27 RAMADAN MALAM LAILATUL QADAR ???PERHIMPUNAN TERBESAR UMAT ISLAM SELURUH DUNIA

Pada setiap malam 27 Ramadan dikatakan oleh sesetengah ulama sebagai MALAM LAILATULQADAR. Pandangan yang menetapkan malam 27 Ramadan sebagai malam al-Qadar telah mendorong sejumlah yang besar masyarakat Arab yang datang dari seluruh pelusuk negara Arab dan warganegara Arab Saudi dan sebahagian umat Islam dari seluruh dunia memenuhi masjidil Haram sehingga ada pintu masuk ke Masjidil Haram ditutup seawal waktu Asar iaitu pintu King Abdul Aziz dan King Fadh. Menurut berita yang dikeluarkan pada pagi 27 Ramadan dianggarkan lebih 3 juta umat Islam memenuhi kawasan dalam masjidil Haram….tidak termasuk mereka solat dari dalam bangunan seperti Safwah Tower dan lain-lain. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan terbesar umat Islam secara serentak pada waktu malam yang berlaku pada salah satu malam dari sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan. Pada waktu siang perhimpunan terbesar umat Islam ialah pada 9 Zulhijjah ketika para Hujjah berwukuf di Arafah untuk meluluskan mereka mendapat title haji sebagaimana yang disebut oleh Rasul saw: Haji itu Arafah. Sebab itu orang yang sakit akan dibawa juga ke Arafah supaya hajinya sah.
Benarkah lailatul Qadar berlaku pada malam 27? Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, pada malam-malam ganjil. Ini berdasarkan beberapa yang telah disebut oleh penulis dalam beberapa entri yang lalu…

Terdapat beberapa pandangan rakan di Mekah yang mengatakan lailatul Qadr pada tahun ini pada malam 27 berasaskan beberapa tanda seperti matahari pada pagi 27 Ramadan bercahaya putih tidak seperti biasa…Saya pula tidak keluar dari masjdil Haram untuk memerhatikan cuaca pada pagi tersebut.

Seorang rakan yang lain pula yang berusia antara 50-60 an, pada malam ini dia berasa sangat khusyuk dalam solat yang tidak pernah dirasai sepanjang hidupnya. Dan yang lain pula mengatakan lailatul Qadr pada malam 27 kerana mereka tidak terjaga dari tidur dan ketinggalan solat tahajjud pada malam 27…Saya sendiri mendengar Imam Suraym membaca al-Quran dengan khusyuk dan kedengaran suara sebaknya semasa beliau membaca surah al-An’am dan Sudays yang membaca Qunut dalam witir selama ½ jam dan diberapa tempat beliau menangis.
Semua ini merupakan pandangan yang subjektif dan lailatul Qadar yang sebenarnya hanyalah diketahui oleh Allah SWT. Oleh kerana lailatul Qadar yang dinanti-nanti dan dicari-cari oleh seluruh umat Islam menyebabkan pelbagai pandangan disebut oleh sarjana Islam berhubung lailatul Qadr. Ulama hadith yang terkenal Imam Ibnu Hajar al-Asqalaniyy menyebut malam apakah yang tepat Lailatul Qadar itu berlaku? Dalam kitab “Fath al-Bari” beliau menurunkan tidak kurang dari 45 pendapat tentang malam terjadinya Lailatul Qadar, masing-masing menurut pengalaman dengan catatan Ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 Ramadhan sampai 29 atau malam 30 Ramadhan.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, pada malam-malam ganjil.Ini berdasarkan hadith-hadith sahih yang menyebut tentang lailatul Qadr. Imam An-Nawawi pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu’ 6/450).Beruntunglah sesiapa yang menghidupkan kesepuluh hari yang terakhir kerana pasti salah satu darinya adalah malam al-Qadr…Bagi yang belum kita masih menaruh harapan pada malam 29 Ramadan dan sekiranya telah berlalu tanamkan azam dan hidupkanlah sepuluh malam terakhir pada Ramadan yang akan datang…

INSHAALLAH jika diizinkan oleh-Nya dan dibuka hati saya akan menulis sedikit tentang malam 27 Ramadan di Mekah dan beberapa tips yang boleh diambil sekiranya anda menjadi tetamu Allah pada sepuluh malam yang terakhir pada masa-masa akan datang. ABU AWATIF, DAR AL-SYA’B2, SYUAB AMIR

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s