AL-FATIHAH BUAT WAK MISLANI DAN ARWAH BAPA

Selesai solat Subuh pagi Jumaat 17 Ramadan 1431H yang diimamkan oleh ustaz Muhammad Suaid, saya dan jemaah dikejutkan dengan berita sedih yang diumumkan oleh imam berhubung pemergian Wak Mislani yang meninggal dunia pada jam 2.30 pagi, 17 Ramadan, malam Jumaat semoga ini menjadi petanda baik kepada arwah. Berdasarkan cerita Ustaz Zulhazmi al-Marhum mengidap penyakit jantung…Semalam arwah sempat lagi bertanyakan Ustaz Muhammad tentang persediaan majlis berbuka puasa untuk anak yatim yang akan diadakan di Surau Riyadussolihin…al-Marhum selalu menyediakan jamuan di surau Riyadussolihin dan pada tahun ini beliau menyediakan jamuan berbuka puasa…Sehingga semalam tiada sebarang tanda yang arwah akan kembali kerahmatullah…Itulah kematian tetamu yang pasti datang dan kedatangannya tidak dapat ditolak…al-Marhum terkenal sebagai seorang yang pemurah dan setiap kali beliau menyediakan makanan pasti beliau akan membekalkan makanan lebih dari yang diminta…Pekerja-pekerja yang membekalkan makanan pun turut serta bersama solat berjemaah dan berterawih dan selesai terawih barulah mereka membersihkan pinggan mangkuk…

                Pemergian al-Marhum pada hari Jumaat bulan Ramadan mengingatkan penulis kepada arwah bapa yang kembali kerahmatullah sepuluh tahun yang lalu juga pada hari Jumaat dalam bulan Ramadan.  Penulis masih ingat pada waktu itu kami sekeluarga berkampung di hospital dan penulis baru sahaja pulang dari belajar beberapa bulan setelah menamatkan pengajian. Arwah bapa menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas Asar hari Jumaat dan benar jangkaan beliau yang beliau akan mengikut jejak langkah abangnya yang meninggal pada bulan Mei…pada bulan Disember beliau mengikut jejak langkah abangnya…Beliau meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang dan jenazahnya diuruskan pada hari Sabtu dan disolatkan oleh saya dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang baru pulang dari umrah…AL-FATIHAH BUAT WAK MISLANI DAN ARWAH BAPA SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH MEREKA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s