BERPUASA DI LAHAD DATU

Ini kali keempat saya ke Lahad Datu… Kali pertama beberapa tahun yang lalu…al-marhum Ustaz Nahar antara memberi pengisian dalam program tarbiyah ketika itu…Saya pula menumpang kereta yang disewa dengan Abang Jamil…kali kedua ialah tahun lepas mengisi program Diploma Eksekutif Pengajian Islam(DEPIS) di bawah seliaan Progresif Heritage Management, merupakan program UUM. Program diadakan di hotel Asia…kali ketiga ialah pada hujung Jun yang lalu atas jemputan SMK Desa Kencana untuk menyampaikan ceramah teknik  menjawab soalan PMR Bahasa Arab. 

 Alhamdulillah dalam perjalanan kali ini flight ke Lahad Datu bertolak tepat pada masanya dan tiba di Lapangan Terbang Lahad Datu jam 750 pagi…Saya terus mengambil teksi untuk ke tempat program dan ditakdirkan tidak sampai satu minit teksi bergerak meninggalkan airport, di bulatan tiba-tiba sebuah motorsikal melanggar teksi…diringkaskan  saya ke tempat program dengan teksi yang lain…Jumlah student kali ini 7 lelaki dan 4 perempuan terdiri dari pegawai-pegawai agama dan guru-guru SAR dari wilayah Felda Sahabat…Hari pertama pengajaran berjalan dengan lancar bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang…

Selesai kuliah saya ke penginapan di Hotel Grace dan selepas berbuka sahabat saya Ustaz Fahmi membawa saya ke masjid bandar Lahad  Datu untuk solat Isyak . Di sana saya bertemu dengan Imam Sudirman, bekas pelajar DEPIS sesi yang lalu…Selepas terawih saya berjumpa dengan ustaz Ahmad Pargasi, Ustaz Fairuz dan berkenalan dengan beberapa penggerak dakwah di Lahad Datu.

Di sebelah pagi sebelum bersahur sempat melihat sebahagian siaran langsung solat terawih dari masjidil Haram yang diimamkan oleh syaikh Mahir al-Muaiqiliyy yang membaca surah Yusof.

Seperti yang dijanjikan saya ditemani ustaz Fairuz solat subuh di Masjid Muhibbah dan seterusnya menyampaikan kuliah subuh. Saya menyentuh tentang hikmah Allah swt memfardukan ibadat bermula dengan solat yang difardukan supaya kita mengingati Allah dan solat berperanan mencegah kemungkaran, ibadat zakat untuk membersihkan jiwa dan harta, ibadah haji untuk mendapatkan pelbagai manfaat.Seterusnya saya mengupas tentang tujuan puasa untuk menjadikan kita sebagai manusia yang bertaqwa…Saya kaitkan dengan hadith” Apabila datangnya ramadandibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan syaitan diikat.” Allah swt bantu kita untuk menjadi manusia bertaqwa dengan membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan dan saya membuat ulasan tentang bulan Ramadan sebagai bulan off line dengan syaitan…

Dari jam 8.00 pagi-4.00 petang saya meneruskan sesi kuliah untuk hari kedua…Semoga berkesempatan lagi untuk datang sekali lagi ke sini…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s