AL-MARHUM DR FADAL HASSAN ABBAS DALAM KENANGAN 1

Sabda Rasul s.a.w:

عَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ “

Dari Uthman bin Affan r.anhu dari nabi s.a.w bersabda: Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya. HR al-Bukhari

PENGAJIAN AL-QURAN

al-Marhum Syaikh al-Allamat menjelaskan berhubung pengalamannya dalam belajar al-Quran dalam karyanya  kitabnya al-Qiraat al-Quraniyyat wa ma yataallaqu biha:

“…orang yang pertama saya ingati berhubung pengajian al-Quran ialah ibu bapa saya yang bersungguh-sungguh memastikan saya untuk menghafaz al-Quran. Demikian juga pak cik saya(sebelah ibu)- al-Syaikh al-Allamah Yusuf Abd al-Razzaq. Bapa telah berpakat dengan seorang syaikh yang telah menghafaz al-Quran dengan membayarnya ganjaran tertentu dan setiap hari saya pergi belajar al-Quran dengannya. Guru saya ini memang tiada apa-apa kerja rasmi kecuali sebagai muazzin di tempat kami. Allah(s.w.t) telah memuliakan saya dan memuliakannya menyebabkan saya dapat menghafaz al-Quran dalam masa yang  sekejap. Guru saya ini ialah Syaikh Ahmad al-Ullutiyy. Saya menghafaz al-Quran dengan baik tetapi hafazan pada waktu itu tanpa mengikut hukum tajwid dan makhraj huruf yang betul.

Kemudian saya bermusafir ke Mesir dan sibuk menuntut ilmu menyebabkan saya lupa sebahagian ayat al-Quran. Pak cik saya pada waktu itu pensyarah di Kuliyah Usuluddin, Universiti al-Azhar. Beliau beria-ria mencadangkan kepada saya untuk menyemak hafazan al-Quran. Saya telah mengikuti ujian sijil Hafs di Kolej al-Qiraat yang berada di bawah naungan Kuliah Bahasa Arab pada tahun 1948. Dalam ujian bertulis saya Berjaya. Kemudian saya mengikuti ujian lisan dan jawatankuasa penilai diketuai oleh al-Syaikh Abdul Fattah al-Qadiyy Rahimahullah. Beliau rapat dengan pak cik saya. Beliau telah bertanya kepada syaikh Abdul Fattah berhubung bacaan saya. Jawapan beliau:

“Orang syam ini yang kamu bertanya tentangnya keadaannya sungguh pelik.”

 Pakcikku bertanya: Mengapa?

Syaikh Abdul Fattah menjawab:

“Semasa kami bertanya kepadanya berhubung tatabahasa Arab dan hokum tajwid, maka tidak ada tandingannya dari aspek susunan ayatnya, gaya bahasa dan bahasanya. Semasa kami menguji bacaan al-Quran tiada tandingannnya juga tetapi dari sudut yang berlawanan. Dia langsung tidak baik dari segi cara bacaannya. Dia mengizharkan apa patut dibaca secara idgham, memendekkan apa yang patut dimadkan(panjangkan), menipiskan huruf yang sepatutnya ditebalkan, dan menebalkan huruf yang sepatutnya ditipiskan.”

 

 Disebabkan kelemahan ini ranking saya dalam sijil ini pada tahun itu ialah yang ke-23 dari 43 orang yang lulus. Pakcikku nekad menghantarku kepada seorang syaikh untuk belajar tilawah dan [pada masa yang sama ilmu qiraat. Allah(s.w.t) telah menyediakan untuk saya seorang imam dari ulama qiraat di Mesir iaitu al-Syaikh al-Allamat Muhammad Sulayman al-Syandawily – semoga Allah merahmati rohnya dengan rahmat yang luas- semoga Allah membalasnya atas segala kebaikan atas perhatiannya terhadapku. Saya membaca dengannya al-Quran(Khatam) lebih dari sekali dan dia telah memuliakan saya dengan memberi ijazah kemudian dengan ijazah Imam hafs dengan sanadnya yang bersambung sehinggalah kepada penghulu yang awal dan akhir Sayyidina Rasulullah(s.a.w) sehingga kepada Jibril(a.s).

..Kedua-dua guruku ini iaitu Syaikh yang saya menghafaz al-Quran dengan beliau syaikh Ahmad  al-Ulutiyy dan Syaikh yang saya belajar dengannya tilawah yang betul Syaikh Muhammad Sulayman, saya mengiktiraf keduanya dengan kelebihan selepas Allah s.w.t sebagaimana saya mengiktiraf bapaku dan pakcikku dan saya mendoakan mereka semua…

Selain mempelajari bacaan yang betul, syaikh Fadal rahimahullah juga mempelajari Qiraat dengan gurunya Syaikh Muhammad Sulayman yang mengajar di kolej khas. Menurut Syaikh Fadal sebelum belajar Qiraat seseorang itu disyaratkan menghafaz al-Quran bermula dengan riwayat Hafs, menghafaz matan Tuhfatul al-Atfal(ilmu tajwid) karya Syaikh Sulayman al-Jamzuri rahimahullah dan matan al-Jazariyah oleh Ibn al-Jazary. Menurutnya lagi pada waktu itu guru-guru yang mengajar qiraat di kolej khas tegas sebelum memberikan ijazah qiraat berdasarkan kemampuan dari  segi ilmu dan akhlak….Beliau menyebut berhubung gurunya Syaikh Muhammad Sulayman rahimahullah  yang enggan memberikan ijazah kepada penuntutnya walaupun berterusan belajar dengannya bertahun-tahun kerana beberapa sebab…Menurutnya bacaan al-Quran secara qiraat adalah dengan cara murid membaca di hadapan guru dan guru membetulkan bacaannya bermula dari awal al-Quran sehingga akhir al-Quran. Pembacaan qiraat al-Quraniyyat berbeza dengan ilmu-ilmu lain yang boleh dipelajari sendiri seperti ilmu tatabahasa dan balaghah…Semoga Allah merahmati roh al-Marhum ( al-Qiraat al-Quraniyyat(2007), hal.8-13, Amman:Dar al-Nafais)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s