UMRAH JEJAK RASUL DAN SAHABAT(14)KHUTBAH YANG BERKESAN: BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA

Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Syaikh Solah al-Budayr adalah salah satu khutbah yang sangat berkesan yang pernah didengari oleh penulis walaupun tajuk yang disampaikan menyentuh perkara asas dalam agama tetapi ia sangat penting.

Firman Allah Taala:

23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).

24. dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

25. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa Yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang Yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang Yang bertaubat. ( Surah al-Isra’)

Demikianlah ayat yang dibaca oleh Imam dalam rakaat pertama solat Jumaat…

Khutbah yang disampaikan oleh Syaikh Al Syaikh adalah berhubung kewajipan mentaati ibu bapa dan akibat menderhakai ibu bapa. Beliau memulakan khutbah dengan menjelaskan bahawa antara nikmat yang paling besar ialah mempunyai ibu bapa yang masih hidup dan yang lebih besar ialah dapat hidup bersama ibu bapa. Beliau kemudiannya membaca hadith-hadith berkaitan berbakti kepada kedua ibu bapa dan seterusnya memberi peringatan kepada mereka yang menderhakai ibu bapa dengan mengulang-ngulang pernyataan wahai anak-anak yang menderhakai kedua ibu bapa…beliau menyampaikan khutbah dengan penuh khusyuk sehingga menyentuh jiwa pendengarnya…mudahnya orang-orang yang berada di Madinah nak menangis kerana khusyuk dan takut kepada Allah SWT…khatib sendiri terhenti menyampaikan khutbah kerana menangis mengingatkan tentang  akibat anak yang menderhakai ibu bapa…Marilah sama-sama kita hargai ibu bapa kita selagi mana mereka masih hidup

Berikut adalah info ringkas tentang Syaikh Husayn Al al-Syaikh:

Beliau ialah Husayn bin Abdul Aziz bin Husayn Aal al-Syaikh. Imam dan khatib masjid Nabawi yang dilantik sejak 1419H. Beliau belajar dengan beberapa syaikh, antaranya belajar Tauhid dan kitab Zadul Maad(Sirah) dengan syaikh Fahd al-Hamid, belajar fiqh dan hadith dengan syaikh Abdullah al-Jabrain, dengan syaikh Abdul Aziz al-Daud beliau belajar fiqh, belajar qawaid fiqhiyyah dengan syaikh Abdullah al-Ghadyan dan menghadiri kelas Syaikh Abdul Aziz bin Baz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s