POLIGAMI ANTARA MADU DAN HEMPEDU(I)PENGALAMAN AL-SYAIKH AL-MUJAHID SAID HAWWA

Alhamdulillah antara usaha positif  yang dijalankan untuk memberi kefahaman tentang poligami menurut Islam ialah usaha yang dijalankan di negeri Kelantan iaitu forum berjudul ” Poligami antara madu dan  hempedu.”

Sebagaimana yang dimaklumi hukum asal berpoligami adalah harus, maka sesuatu yang harus boleh menjadi madu sekiranya tujuan, hasrat dan caranya betul sebaliknya menjadi hempedu sekiranya niat dan caranya tidak betul…Insha Allah dikesempatan lain saya akan bincangkan isu ini secara terperinci…fokus perbincangan saya kali ini ialah berkaitan pengalaman Said Hawwa seorang tokoh gerakan Islam terkenal dalam isu poligami berdasarkan pertemuan saya dengan beberapa individu yang terlibat secara langsung dengan beliau…

PANDANGAN SAID HAWWA TENTANG POLIGAMI SEBELUM BERKAHWIN

Said Hawwa antara individu yang banyak  bercerita dengan teman-teman seperjuangan berhubung isu poligami sehinggakan seorang rakannya di universiti ; Syaikh Amir Zakiyyah berkata:

Said Hawwa pernah melamar saudara kandung perempuan saya, oleh kerana beliau terlalu banyak membincangkan topik poligami(seolah-olah beliau akan berpoligami), maka saya tidak menerima lamarannya.”

SAID HAWWA SUAMI YANG SETIA.

Setelah berkahwin dengan Ummu Muhammad pada usia yang agak lewat iaitu 30 tahun , Said Hawwa bersama keluarganya berpindah ke Arab Saudi dan bertugas di bebarapa tempat seperti al-Ihsa’ dan al-Madinah al-Munawwarah…al-Syaikh Amir Zakiyyah yang berjumpa dengan beliau selepas beliau berkahwin dan bertanya:

Said Hawwa sebelum berkahwin anta banyak membicarakan tentang poligami tetapi sekarang anta langsung tidak bincang fasal poligami.

Said Hawwa menjawab:

Setelah aku berkahwin aku dapati Ummu Muhammad seorang yang sangat baik. Maka kerana setia kepadanya aku berjanji tidak akan berkahwin dengan orang lain selagi mana beliau masih hidup.

 Ternyata Said Hawwa seorang yang setia dengan janjinya, Said Hawwa kembali kerahmatullah ketika berusia 54 tahun pada tahun 1989 dengan meninggalkan seorang balu Ummu Muhammad dan empat orang anak tiga lelaki iaitu Muhammad, Ahmad dan Muaz dan seorang perempuan Fatimah…sehingga ke saat penulisan ini(sepengetahuan penulis) Ummu Muhammad masih hidup dan tinggal dengan anak sulungnya Dr.Muhammad di Abdoon Jordan…maksudnya usia Ummu Muhammad 54+21=75 tahun…

Menurut anak bongsu Said Hawwa, al-Syaikh al-Murabbi Muaz bin Said Hawwa ibunya seorang yang solehah kerana neneknya adalah seorang hafizah al-Quran.

Bagi penulis pula Ummu Muhammad seorang yang berjaya mendidik anaknya…beliau menjaga anaknya sepanjang Said Hawwa berada di penjara selama lima tahun, sanggup melayan tetamu al-Marhum yang sangat ramai…ALHAMDULILLAH  anak2nya kini semuanya bertitle Doktor Falsafah dalam bidang pengajian Islam…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s