MUQADDIMAH
Alhamdulillah pujian untuk-Nya kerana memberi sedikit kesempatan kepada hamba-Nya untuk mengupdate blog ini yang sudah lama tidak disentuh kerana kesibukan menyiapkan tesis. Alhamdulillah bermula 27 Mei 2011- 12 Jun 2011 saya bersama rakan-rakan dan kenalan seramai 20 orang melakukan ziarah jejak sahabat dan ulama di Syria, Jordan dan Mesir seterusnya ziarah Madinah bermula 1 Rejab dan perjalanan di akhiri dengan mengunjungi Baitullah al-Haram. Ahli rombongan terdiri dari rakan sepejabat Cikgu Hambali, Cikgu Jaid dan isteri Ustazah Fatimah Sulaiman yang bertugas di SMKA Tun Mustafa, Puan Hajah Saripah dan suami tuan Haji Rahman berserta anak-anak Watifah, Khaleisah, Nabilah dan anak bongsunya Izz, Datin Norain dan anaknya Norqamariah, rakan usrah Ustaz Mujib bersama dua ibu bapanya Hj.Abdul Rahman Hj. Omar dan isteri, Ustaz Mizan Helmy, Abang Nazri Jabatan Kimia dan rakan dari Kota Belud Ustaz Samsuddin juga saudara Zakaria yang mesra dengan panggilan Zack dan isteri Nooraihan, kedua-duanya pernah belajar dengan saya dalam program Diploma pengajian Islam Pasca Siswazah di UMS.