Usai solat Asar Sabtu 29/5/2010 saya ada temujanji dengan Asyik salah seorang junior di SMKA TAHAP…sempat juga menadah kitab 15 minit dari kitab Rawdat al-Talibin berkaitan kitab solat musafir…Dalam mazhab Syafie solat Jama’ atau Qasar boleh dilakukan selagi mana seorang yang bermusafir tidak berniat untuk berada di tempat tersebut tidak lebih dari 4 hari 4 malam… Sekiranya berniat berada di tempat tersebut lebih dari empat hari empat malam maka dia dianggap bermukim dan tidak lagi mendapat rukhsah jama’ atau pun Qasar…
Alhamdulillah perjalanan kali ini dipermudahkan dengan adanya pameran buku antarabangsa berhampiran masjid bilal. Masjid bilal terletak kira-kira 150m dari arah depan masjid nabawi dari sebelah bab al-Salam…Saya ke sana selepas solat Asar usai pengajian kitab solat musafir di masjid nabawi…Di sini sempat saya membeli beberapa buku khususnya tesis-tesis yang sudah dicetak…