Monthly Archives: Julai 2010

TAKZIAH KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEMOGA ALLAH MEMBERI GANJARAN PAHALA YANG BESAR

Alhamdulillah setiap pagi kita sepatutnya bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberi nafas dan kesihatan badan kepada kita semoga kita terus diberikan kesihatan moga-moga Allah memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan tetamu yang sentiasa dirindui Ramadan al-Mubarak yang semakin hampir…

Diruang ini, penulis ingin mengucapkan takziah kepada beberapa sahabat yang kehilangan orang yang disayangi semoga Allah memberi ganjaran yang besar sebagaimana yang diajar oleh rasul saw:

 عَطَّمَ اللهُ أَجْرَكُم

” semoga Allah memberikan kepadamu pahala yang besar.”

1. Takziah kepada Abang Azmi(Nikki Management), isteri, Azlan dan keluarga atas pemergian ibu Abang Azmi yang meninggal dunia beberapa hari selepas kewafatan al-marhum tuan Hj. Nahar. Saya sendiri pernah beberapa kali bertemu dengan ibu abang Azmi(al-Marhumah)  dan kali terakhir sekitar tahun 2004-2005 semasa saya mengajar Azlan al-Qur’an.

2. Takziah kepada Abang Jamil bin Dan serta  keluarga yang kehilangan ibu kandungnya pada hari Khamis 22/7/2010. Berita ibunya yang tidak sedarkan diri diberitahu oleh Abang Jamil semasa kami berusrah pada 16/7/2010. Pada malam itu kami membincangkan hadith dalam kitab Riyadussolihin berkaitan kematian, bagaimana menghadapi dan menguruskan jenazah dari saat sakaratul maut sehinggalah mensedekahkan amalan kepada si mati. Kami juga menyebut kebaikan-kebaikan al-Marhum Ustaz Nahar dalam usrah tersebut dan dihujung usrah kami sama-sama mengerjakan solat hajat semoga Allah memberikan kesihatan kepada ibu Abang Jamil dan Allah lebih sayang kepada ibunya….

 

al-Marhum Tuan Hj Abdullah/Barabag dalam kenangan.Foto oleh Abu Nuha.

3. Takziah kepada Abu Aslam dan keluarga atas kehilangan bapa tuan Hj Abdullah/Barabag yang meninggal dunia pada malam nisfu Sya’ban selepas solat Isyak( 26/7/2010). Saya sendiri tidak pernah berjumpa dengan al-Marhum walaupun Abu Aslam banyak menceritakan tentang kebaikan beliau kepada saya. Saya hanya dapat menatap wajah al-Marhum beberapa ketika sahaja selepas al-Marhum kembali kerahmatullah semoga Allah merahmati rohnya. Jenazah al-Marhum dikebumikan di Kota Belud dan terlebih dahulu dimandikan dan dikafankan di rumah anaknya Abu Aslam di Ujana Kingfisher dan disolatkan di Masjid Bangka-Bangka selepas solat Subuh. Selain dari anak-anak, cucu dan sahabat jenazah al-Marhum Tuan Hj Abdullah/Barabag turut disembahyangkan oleh sekumpulan jemaah tabligh yang datang dari Pakistan yang beriktikaf di masjid tersebut semoga doa keampunan dan rahmat oleh para jemaah diperkenankan oleh Allah SWT. 

4.Takziah kepada Tn Hj Mokhtar,bekas pengarah ANGKASA Sabah, sekarang bertugas di Kuala Lumpur atas pemergian bonda kesayangan Ainon binti Ahmad ketika berusia 77 tahun pada 28 Julai 2010…

 

Semoga roh-roh mereka beristirehat bersama roh-roh orang mukmin sebagaimana hadith rasul saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

حَدَّثَنَا ‏ ‏قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ ‏ ‏فِيمَا قُرِئَ عَلَيْهِ عَنْ ‏ ‏مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَلْحَلَةَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏مَعْبَدِ بْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِيٍّ ‏ ‏أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ ‏ أنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مُرَّ عَلَيْهِ بِجَنَازَةٍ فَقَالَ ‏ ‏مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ فَقَالَ الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلَادُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ

Dari Abu Qatadah bin Rib’iyy memberitahu bahawa satu jenazah lalu di hadapan nabi saw lantas baginda bersabda ” MUSTARIH DAN MUSTARAH MINHU”-ORANG YANG BERISTIREHAT DAN BEREHAT DARINYA- Sahabat bertanya: ” Wahai Rasulullulah apakah maksudnya? Baginda menjawab:

 Hamba yang beriman berehat dari kepenatan dunia dan hamba yang berdosa berehat darinya hamba-hamba, tanah air, pokok dan binatang.

HR IMAM MUSLIM NO.950

Advertisements

USTAZ NAHAR RAHIMAHULLAH DALAM KENANGAN

KEPADA SAHABAT RAPAT/KENALAN/PENUNTUT YANG MENGENALI AL-MARHUM DIALU-ALUKAN MEMBUAT CATATAN PERIBADI MEREKA BERSAMA AL-MARHUM UNTUK DIMASUKKAN DALAM SEBUAH BUKU YANG AKAN DIHASILKAN BERKAITAN BIOGRAFI AL-MARHUM OLEH KENALAN-KENALAN RAPAT AL-MARHUM DI KOTA KINABALU…SEBARANG ARTIKEL BOLEH DIEMAILKAN KE: ibnaumar77@yahoo.com

SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ALMARHUM USTAZ NAHAR

Assaalamualaikum  kepada sahabat-sahabat dan kenalan. Bersama-samalah kita membantu keluarga al-Marhum untuk meneruskan kehidupan. Untuk makluman isteri ustaz tidak berkerja dan ustaz meninggalkan tiga orang anak Nashraf Ideen 17 tahun, Najihah 5 tahun dan Nawfal 4 tahun. Sebarang sumbangan boleh dibank terus ke dalam akaun Bank Islam Malaysia berhad akaun bersama  Nashraf Ideen b Nahar dan Norsidah binti Daris(balu al-Marhum. No akaun:

10016020253515

SUMBANGAN AMAT-AMAT DIHARAPKAN

USTAZ NAHAR MATAMIN PEMERGIANMU DITANGISI ULAMA, PENDAKWAH DAN PENCINTA ISLAM

Penulis baru sahaja kembali dari majlis pengkebumian al-Marhum al-Ustaz Haji Nahar Matamin.Tiga kali penulis menziarahi beliau. Kali pertama sebelum Asar bersama isteri…Penulis melihat ramai di kalangan ulama dan pendakwah dan pencinta Islam yang memberi penghormatan terakhir kepada beliau walaupun ketika itu hujan turun dengan lebat sekali…antaranya Ustaz Norawi, Ustaz Fazli….Di luar Saudara Aminunuddin Aling  tidak terkata ….Ustaz Nahar yang  tiga hari berada di Kundasang bersama Kak Shidah, Najihah dan Nawfal yang kelihatan sihat walafiat sudah bertemu  dengan kekasih-Nya….Semasa penulis keluar dari rumah al-Marhum di Likas..rombongan dari Sektor Pengurusan Pendidikan Islam tiba…Ustaz Saiful dan Ustaz Abdul Rahman…di masjid Likas penulis solat Asar dan di sana ramai sahabat-sahabat yang baru sampai antaranya Ustaz Amir Baadul dan Ustaz Sulaimin Muhaisinin  dari Keningau…Ustaz Yaharuddin dan keluarga ….selepas Asar penulis pulang ke rumah…

            Selepas Isyak sekali lagi saya bersama Tuan Hj Ruslin, Tuan Hj Fawzi berkunjung ke rumah al-Marhum buat kali kedua…Di surau Austral saya mendapat maklumat al-Marhum menjadi imam Isyak di Masjid Kg.Likas pada sebelah malamnya dan itulah kali terakhir beliau menjadi imam…Selepas Isyak beliau mengadu sakit lalu dibawa oleh Ummu Nasyraf ke hospital Likas. Beliau ditahan dan pada jam 9.00 pagi Isnin beliau dibenarkan pulang…selepas itu beliau sakit dan di rumahnya beliau bertemu kekasihnya…

            Dari  Surau Riayadussolihin  penulis ke airport MAS untuk mengambil sahabat rapat Ustaz Nahar , Ustaz Shahrul Nizam yang sanggup datang dari Pahang…Menurut ustaz Shahrul al-Marhum memberikan sumbangan yang sangat besar dalam hidupnya…Beliaulah yang meniup semangat perjuangan jihad dalam jiwanya melalui pengalaman peribadi Ustaz Nahar yang menyaksikan peristiwa Memali yang berlaku pada tahun 1986 dan peristiwa ini memang menjadi titik tolak dalam hidupnya untuk berjuang…Semasa pengkebumian syuhada’ Memali beliaulah yang memegang lampu untuk menyuluh mereka yang terkorban…Beliau juga menjadi pembimbing haji pada tahun 2000 dan Ustaz Shahrul bersama pelajar Amman menunaikan haji  di bawah pimpinan beliau…Ketiganya  Ustaz Nahar merupakan orang tua yang tidak pernah jemu dan penat membantu anak  muda yang ingin berkahwin termasuklah ustaz Shahrul yang bertemu jodohnya dengan pertolongan Ustaz Nahar…

            Sampai di rumah beliau, seperti di siang hari pengunjung tetap ramai…ahli-ahli usrah beliau, bekas Datuk Mufti Datuk Ismail Abbas dan anaknya Hj.Salman antara yang hadir…Semua yang menatap wajah Ustaz Nahar mengatakan WAJAHNYA KELIHATAN SENYUM,  diharap pernyataan ini menjadi petanda baik bagi Ustaz Nahar…

            Di sebelah pagi saya bersama Ustaz Zainuddin untuk member penghormatan terakhir kepada beliau dan kami sampai sekitar jam 7.40 pagi…Pada waktu ini sudah ramai sahabat yang menanti dan jenazah al-Marhum baru selesai dikafan dan keluarga dan sahabat-sahabat sedang menetap wajah al-Marhum buat kali terakhir…

            Lebih kurang jam 8.00 pagi jenazah diusung keluar dari rumah al-Marhum dan di masjid ramai sahabat-sahabat dan kenalan yang menanti  beliau termasuklah Ustaz Wan Zamri al-Quds yang datang dari Kelantan untuk solat ke atas jenazah ke atas al-Marhum.  Air mata mula menitis dari wajah sahabat-sahabat yang mencintai beliau sebagaimana yang diucapkan oleh nabi SAW:

وإن العين لتدمع وإن القلب ليحرن وإنا على فراقك لمحزونون

SESUNGGUHNYA AIR MATA MENGALIR, SESUNGGUHNYA HATI PILU, SESUNGGUHNYA KAMI SEDIH ATAS PERPISAHAN DENGANMU.’

Solat jenazah dilakukan sebanyak dua kali, kali pertama oleh Imam Masjid Likas dan sahabat-sahabat yang lewai solat bersama Ustaz Shahrul Nizam…

            Begitu cepat jenazah al-Marhum di bawa ke tanah perkuburan…semoga perjalanan yang cepat ini menuju kepada rahmat Allah, semoga Allah menjadikan kuburnya satu taman dari taman-taman syurga…..diperkuburan ramai sekali para ulama, ustaz, pendakwah dan pencinta Islam yang datang dan semuanya menangis atas pemergian al-Marhum ustaz yang pemergiannya tidak disangka-sangka tetapi kami terima semua ini dengan hati yang reda…Allah lebih menyayanginya…suasa semakin sebak semasa imam memulakan tahlil…air mata keluar tanda sedih atas saat perpisahan ini…semasa menjirus air ke atas kuburan semakin kuat tangisan dari sahabat-sahabat sehebat air yang dijirus….

            Pemergian Ustaz  Nahar memang layak untuk ditangisi kerana kita kehilangan SEORANG ALIM, SEORANG PENDAKWAH, SEORANG AHLI POLITIK DAN SEORANG AHLI PERNIAGAAN  seperti yang diungkapkan oleh seorang sahabat…

SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH USTAZ NAHAR…YA ALLAH AMPUNKAN SAUDARA KAMI, RAHMATILAH SAUDARA KAMI…

 

            Kepada yang masih hidup teruskan perjuangan sebelum saat kita tiba pula bagaikan kata Saidina Umar:

“ Setiap  hari dikatakan bahawa orang ini meninggal, orang itu meninggal dan satu hari orang akan kata  Umar meninggal…”

AL-FATIHAH

AL-FATIHAH BUAT TUAN HAJI NAHAR MATAMIN

Assalamualaikum…

MENURUT MAKLUMAT KELUARGA ALMARHUM JENAZAH ALMARHUM AKAN DIKEBUMIKAN ESOK PAGI DI LIKAS

Pagi ini saya mendapat panggilan mengejutkan dari seorang sahabat…Ustaz Nahar meninggal dunia…sekali lagi saya menerima panggilan dari Abu Nuha ustaz Nahar disahkan meninggal dunia jam 10.30 pagi…Tiada ada apa yang dapat disebut melainkan  إنا لله وإنا إليه راجعون . Allah lebih sayangkan dia…

Saya mengenali beliau semasa belajar di Jordan…Beliau orang rujukan kami semasa di sana…Kami berusrah dan menjalankan aktiviti dakwah di sana dan beliau merupakan salah seorang pemimpin kami di sana…Bagi orang-orang bujang beliau menjadi orang tengah bagi sahabat-sahabat yang ingin mencari pasangan…Empat tahun kami bersama di sana, pada masa itu anaknya Nasraf masih kecil…sekarang sudah 17 tahun…Begitu cepat masa berlalu…

Perkenalan kami berterusan apabila saya ditempatkan di Sabah…sesekali saya ke rumah beliau di Likas dan saya mengenali keluarganya dari dekat…Masih saya ingat di awal-awal saya di Sabah saya bersama Ustaz Diauddin dan keluarga al-marhum rehlah di pantai Dalit dan saya kemalangan dalam perjalanan..beliaulah yang membantu saya…

Kemudian beliau dilantik sebagai Imam Masjid Negeri dan banyak program yang diadakan dan beliau melakar lanskap baru di masjid negeri…Aktiviti ziarah hospital, derma darah, program Qiamullail sepuluh malam terakhir, hari kemerdekaan dan ramai sahabat-sahabat yang dijemput untuk berkhutbah…sempat juga kami menjemput Ustaz Azhar, Ustaz Khairuddin dan Ustaz Zaharuddin pada zaman pentadbiran beliau…Syukbah Dakwah juga dapat melaksanakan pelbagai aktiviti…

Setelah beliau dipindahkan ke JHEINS agak jarang sedikit kami berjumpa…antara yang terakhir yang segar dalam ingatan ialah semasa Sambutan Maulidurrasul  di Sipitang, saya menaiki kereta  beliau pergi dan balik…

Pada tahun-tahun akhir ini, beliau juga ada mengadu lemah-lemah badan dan semalam dia dimasukkan ke hospital, khabarnya serangan jantung…kemudian dibenarkan keluar dan hari ini saya menerima berita kematiannya…berita yang menyedihkan…

Selepas di Sipitang, saya bertemu beliau di rumahnya di Likas dalam program Usrah selepas saya pulang dari Kota Mekah pada bulan Mac dan sekali lagi pada bulan April juga di rumahnya semasa membincangkan program Makan malam yang dipengerusikan oleh Sdra Ahmad Fazilah…di kedua-dua majlis kami dihidangkan roti nan berlaukkan kari kambing…

Kali terakhir saya bertemu beliau ialah sekembalinya beliau dari umrah semasa berusrah di  rumah Abu Aslam…Beliau membawa sedikit buah tangan dari Mekah dan menceritakan pengalamannya dalam berdakwah sepanjang perjalanan umrah…antaranya beliau menggunakan saat perjalanan antara Bir Ali sampai ke Mekah sepenuhnya dengan talbiah, ukhuwwwah dan amalan-amalan menghampirkan diri kepada Allah…Tidak saya sangkakan itulah kalau terakhir saya menatap wajah beliau dan hari ini beliau telah bertemu kekasihnya…semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya…ALFATIHAH

Umrah jejak rasul dan sahabat(18)Menangis kerana takutkan dan rindukan Allah

Rasulullah S.A.W  telah bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “لَا يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ فِي الضَّرْعِ، وَلَا يَجْتَمِعُ غُبَارٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ”. أخرجه أحمد (2/505 ، رقم 10567) ، وهناد (1/268 ، رقم 465) ، والترمذي (4/171 ، رقم 1633) وقال : حسن صحيح. والنسائي (6/12 ، رقم 3108) والحاكم (4/288 ، رقم 7667) وقال : صحيح الإسناد. والبيهقي فى شعب الإيمان (1/490 ، رقم 800) ، وصححه الألباني (صحيح الجامع ، رقم 7778).

 “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya dan tidak akan berhimpun antara debu fi sabilillah dengan asap neraka.” ( HR Imam Ahmad, Hannad, al-Thirmizi, al-Nasai, al-Hakim, al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman)

Dalam hadith yang lain nabi saw bersabda:

” سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إلا ظلُّهُ…”وفي آخره:” ورَجُلٌ ذَكَرَ اللَّه خالِياً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ ”

Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah swt yang tidak ada perlidungan melainkan perlindungan-Nya…dan di akhirnya nabi saw bersabda: Lelaki yang mengingati Allah secara berseorangan kemudian mengalirkan air matanya. Hadith Muttafaqun Alayhi

Sabda baginda saw lagi:

” عينان لا تمسهما النار ، عين بكت من خشية الله ، وعين باتت تحرس في سبيل الله “.

Maksudnya: Dua mata yang tidak disentuh api neraka. Mata yang mengalir kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah.”

Rasul saw dan sahabat adalah contoh terbaik manusia yang menangis kerana takut dan rindukan Allah.

•عن عبد الله أبن الشخير يقولُ: ((أَتَيتُ رسُول الله -صلَّى الله عليه وسلَّم وَهُوَ  يُصلِّي وَلَجَوْفِهِ أَزِيزٌ كأزِيزِ المِرْجَلْ من الْبُكاءِ)) رواه أبو داود •

“ Aku datangi nabi SAW ketiks baginda solat dan dari dadanya terdengar suara bagaikan mendidihnya kuali kerana beliau sedang menangis” HR Abu Daud

Saidina Abu Bakar juga seorang yang sangat lembut hatinya:

•في الصحيحين عن عائشةَ رضي اللّهُ عنها قالت : لما مَرِضَ النبيّ صلى الله عليه وسلم مرَضَهُ الذي ماتَ فيه أَتاهُ بلالٌ يُؤْذِنهُ بالصلاةِ فقال : مُروا أَبا بكرٍ فلْيُصَلّ . قلتُ : إنّ أبا بكرٍ رجلٌ أَسِيفٌ [ وفي رواية : رجل رقيق ] إن يَقُمْ مَقامَكَ يبكي فلا يقدِرُ عَلَى القِراءَةِ

•Diriwayatkan dari Aishah r.anha : Semasa nabi saw sakit yang menyebabkan baginda wafat, Bilal bertemu dengan nabi saw untuk mengajak baginda solat. Rasul saw bersabda: Perintahkan Abu Bakar untuk menjadi Imam solat. •Aisyah berkata: Sesungguhnya Abu Bakar lelaki yang banyak bersedih ( dalam riwayat: Berhati lembut). Sekiranya beliau berada di tempatkan dia akan menangis dan tidak mampu untuk meneruskan bacaannya.

Saidina Umar r.anhu yang terkenal dengan keberanian dan ketegasan juga lembut hatinya semasa membaca al-Quran:

•وخَرَّج البُخاري عن عُمر -رضي الله عنهُ- أنَّهُ قَرَأَ سُورة يُوسف حتًّى إذا بَلَغَ قَوْلَهُ -جلَّ وعلا-: {إنَّما أشكُو بثِّي وحُزْنِي إلى الله} سُمِعَ نَشِيجُهُ

•Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa semasa membaca surah Yusof sehinggalah ke ayat : “”Sesungguhnya Aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah  Surah Yusuf(86), maka kedengaran suara tangisannya.”

Antara keistimewaa  berada di dua tanah suci, hamba-hamba Allah di sini hatinya lembut, air mata mudah mengalir kerana takutkan kepada Allah. Dalam salah satu solat Isyak Imam al-Ghamidiyy  membaca surah al-Furqan, pada rakaat pertama beliau menangis dan pada rakaat kedua beliau menangis…

Semasa melakukan carian di laman You Tube penulis bertemu dengan beberapa klip video tangisan kerana takut kepada Allah  yang wajib dilihat untuk menjadi pengajaran kepada kita semua. Di bawah ini penulis sertakan link klip-klip tersebut untuk tatapan pembaca

Syaikh Solah al-Budayr (Imam Masjid Nabawi) , menangis semasa menjadi Imam di Masjidil Haram  pada malam terakhir ramdan

Syaikh Solah al-Budayr Imam Masjid Nabawi

Khutbah Syaikh Solah al-Budayr

Syaikh Solah al-Budayr menangis semasa membaca surah al-Fatihah pada malam 22 Ramadan 1428H

Syaikh Solah al-Budayr  menangis semasa membaca surah al-Ahzab dalam solat Subuh

Syaikh Abdul Rahman al-Sudays Imam Masjidil Haram

Tangisan Syaikh Abdul Rahman al-Sudays

Tangisan Syaikh Abdul Rahman al-Sudays semasa membaca penghujug surah Ali Imran dalam solat Subuh pada 15 Rejab 1430h

Syaikh Suraym menangis  dalam solat Tahajjud malam 28 Ramadan 1428H semasa surah al-A’raf

Syaikh Suraym menangis semasa membaca surah al-Fatihah dan al-Tur

Syaikh Suraym menangis semasa membaca surah al-Fatihah pada malam 20 Ramadan 1430H

Syaikh Masyari al-Afasy menangis semasa membaca Surah Fussilat

Syaikh Abdul Basit menangis semasa membaca al-Qur’an

UMRAH JEJAK RASUL DAN SAHABAT 17(HOTEL DURRAH DALAM KENANGAN)

Assalamualaikum,

Entri ini penulis masukkan buat jemaah umrah Rabiulawwal/Mac 2010 yang meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak boleh dilupakan…Walaupun telah berkali-kali mengerjakan umrah…umrah Rabiulawwal/Mac 2010 mempunyai keistimewaan bagi penulis dari segi kerohanian dan ukhuwwwah islamiyah…pembaca boleh membaca catatan perjalanan umrah yang dilinkan disebelah kanan blog ini… Banyak yang saya belajar dari sahabat-sahabat tentang makna persaudaraan, perjuangan…rasa iri hati pun ada pada sahabat-sahabat yang dapat memanfaatkan masa di rawdah dengan sebaik-baiknya… di Mekah pula mereka berkali-kali mengerjakan umrah…Buat sahabat-sahabat tempat berehat kita sekarang sudah dirobohkan dan hanya tinggal kenangan sahaja…Semoga ALLAH memberi peluang untuk kita bersama lagi dikesempatan yang lain menjadi tetamu ALLAH…INSYA ALLAH…

Dahulu…..

Sekarang…