Monthly Archives: Februari 2011

MAWLIDURRASUL:HIMPUNAN HADITH-HADITH DETIK-DETIK TERAKHIR DALAM KEHIDUPAN RASUL SAW(BAHAGIAN 1)

أربعون حديثا في وفاة رسول الله صلى الله عليه وسلم

MUQADDIMAH

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونشكره ونعوذ بالله من شرور أنفسنـا ومن سيئـات أعمالنا، من يهد الله فلا مضلّ له ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أنْ لا إله إلا الله وحده لا شريك له، ولا ضد ولا ند له، وأشهد أنَّ سيّدنا وحبيبنا وعظيمنا وقائدنا وقرّة أعيننا محمّدًا عبد الله ورسوله وصفيّه وحبيبه، من بعثه الله رحمة للعالمين هاديًا ومبشرًا ونذيرًا، فبلغ الرسالة وأدى الأمانة ونصح الأمة، فجزاه الله عنا خيرًا، الصلاة والسلام عليك سيدي يا علم الهدى، الصلاة والسلام عليك سيدي يا أبا الزهراء يا أبا القاسم يا محمد، ضاقت حيلتنا وأنت وسيلتنا أدركنا يا رسول الله، أدركنا بإذن الله.

أما بعد عباد الله فإني أوصيكم ونفسي بتقوى الله العلي العظيم القائل في محكم كتابه ﴿كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ﴾ ءال عمران/185

Syukur kehadrat Allah(s.w.t) sempena memperingati kelahiran junjungan besar nabi saw yang sangat dicintai. Baginda s.a.w yang menunjukkan kepada kita berhubung cara untuk manusia masuk semula ke syurga setelah Allah swt menurunkan bapa kepada manusia nabi Adam a.s dari syurga. Demikian ungkapan guru saya al-fadil Dr.Fadal Hassan Abbas rahimahullah yang baru sahaja pulang kerahmatullah pada hari rabu yang lalu bersamaan 6 Rabiulawwal 1423H

Himpunan hadith-hadith saya susun semula dari hadith-hadith yang sahih dan terima kasih kepada guru saya al-Marhum Syaikh Ibrahim al-Aliyy kerana hadith-hadith ini disusun berpandukan kitab susunan beliau sohih sirah Nabawiyah. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas dua guru saya ini.

Masih banyak yang perlu diperbaiki dari tulisan ini kerana ditulis dalam masa yang sekejap semoga Allah s.w.t memberi kelapangan

Semoga himpunan hadith ini dari memberi manfaat kepada pembaca

ALFAQIR ILA ALLAH NORAZAMUDIN BIN UMAR PADA 12 RABIULAWAL 1432H

Hadith-hadith

1.Surah al-Nasr sebagai tanda nabi(s.a.w) akan wafat
Hadith 1

حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ ، عَنْ أَبِي بِشْرٍ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : ” كَانَ عُمَرُ يُدْخِلُنِي مَعَ أَشْيَاخِ بَدْرٍ ، فَقَالَ بَعْضُهُمْ : لِمَ تُدْخِلُ هَذَا الْفَتَى مَعَنَا وَلَنَا أَبْنَاءٌ مِثْلُهُ ؟ فَقَالَ : إِنَّهُ مِمَّنْ قَدْ عَلِمْتُمْ ، قَالَ : فَدَعَاهُمْ ذَاتَ يَوْمٍ وَدَعَانِي مَعَهُمْ ، قَالَ : وَمَا رُئِيتُهُ دَعَانِي يَوْمَئِذٍ إِلَّا لِيُرِيَهُمْ مِنِّي ، فَقَالَ : مَا تَقُولُونَ فِي : إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ { 1 } وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا { 2 } سورة النصر آية 1-2 ؟ حَتَّى خَتَمَ السُّورَةَ ، فَقَالَ بَعْضُهُمْ : أُمِرْنَا أَنْ نَحْمَدَ اللَّهَ وَنَسْتَغْفِرَهُ إِذَا نُصِرْنَا وَفُتِحَ عَلَيْنَا ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ : لَا نَدْرِي أَوْ لَمْ يَقُلْ بَعْضُهُمْ شَيْئًا ؟ فَقَالَ لِي : يَا ابْنَ عَبَّاسٍ ، أَكَذَاكَ تَقُولُ ؟ قُلْتُ : لَا ، قَالَ : فَمَا تَقُولُ ؟ قُلْتُ : هُوَ أَجَلُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْلَمَهُ اللَّهُ لَهُ إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ سورة النصر آية 1 فَتْحُ مَكَّةَ ، فَذَاكَ عَلَامَةُ أَجَلِكَ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا سورة النصر آية 3 ، قَالَ عُمَرُ : مَا أَعْلَمُ مِنْهَا إِلَّا مَا تَعْلَمُ “

صحيح البخاري » كِتَاب الْحَجِّ » أَبْوَابُ الْمُحْصَرِ وَجَزَاءِ الصَّيْدِ رقم الحديث: 3983

Dari Ibnu Abbas(r.anhuma) berkata: Saidina Umar memanggilku untuk bersamanya dalam majlis sahabat-sahabat yang terlibat dalam peperangan Badar. Sebahagian mereka berkata: Mengapakan tuan membawa anak muda dan kami pun ada anak muda sepertinya? Saidina Umar menjawab: Beliau antara orang yang kamu telah kenalinya.
Ibnu Abbas berkata: Saidina Umar memangil mereka pada satu hari dan menjemputku untuk bersama mereka. Kata Ibnu Abbas: Beliau memanggilku untuk menunjukkan kepada mereka perihalku.
Saidina Umar bertanya: Apakah yang kamu katakan berhubung ayat: “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, sehinggalah penghujung surah.?
Sebahagian mereka menjawab:Allah memerintahkan kita supaya memujinya dan memohon keampunan kepadanya sekiranya kita diberi kemenangan
Sebahagian yang lain menjawab: Kami tidak tahu dan sekumpulan yang lain tidak menjawab apa-apa.
Saidina Umar berkata kepada Ibnu Abbas: Itukah jawapan kamu?
Ibnu Abbas menjawab:Tidak.
Umar bertanya: Apakah jawapan kamu?
Ibnu Abbas berkata(aku menjawab):Ianya adalah ajal rasul(s.a.w). Allah(s.w.t) memberitahunya. إذا جاء نصر الله والفتح Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan kemenangan ialah pembukaan kota Mekah(Fathu Makkah). Itu adalah tanda ajalmu فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا سورة النصر آية 3
Umar berkata: Tidak ada yang aku tahu melainkan apa yang kamu tahu” HR AL-BUKHARI

Hadith 2

حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، عَنْ سُفْيَانَ ، عَنْ عَاصِمٍ ، عَنْ أَبِي رَزِينٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : لَمَّا نَزَلَتْ إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ” عَلِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ قَدْ نُعِيَتْ إِلَيْهِ نَفْسُهُ ” ، فَقِيلَ : إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ السُّورَةَ كُلَّهَا .

مسند أحمد بن حنبل رقم 3201 

Dari Ibnu Abbas : Sebaik sahaja turun ayat (terjemahan:) Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Rasulullah saw pun faham bahawa dia diberitahu ajalnya hampir tiba dan dikatakan surah keselurahannya memberi isyarat hampirnya ajal rasul s.a.w.(HR Imam Ahmad)

 

2. Wasiat rasul(s.a.w) kepada Muaz bin Jabal r.anhu

Hadith 3

 
حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ أَبُو الْيَمَانِ , حَدَّثَنَا صَفْوَانُ بْنُ عَمْرٍو , عَنْ رَاشِدِ بْنِ سَعْدٍ , عَنْ عَاصِمِ بْنِ حُمَيْدٍ السَّكُونِيِّ , أَنَّ مُعَاذًا لَمَّا بَعَثَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , خَرَجَ إِلَى الْيَمَنِ مَعَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوصِيهِ , وَمُعَاذٌ رَاكِبٌ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْشِي تَحْتَ رَاحِلَتِهِ , فَلَمَّا فَرَغَ , قَالَ : ” يَا مُعَاذُ , إِنَّكَ عَسَى أَنْ لَا تَلْقَانِي بَعْدَ عَامِي هَذَا , وَلَعَلَّكَ أَنْ تَمُرَّ بِمَسْجِدِي وَقَبْرِي ” , فَبَكَى مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ جَشَعًا لِفِرَاقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَا تَبْكِ يَا مُعَاذُ لَلْبُكَاءُ , أَوْ إِنَّ الْبُكَاءَ مِنَ الشَّيْطَانِ ” .

مسند أمام أحمد(رقم الحديث: 21486)

Diriwayatkan daripada Asim bin Humaid al-Sakuniyy r.anhu bahawa semasa rasul(s.a.w) mengutus Muaz bin Jabal(r.anhu) ke Yaman, Rasulullah(s.a.w) keluar memberi pesanan kepadanya dan pada waktu itu Muaz sedang menaiki tunggangan dan rasul s.a.w berjalan berhampiran tunggangan Muaz. Apabila rasul(s.a.w) kepada Muaz baginda bersabda:

Wahai Muaz mudah-mudahan engkau tidak bertemu lagi denganku selepas ini, moga-moga kamu akan melalui masjidku dan kuburku.

(Mendengar ucapan ini)Muaz menangis(terisak-isak) kekhuyusukan tidak dapat menahan perasaan yang akan berpisah dengan nabi(s.a.w)., lantas nabi(s.a.w) bersabda:

“Janganlah kamu menangis wahai Muaz, tangisan atau sesungguhnya tangisan itu dari syaitan. HR IMAM AHMAD

3. Khutbah rasul s.a.w di Ghadeer Khum dalam perjalanan pulang selepas mengerjakan haji
Hadith 4:

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ ، وَشُجَاعُ بْنُ مَخْلَدٍ جميعا ، عَنْ ابْنِ عُلَيَّةَ ، قَالَ زُهَيْرٌ : حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، حَدَّثَنِي أَبُو حَيَّانَ ، حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ حَيَّانَ ، قَالَ :
” انْطَلَقْتُ أَنَا وَحُصَيْنُ بْنُ سَبْرَةَ ، وَعُمَرُ بْنُ مُسْلِمٍ إِلَى زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ ، فَلَمَّا جَلَسْنَا إِلَيْهِ ، قَالَ لَهُ حُصَيْنٌ :
لَقَدْ لَقِيتَ يَا زَيْدُ خَيْرًا كَثِيرًا ، رَأَيْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَسَمِعْتَ حَدِيثَهُ ، وَغَزَوْتَ مَعَهُ وَصَلَّيْتَ خَلْفَهُ ، لَقَدْ لَقِيتَ يَا زَيْدُ خَيْرًا كَثِيرًا ، حَدِّثْنَا يَا زَيْدُ مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
قَالَ : يَا ابْنَ أَخِي : وَاللَّهِ لَقَدْ كَبِرَتْ سِنِّي ، وَقَدُمَ عَهْدِي وَنَسِيتُ بَعْضَ الَّذِي كُنْتُ أَعِي مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَا حَدَّثْتُكُمْ ، فَاقْبَلُوا وَمَا لَا فَلَا تُكَلِّفُونِيهِ ،
ثُمَّ ، قَالَ : قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فِينَا خَطِيبًا بِمَاءٍ يُدْعَى خُمًّا بَيْنَ مَكَّةَ ، وَالْمَدِينَةِ ، فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ، وَوَعَظَ ، وَذَكَّرَ ، ثُمَّ قَالَ :

أَمَّا بَعْدُ ، أَلَا أَيُّهَا النَّاسُ ، فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ ، وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ ، أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ ، فَخُذُوا بِكِتَابِ اللَّهِ وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ

فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ ، ثُمَّ قَالَ :

وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي ، أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي ، أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي

فَقَالَ لَهُ حُصَيْنٌ : وَمَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ يَا زَيْدُ أَلَيْسَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ ؟
قَالَ : نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِمَ الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ ،
قَالَ : وَمَنْ هُمْ ؟
قَالَ : هُمْ آلُ عَلِيٍّ ، وَآلُ عَقِيلٍ ، وَآلُ جَعْفَرٍ ، وَآلُ عَبَّاسٍ ،
قَالَ : كُلُّ هَؤُلَاءِ حُرِمَ الصَّدَقَةَ ؟
قَالَ : نَعَمْ “

صحيح مسلم » كِتَاب فَضَائِلِ الصَّحَابَةِ » بَاب مِنْ فَضَائِلِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ … رقم الحديث: 4432

Dari Yazid bin Hayan, katanya: “Saya berangkat bersama Husain bin Sabrah dan Umar bin Muslim ke tempat Zaid bin Arqam r.a.lalu duduk berhampirannya, lalu Husain berkata padanya:
“Hai Zaid, engkau telah memperoleh kebaikan yang banyak sekali. Engkau berkesempatan melihat Rasulullah s.a.w., mendengarkan hadisnya, berperang besertanya dan juga bersolat di belakangnya. Sungguh-sungguh engkau telah memperoleh kebaikan yang banyak sekali. Beritahukan kepada kami apa yang pernah engkau dengar dari Rasulullah s.a.w.
Zaid lalu berkata:
“Hai anak saudaraku, demi Allah,sungguh usiaku ini telah tua dan ajalku hampir tiba, juga saya sudah lupa akan sebagian apa yang telah pernah saya ingat dari Rasulullah s.a.w. Maka dari itu, apa yang saya beritahukan kepadamu semua, maka terimalah itu, sedang apa yang tidak saya beritahukan, hendaklah engkau semua jangan memaksa-maksakan padaku untuk saya terangkan.”

Selanjutnya ia berkata: “Rasulullah s.a.w. pernah berdiri berkhutbah di suatu tempat berair yang disebut Khum, terletak antara Makkah dan Madinah . Beliau s.a.w. lalu bertahmid kepada Allah serta memujiNya, lalu menasihati dan memberikan peringatan, kemudian bersabda:

“Amma Ba’du, ingatlah wahai sekalian manusia, hanyasanya saya ini adalah seorang manusia, hampir sekali saya didatangi oleh utusan Tuhanku – yakni malaikatul-maut, kemudian saya harus mengabulkan kehendakNya – yakni diwafatkan. Saya meninggalkan untukmu semua dua perkara berat – agung – yaitu pertama Kitabullah yang di dalamnya ada petunjuk dan cahaya. Maka ambillah amalkanlah – dengan berpedoman kepada Kitabullah itu dan peganglah ia erat-erat.”

Jadi Rasulullah s.a.w. memerintahkan untuk berpegang teguh serta mencintai benar-benar kepada kitabullah itu. Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda:

“Dan juga ahli baitku. Saya memperingatkan kepadamu semua untuk bertaqwa kepada Allah dalam memuliakan ahli baitku, sekali lagi saya memperingatkan kepadamu semua untuk bertaqwa kepada Allah dalam memuliakan ahli baitku.”
Husain lalu berkata kepada Zaid: “Siapakah ahli baitnya itu, hai Zaid. Bukankah isteri-isterinya itu termasuk dari golongan ahli baitnya?”
Zaid menjawab: “Ahli baitnya Rasulullah s.a.w. ialah Ahli keluarga keturunan – Ali, Alu Aqil, Alu Ja’far dan Alu Abbas.”
Husain mengatakan: “Semua orang dari golongan mereka ini diharamkan menerima sedekah.”
Zaid berkata: “Ya, benar.” HR IMAM MUSLIM

Catatan:

 

 

Peta menunjukkan kedudukan Ghadeer Khuum

4. Rasul(saw) menziarahi perkuburan baqi

Hadith 5:

حَدَّثَنِي يَعْقُوبُ ، قَالَ : حَدَّثَنِي أَبِي ، قَالَ : عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ ، قَالَ : حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ الْعَبْلِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنِي عُبَيْدُ بْنُ جُبَيْرٍ مَوْلَى الْحَكَمِ بْنِ أَبِي الْعَاصِ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، عَنْ أَبِي مُوَيْهِبَةَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : بَعَثَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ , فَقَالَ :
” يَا أَبَا مُوَيْهِبَةَ ، إِنِّي قَدْ أُمِرْتُ أَنْ أَسْتَغْفِرَ لِأَهْلِ الْبَقِيعِ ، فَانْطَلِقْ مَعِي ” ,
فَانْطَلَقْتُ مَعَهُ ، فَلَمَّا وَقَفَ بَيْنَ أَظْهُرِهِمْ ،
قَالَ :

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ يَا أَهْلَ الْمَقَابِرِ ، لِيَهْنِ لَكُمْ مَا أَصْبَحْتُمْ فِيهِ مِمَّا أَصْبَحَ فِيهِ النَّاسُ ، لَوْ تَعْلَمُونَ مَا نَجَّاكُمْ اللَّهُ مِنْهُ ، أَقْبَلَتْ الْفِتَنُ كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يَتْبَعُ أَوَّلُهَا آخِرَهَا ، الْآخِرَةُ شَرٌّ مِنَ الْأُولَى

قَالَ : ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيَّ ، فَقَالَ :

 يَا أَبَا مُوَيْهِبَةَ ، إِنِّي قَدْ أُوتِيتُ مَفَاتِيحَ خَزَائِنِ الدُّنْيَا وَالْخُلْدَ فِيهَا ثُمَّ الْجَنَّةَ ، وَخُيِّرْتُ بَيْنَ ذَلِكَ وَبَيْنَ لِقَاءِ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ وَالْجَنَّةِ ” ,

 قَالَ : قُلْتُ : بِأَبِي وَأُمِّي فَخُذْ مَفَاتِيحَ الدُّنْيَا وَالْخُلْدَ فِيهَا ، ثُمَّ الْجَنَّةَ , قَالَ :

” لَا وَاللَّهِ يَا أَبَا مُوَيْهِبَةَ ، لَقَدْ اخْتَرْتُ لِقَاءَ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ وَالْجَنَّةَ ” ,

ثُمَّ اسْتَغْفَرَ لِأَهْلِ الْبَقِيعِ ، ثُمَّ انْصَرَفَ ، فَبُدِئَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي وَجَعِهِ الَّذِي قَضَاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ حِينَ أَصْبَحَ .

Diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amru dari Abu Muwaihibah salah seorang pelayan Rasul s.a.w berkata: “Aku diajak oleh Rasulullah s.a.w pada waktu tengah malam Baginda s.a.w bersabda:

 “Wahai Abu Muwaihibah, aku diperintahkan untuk memohon keampunan untuk penduduk Baqi’. Ikutlah engkau bersamaku.”

Abu Muwaihibah pun mengikuti beliau. Sesampainya di Baqi’, Rasulullah bersabda:

“Wahai para ahli kubur, diucap tahniah kepadamu(beruntunglah kamu) sekarang kerana kamu lebih baik daripada keadaan manusia yang masih hidup, sesungguhnya ujian demi ujian datang silih berganti, sebagaimana halnya malam, yang pertama mengikuti yang terakhir, namun yang terakhir lebih buruk daripada yang pertama.”

 

Selanjutnya, Rasulullah memandang ke arah Abu Muwaihibah, lalu berkata:

“Wahai Abu Muhaibah! Aku telah diberi kunci-kunci perbendaharaan dunia dan aku boleh kekal di dalamnya dan kemudian aku akan dibawa ke syurga, dan aku diberi dua pilihan: memilih yang telah kusebutkan atau memilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga.”

Abu Muwaihibah memberi pandangan, “Demi ayah dan ibuku, ambillah kunci-kunci perbendaharaan dunia dan kekallah di dalamnya, kemudian masuk syurga.”

Rasulullah menjawab:

“Tidak, wahai Abu Muwaihibah, aku telah memilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga.”

Setelah mendoakan penduduk Baqi’, beliau dan Abu Muwaihibah pun kembali ke Madinah. Sejak itu, sakit Rasulullah makin lama makin tenat.(Hadith riwayat Imam Ahmad No15597(j.25/376-377), al-Bukhariyy dalam al-Tarikh, al-Tabaraniyy dalam Mu’jam al-Kabir, 22/871)

5.Rasul (s.a.w) menziarahi Uhud dan solat ke atas mereka selepas 8 tahun
Hadith 6

 

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ , قَالَ : ” صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى قَتْلَى أُحُدٍ بَعْدَ ثَمَانِي سِنِينَ كَالْمُوَدِّعِ لِلْأَحْيَاءِ وَالْأَمْوَاتِ , ثُمَّ طَلَعَ الْمِنْبَرَ فَقَالَ :

إِنِّي بَيْنَ أَيْدِيكُمْ فَرَطٌ , وَأَنَا عَلَيْكُمْ شَهِيدٌ , وَإِنَّ مَوْعِدَكُمُ الْحَوْضُ وَإِنِّي لَأَنْظُرُ إِلَيْهِ مِنْ مَقَامِي هَذَا , وَإِنِّي لَسْتُ أَخْشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُشْرِكُوا وَلَكِنِّي أَخْشَى عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا أَنْ تَنَافَسُوهَا ” ,

 قَالَ : فَكَانَتْ آخِرَ نَظْرَةٍ نَظَرْتُهَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .

Dari Uqbah bin Amir r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. pergi keluar ke tempat orang-orang yang terbunuh dalam peperangan Uhud, lalu beliau s.a.w. mendoakan mereka setelah terkubur selama lapan tahun, sebagai seorang yang mengucapkan selamat tinggal untuk orang-orang yang masih hidup dan yang telah mati. Kemudian beliau s.a.w. naik ke minbar lalu bersabda:

“Sesungguhnya saya sekarang ini di hadapan engkau semua sebagai orang yang mendahului dan saya menyaksikan atasmu semua. Sesungguhnya tempat perjanjian kita bertemu lagi ialah di Haudh – sebuah danau di syurga. Sebenarnya saya dapat melihat Haudh itu dari tempatku ini. Saya tidak bimbang kalau engkau semua akan menjadi orang musyrik – sebab tentulah jauh dari kemusyrikan itu, tetapi yang saya takutkan kamu semua berlumba dalam mengejar keduniaan.”

 

Uqbah berkata: “Itulah yang merupakan pandangan saya yang terakhir yang saya dapat melihat kepada Rasulullah s.a.w.”Hadith riwayat al-Bukhariyy kitab al-Jana:iz Bab Solat ke atas orang yang mati syahid.

Catatan: Menurut penulis-penulis sirah peristiwa ini berlaku di awal bulan Safar.

6.Permulaan Sakit

Hadith 7

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : رَجَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْبَقِيعِ , فَدَخَلَ عَلَيَّ فَوَجَدَنِي وَأَنَا أَجِدُ صُدَاعًا فِي رَأْسِي ، وَأَنَا أَقُولُ : وَارَأْسَاهُ ! قَالَ : ” بَلْ أَنَا وَاللَّهِ يَا عَائِشَةُ ، وَارَأْسَاهُ ” !
ثُمَّ قَالَ :

” وَمَا يَضُرُّكِ لَوْ مُتِّ قَبْلِي , فَقُمْتُ عَلَيْكِ فَكَفَّنْتُكِ ، ثُمَّ صَلَّيْتُ عَلَيْكِ ، وَدَفَنْتُكِ ؟ ” ,

قَالَتْ : وَاللَّهِ لَكَأَنِّي بِكَ لَوْ فَعَلْتَ ذَلِكَ قَدْ رَجَعْتَ إِلَى بَيْتِي فَأَعْرَسْتَ فِيهِ بِبَعْضِ نِسَائِكَ ,

قَالَتْ : فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَتْ : وَتَتَامَّ بِهِ وَجَعُهُ حَتَّى اسْتَعَرَّ بِهِ وَهُوَ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ , فَدَعَا نِسَاءَهُ ، فَسَأَلَهُنَّ أَنْ يَأْذَنَّ لَهُ أَنْ يُمَرَّضَ فِي بَيْتِي , فَأَذِنَّ لَهُ ,

رواه ابن ماجه باب ما جاء في غسل الرجل امرأته رقم الحديث 1465

Daripada Aisyah r.anha berkata: Rasulullah(s.a.w) pulang dari al-Baqi’ dan baginda(s.a.w) masuk ke tempat dan bertemu denganku dan aku mengeluh karena sakit kepala: “Aduh kepalaku!”

Tetapi baginda saw berkata – sedang dia sudah mulai merasa sakit:

“Tetapi akulah,  wahai Aisyah, yang merasa sakit kepala.”

Lalu kata Nabi, “Apa salahnya kalau engkau yang mati lebih dulu sebelum aku. Aku yang akan mengurusmu, mengafanimu, menyembahyangkan kau dan menguburkan kau!”

Aisyah berkata:”Dengan begitu yang lain mendapat nasib baik. Demi Allah, dengan apa yang sudah kau lakukan itu seolah engkau menyuruh aku pulang ke rumah dan dalam pada itu kau akan berpengantin baru dengan isteri-isterimu.”
Nabi tersenyum, kesakitan rasul(s.a.w) berterusan dan baginda (s.a.w) pergi ke rumah isteri-isterinya mengikut giliran sehinggalah sakitnya bertambah tenat dan pada masa itu rasul(s.a.w) berada di rumah Maimunah. Rasul(s.a.w) memanggil isteri-isterinya dan meminta kebenaran dari mereka untuk dirawat di rumahku. Mereka semua memberi kebenaran kepada baginda(s.a.w).HR IBNU MAJAH

Hadith 8

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى ، أَخْبَرَنَا هِشَامٌ ، عَنْ مَعْمَرٍ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ” لَمَّا ثَقُلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاشْتَدَّ وَجَعُهُ اسْتَأْذَنَ أَزْوَاجَهُ أَنْ يُمَرَّضَ فِي بَيْتِي ، فَأَذِنَّ لَهُ ، فَخَرَجَ بَيْنَ رَجُلَيْنِ تَخُطُّ رِجْلَاهُ الْأَرْضَ ، وَكَانَ بَيْنَ الْعَبَّاسِ وَبَيْنَ رَجُلٍ آخَرَ ، فَقَالَ عُبَيْدُ اللَّهِ : فَذَكَرْتُ لِابْنِ عَبَّاسٍ مَا قَالَتْ عَائِشَةُ ، فَقَالَ لِي : وَهَلْ تَدْرِي مَنِ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ تُسَمِّ عَائِشَةُ ؟ قُلْتُ : لَا ، قَالَ : هُوَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ ” .

صحيح البخاري » كِتَاب الْهِبَةِ وَفَضْلِهَا وَالتَّحْرِيضِ عَلَيْهَا … » بَاب هِبَةِ الرَّجُلِ لِامْرَأَتِهِ ، وَالْمَرْأَةِ … رقم الحديث: 2412

Aisyah r.anha berkata: Apabila nabi(s.a.w) sakit dan sakitnya bertambah tenat, Rasulullah saw meminta kebenaran dari isteri-isterinya untuk dirawat di rumahku, maka mereka pun mengizinkan. Baginda(saw) keluar dari rumah (Maimumah) dengan dipimpin oleh dua lelaki. Baginda (s.a.w) di tengah-tengah antara al-Abbas dengan seorang lelaki yang lain.
Ubaydullah berkata: Aku berkata kepada Ibnu Abbas apa yang disebut oleh Aisyah(r.anha).
Ibnu Abbas(r.a) berkata kepadaku: Tahukah kamu siapakah lelaki yang tidak disebut namanya oleh Aisyah.
Ubaydullah menjawab: Aku tidak tahu, Ibnu Abbas berkata: Dia adalah Ali bin Abi Talib(HR AL-BUKHARIYY)

7.Rasul(s.a.w) kegeringan
Hadith 9

 
عَنْ مَسْرُوقٍ ، قَالَ : قَالَتْ عَائِشَةُ : ” مَا رَأَيْتُ رَجُلًا أَشَدَّ عَلَيْهِ الْوَجَعُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ”
Aisyah r.anha berkata: Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih teruk sakitnya dari rasul(s.a.w)

Hadith riwayat  Muslim No. 4669

Hadith 10

عن عَبْدُ اللَّهِ بن مسعود: دَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يُوعَكُ ، فَوَضَعْتُ يَدِي عَلَيْهِ ، وَقُلْتُ : إِنَّكَ تُوعَكُ وَعْكًا شَدِيدًا ؟
قَالَ :

” إِنِّي أُوعَكُ كَمَا يُوعَكُ رَجُلَانِ مِنْكُمْ ” ،

قَالَ قُلْتُ ذَاكَ بِأَنَّ لَكَ أَجْرَيْنِ ؟
قَالَ “

أَجَلْ ، مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُصِيبُهُ مَرَضٌ فَمَا سِوَاهُ إِلَّا حَطَّ اللَّهُ بِهِ خَطَايَاهُ ، كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا ” .

 

Dari Ibnu Mas’ud r.a., katanya: “Saya masuk ke tempat Nabi s.a.w. dan beliau di kala itu menderita penyakit panas, lalu saya memegangnya, kemudian saya berkata: “Sesungguhnya Tuan ini benar-benar sakit panas yang sangat.” Lalu beliau s.a.w. bersabda:

“Benar, sesungguhnya penyakit panas saya ini adalah seperti panasnya dua orang di antara engkau semua – yang dijadikan satu.

Aku berkata: Ini bermaksud tuan mendapat dua kali ganjaran pahala.
Baginda(s.a.w) menjawab:

Ya, Mana-mana mukmin yang ditimpa kesakitan maka Allah(s.w.t) akan menggugurkan kesalahannya sebagaimana gugurnya daun dari pokok.”

Hadith riwayat al-Bukhariyy bab kesakitan yang amat sangat, no.5647.

Hadith 11

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ ، قَالَ : حَدَّثَنِي اللَّيْثُ ، قَالَ : حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ ، عَنْ ابْنِ شِهَابٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ ، أَنَّ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : لَمَّا ثَقُلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاشْتَدَّ بِهِ وَجَعُهُ اسْتَأْذَنَ أَزْوَاجَهُ أَنْ يُمَرَّضَ فِي بَيْتِي ، فَأَذِنَّ لَهُ ، فَخَرَجَ وَهُوَ بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ تَخُطُّ رِجْلَاهُ فِي الْأَرْضِ بَيْنَ عَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَبَيْنَ رَجُلٍ آخَرَ ،
قَالَ عُبَيْدُ اللَّهِ : فَأَخْبَرْتُ عَبْدَ اللَّهِ بِالَّذِي قَالَتْ عَائِشَةُ ، فَقَالَ لِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ : هَلْ تَدْرِي مَنِ الرَّجُلُ الْآخَرُ الَّذِي لَمْ تُسَمِّ عَائِشَةُ ؟
قَالَ : قُلْتُ : لَا ،
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ : هُوَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ ،
وَكَانَتْ عَائِشَةُ زَوْجُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تُحَدِّثُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا دَخَلَ بَيْتِي وَاشْتَدَّ بِهِ وَجَعُهُ ، قَالَ :

” هَرِيقُوا عَلَيَّ مِنْ سَبْعِ قِرَبٍ لَمْ تُحْلَلْ أَوْكِيَتُهُنَّ لَعَلِّي أَعْهَدُ إِلَى النَّاسِ ” ،

فَأَجْلَسْنَاهُ فِي مِخْضَبٍ لِحَفْصَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ طَفِقْنَا نَصُبُّ عَلَيْهِ مِنْ تِلْكَ الْقِرَبِ حَتَّى طَفِقَ يُشِيرُ إِلَيْنَا بِيَدِهِ أَنْ قَدْ فَعَلْتُنَّ ، قَالَتْ : ثُمَّ خَرَجَ إِلَى النَّاسِ ، فَصَلَّى بِهِمْ وَخَطَبَهُمْ

صحيح البخاري » كِتَاب الْمَغَازِي » بَاب مَرَضِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ … رقم الحديث: 4115

Aisyah r.anha berkata: Apabila nabi(s.a.w) sakit dan sakitnya bertambah tenat, Rasulullah saw meminta kebenaran dari isteri-isterinya untuk dirawat di rumahku, maka mereka pun mengizinkan. Baginda(saw) keluar dari rumah (Maimumah) dengan dipimpin oleh dua lelaki. Baginda (s.a.w) di tengah-tengah antara al-Abbas dengan seorang lelaki yang lain.
Ubaydullah berkata: Aku berkata kepada Ibnu Abbas apa yang disebut oleh Aisyah(r.anha).
Ibnu Abbas(r.a) berkata kepadaku: Tahukah kamu siapakah lelaki yang tidak disebut namanya oleh Aisyah?
Ubaydullah menjawab: Aku tidak tahu, Ibnu Abbas berkata: Dia adalah Ali bin Abi Talib.
Dan Aisyah isteri nabi s.a.w memberitahu apabila nabi(s.a.w) memasuki rumahku dan sakitnya bertambah tenat, baginda bersabda:

 Tuangku ke atasku air dari tujuh qirbah(botol) air yang belum dibuka ikatan hingga aku mempunyai kekuatan untuk bertemu dengan orang ramai dan dapat memberi wasiat kepada mereka.

Seterusnya kami(isteri-isteri nabi) mendudukkan rasul (s.a.w) di atas Mihdab(bekas besar) milik Hafsah. Kemudian kami tuangkan air tersebut pada baginda (s.a.w) sehingga baginda(s.a.w)segar sambil memberi isyarat dengan tangannya(menunjukkan) kamu telah lakukan(yang baik).
Aisyah berkata: Kemudian rasul s.aw keluar mengerjakan solat dengan para sahabat dan menyampaikan khutbah kepada mereka. HR AL-BUKHARI

Advertisements

AL-MARHUM DR FADAL HASSAN ABBAS DALAM KENANGAN 1

Sabda Rasul s.a.w:

عَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ “

Dari Uthman bin Affan r.anhu dari nabi s.a.w bersabda: Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya. HR al-Bukhari

PENGAJIAN AL-QURAN

al-Marhum Syaikh al-Allamat menjelaskan berhubung pengalamannya dalam belajar al-Quran dalam karyanya  kitabnya al-Qiraat al-Quraniyyat wa ma yataallaqu biha:

“…orang yang pertama saya ingati berhubung pengajian al-Quran ialah ibu bapa saya yang bersungguh-sungguh memastikan saya untuk menghafaz al-Quran. Demikian juga pak cik saya(sebelah ibu)- al-Syaikh al-Allamah Yusuf Abd al-Razzaq. Bapa telah berpakat dengan seorang syaikh yang telah menghafaz al-Quran dengan membayarnya ganjaran tertentu dan setiap hari saya pergi belajar al-Quran dengannya. Guru saya ini memang tiada apa-apa kerja rasmi kecuali sebagai muazzin di tempat kami. Allah(s.w.t) telah memuliakan saya dan memuliakannya menyebabkan saya dapat menghafaz al-Quran dalam masa yang  sekejap. Guru saya ini ialah Syaikh Ahmad al-Ullutiyy. Saya menghafaz al-Quran dengan baik tetapi hafazan pada waktu itu tanpa mengikut hukum tajwid dan makhraj huruf yang betul.

Kemudian saya bermusafir ke Mesir dan sibuk menuntut ilmu menyebabkan saya lupa sebahagian ayat al-Quran. Pak cik saya pada waktu itu pensyarah di Kuliyah Usuluddin, Universiti al-Azhar. Beliau beria-ria mencadangkan kepada saya untuk menyemak hafazan al-Quran. Saya telah mengikuti ujian sijil Hafs di Kolej al-Qiraat yang berada di bawah naungan Kuliah Bahasa Arab pada tahun 1948. Dalam ujian bertulis saya Berjaya. Kemudian saya mengikuti ujian lisan dan jawatankuasa penilai diketuai oleh al-Syaikh Abdul Fattah al-Qadiyy Rahimahullah. Beliau rapat dengan pak cik saya. Beliau telah bertanya kepada syaikh Abdul Fattah berhubung bacaan saya. Jawapan beliau:

“Orang syam ini yang kamu bertanya tentangnya keadaannya sungguh pelik.”

 Pakcikku bertanya: Mengapa?

Syaikh Abdul Fattah menjawab:

“Semasa kami bertanya kepadanya berhubung tatabahasa Arab dan hokum tajwid, maka tidak ada tandingannya dari aspek susunan ayatnya, gaya bahasa dan bahasanya. Semasa kami menguji bacaan al-Quran tiada tandingannnya juga tetapi dari sudut yang berlawanan. Dia langsung tidak baik dari segi cara bacaannya. Dia mengizharkan apa patut dibaca secara idgham, memendekkan apa yang patut dimadkan(panjangkan), menipiskan huruf yang sepatutnya ditebalkan, dan menebalkan huruf yang sepatutnya ditipiskan.”

 

 Disebabkan kelemahan ini ranking saya dalam sijil ini pada tahun itu ialah yang ke-23 dari 43 orang yang lulus. Pakcikku nekad menghantarku kepada seorang syaikh untuk belajar tilawah dan [pada masa yang sama ilmu qiraat. Allah(s.w.t) telah menyediakan untuk saya seorang imam dari ulama qiraat di Mesir iaitu al-Syaikh al-Allamat Muhammad Sulayman al-Syandawily – semoga Allah merahmati rohnya dengan rahmat yang luas- semoga Allah membalasnya atas segala kebaikan atas perhatiannya terhadapku. Saya membaca dengannya al-Quran(Khatam) lebih dari sekali dan dia telah memuliakan saya dengan memberi ijazah kemudian dengan ijazah Imam hafs dengan sanadnya yang bersambung sehinggalah kepada penghulu yang awal dan akhir Sayyidina Rasulullah(s.a.w) sehingga kepada Jibril(a.s).

..Kedua-dua guruku ini iaitu Syaikh yang saya menghafaz al-Quran dengan beliau syaikh Ahmad  al-Ulutiyy dan Syaikh yang saya belajar dengannya tilawah yang betul Syaikh Muhammad Sulayman, saya mengiktiraf keduanya dengan kelebihan selepas Allah s.w.t sebagaimana saya mengiktiraf bapaku dan pakcikku dan saya mendoakan mereka semua…

Selain mempelajari bacaan yang betul, syaikh Fadal rahimahullah juga mempelajari Qiraat dengan gurunya Syaikh Muhammad Sulayman yang mengajar di kolej khas. Menurut Syaikh Fadal sebelum belajar Qiraat seseorang itu disyaratkan menghafaz al-Quran bermula dengan riwayat Hafs, menghafaz matan Tuhfatul al-Atfal(ilmu tajwid) karya Syaikh Sulayman al-Jamzuri rahimahullah dan matan al-Jazariyah oleh Ibn al-Jazary. Menurutnya lagi pada waktu itu guru-guru yang mengajar qiraat di kolej khas tegas sebelum memberikan ijazah qiraat berdasarkan kemampuan dari  segi ilmu dan akhlak….Beliau menyebut berhubung gurunya Syaikh Muhammad Sulayman rahimahullah  yang enggan memberikan ijazah kepada penuntutnya walaupun berterusan belajar dengannya bertahun-tahun kerana beberapa sebab…Menurutnya bacaan al-Quran secara qiraat adalah dengan cara murid membaca di hadapan guru dan guru membetulkan bacaannya bermula dari awal al-Quran sehingga akhir al-Quran. Pembacaan qiraat al-Quraniyyat berbeza dengan ilmu-ilmu lain yang boleh dipelajari sendiri seperti ilmu tatabahasa dan balaghah…Semoga Allah merahmati roh al-Marhum ( al-Qiraat al-Quraniyyat(2007), hal.8-13, Amman:Dar al-Nafais)

RIBUAN MANUSIA MENGIRINGI JENAZAH DR FADAL ABBAS

Sesungguhnya pemergianmu sesuatu yang menyedihkan…sesungguhnya kamu mengajarku mengenali keindahan al-Quran melalui kuliah-kuliahmu setiap malam Isnin..Setiap minggu saya mendapat mutiara-mutiara al-Quran yang membuktikan i’jaz al-Quran…Setiap bertambah keyakinanku berhubung al-Quran…Kuliahmu mendorongku untuk mengkaji keindahan i’jaz al-Quran…InshaALLAh saya akan mengikuti jejakmu dalam berkhidmat untuk kitab Allah…

Ribuan warga Jordan mengiringi jenazah al-Allamah Dr.Fadal Hassan Abbas ke tanah perkuburan Islam Sahab. Mereka terpaksa solat jenazah di dataran berhampiran Masjid al-Zumayli(Masjid ini menjadi tempat Dr.Fadal mengimami solat terawih dan berhampiran dengan rumahnya-penterjemah) dan sebahagiannya solat di atas jalan. Qadi al-Qudat Dr.Ahmad Halil menyampaikan ucapannyd di masjid menyebut kebaikan al-marhum dan kelebihan beliau kepada pencinta ilmu.

Muraqib al-Am(ketua) Pertubuhan al-Ikhwan al-Muslimun Dr.Hammad Said pula menyampaikan ucapannnya dan mendoakan semoga Allah(s.w.t) menggantikan kehilangan beliau dengan tokoh sepertinya dan doanya diaminkan oleh para jemaah.

Dr Ahmad al-Raqab juga menyampaikan ucapan menyebut kebaikan-kebaikan al-Marhum, memohon keampunan untuknya dan berpesan kepada keluarganya supaya bersabar.

Dr.Solah al-Khalidiyy menyifatkan al-Allamah Abbas sebagai Ustaz Tafsir di bumi Syam. Beliau bertemu dengan al-Marhum beberapa kali dan menyatakan bagaimana beliau terkenal dikalangan kenalannya sebagai seorang yang berakhlak tinggi dan mulia dan dia adalah RABBANIYY QURANIYAA yang hidup dengan al-Quran. Akhlaknya adalah al-Quran, budipekertinya adalah al-Quran, beliau hidup dengannya, dan berinteraksi dengan orang ramai dengan al-Quran.

Al-Khalidiyy juga menyebut: al-Marhum menarik kami semasa membaca al-Quran dan mentafsirnya. Beliau merupakan orang yang pertama memulakan tafsir secara audio(rakaman) di radio apabila program pertamanya bermula di radio Jordan pada tahun 1971.  Menurut al-Khalidiyy lagi: Semua yang mengenali beliau sepakat beliay seorang yang sangat beradab dan mempunyai kedudukan dan namanya(Fadal) bertepatan dengan tuannya.

Al-Khalidiyy juga menyatakan penghujung yang baik menunjukkan penerimaannya dengan izin Allah dan kedudukannya di sisi Allah s.w.t apabila beliau menaiki kereta menuju ke lapangan terbang untuk mengerjakan ibadat umrah dan disaat itu kewafatan mendatanginya semasa beliau di dalam kereta. Saya sangat gembira dengan kesudahan yang baik ini yang saya juga berharap memperolehinya dan kenyataannya al-marhum memang berhak mendapat kesudahan ini kerana dia hidup dengan al-Quran dan untuk al-Quran.

 

Nas Asal

شيع الاف الأردنيين ظهر اليوم (10/2) جثمان العلامة الدكتور فضل حسن عباس الذي وافته المنية أمس الاربعاء (9/2) الى مثواه الاخير في المقبرة الاسلامية بسحاب.

واضطر مواطنون الى الصلاة على الجنازة في الساحات المجاورة لمسجد “الزميلي” بالشميساني وكذلك في الطريق العام .

قاضي القضاة الدكتور احمد هليل اخذته العبرات لدى القائه كلمة في المسجد عدد فيها مناقب المرحوم وافضاله على اهل العلم

والقى المراقب العام لجماعة الاخوان المسلمين الدكتور همام سعيد كلمة سأل فيها الله تعالى ان يعوض الامة بفقدها للدكتور وامن الحضور على دعائه للفقيد بالرحمة.

كما القى الدكتور أحمد الرقب كلمة في المسجد تناول فيها خصال الفقيد وسأل الله تعالى له المغفرة والرحمة ولذويه واحبائه الصبر والسلوان.

وافتتح ذوو الفقيد بيتاً للاجر بالقرب من المسجد لاستقبال المعزين ايام الخميس والجمعة والسبت.
الدكتور صلاح الخالدي وصف العلامة عباس بـ”استاذ التفسير في بلاد الشام”،لقاءاته العديدة مع الفقيد وكيف كان مشهوراً بين معارفه بالخلق الرفيع والادب وتابع :”كان ربانيا قرآنيا عاش مع القران وكان خلقه القرآن يتخلق به ويعيش به ويتعامل به بين الناس “.

واشار الى ان الفقيد “كان يشدنا حين يقرأ القران وحين يفسره” ووصفا اياه بانه “اول من استن سنة التفسير الصوتي على الاذاعات حين كان يقدم برنامجه الاول على الاذاعة الاردنية سنة 1971.”

وقال “لقد اجمع كل من عرف الشيخ وتعامل معه على انه خلوق وصاحب ادب وله منزلة فكان له من اسمه نصيب وحظ “.

واعتبر الخالدي ان خاتمة الشيخ “تدل على قبوله باذن الله وعلى منزلته عند الله فقد ركب السيارة وتوجه الى المطار للسفر لاداء العمرة ووافته المنية في السيارة” وقال “لقد سعدت والله لهذه الخاتمة الطيبة التي اتمناها وحقا ان الفقيد يستحق هذه الخاتمة لانه عاش بالقران وللقران 

 

AL-FATIHAH DR FADL ABBAS YANG WAFAT DALAM PERJALANAN UNTUK MENGERJAKAN UMRAH

 

Pautan-pautan:
1.http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?p=1473902
2.http://www.panet.co.il/online/articles/71/73/S-373738,71,73.html

Antara kata-kata beliau:
Saya hidup dengan al-Qur’an puluhan tahun tetapi dihadapan al-Quran saya masih lagi seorang pelajar yang kerdil.”’

Tanggal 9 Februari 2011 bersamaan 6 Rabiulawwal 1432H saya menerima mesej dari sahabat saya al-akh ustaz Shahrul Nizam “ Salam, alfatihah, semoga d cucuri rahmat dr fadhal hasan abas telah kembali ke rahmatillah 3 jam yang lalu. Pemergian al-marhum syaikh merupakan satu kehilangan besar kepada dunia Islam, seorang tokoh dalam bidang tafsir dan ijaz al-Quran.

Saya mencari dinternet dan tertulis: Syaikh Fadal Abbas meninggal dunia dalam perjalanan ke Mekah untuk mengerjakan umrah………dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang…

Disember lalu ustaz Sharul Nizam sempat bertemu dengan al-Marhum bertanya hasratnya untuk membuat kajian berhubung tafsir politik dan jawapannya: Setiap orang tahu keperluan di Negara masing-masing…

PERTEMUAN TERAKHIR
Kali pertama saya mengenali syaikh ialah semasa saya menjejakkan kaki di bumi Jordan pada tahun 1995. Saya digambarkan bahawa Dr.fadl seorang yang sangat tegas dan ditakuti oleh pelajar-pelajar Malaysia. Sesekali saya melihat Dr.Fadl dari jauh sehinggalah saya menghadiri kuliah yang diadakan di rumah beliau pada 9 Jun 1997. Pada hari itu beliau mentafsirkan ayat 179 surah al-Baqarah. Kuliah dimulakan dengan bacaan kitab Mukhtasar(ringkasan) Tafsir al-Kha:zin dan pembacanya ialah syaikh Muhammad. Biasanya syaikh Fadl memberi ulasan yang sederhana antara 20 minit ke 45 minit pada setiap kali kuliah di adakan. Sejak dari pertemuan ini, saya semakin mencintai syaikh Fadl kerana kemuliaaan akhlaknya dan ketinggian ilmu. Setiap kali hadir ke kuliahnya ada sahaja ilmu-ilmu baru khususnya berkaitan ijaz al-Quran yang diperolehi. Insya Allah dikesempatan yang lain saya akan cuba untuk menulis kembali mutiara-mutiara ilmu tersebut di dalam blog ini atau dalam bentuk penulisan…Kali terakhir saya menghadiri ke kuliah Dr.Fadl sebelum menamatkan pengajian ialah pada 1 Mei 2000.

Pada tahun 2008 semasa kami singgah di Jordan saya tidak berkesempatan untuk bertemu beliau. Pada Mei 2009 dan 2010 saya sempat menghadiri kuliah mingguan Dr.Fadl yang diadakan setiap hari Isnin malam Selasa. Kuliah ini diadakan sejak 1970-an, dan semasa ustaz shahrul Nizam menziarahinya pada Disember yang lalu, kuliah ini masih diteruskan. Beginilah istiqamah Dr.Fadal dalam menyampaikan ilmu…ini bermaksud kuliah tersebut berterusan hampir empat puluh tahun…Kesungguhan ini wajar dijadikan contoh kepada kita dalam menuntut ilmu…Pertemuan terakhir saya dengan beliau ialah pada 7 Jun 2010 semasa saya bersama Hj.Ruslin, Ustaz Zaki dan Abang Jamil singgah di Jordan…

MAULIDURRASUL

Sebagaimana yang pernah saya tulis dalam entri yang lalu, syaikh Fadl mengisi bulan Rabiulawwal dengan mengingati maulidurrasul selama sebulan, sempena pemergian beliau pada bulan Rabiulawwal saya catatkan semula nasihat beliau yang ada dalam catatan peribadi penulis sempena memperingati maulid al-nabawi 1419H pad 12 R.Awwal 1419H bersamaan 6 Julai 1998 di rumah beliau:
ذكر سيدنا رسول الله … وما أعظم ذكرى وما أطيبها….كلها ترتفع بِهذا الأنسان….ومن أجل يعرف الإنسان ذاته، يدرك إنسانيته…يرد ما يليق بإنسانيته ..كل هذه ذكريات …لكن ذكر المولد يبقى لها شرفها…لماذا؟ لأنها هي الأساس (الهجرة، البدر، الإسراء، نزول القرآن، فتح مكة…لأن هناك عظيما قد تشرقت به الحياة، هناك عظيما قد ولد…لكل هذه دفعات الطيبة تستنير بها الصدور.كل ذلك دفع القوي، الندى الذي يسابق مع ضوء القمر والشمس ويسابق مع نسمة الصباح من أجل أن يدرك الإنسان إنسانيته. لقد كانت الحياة قبله مزيجا من الحق والباطل . وخالطا من الشر والخير. كانت شيئا فيها النور وفيها الظلمة ولكن أراد الله أن يدرك الكون . ما هو وأين هو؟ لذلك قضت حكمته سبحانه وتعالى…يكون نبوته خير الأنبياء وختم الأنبياء ورسالته ختم الرسالة..القرآن ختم الكتاب…منذ أن خلق الله آدم وأسكنه الجنة. شاء ربنا الله أن يخرجوا من الجنة ( أهبطوا منها) وظلت الإنسانية تتذكر كيف خرجت من الجنة؟ لماذا…لا بد حتى تتسم المعادلة أن يكون هناك من يرد الإنسانية اعتبارها…فتح له باب الجنة من أجل أن يخرجوا…ورسول الله يعلم الإنسان كيف يدخل الجنة مرة أخرى
Memperingati Saidina Rasulullah(s.a.w)…Betapa besar mengingati dan betapa baiknya…kesemuanya mengangkat manusia…supaya manusia mengenali hakikat dirinya, hakikat kemanusiaan, dia mengembalikan apa yang patut bagi manusia…semua ini merupakan memperingati akan tetapi memperingati mawlid mempunyai kemuliaanya…mengapa? Kerana mawlid adalah asas(hijrah, peperangan badar, israk mikraj, nuzul al-Quran, pembukaan Mekah) tanpa mawlid semua ini tidak akan berlaku…memperingatinya kerana di sana ada sesuatu yang besar…yang menyinari kehidupan, disana sesuatu yang agung telah lahir, semuanya yang baik ini menerangi hati.semuanya merupakan sebab yang kuat, bisikan yang mengejari cahaya bulan dan matahari dan mengejar angin pagi…supaya manusia mengetahui hakikat kemanusiaan. Kehidupan sebelum kelahirannya bercampur antara kebenaran dan kebatilan, bercampur aduk antara keburukan dan kebaikan..di sini ada sedikit cahaya dan di dalamnya penuh dengan kegelapan akan tetapi Allah s.w.t mahu dunia ini mengetahui. Apakah dia dan di mana dia? Oleh itu Allah s.w.t menetapkan hikmahnya…Allah menjadikan kenabiannya sebaik-baik nabi, penutup nabi-nabi dan risalahnya adalah risalah yang terakhir, al-Quran adalah kitab yang terakhir…qada Allah s.w.t ditetapkan sejak Allah s.w.t menciptakan Adam dan meletakkannya di syurga dan Allah s.w.t inginkan mereka keluar dari syurga(turunlah kami darinya) dan sejak itu manusia mengingati bagaimana mereka keluar dari syurga? Mengapa? Dari sini adanya kesinambungan supaya ada disana manusia yang mengembalikan hakikat manusia…pintu syurga dibuka supaya keluarnya rasulullah(s.a.w) untuk mengajar manusia bagaimana untuk masuk ke syurga semula…

Bersama-sama ini saya coretkan semula catatan saya berhubung al-marhum suatu masa dahulu:

Dr.Fadal Abbas merupakan seorang pakar dalam bidang tafsir dan secara khususnya ijaz al-Qur’an. Beliau menyebut dalam kitabnya al-Itqanul Burhan fi Ulum al-Quran bahawa beliau bercita-cita menghasilkan insklopedia ijaz al-Qur’an.

-Merupakan bekas pensyarah bahagian Usuluddin di Fakulti Shariah University of Jordan. Melahirkan ramai tokoh dalam bidang tafsir termasuklah anaknya sendiri Sana’ Fadal Abbas yang merupakan penulis bersama karya “Ijaz al-Qur’an” dan sekarang pensyarah di University al-Balqa’ al-Tatbiqiyyah, Jordan.

-Dr.Jammal Abu Hassan  merupakan seorang penuntut rapatnya, sekarang bertugas sebagai pensyarah di universiti ulum islamiyah antarabangsa enghasilkan satu buku yang dihadiahkan sempena 70 tahun Dr. Fadal yang diterbitkan oleh Dar al-Razi memuatkan penulisan-penulisan berkaitan al-quran dan bahasa pada tahun 2003. Dr.Ahmad al-Jammal sendiri menulis tentang pengalaman peribadinya dengan dr. Fadal Abbas.

– Perkenalan awal syaikh Jamal Abu Hasan  ialah semasa mendengar kuliyah tafsir yang disiarkan dalam radio Jordan. Dr. Fadal Abbas merupakan satu-satu tokoh yang membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu kemudian mentafsirkan seluruh al-Quran dalam radio Jordan. Menurut Dr.Ahmad al-Jammal pernah seorang pelajar Ph.D yang membuat kajian tentang Dr.Fadal meminta keizinan untuk mendapatkan salinan tafsir Dr.Fadal dari radio jordan tetapi tidak dibenarkan dengan alasan hak cipta radio Jordan.

-Alhamdulillah saya sendiri memperolehi 10 keping kaset rakaman tafsir yang disampaikan oleh Dr. Fadal ketika mencari kaset di balad(Pusat bandar Amman) pada tahun 2000 semasa saya keluar bersama al-Akh Shahrul Nizam(adik-ipar ustaz Abdullah Din) sekarang bertugas SMK Sri Bentong, Pahang. Insya Allah jika diberi kesempatan saya akan uploadkan kuliyah tafsir tersebut.

-Dr.Fadal Abbas merupakan seorang yang taat kepada Allah s.w.t dan dikurniakan dengan suara yang merdu. Pada bulan ramadan saya dan sahabat-sahabat menanti-menanti bacaan beliau. Pernah satu tahun beliau menjadi imam pada malam kedua, dia sudah membaca surah al-An’am dalam terawihnya, ini menunjukkan ketika solat bersendirian beliau sudah membaca 6 juzuk pada malam pertama. Pada setiap malam beliau akan membaca hampir 1 1/2 juzuk. Beliau menjadi imam terawih di Masjid al-Zumayli yang tidak jauh dari rumahnya

– Walaupun buta dan dalam keadaan tangan kanannya bergantung pada dinding mihrab masjid semasa berusia 67 tahun beliau menjadi imam solat gerhana matahari semasa gerhana matahari berlaku di Jordan pada tahun 1999 dan mengatakan sesiapa yang tidak mampu berdiri boleh duduk dan menyebut kisah Ai’shah r.anha yang solat di belakang rasul s.a.w. Rasul s.a.w solat gerhana matahari hingga selesai gerhana. Ai’shah r.anha berkata aku tidak mampu berdiri sehingga aku berniat untuk duduk tetapi apabila aku melihat orang tua dan kanak yang lebih lemah dariku berdiri, aku tidak duduk.’

Pada masa itu gerhana bermula selepas waktu zohor lebih kurang jam 1.30 tengahari, syaikh Fadal mengimamkan solat gerhana dengan membaca surah Ghafir (juz 24), surah Fussilat diikuti dengan surah-surah berikutnya dan solat berakhir lebih kurang jam 4.00 petang(berakhirnya gerhana)…3 juzuk dan ++++ dibaca oleh Dr.Fadal dalam keadaan tangannya sesekali bergantung pada dinding masjid. Demikianlah kesungguhan Dr.Fadal dalam melaksanakan sunnah nabi s.a.w.

Berhubung ketaatan beliau, saya pernah mendengar dari sahabat Arab saya bernama Nizar, dia belajar di Kulliyah Dakwah dan Usuluddin dibawah seliaan kementerian Hal Ehwal Islam dan Wakaf jordan, seorang pengikut jamaah al-Ikhwan al-Muslimun, merupakan tenaga penggerak remaja di Masjid Abdul Rahman bin Auf membawa satu kisah menarik yang berlaku antara Dr.Fadak dengan al-Shahid Abdullah Azzam(meninggal 1989) seorang pejuang di Afghanistan insya Allah ada kesempatan saya akan menulis tentang beliau, saya tidak pernah berjumpa dengan beliau kerana semasa saya berada di Jordan, dia sudah gugur shahid tetapi saya belajar dan kagum dengan ilmunya melalui kaset tafsir surah al-tawbah, buku Ussaq al-Hur(Pencinta Bidadari) dan buku-buku mengenai jihad.

Kisah ini berlaku semasa al-Shahid Abdullah Azzam pulang dari mengerjakan umrah dan menumpang rehat di rumah Dr.Fadal. Apabila Dr.Fadal membentangkan persiapan untuk tidur, Dr.Abdullah Azzam memberitahu: Saya datang ke sini untuk solat dibelakang tuan, Dr.Fadal, seperti yang saya sebut suara Dr.Fadal memang merdu, iras-iras suara syaikh Muhammad Jibril. beginilah keadaannya antara dua tokoh ini mereka meneruskan solat sehingga awal pagi dan Abdullah Azzam tidak tidur sehingga ke pagi, alangkah kita memerlukan ulama seperti ini pada zaman ini…

Pernah saya menghadiri kuliyah tafsir Dr.Fadal untuk pelajar-pelajar M.A, kelas M.A bermula dari jam 4-7 malam, peristiwa ini berlaku pada bulan Rejab, apabila masuk waktu maghrib, beliau berhenti seketika dan memohon keizinan untuk berbuka puasa dengan memakan beberapa biji tamar… Demikianlah kesungguhannya untuk menghidupkan sunnah nabi s.a.w, menyegerakan berbuka puasa dan menghidupkan puasa nawafil…

Beliau memang seorang yang sangat mencintai rasul s.a.w dan seorang yang istiqamah. Alhamdulillah melalui seorang sahabat Arab saya dapat belajar dengan Dr.Muhammad Hawwa sedikit dalam mustalah hadith, dan membaca hadith sohih al-Bukhari. Kelas sohih al-Bukhariyy adalah pada setiap Isnin malam selasa selepas maghrib.

Sejak saya belajar dengan Dr.Muhammad Hawwa saya dibawa oleh beliau ke rumah Dr.Fadal Abbas untuk mengikuti kuliyah tafsir pada setiap Isnin malam selasa yang diadakan oleh Dr.Fadal Abbas. Kuliyah ini telah diadakan lebih dari dua puluh tahun(sejak penghujung1970 an) – perkiraan semasa saya belajar di Jordan, sekiranya kelas itu masih berterusan bermakna sudah mengjangkau 30 tahun…lihatlah istoqamah seorang alim dalam menyampaikan ilmu..Peristiwa ini juga menunjukkan sifat seorang alim yang tawaduk, Dr.Muhammad yang sudah memegang title Dr. tidak miss dari menghadiri kuliyah tafsir Dr.Fadal Abbas…Bagaimana dengan kita hari ini, baru ada sedikit ilmu tetapi dah berlagak hebat… Kuliyah hari Isnin Dr.Fadal sesekala dihadiri oleh tokoh-tokoh hebat yang membawa title Dr.

Kecintaan Dr.Fadal Abbas dibuktikan melalui sambutan Mawlid rasul s.a.w. Sekiranya pada kuliyah-kuliyah yang biasa Dr.Fadal akan menghidangkan Qahwah Sadah” Kopi pahit yang disediakan untuk tetamu, tetapi apabila tiba musim Mawlid nabi s.a.w, Dr.Fadal akan membuat jamuan istimewa sebagai menghargai kedatangan nabi s.a.w.Pernah sekali beliau menjamu kami dengan kueh yang dinamakan Kinafah… cukup sedap rasanya dan apabila saya tanya dikedai harganya JD5(RM25) sekilo…beginilah keadaannya Dr. Fadal apabila tibanya musim mawlid nabi s.a.w. Sambutan Mawlid nabi bukan sehari tetapi pada minggu-minggu berikutnya syaikh akan membaca sirah nabi s.a.w selama sebulan…Antaranya kitab al-Mawahib al-Ladunniyah karangan al-Qastalaniyy…

Dr.Fadal juga merupakan seorang yang tegas dan amanah dalam tanggung jawab yang dilaksanakan sebab itu beliau terkenal dikalangan pelajar-pelajarnya sebagai seorang yg straight dari segi pemarkahannya. Pernah dalam satu kuliyah Dr.Fadal menyebut bahawa beliau meluluskan salah seorang penuntutnya yang sepatutnya gagal kerana akhlak pelajar tersebut baik, katanya beliau tidak tidur satu malam dan akhirnya memilih keputusan yang asal…pelajar tersebut gagal…

Akhirnya dalam coretan ringkas oleh hamba Allah yang daif ini, saya ingin menukilkan kata-kata Dr.Fadal Hassan Abbas dalam satu kuliyah yang disampaikan sekitar tahun 1999-2000 yang cukup memberi kesan kepada saya, pada masa itu dia seorang tokoh yang hebat dalam tafsir tetapi beliau mengatakan: Saya hidup dengan al-Qur’an puluhan tahun tetapi dihadapan al-Quran saya masih lagi seorang pelajar yang kerdil.”’. Bagaimana dengan kita?

29 Mac 2009-7.22 am