Monthly Archives: September 2010

SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG ABU AWATIF, SAHABAT-SAHABAT DAN SEMUA YANG MENGENALI SAYA SEMOGA KITA KELUAR DARI BULAN RAMADAN SEBAGAI GRADUAN YANG BERTAQWA, MENDAPAT KEREDAAN ALLAH DAN SELAMAT DARI API NERAKA, SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR SUPAYA KITA BERTEMU DENGAN RAMADAN AKAN DATANG.

DARI ABU AWATIF, UMMU AWATIF, MARYAM AWATIF, MUHAMMAD AL-FATIH DAN KHADEEJAH AWFA

SALAM AIDIL FITRI  DARI ABU AWATIF/MADINAH AL-MUNAWWARAH

MENANGISI PEMERGIAN RAMADAN

Alhamdulillah jam 545 pagi Bas SUPCO bertolak meninggalkan kawasan Tan’im menuju ke Madinah dan jam 1045 pagi kami tiba di Madinah dan terus ke hotel Manazil Muhajirin…Saya tidak pasti adakah hari ini @ esok hari terakhir Ramadan bagi negara Arab Saudi. Kalau ikut perkiraan hisab di sini raya Jumaat tapi di sini biasanya anak bulan kelihatan…Sekiranya esok raya bermakna beberapa jam lagi tetamu dan kekasih yang dirindui bulan Ramadan akan meninggalkan umat Islam di Arab Saudi…Bagi saya ramadan bagi tahun ini sangat bermakna kerana Allah SWT telah memilih kami untuk menjadi tetamunya pada malam-malam terakhir dari bulan Ramadan yang mana salah satu darinya ialah Lailatul Qadar…

Kemanisan beribadat, bermunajat di tanah suci berbeza dengan tanah air…Bayangkan para jemaah antara 2-3 juta orang bersama-sama bertahajjud di tengah malam…Suasana ini tentu tidak dapat dikecapi di tempat lain…Mereka yang beriktikaf dan menghabiskan sepuluh malam terakhir juga tidak terlepas peluang dari mengerjakan solat jenazah yang dilakukan setiap kali selepas solat…Dapat pahala solat jenazah seribu bulan…Begitu juga ibadat umrah dan tawaf yang tidak ada di tempat-tempat lain ditambah dengan kemerduan dan kekhusyukan Imam yang mengimami terawih dan tahajjud…Tangisan Imam Sudays ketika berdoa dalam solat witir khususnya pada malam-malam ganjil, dan yang paling istimewa pada malam 27 dan doa khatam al-Qur’an pada malam 29…Sesungguhnya pemergianmu wahai Ramadan ditangisi semoga kita keluar dari bulan Ramadan dengan mendapat keredaan-Nya dan tergolong dari golongan yang meninggalkan bulan ramadan dalam keadaan dibebaskan dari apa neraka semoga bertemu lagi dengan ramadan yang akan datang

Abu Awatif, Manazil al-Muhajirin, Madinah al-Munawwarah 1.42pm

27 RAMADAN MALAM LAILATUL QADAR ???PERHIMPUNAN TERBESAR UMAT ISLAM SELURUH DUNIA

Pada setiap malam 27 Ramadan dikatakan oleh sesetengah ulama sebagai MALAM LAILATULQADAR. Pandangan yang menetapkan malam 27 Ramadan sebagai malam al-Qadar telah mendorong sejumlah yang besar masyarakat Arab yang datang dari seluruh pelusuk negara Arab dan warganegara Arab Saudi dan sebahagian umat Islam dari seluruh dunia memenuhi masjidil Haram sehingga ada pintu masuk ke Masjidil Haram ditutup seawal waktu Asar iaitu pintu King Abdul Aziz dan King Fadh. Menurut berita yang dikeluarkan pada pagi 27 Ramadan dianggarkan lebih 3 juta umat Islam memenuhi kawasan dalam masjidil Haram….tidak termasuk mereka solat dari dalam bangunan seperti Safwah Tower dan lain-lain. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan terbesar umat Islam secara serentak pada waktu malam yang berlaku pada salah satu malam dari sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan. Pada waktu siang perhimpunan terbesar umat Islam ialah pada 9 Zulhijjah ketika para Hujjah berwukuf di Arafah untuk meluluskan mereka mendapat title haji sebagaimana yang disebut oleh Rasul saw: Haji itu Arafah. Sebab itu orang yang sakit akan dibawa juga ke Arafah supaya hajinya sah.
Benarkah lailatul Qadar berlaku pada malam 27? Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, pada malam-malam ganjil. Ini berdasarkan beberapa yang telah disebut oleh penulis dalam beberapa entri yang lalu…

Terdapat beberapa pandangan rakan di Mekah yang mengatakan lailatul Qadr pada tahun ini pada malam 27 berasaskan beberapa tanda seperti matahari pada pagi 27 Ramadan bercahaya putih tidak seperti biasa…Saya pula tidak keluar dari masjdil Haram untuk memerhatikan cuaca pada pagi tersebut.

Seorang rakan yang lain pula yang berusia antara 50-60 an, pada malam ini dia berasa sangat khusyuk dalam solat yang tidak pernah dirasai sepanjang hidupnya. Dan yang lain pula mengatakan lailatul Qadr pada malam 27 kerana mereka tidak terjaga dari tidur dan ketinggalan solat tahajjud pada malam 27…Saya sendiri mendengar Imam Suraym membaca al-Quran dengan khusyuk dan kedengaran suara sebaknya semasa beliau membaca surah al-An’am dan Sudays yang membaca Qunut dalam witir selama ½ jam dan diberapa tempat beliau menangis.
Semua ini merupakan pandangan yang subjektif dan lailatul Qadar yang sebenarnya hanyalah diketahui oleh Allah SWT. Oleh kerana lailatul Qadar yang dinanti-nanti dan dicari-cari oleh seluruh umat Islam menyebabkan pelbagai pandangan disebut oleh sarjana Islam berhubung lailatul Qadr. Ulama hadith yang terkenal Imam Ibnu Hajar al-Asqalaniyy menyebut malam apakah yang tepat Lailatul Qadar itu berlaku? Dalam kitab “Fath al-Bari” beliau menurunkan tidak kurang dari 45 pendapat tentang malam terjadinya Lailatul Qadar, masing-masing menurut pengalaman dengan catatan Ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 Ramadhan sampai 29 atau malam 30 Ramadhan.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, pada malam-malam ganjil.Ini berdasarkan hadith-hadith sahih yang menyebut tentang lailatul Qadr. Imam An-Nawawi pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu’ 6/450).Beruntunglah sesiapa yang menghidupkan kesepuluh hari yang terakhir kerana pasti salah satu darinya adalah malam al-Qadr…Bagi yang belum kita masih menaruh harapan pada malam 29 Ramadan dan sekiranya telah berlalu tanamkan azam dan hidupkanlah sepuluh malam terakhir pada Ramadan yang akan datang…

INSHAALLAH jika diizinkan oleh-Nya dan dibuka hati saya akan menulis sedikit tentang malam 27 Ramadan di Mekah dan beberapa tips yang boleh diambil sekiranya anda menjadi tetamu Allah pada sepuluh malam yang terakhir pada masa-masa akan datang. ABU AWATIF, DAR AL-SYA’B2, SYUAB AMIR

MEMAKSIMUMKAN IBADAT PADA MALAM 27 RAMADAN

KEMANISAN MENGHIDUPKAN SEPULUH MALAM TERAKHIR DI TANAH HARAM

Alhamdulillah sekali lagi Allah SWT memilih hamba-Nya untuk menjadi tetamu-Nya pada malam-malam yang terakhir yang penuh dengan kesejahteraan dan keberkatan setelah lebih kurang 12 tahun yang lalu buat kali pertama berpuasa di Baitullah pada hari-hari terakhir di bulan ramadan. Artikel ini ditulis dengan tujuan untuk mengingati nikmat Allah SWT seperti dalam firman-Nya:

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.  al-Duha ayat 11

Alhamdulillah group kami hanya berenam sahaja Tuan Haji Fawzi, Ustaz Khairul Amin, Encik Mazlan dan anaknya Abu Said al-Khudriyy dan Saiful…

Apa yang saya tulis bukanlah tentang diri saya tetapi tentang hamba-hamba Allah yang istimewa yang manjadi tetamu sepuluh hari terakhir…

TANGISAN TAKUT, RINDUKAN, KHUSYUK KEPADA ALLAH SWT

Pada hari pertama berpuasa di Mekah iaitu 19 Ramadan saya mengambil tempat untuk berbuka di dataran putih…di sebelah kanan saya beberapa saudara seagama dari Sudan dan di belakang saya beberapa jemaah dari Pakistan…Agak lama juga saya menunggu untuk berbuka dari selepas Asar sehingga timbul rasa jemu, saya sudah berada di dataran seawal jam 430 petang sedangkan waktu berbuka ialah jam 641 petang…Ya Allah 2 jam kena tunggu…Di depan polis mengawal supaya tidak ada jemaah yang duduk di hadapan saf kami untuk memberi ruang kepada jemaah bertawaf…Saya terus memerhatikan sehingga waktu berbuka masih ada jemaah yang bertawaf sambil berbuka puasa…Apabila Iqamat maghrib saya dapati masih ada saf-saf yang masih lompang…Nasihat saya kepada jemaah(lelaki) yang mengerjakan umrah pada bulan ramadan supaya mengambil kesempatan untuk bertawaf kira-kira satu jam sebelum berbuka kerana pada waktu ini keadaan sudah mula teduh dan seterusnya membentuk saf sementara menanti waktu berbuka..

Apa yang saya ingin sebutkan dalam coretan ini ialah berkaitan seorang jemaah India atau Pakistan yang menangis ketika membaca surah al-Insan…Pada setiap ayat dia akan menangis dan sahabat yang bersebelahan dengannya juga menangis…tangisannya menarik perhatian jemaah yang berada…Beginilah keadaan hamba-hamba Allah di sini yang menangis mengharapkan keredaan Allah semoga tangisan ini menyelamatkan mereka semua dari azab Allah…

Dalam solat witir yang diimamkan oleh Imam al-Sudaysiyy dengan suaranya yang syahdu dan merdu, pada malam-malam ganjil Imam al-Sudaysiyy akan memanjangkan doa Qunut sekitar 15 minit dengan penuh khusyuk disertai tangisan menyebabkan jemaah menangis termasuklah yang tidak memahami bahasa Arab. Doa untuk keampunan umat Islam, rahmat kepada orang Islam yang telah meninggal dunia, doa-doa yang ma’thur dari nabi saw, mendoakan kesejahteraan pemimpin untuk menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta memberi khidmat kepada masyarakat dan lain-lain…InshaALLAH jika diizinkan Allah saya berhasrat untuk menulis semula doa tersebut

PEMURAH DAN MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA

Sifat pemurah sangat terserlah. Para dermawan menyediakan juadah berbuka puasa sekurang-kurangnya kurma atau rutob  dan juga yang menyediakan juadah tambahan seperti laban(susu masam), buah-buahan dan lain-lain…Jumlah jemaah terutama pada 10 malam terakhir lebih 1 juta orang dan kebanyakannya tidak membawa juadah untuk berbuka puasa…

Saya juga melihat seorang dermawan yang memberi bantuan kepada pelajar-pelajar yang berasal dari Indonesia dan Afrika yang belajar Tafsir al-Jalalayn dan hadith sunan al-Thirmizi oleh syaikh al-Makki yang berasal dari Pakistan pada setiap pagi di arah pintu al-Madinah. Setiap pelajar diberi SR50 dan saya menganggarkan bilangan mereka lebih 50 orang. Apabila saya bertanya kepada salah seorang dari pelajar tersebut, dermawan ini menyumbangkan SR50 setiap bulan.

Khutbah Jumaat Terakhir Ramadan: Menghidupkan baki ramadan yang tinggal

Khutbah akhir Ramadan 1431H disampaikan oleh Imam Sudaysiyy berhubung merebut peluang malam-malam berharga yang masih tinggal beberapa hari lagi. Malam yang penuh berkat yang perlu diisi dengan sebaiknya dengan ganjaran 1000 bulan dengan membanyakkan istighfar, berzikir, membaca al-Qur’an, bersedekah, solat terawih, tahajjud dan ibadat-ibadat lain…Usahakan supaya air mata mengalir pada malam-malam terakhir ramadan ini…Kepada mereka yang masih leka dan belum berkesempatan, masa masih ada untuk anda menghidupkan baki-baki dari sepuluh hari terakhir bulan ramadan…Khatib juga berpesan supaya kita mendoakan umat Islam di al-Quds yang dicintai oleh setiap umat Islam dan optimis dengan Allah swt…Khatib juga berpesan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pakistan…Semoga Allah menjadikan kita hamba yang bertaqwa dan mendapat keampunan pada bulan ramadan ini…

YA ALLAH RAHMATILAH KAMI PADA MALAM LAILATULQADAR

اللهم بارك لنا في ليلة القدر

‘ YA ALLAH YA TUHAN KAMI BERILAH KEBERKATAN KEPADA KAMI PADA MALAM LAILATUL QADAR”

Demikian antara doa yang dibaca oleh Imam al-Sudays dalam doa Qunut solat witir malam 21 Ramadan. Dua malam ganjil telah berlalu bagaimana dengan amalan kita?Pada malam 23, disebabkan terlalu mengantuk semasa tahajjud saya keluar untuk meninjau keadaan jemaah, masyaALLAH jemaah yang mengerjalan tahajjud samalah dengan jemaah yang menunaikan terawih…jemaah solat di mana dan dari pintu King Abdul Aziz dan King Fadh jemaah tidak dibenarkan naik ke tingkat 2 dan ramai jemaah yang solat dipintu masuk, di atas tangga, di dataran sehinggalah di atas jalan…ringkasnya masyarakat Islam benar-benar menyahut seruan rasul saw. alangkah baik kalau suasana ibadat sebegini dapat dihidupkan di negara kita…

Solat tahajjud bukan sahaja di masjidil haram tetapi turut diadakan di masjid-masjid sekitar masjidil haram. Demikianlah sepuluh malam terakhir dihidupkan…

Di masjidil Haram, bermula malam 21 ibadat dilipatgandakan. imam yang biasa membaca satu juzuk dalam solat terawih menambah bacaan dengan 1 juzuk 5 muka surat.  Terawih diimamkan oleh Syaikh Abdullah al-Juhayni dan Syaikh Mahir al-Muaiqiliyy. Solat tahajjud pula bermula jam 1.00 pagi dengan 6 rakaat pertama diimamkan oleh Syaikh Suraym manakala  4 rakaat berikutnya dan solat witir diimamkan oleh Syaikh Sudays dan pada malam-malam ganjil Syaikh Sudays memanjangkan qunut…

Semoga Allah membantu  kita menghidupkan baki-baki malam yang dirindui dan mengurniakan rezeki lailatul Qadar…