Monthly Archives: Jun 2010

Umrah jejak rasul dan sahabat(15)Muthallath Nasi Tiga Lapis

 

Alhamdulillah pada sebelah malam, selepas solat Isyak saya bersama Ustaz Asyik al-Hafiz pelajar Universiti Islam Madinah al-Munawwarah, Abdul Halim…Hj.Ruslin dan Ustaz Zaki dapat bersama-sama menikmati hidangan mutallath dengan dual lauk iaitu anak unta dan kambing… Pada perancangannya Abang Jamil dan Hj.Yusop akan join sekali tetapi takdirnya lepas Isyak kami tak bersua…Kami ke restoran tersebut dengan menaiki ” Kereta Kambing” iaitu lori kecil dengan bayaran 2 Riyal seorang….Nampaknya ustaz Zaki dan Hj.Ruslin bersemangat…saya Alhamdullilah dah makan muthallath bersama dengan Ustaz  Shahrul Nizam pada bulan Mac yang lalu…

Advertisements

UMRAH JEJAK RASUL DAN SAHABAT(14)KHUTBAH YANG BERKESAN: BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA

Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Syaikh Solah al-Budayr adalah salah satu khutbah yang sangat berkesan yang pernah didengari oleh penulis walaupun tajuk yang disampaikan menyentuh perkara asas dalam agama tetapi ia sangat penting.

Firman Allah Taala:

23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).

24. dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

25. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa Yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang Yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang Yang bertaubat. ( Surah al-Isra’)

Demikianlah ayat yang dibaca oleh Imam dalam rakaat pertama solat Jumaat…

Khutbah yang disampaikan oleh Syaikh Al Syaikh adalah berhubung kewajipan mentaati ibu bapa dan akibat menderhakai ibu bapa. Beliau memulakan khutbah dengan menjelaskan bahawa antara nikmat yang paling besar ialah mempunyai ibu bapa yang masih hidup dan yang lebih besar ialah dapat hidup bersama ibu bapa. Beliau kemudiannya membaca hadith-hadith berkaitan berbakti kepada kedua ibu bapa dan seterusnya memberi peringatan kepada mereka yang menderhakai ibu bapa dengan mengulang-ngulang pernyataan wahai anak-anak yang menderhakai kedua ibu bapa…beliau menyampaikan khutbah dengan penuh khusyuk sehingga menyentuh jiwa pendengarnya…mudahnya orang-orang yang berada di Madinah nak menangis kerana khusyuk dan takut kepada Allah SWT…khatib sendiri terhenti menyampaikan khutbah kerana menangis mengingatkan tentang  akibat anak yang menderhakai ibu bapa…Marilah sama-sama kita hargai ibu bapa kita selagi mana mereka masih hidup

Berikut adalah info ringkas tentang Syaikh Husayn Al al-Syaikh:

Beliau ialah Husayn bin Abdul Aziz bin Husayn Aal al-Syaikh. Imam dan khatib masjid Nabawi yang dilantik sejak 1419H. Beliau belajar dengan beberapa syaikh, antaranya belajar Tauhid dan kitab Zadul Maad(Sirah) dengan syaikh Fahd al-Hamid, belajar fiqh dan hadith dengan syaikh Abdullah al-Jabrain, dengan syaikh Abdul Aziz al-Daud beliau belajar fiqh, belajar qawaid fiqhiyyah dengan syaikh Abdullah al-Ghadyan dan menghadiri kelas Syaikh Abdul Aziz bin Baz

JEJAK RASUL DAN SAHABAT(13)KALI PERTAMA MENJADI TETAMU KOTA BERCAHAYA

Ramai sahabat yang membeli kamera digital apabila menjadi tetamu nabi SAW di Madinah…Bulan Mac dahulu Ustaz Muhammad dan bulan Mei ini abang Jamil..

Teringat semasa kali pertama sampai di Madinah lebih kurang 9 tahun yang lalu(Ramadan 1997), pada masa ini kamera dan pergambaran tidak dibenarkan di dalam masjid Nabawi, justeru gambar-gambar tersebut hanya tersemat di memori. Saya menyertai rombongan al-Syuab al-Islamiyah( Umat Islam yang terdiri dari pelbagai bangsa…Melayu…India…Turki…Afrika…Cina) anjuran Markaz al-Thaqafiyy al-Islamiyy, Masjid Universiti of Jordan…Kos yang dikutip dari setiap peserta pada masa itu hanyalah JD25xRM3.00…Antara sahabat yang bersama ialah YB ustaz  Ahmad Baihaqi dan Ustaz Hamizul… Keadaan Madinah pada masa itu jauh berbeza dengan Madinah pada hari ini….yang masih diingatan pada masa itu ialah keseronokan berbuka puasa di halaman luar Masjid Nabawi. Para dermawan berebut mencari jemaah untuk berbuka puasa bersama mereka…Menunya ialah nasi beriani dan belum ada pakej yang menyediakan makanan Melayu seperti hari ini. Makan sahur  kena cari sendiri…Di Madinah kami berjalan lebih kurang sepuluh minit untuk ke Restoran Indonesia…Semuanya sudah tidak ada pada hari ini…

Jejak rasul dan sahabat 12: Kitab solat musafir dan pameran buku Antarabangsa Universiti Tibah

Usai solat Asar Sabtu 29/5/2010 saya ada temujanji dengan Asyik salah seorang junior di SMKA TAHAP…sempat juga menadah kitab 15 minit dari kitab Rawdat al-Talibin berkaitan kitab solat musafir…Dalam mazhab Syafie solat Jama’ atau Qasar boleh dilakukan selagi mana seorang yang bermusafir tidak berniat untuk berada di tempat tersebut tidak lebih dari 4 hari 4 malam… Sekiranya berniat berada di tempat tersebut lebih dari empat hari empat malam maka dia dianggap bermukim dan tidak lagi mendapat rukhsah jama’ atau pun Qasar…  

Alhamdulillah perjalanan kali ini dipermudahkan dengan adanya pameran buku antarabangsa berhampiran masjid bilal. Masjid bilal terletak kira-kira 150m dari arah depan masjid nabawi dari sebelah bab al-Salam…Saya ke sana selepas solat Asar usai pengajian kitab solat musafir di masjid nabawi…Di sini sempat saya membeli beberapa buku khususnya tesis-tesis yang sudah dicetak…

Jejak Rasul dan Sahabat 11: Akad Nikah di Rawdah

Alhamdulillah para jemaah dapat menggunakan kesempatan untuk berada di Rawdah dengan sebaiknya sehinggalah ke saat-saat terakhir meninggalkan Mekah sehinggakan ada jemaah yang dapat menyaksikan akad nikah orang Indonesia yang dijalankan di rawdah. Di sini digariskan beberapa tip untuk beribadah secara yang agak selesa di Rawdah berdasarkan pengalaman jemaah umrah…

(a)Pada kebiasaannya di rawdah dibuka untuk muslimah selepas Isyak sehingga pertengahan malam, mungkin jam 11.00 malam tetapi saya tidak pasti, kemudian lebih kurang waktu duha sehingga sekitar jam 10.00 pagi dan selepas solat zohor. Para jemaah boleh mengambil kesempatan untuk solat sunat selepas Isyak dan selepas zohor dengan keadaaan yang agak selesa…Sekiranya suasana di dalam Rawdah sudah penuh dan sesak, maka jemaah perlu mencari saf yang paling dekat dengan rawdah seperti berhampiran dengan tempat muezzin( kawasan yang agak tinggi dalam kawasan rawdah)…Selesai solat zohor contohnya jemaah masuk ke dalam kawasan rawdah dan solat jenazah di dalamnya…semasa solat jenazah petugas-petugas masjid nabawi akan memasang tirai pemisah untuk membolehkan jemaah muslimah masuk ke kawasan rawdah…Dengan cara ini jemaah akan berada dalam kawasan rawdah bahagian hadapan dan dapat menggunakan ruang masa sekitar 10-15 minit untuk melakukan solat sunat, zikir dan ibadat-ibadat yang lain. Selepas solat jenazah tidak ada lagi jemaah yang boleh masuk ke dalam kawasan rawdah dan yang tinggal hanyalah jemaah yang berada di dalam

(b) Cara kedua ialah dengan mamasuki kawasan rawdah dari arah belakang selepas solat zohor atau Isyak dan carilah ruang yang ada untuk solat sunat sekadar dua rakaat. Selepas sekitar sepuluh minit petugas-petugas akan meminta jemaah untuk mengosongkan kawasan tersebut…

(c) Rawdah akan dibuka seawal jam 2.00 pagi. Sekiranya jemaah datang sekitar jam 140 pagi, biasa sudah dibuka dan masih terdapat banyak ruang kosong. Sekiranya mampu dapatkan saf pertama berhampiran dengan bilik Aisyah( makam nabi s.a.w) kerana tiada jemaah yang lalu lalang di kawasan ini….sekiranya tidak dapat cuba berada di hadapan tiang Sayyidah Aisyah dan Tiang Taubat kerana pemisah akan dipasang di kawasan ini selepas solat…

(d) Sekiranya jemaah terlewat dan mendapati ruang Rawdah telah penuh, dapatkan faedah berada dalam saf pertama dan duduk berhampiran pintu masuk Rawdah dari arah hadapan. Terdapat dua pintu masuk ke Rawdah yang dikawal oleh polis, selesai solat subuh, jemaah masuk ke dalam rawdah sebelum solat jenazah dan mengerjakan solat jenazah di dalam rawdah. Selepas solat jenazah tiada lagi jemaah yang dibenarkan masuk. Iktikaflah di dalam kawasan rawdah sehingga masuk waktu duha. Selepas solat duha dua rakaat bersegeralah keluar dari kawasan rawdah untuk member ruang kepada pegawai masjid membuat persediaan untuk member ruang kepada jemaah muslimah untuk solat di rawdah…Salah seorang jemaah menangis selepas menggunakan strategi ini kerana dapat beribadah dengan selesa di rawdah…

Semoga dengan tips ini membantu jemaah melakukan ibadah dengan selesa di Rawdah.

Hadith 88(7 Rejab 1431H)

Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

Ertinya : Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :” Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini” maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)TERJEMAHAN USTAZ ZAHARUDDIN

Jejak Rasul&sahabat 10(King Abdul Aziz International Airport & lubang ular)

 

ALHAMDULILLAH kami selamat mendarat di Jeddah seperti yang dijadualkan…selesai urusan imegresen kami Solat Jama’ Maghrib dan Isyak dan terus ke bas untuk meneruskan perjalanan menuju ke Madinah al-Munawwarah…Makan malam kami disediakan oleh tuan Hj.Suhaimi…sementara jemaah menjamu selera saya dan tuan haji Suhaimi menguruskan passport…lebih kurang jam 9.00 malam kami meninggalkan airport Jeddah menuju ke Madinah dengan menaiki bas besar…Alhamdulillah perjalanan yang cukup menyelesakan…Lebih kurang 1 jam sebelum tiba di Madinah, saya membaca beberapa hadith tentang kelebihan Madinah dan antaranya ialah:

(إن الإيمان ليأرز إلى المدينة كما تأرز الحية إلى جحرها ) رواه البخاري ومسلم

Sesungguhnya Iman akan kembali dan berkumpul di Madinah sebagaimana ular masuk ke lubangnya. HR Riwayat Imam al­­­Bukhariyy

Hadith ini juga salah satu dari dua hadith yang ditulis salah satu dua pintu masuk rawdah, sebelah kiri mihrab…

Benar apa yang disebut oleh rasul saw dan buktinya dapat dilihat di rawdah sendiri apabila para jemaah berlumba-lumba untuk melakukan pelbagai ibadat di sini..