tidak dapat dielakkan ketika kita menonton tv seperti siaran Astro Oasis yang banyak menayangkan program-program bermanfaat, program al-Kulliyah, Forum Perdana tetapi malangnya di tengah-tengah program tersebut diselitkan dengan iklan-iklan yang jelas mengundang kemurkaan Allah swt…kerana bimbangkan kepada kesan buruk dari televisyen seorang murabbi yang terkenal al-Syaikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitab Tarbiyatuna al-Ruhiyyah mengharamkan anak-anak menonton televisyen…kesan dari terdedahnya kepada anasir-anasir negatif ini, salah seorang dari rakan saya membuat soalan secara spontan kepada pelajar-pelajarnya siapakah di kalangan kamu tidak pernah  menulis surat cinta kepada rakan yang berlainan jantina…hasilnya 98% dari mereka mengatakan kami pernah menulis surat cinta… Marilah sama-sama kita beristighfar kepada Allah swt semoga Allah mengampunkan dosa kita semua..

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Salah satu penggunaan terkini internet yang mempunyai kebaikan dan keburukan ialah penggunaan facebook. Boleh dikatakan kebanayakan anak-anak muda hari ini berfacebook. Persoalannya bagaimanakah kita memanfaatkan face book untuk mendekatkan diri kita kepada Allah swt? Mana-mana mereka yang membuka face book pasti akan terdedah kepada gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat, kalau kita tidak memasukkan gambar tersebut, bagaimana dengan rakan-rakan facebook kita? Sekiranya rakan face book kita gemar untuk memasukkan gambar-gambar yang mengundang dosa maka lebih baik kita deletekan sahaja mereka dari senarai rakan kita..

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Persoalan lain apakah hukum seorang perempuan menjemput lelaki yang bukan mahram untuk menjadi rakan facebooknya atau seorang lelaki menjemput perempuan yang bukan mahram untuk menjadi rakan facebooknya? Persoalan ini perlu dijawab dengan pertimbangan keimanan…Persoalan ini kembali kepada niat berface book…Sekiranya tujuan berface book untuk tujuan pembelajaran antara seorang guru dan murid, untuk tujuan berinteraksi dengan seorang pendakwah, untuk tujuan nasihat-menasihati antara satu sama lain, tidaklah menjadi kesalahan, Cuma perkara yang perlu dipertimbangkan ketika berfacebook dengan tujuan yang disebut pe sejauh manakah kita boleh mengawal perasaan dan nafsu kita semasa kita berinteraksi dengan kaum yang tidak sejantina dengan kita? Tepuk dada tanyalah iman…sekiranya tujuan berface book sekadar untuk mengisi masa lapang, sekadar untuk dijadikan rakan bualan, sekadar hubungan untuk berkawan biasa dan akhirnya membawa kepada hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina  maka jauhilahnya kerana ia tidak lain kecuali menjadi pendorong maksiat dan membawa kepada perkara haram .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah;

Ayat yang dibaca diawal khutbah tadi memerintahkan kita supaya merendahkan pandangan mata apabila berhadapan dengan wanita yang bukan mahram, perintah ini termasuklah ketika kita berhadapan dengan wanita yang menutup aurat apatah lagi wanita yang tidak menutup aurat, justeru khatib menyarankan kepada para jemaah supaya mengingatkan diri mereka, isteri mereka, anak-anak mereka , adik-beradik perempuan mereka terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik supaya berhati-hati semasa memasukkan gambar-gambar peribadi mereka sekalipun gambar tersebut dalam keadaan menutup aurat supaya ianya tidak menjadi pendorong kepada dosa kepada lelaki yang mempunyai penyakit hati. Justeru khatib secara peribadi menasihatkan kepada golongan wanita supaya tidak menguploadkan gambar-gambar mereka diinternet kerana ia boleh menjadi tatapan umum, biarlah gambar itu menjadi kenangan dan tatapan mahram anda atau rakan-rakan sejantina anda…

Sidang Jumaat yang  dirahmati Allah;

Tidak dinafikan, ramai juga orang yang sudah punyai ilmu tetapi masih jatuh dan terlanjur melakukan maksiat akibat penyalahgunaan internet, sama ada serius atau tidak, besar dan kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak yang kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dan akar iman dan ilmu dengan segera terlebih dahulu, tanpanya, sebarang perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan amat mudah terseleweng akibat gangguan lain di pertengahannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk melayari internet dengan pertimbangan iman secara ringkas dan padat:-

1-Betulkan niat semasa melayari internet, berface book untuk mencari keredaan Allah swt atau tujuan-tujuan yang baik seperti menjalinkan hubungan dengan rakan-rakan sepengajian yang lama seperti rakan-rakan di sekolah atau rakan-rakan di universiti. Begitu juga berblog dengan tujuan berkongsi pengalaman yang baik dan mengingati nikmat Allah swt seperti dalam firman-Nya:

11. adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.(Surah al-Duha)

2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan. 

3. Utamakan kasih sayang antara ahli keluarga, jangan kerana asyik berinternet dan berfacebook berjam-jam di hadapan komputer sehingga kita lupakan sahabat di sebelah atau kita lupakan ibu bapa dan anak-anak kita

4. Putuskan hubungan ‘songsang’ dan ‘gelap’ sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer.

5. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

6. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu masa anda untuk melayari internet digunakan untuk perkara-perkara berfaedah dan mencari keredaan Allah

7. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian. Justeru apabila anda melayari internet anda akan melayarinya dengan pertimbangan iman

8. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat semasa melayari internet, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.

9. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit.  Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah.

10.Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera.  Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu    yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

11.Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk melayari internet dengan pertimbangan iman.

 Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

ARTIKEL BERKAITAN: Menolak Zina Dengan Mujahadah, Bukan Karamah!

JOM BELAJAR HADITH NABI SAW

SAYA MENJEMPUT MUSLIMIN/MUSLIMAT UNTUK MENGHADIRI KULIAH SOHIH AL-BUKHARI SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT

HARI: SELASA

MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT: SURAU AL-NUR, INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

KEHADIRAN: SEMUA DIJEMPUT HADIR

*KULIAH INI TELAH BERMULA PADA 6 APRIL 2010/23 RABIUL AKHIR

* Jemput ke web Saifulislam untuk membaca artikel  menarik bertajuk: Kelahiran di sebalik kematian

 

Alhamdulillah dengan izin Allah swt saya telah memulakan pengajian hadith sohih al-Bukhariyy di surau al-Nur, IP Gaya…Saya memilih untuk membaca kitab al-Janaiz(Jenazah) dari kitab sohih al-Bukhariyy… Mengapa kitab al-Janaiz yang menjadi permulaan? Kitab al-Janaiz menjadi pilihan  kerana beberapa sebab:

(a)Kitab ini bukan sahaja mengandungi hadith-hadith hukum berkaitan jenazah tetapi mengandungi hadith-hadith yang berkaitan zikrul maut(mengingati kematian). Contohnya Imam al-Bukhari memulakan kitab jenazah dengan bab “ Sesiapa yang mengakhiri kehidupannya dengan  لا إله إلا الله

Kitab al-Jinazah oleh imam al-Bukhari antara penulisan awal yang mengumpulkan hadith-hadith berkaitan zikrul maut sebelum terhasilnya karya-karya lain berkaitan Zikrul Maut seperti kitab yang ditulis oleh Imam al-Qurtubiyy pengarang kitab tafsir terkenal al-Jami’ li Ahkam al-Quran, berjudul al-Tazkirah Fi Ahwal Mauta…kitab ini telah habis dibaca oleh tuan Guru Nik Aziz puluhan tahun yang lalu…saya masih ingat semasa saya belajar di Kelantan pada tahun 1995, saya membeli beberapa kaset dan penyampaiannya sangat menarik dan menyentuh hati…ia dibaca oleh tuan guru sebelum beliau menjadi menteri besar lagi…kuliah tuan guru berkaitan kitab al-Qurtubiyy juga telah dibukukan dan saya telah membelinya pada masa itu…Dari segi metodologi dakwah tuan guru dalam setiap kuliahnya mengingati kamatian dan mengingat tentang hari akhirat tidak lekang dari kuliah beliau…

(b) Kitab ini mengingatkan kita tentang kematian…dan nabi saw menyebut: Orang yang bijak ialah orang yang merendahkan diri dan membuat persediaan selepas kematian…hadith-hadith dalam kitab ini mengingatkan kepada kita untuk membuat persiapan untuk menghadapi kematian…moga-moga Allah memasukkan kita  di kalangan mereka yang bijak kerana membuat persiapan menghadapi kematian…

(c) Diharap perbincangan berkaitan kitab al-Jinazah dapat melembutkan hati-hati kita yang selalu dipenuhi dengan titik hitam akibat dosa dan maksiat sekitar kita seperti dosa melihat perkara-perkara haram ketika melayari internet, dosa ketika menonton filem-filem dan drama di televisyen, dosa kerana melihat wanita-wanita yang mendedahkan aurat di sekitar kita dan dosa-dosa yang lain, moga hadith-hadith ini menjadi benteng kepada kita dari terjebak kepada dosa-dosa yang akhirnya akan mematikan hati…

Meraih ilmu di Serambi Mekah

‘Zikrayat: Kembara mencari ilmu di bumi  Syam(3)’

Gambar kenangan penulis semasa mengikuti kursus Bahasa Arab di Pusat Bahasa Nilam Puri pada hujung 1994- awal 1995 yang diperolehi dari Ziyad Akhtar

Usai SPM pada tahun 1994, saya bersama rakan saya Abu Hasif mengikuti kursus Bahasa Arab di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri…kali kedua saya di sini ialah pada bulan Julai 1996 mengikuti kursus persediaan Bahasa Arab sebelum ke Jordan pada Ogos 1996…Kesempatan berada di negeri Serambi Mekah telah digunakan oleh penulis untuk menghadiri kuliah Jumaat bersama-sama sahabat yang lain…Alangkah baiknya kalau semua majlis-majlis ilmu dihadiri oleh pendengar yang ramai…

  Sepanjang di Nilam Puri penulis sempat bekenalan dengan beberapa orang seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan rakannya ustaz…(saya tak ingat namanya)…Pada masa ini kedua-duanya berlumba-lumba untuk menghafaz al-Qur’an. Saya masih ingat Ustaz Zaharuddin biasanya membaca surah Yusof semasa beliau mengimami solat di masjid Kg.Laut…rakannya pula mempunyai semangat yang tinggi untuk menghafaz al-Qur’an dan saya tahu kemudiannya dia pernah memenangi pertandingan hafazan peringkat kebangsaan….Antara sahabat lama yang saya kenali di Nilam Puri ini ialah Ustaz Yusro yang kini bertugas di Melaka… Pada masa ini juga saya mempunyai hubungan rapat dengan ustaz Nuruddin al-Kurt yang berasal dari Turki..Beliau mengajar di pusat bahasa dan sedang melanjutkan pengajian di UKM pada peringkat MA..

           Kedatangan saya kali kedua ialah pada bulan Julai/Ogos…Kali ini saya mengajak arwah ayah untuk menemani saya…kami berdua menaiki bas sahaja untuk ke sini kerana sepanjang hidup beliau, kami tidak pernah berkereta, yang ada ialah motor Honda CM977…Kursus kali ke-2 disertai 70 orang pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia di samping pelajar-pelajar Kelantan yang akan menyambung pengajian mereka di Mesir…Di sini saya banyak belajar tentang gerakan Islam…

Nostalgia: PERJALANAN MENJADI TETAMU DATARAN SYAM(2)

SMKA TAHAP PERMULAAN KE JORDAN

Selepas UPSR…terima kasih kepada guru-guru yang mengajar di sekolah rendah dan secara khususnya kepada Cikgu Tahir yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik…saya tidak ada apa-apa maklumat tentang beliau kerana selepas UPSR beliau berpindah ke Perak…harap satu masa saya dapat bertemu dengan beliau… dan Sir Saleh yang mengajar Bahasa Inggeris…Alhamdulillah dengan Cikgu Salleh saya sentiasa berhubung dengannya dari semasa ke semasa…kalau hadir ke kuliah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man setiap malam selasa, Insha Allah berjumpa dengannya….Saya masih ingat masa tu kalau tak hafaz perkataan Bahasa Inggeris kena berdiri atau rotan…hasilnya dapat A…tapi bila masuk sekolah menengah prestasi Bahasa Inggeris semakin lemah….

Selepas UPSR saya menghadiri temuduga untuk masuk sekolah agama kerajaan negeri…Sekolah Menengah Agama Jengka Pusat…sekarang dah bertukar nama Ma’had al-Diniyy Sultan Ahmad Shah…saya memulakan pengajian menengah di sini dan sempat belajar di sini sekitar dua minggu…Pada masa yang sama saya juga memohon Asrama Felda…Saya mendapat tawaran ke sini tetapi Allah tidak menggerakkan hati untuk ke sana…

Saya ada memohon ke SMKA TAHAP tetapi saya tidak termasuk dalam senarai awal…Arwah bapa cuba memohon bantuan dari Ustaz Zul yang bertugas di  Jabatan Pelajaran Pahang dan selepas dua minggu saya mendapat tawaran ke SMKA TAHAP…

Dua kakak saya yang belajar di sekolah agama kerajaan negeri memberi pandangan kepada saya untuk meneruskan pengajian di sekolah agama kerajaan negeri dengan alasan belajar di sekolah agama dapat dua sijil dan boleh menyambung pengajian di timur tengah(Mesir)…tetapi Allah menggerakkan hati saya untuk memilih SMKA TAHAP…

Alhamdulillah saya menjejakkan kaki di SMKA TAHAP dengan hati yang sayu kerana inilah kali pertama saya meninggalkan keluarga…Rupa-rupanya selepas itu saya selalu jauh dari keluarga…Terlalu banyak kenangan manis dan pahit di SMKA TAHAP yang saya tidak dapat nukilkan di ruangan ini…

Di tingkatan 1, saya ditempatkan di kelas 1 Ibnu Sina…Minat saya terhadap bahasa Arab adalah di tingkatan 2 Ibnu Sina semasa belajar dengan Ustazah Halizan Daud kakak kepada ustaz Zuridan yang sekarang merupakan pensyarah di Universiti Malaysia Pahang…saya tertarik dengan cara pengajaran Ustazah Halizan yang baru tamat di UKM…hasilnya penguasaan bahasa Arab saya meningkat di samping subjek-subjek yang lain…

Pada tahun 1992 saya mengambil SRP. Tahun ini merupakan tahun terakhir SRP dan mulai 1993 PMR diperkenalkan. Di tingkatan 4  Ibnu Khaldun & 5 Ibnu Khaldun saya belajar Bahasa Arab Komunikasi dengan Ustaz Nik Adnan dan Bahasa Arab Tinggi dengan Ustazah Norana.

Ditingkatan 4, SMKA TAHAP didatangi oleh Tuan Haji Zohdi(haji muda) yang sebelum ini belajar di SMA al-Ihsan, Kuantan dan dengan beliau saya belajar ilmu pidato…Dengan kelebihan beliau kami berempat dapat ke Kuching, Sarawak menyertai pertandingan forum perdana… Pada tahun ini Haji Zohdi dilantik sebagai ketua umum dan saya sebagai setiausahanya…

Semasa tingkatan 5, Hj. Zohdi memberitahu dia ada memohon untuk ke Jordan dengan Yayasan Pahang…ini serba sedikit memberi inspirasi untuk saya belajar di Jordan…pada tahun ini kami berforum tanpa adanya Hj.Zohdi kami hanya sampai ke peringkat negeri…

Alhamdulillah setelah mendapat keputusan SPM saya memohon biasiswa ke Jordan dan yang hadir temuduga dari SMKA TAHAP ialah saya dan ustaz Khairul Amin  di samping beberapa calon lain dari seluruh negeri Pahang…Salah seorang penemuduga ialah ustaz Shaari Yatim dari Sektor Pendidikan Islam yang memang sudah saya kenali sebelum ini kerana dua kali beliau mengiringi saya ke pertandingan syarahan Bahasa Arab sempena sambutan Maal Hijrah…dari yang hadir itu dua orang dari negeri Pahang terpilih iaitu saya dan Ustaz Khairul Amin,,,

Nostalgia: PERJALANAN MENJADI TETAMU DATARAN SYAM(1)

Dengan nama yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Firman Allah SWT:

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. Surah al-Duha(93):11

Hamba Allah(saya) tidak pasti apakah mampu untuk meneruskan coretan ini atau tidak. Catatan sekadar satu catatan perjanan peribadi penulis yang kerdil yang mungkin boleh menjadi suntikan semangat untuk adik-adik yang hendak melanjutkan pelajaran di bumi Jordan satu bumi yang diberkati Allah swt sebagaimana firman-Nya:

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Surah al-Isra:'(17):1

Salah satu tempat yang termasuk dalam ruang lingkup sekeliling Masjidil Aqsa ialah bumi Syam yang sekarang terdiri dari bumi Jordan dan Syria…bagi mereka yang berpeluang untuk ke sana, janganlah dilepaskan peluang untuk menuntut ilmu di sani, sama ada diperingkat ijazah pertama, M.A atau Ph.D…

Dalam kesibukan tugas-tugas harian di sekolah, kerja-kerja gerakan Islam di samping usaha untuk menyiapkan tesis…hamba Allah tidak pasti mampu meneruskan usaha ini…sekiranya ia sesuatu yang baik engkau permudahkannya ya Allah…sekiranya tidak baik maka hamba Allah memohon keampunan dari-Mu atas kekurangan…Astaghfirullah…

PERMULAAN YANG BAIK

Kisah ini bermula semasa hamba Allah belajar di tahun 4@5. Pada masa ini Ustzah Zarina yang berasal dari Felda Padang Piol, Jerantut melaporkan diri sekolah…hamba Allah tidak tahu di mana dia sekarang…tiada maklumat sejak dia berpindah semasa hamba Allah di tahun enam…semoga beliau berada dalam kesejahteraan dan perlindungan Allah sentiasa. Katanya:

“Di Temin ada SMKA Pahang, lepas UPSR belajarlah di sana”

Ustazah Zarina adalah pendorong awal hamba Allah untuk belajar dalam bidang agama…