KEMANISAN MENGHIDUPKAN SEPULUH MALAM TERAKHIR DI TANAH HARAM

Alhamdulillah sekali lagi Allah SWT memilih hamba-Nya untuk menjadi tetamu-Nya pada malam-malam yang terakhir yang penuh dengan kesejahteraan dan keberkatan setelah lebih kurang 12 tahun yang lalu buat kali pertama berpuasa di Baitullah pada hari-hari terakhir di bulan ramadan. Artikel ini ditulis dengan tujuan untuk mengingati nikmat Allah SWT seperti dalam firman-Nya:

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.  al-Duha ayat 11

Alhamdulillah group kami hanya berenam sahaja Tuan Haji Fawzi, Ustaz Khairul Amin, Encik Mazlan dan anaknya Abu Said al-Khudriyy dan Saiful…

Apa yang saya tulis bukanlah tentang diri saya tetapi tentang hamba-hamba Allah yang istimewa yang manjadi tetamu sepuluh hari terakhir…

TANGISAN TAKUT, RINDUKAN, KHUSYUK KEPADA ALLAH SWT

Pada hari pertama berpuasa di Mekah iaitu 19 Ramadan saya mengambil tempat untuk berbuka di dataran putih…di sebelah kanan saya beberapa saudara seagama dari Sudan dan di belakang saya beberapa jemaah dari Pakistan…Agak lama juga saya menunggu untuk berbuka dari selepas Asar sehingga timbul rasa jemu, saya sudah berada di dataran seawal jam 430 petang sedangkan waktu berbuka ialah jam 641 petang…Ya Allah 2 jam kena tunggu…Di depan polis mengawal supaya tidak ada jemaah yang duduk di hadapan saf kami untuk memberi ruang kepada jemaah bertawaf…Saya terus memerhatikan sehingga waktu berbuka masih ada jemaah yang bertawaf sambil berbuka puasa…Apabila Iqamat maghrib saya dapati masih ada saf-saf yang masih lompang…Nasihat saya kepada jemaah(lelaki) yang mengerjakan umrah pada bulan ramadan supaya mengambil kesempatan untuk bertawaf kira-kira satu jam sebelum berbuka kerana pada waktu ini keadaan sudah mula teduh dan seterusnya membentuk saf sementara menanti waktu berbuka..

Apa yang saya ingin sebutkan dalam coretan ini ialah berkaitan seorang jemaah India atau Pakistan yang menangis ketika membaca surah al-Insan…Pada setiap ayat dia akan menangis dan sahabat yang bersebelahan dengannya juga menangis…tangisannya menarik perhatian jemaah yang berada…Beginilah keadaan hamba-hamba Allah di sini yang menangis mengharapkan keredaan Allah semoga tangisan ini menyelamatkan mereka semua dari azab Allah…

Dalam solat witir yang diimamkan oleh Imam al-Sudaysiyy dengan suaranya yang syahdu dan merdu, pada malam-malam ganjil Imam al-Sudaysiyy akan memanjangkan doa Qunut sekitar 15 minit dengan penuh khusyuk disertai tangisan menyebabkan jemaah menangis termasuklah yang tidak memahami bahasa Arab. Doa untuk keampunan umat Islam, rahmat kepada orang Islam yang telah meninggal dunia, doa-doa yang ma’thur dari nabi saw, mendoakan kesejahteraan pemimpin untuk menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta memberi khidmat kepada masyarakat dan lain-lain…InshaALLAH jika diizinkan Allah saya berhasrat untuk menulis semula doa tersebut

PEMURAH DAN MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA

Sifat pemurah sangat terserlah. Para dermawan menyediakan juadah berbuka puasa sekurang-kurangnya kurma atau rutob  dan juga yang menyediakan juadah tambahan seperti laban(susu masam), buah-buahan dan lain-lain…Jumlah jemaah terutama pada 10 malam terakhir lebih 1 juta orang dan kebanyakannya tidak membawa juadah untuk berbuka puasa…

Saya juga melihat seorang dermawan yang memberi bantuan kepada pelajar-pelajar yang berasal dari Indonesia dan Afrika yang belajar Tafsir al-Jalalayn dan hadith sunan al-Thirmizi oleh syaikh al-Makki yang berasal dari Pakistan pada setiap pagi di arah pintu al-Madinah. Setiap pelajar diberi SR50 dan saya menganggarkan bilangan mereka lebih 50 orang. Apabila saya bertanya kepada salah seorang dari pelajar tersebut, dermawan ini menyumbangkan SR50 setiap bulan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s