Monthly Archives: Ogos 2011

Antara ganjaran Allah swt dengan ganjaran manusia

Apabila kerajaan mengumumkan bonus ½ bulan atau sebulan gaji, ramai kakitangan kerajaan yang akan gembira. Saya mendengar kakitangan bank rakyat diberi bonus sehingga lima bulan gaji demikian juga kakitangan Petronas juga diberi bonus yang besar. Pada musim perayaan peneroka FELDA diberi bonus hari raya RM400…Bagi kakitangan kerajaan gaji dibayar berdasarkan kelayakan akademik. Bagi yang berijazah dengan gred 41 gaji permulaan 2K+++, yang memiliki sijil M.A jika menjadi pensyarah di university dengan gred 45 gaji permulaaan 3K+++,yang mempunyai sijil PH.D dengan gred 51/52 gaji pokok lebih kurang 5K.. Pakar perubatan diberi gred 54 yang menawarkan penerbangan dengan flight kelas perniagaan untuk diri sendiri, CEO sebuah syarikat besar dibayar puluhan ribu…Pemenang pertama anugerah simpanan dalam akaun al-Awfar Bank Islam mendapat hadiah 100K…Ini ganjaran-ganjaran yang ditawarkan oleh manusia…Adakalanya kerana ingin ganjaran duniawi manusia terperangkap…Ramai yang merengkok di penjara kerana membawa dadah ke luar negara setelah diberi tawaran yang mewah…Saya sendiri pernah menerima SMS yang tersilap dari bank Islam yang menulis baki akaun anda dengan angka berbillion kemudian menerima SMS memohon maaf…Saya pun bercakap dengan rakan2..kalau dapat duit banyak ni nak buat apa….Baru terima SMS seperti ini sudah rasa senang hati…tetapi ramai yang lupa pada ganjaran besar yang diberi Allah swt kepada hamba-Nya seawal kita bangun tidur.  PERHATIKAN GANJARAN YANG ALLAH SWT TAWARKAN KEPADA KITA

IBADAT GANJARAN DALIL
PUASA 6 HARI DARI BULAN SYAWAL GANJARAN PAHALA BERPUASA SETAHUN Dari Abu Ayyub r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawwal, maka ia adalah seperti berpuasa setahun penuh.”* (Riwayat Muslim)

 

MENYEMPURNAKAN WUDUK DAN MEMBACA  أَشْهَدُ أنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ، وَأَشْهَد أَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُولُهُSELESAI BERWUDUK DIBUKA LAPAN PINTU SYURGA DAN BOLEH MEMASUKI DARI MANA-MANA PINTU Dari Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi s.a.w.,sabdanya: “Tiada seorangpun dari engkau semua yang berwudhu’ lalu ia menyampaikan yakni menyempurnakan wudhu’nya, kemudian mengucapkan: Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh, melainkan di-bukakanlah untuknya pintu syurga yang delapan buah banyaknya. la diperbolehkan masuk dari pintu manapun juga yang dikehendaki olehnya.” (Riwayat Muslim)
SOLAT SUNAT SUBUH 2 RAKAAT LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN ISINYA Dari  Aisyah  radhiallahu   ‘anha  pula  dari   Nabi  s.a.w., sabdanya: “Dua rakaat sunnah fajar – yakni sebelum Subuh – adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini -yakni dunia dan seisinya.” (Riwayat Muslim)
SOLAT SUBUH DAN ASAR SYURGA Dari   Abu    Musa   r.a.   bahwasanya   Rasulullah    s.a.w.bersabda:

“Barangsiapa yang bersembahyang shalat bardain – yakni shalat Subuh dan salat Asar, maka ia akan masuk syurga.” (Muttafaq ‘alaih)

 

BERZIKIR SELEPAS SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI IBADAT HAJI DAN UMRAH Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan  umrah, sempurna. Sempurna. sempurna . 
SOLAT BERJEMAAH 27 KALI GANDA DARI SOLAT BERSENDIRIAN Dari    Ibnu    Umar   radhiallahu   ‘anhuma   bahwasanya kasulullah s.a.w. bersabda: “Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz – yakni sendirian -dengan kelebihan duapuluh tujuh derajat.” (Muttafaq ‘alaih) 
SOLAT ISYAK DAN SUBUH BERJEMAAH SOLAT ISYAK-PAHALA MENGHIDUPKAN SEPARUH MALAMSOLAT SUBUH-PAHALA MENGHIDUPAKAN SEPENUH MALAM Dari Usman r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barangsiapa yang mengerjakan shalat Isya’ dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan shalat Subuh dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat semalam suntuk.” (Riwayat Muslim)
SOLAT SUNAT RAWATIB-2 RAKAAT SUBUH

-2 RAKAAT SEBELUM DAN SELEPAS ZOHOR

-2 RAKAAT SEBELUM ASAR

-2 RAKAAT SELEPAS MAGHRIB

-2 RAKAAT SEBELUM DAN SELEPAS ISYAK

DI BINA UNTUKNYA RUMAH DI SYURGA Dari Ummul mu’minin yaitu Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Tiada seorang hambapun yang Muslim yang bersembahyang karena Allah Ta’ala setiap hari dua belas rakaat sebagai shalat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didiri-kanlah sebuah rumah dalam syurga.” (Riwayat  Muslim)

 

MEMBACA AL-QUR’AN 1 HURUF 10 PAHALA Dari Ibnu Mas’ud r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang membaca sebuah huruf dari kitabullah -yakni al-Quran, maka ia memperoleh suatu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali lipat yang seperti itu. Saya tidak mengatakan bahwa alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf, lam satu huruf dan mim juga satu huruf.”Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.

 

BERSEDEKAH 700 KALI GANDA Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Surah al-Baqarah 261 
MENZIARAHI ORANG SAKIT TEMPAT PENUAIAN BUAH-BUAHAN DI SYURGA DAN DI DOAKAN OLEH 70 RIBU MALAIKAT Dari Ali r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Tiada seorang Muslimpun yang meninjau saudaranya Muslim -yang sakit – di waktu pagi, melainkan ada tujuhpuluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang dan jikalau ia meninjaunya itu di waktu petang, maka ada tujuhpuluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya ia memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu pagi.Juga orang tersebut akan memperoleh tempat buah-buahan yang sudah waktunya dituai di dalam syurga.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Alkharif artinya ialah buah-buahan yang sudah waktunya dituai atau dipetik.

 

SOLAT JENAZAH DAN MENGIRINGI JENAZAH SATU QIRAT  DAN DUA QIRAT.QIRAT BERMAKSUD SATU BUKIT BESAR Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barangsiapa yang menyaksikan mayit sehingga ia disembahyangi – yakni ikut menyembahyangi pula, maka ia memperoleh pahala seqirath dan barangsiapa yang menyaksikan sehingga di kubur, maka ia memperoleh pahala dua qirath.”

Beliau s.a.w. ditanya: “Seberapakah dua qirath itu?” Beliau s.a.w. menjawab: “Yaitu seperti dua gunung yang besar-besar.” (Muttafaq ‘alaih)

 

SOLAT DI MASJIDIL AQSA 500 KALI GANDA Sabda nabi saw:Kelebihan  Solat didalam masjdil haram bersamaan dengan 100,000 solat (ditempat lain) , dan solat didalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1000 solat. Dan solat di masjid al-Aqsa bersamaan 500 solat)) riwayat tabrani
SOLAT DI MASJID NABAWI 1000 KALI GANDA Sabda nabi s.a.w: Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram
SOLAT DI MASJIDIL HARAM 100000 KALI GANDA Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.” HR Imam Ahmad
UMRAH DI BULAN RAMADAN SEPERTI MENGERJAKAN HAJI BERSAMA RASUL SAW Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:”Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan itu menyamai pahalanya dengan sekali haji atau sekali haji beserta saya.” (Muttafaq ‘alaih)

 

HAJI MABRUR SYURGA Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:Haji mabrur maka tidak ada balasan bagi yang melakukannya itu melainkan syurga.” (Muttafaq ‘alaih)

 

MEMBERI SALAM, MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN DAN SOLAT DI TENGAH MALAM(TAHAJJUD) SYURGA Dari Abdullah bin Salam r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:”Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersembahyanglah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.”

Diriwayatkan oleh-lmam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.

 

PUASA ALLAH YANG MENENTUKANNYA Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw:“قال الله عز وجل: كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به ،

Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. ( H.R : Al-BukharIyy  dan Muslim)

SOLAT TERAWIH PENGAMPUNAN DOSA Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata :Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama’ah )
LAILATUL QADAR LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN Firman Allah swt:3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Surah al-Qadr

 

PUASA SUNAT HARI ARAFAH DIAMPUNKAN DOSA TAHUN YANG LALU DAN TAHUN YANG AKAN DATANG Dari Abu Qatadah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya perihal berpuasa pada hari Arafah – yaitu tanggal 9 Zulhijjah. Beliau  s.a.w. lalu bersabda: “Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa pada tahun yang lampau serta tahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)
PUASA HARI ASYURA( 10 MUHARRAM) DIAMPUNKAN DOSA TAHUN YANG LALU Dari Abu Qatadah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. ditanya perihal berpuasa pada hari ‘Asyura – tanggal 10 Muharram, Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa tahun yang lampau.” (Riwayat Muslim)
MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH DIHARAMKAN MEMASUKI NERAKA Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Ada dua macam mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, iaitu mata yang menangis karena ketakutan kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga – musuh datang – dalam melakukan peperangan fi-sabilillah.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

 

MEMBINA MASJID ALLAH BINA UNTUKNYA RUMAH DI SYURGA مَنْ بَنَى لله مَسْجِدًا بَنَى اللهُ لُه فى الجنة مثلَهُ
(رواه مسلم)Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina baginya di dalam Syurga (binaan) seumpamanya.”

(Hadis riwayat Muslim)

Menangisi Pemergian Ramadan dan mensyukuri nikmat idul fitri

 

 

SALAM IDUL FITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN , SEMOGA ALLAH SWT MENERIMA SEGALA AMALAN YANG DILAKUKAN

DARI ABU AWATIF  DAN KELUARGA 2 SYAWAL 1423H

Alhamdulilah segala puji dengan pujian yang banyak kehadrat-nya kerana memberi kekuatan kepada kita untuk menghidupkan Ramadan dengan puasa di siang hari dan qiyam(mendirikan) amalan-amalan  di malam hari bermula dengan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, solat maghrib dan isyak  berjemaah diikuti sunat terawih 8@20 rakaat dan diakhiri dengan witir semoga amalan yang dilakukan semata-mata  kerana Allah Berjaya mengaut keampunan dari  Allah swt.

“ Sesiapa yang menghidupkan malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan menghrapakan balasan dari Allah diampunkan dosanya telah lalu.”

Pujian untuk Allah  swt  kerana dengan bantuan-Nya juga hamba-hamba-Nya dapat melipat gandakan amalan pada malam yang terbaik dalam satu tahun yang dinamakan dengan malam al-Qadar. Antara saat paling manis bagi seorang hamba ialah disaat mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t  Pada sepuluh malam terakhir dan khususnya pada malam-malam ganjil semoga semuanya dikurniakan keberkatan  malam al-Qadar  berdasarkan usaha  dan kesungguhan mencari malam tersebut dengan memanfaatkan setiap saat yang dikurniakan oleh Allah swt. Ianya hanyalah dalam masa yang sangat singkat yang berlaku pada sepuluh malam terakhir yang hanya meliputi 0.01% daripada jumlah jam dalam setahun. Bagi mereka yang menggunakan saat yang sedikit ini beruntunglah kerana sesiapa yang menghidupkan mendapat ganjaran pahala lebih baik dari seribu bulan. Menurut  Dr. Zulkifli al-Bakri dalam diskusi ilmu di radio IKIM  pada petang Jumaat semasa membincangkan berhubung malam al-Qadar, Allah swt tidak membandingkan 1  malam dengan bilangan malam 1000 bulan x 360 malam=360000 sebaliknya dengan 1000 bulan untuk mudah disebut…Rahmat Allah yang tidak dihargai oleh ramai orang… dengan menggunakan  sebaik-baiknya masa 0.01% dari bilangan jam dalam satu tahun Allah membalasnya bukan dengan 360000 hari bukannya 360000 malam!!!! Bayangkan bekerja lebih kurang 11 Jam upahnya  RM360000!!!Beruntunglah mereka yang menghidupkan sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadan dan sesiapa yang mengecapi nikmat mencari lailatul qadr sebagaimana yang digalakkan oleh rasul saw dan dipraktikkan sendiri oleh rasul saw pasti akan mencarinya pada Ramadan yang akan datang.

Sabda rasul saw: “ Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadan”

Dan Aisyah menjelaskan: “ Rasulullah saw sangat bersungguh-sungguh beribadat pada bulan Ramadan  tidak seperti pada bulan-bulan yang lain, dan pada sepuluh malam terakhir  dari bulan Ramadan baginda bersungguh-sungguh dalam beribdat tidak seperti malam-malam yang lain. HR Imam Muslim

 

Masa terus berlalu, sempatkah kita bertemu dengan Ramadan yang akan datang? Menangiskah kita kerana meninggalkan Ramadan? Malam satu syawal sudah berlalu, di kampung bonda Imam menghidupkan  malam idul fitri dengan solat tasbih, jemaahnya masih lagi empat saf sama dengan malam-malam Ramadan yang lain. Malam dua syawal safnya telah berkurang kepada 1 1/8 saf!!!!Ya Allah bantulah kami untuk meneruskan amalan soleh pada hari-hari seterusnya…Semoga kita keluar dari bulan Ramadan sebagai hamba yang mendapat keampunannya, hamba-Nya yang dibebaskan dari api neraka dan hamba-Nya yang bertaqwa kepada Allah (swt).

 

Sedih apabila media-media menunjukkan contoh-contoh yang tidak baik yang merupakan satu bentuk kufur nikmat…banyak sekali pahala Ramadan dihapuskan pada hari raya sebagaimana yang ditulis dalam satui artikel dalam majalah solusi edisi khas ramadan dan syawal

AL-MARHUM AYAHANDA UMAR BIN TEH IBRAHIM DALAM KENANGAN -AL-FATIHAH

Antara doa yang dianjurkan oleh Rasul s.a.w sekiranya kita berjumpa dengan lailatul qadar ialah memohon kemaafan atas kesalahan kita iaitu:

اللهم إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاعْفُ عَنَّا

“ Ya Allah Sesungguhnya Engkau Pemaaf, Mulia dan suka memaafkan, ampunkan kami.”

                Saya tertarik dengan apa yang ditulis oleh sahabat saya Abu Haseef dalam blognya berkaitan keberkatan di sepuluh malam terakhir. Anugerah pahala beribadat lebih 1000 bulan adalah satu ganjaran yang dikejar, tetapi saat memohon keampunan dan mengabdikan diri kepada Allah swt adalah suatu yang cukup berharga.

                Nabi saw dalam banyak situasi menggalakkan kita memperbanyakkan istighfar dengan menjadikan dirinya sendiri sebagai qudwah apabila baginda beristighfar 70 kali dan dalam riwayat yang lain 100x. Rasul saw beribadat malam sehingga bengkak kakinya sedangkan baginda telah diampunkan dosanya sebagai tanda kesyukuran…

                Dalam solat rasul saw mengajar kita memohon keampunan dari Allah swt. Antara doa yang menjadi amalan dalam masyarakat ialah doa yang dibaca semasa duduk antara dua sujud iaitu :

ربِّ اغْفِرْ لِي وارْحَمْنِي…  Wahai Tuhanku Ampunkan Daku dan rahmati daku…sebelum salam nabi mengajar kita membaca : اللهُمَّ اغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أُخَّرْتُ وَمَا أًسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَنْتَ أُعْلَمُ بِهِ مِنِّي

Antara doa dalam tahajjud: اللهُمَّ لكَ أَسْلَمتُ….فاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَماَ أَخَّرتُ وَمَا أَسْرَرتُ

Bahkan Nabi menganjurkan kita memohon keampunan untuk si mati dalam solat jenazah :

اللَّهُمَّ اغْفِر لَهُ وارْحَمْه

Maka di sepuluh malam terakhir perbanyakkan kita memohon keampunan  atas kesalahan yang telah kita lakukan semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat keampunannnya seperti hadith Nabi s.a.w:

مَنْ قَامَ لَيلَةَ الْقَدر إِيْمَاناً واحْتِساَباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّم مِنْ ذَنْبِه

“  Sesiapa yang mendirikan malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasannya maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” HR

Antara doa yang tidak boleh kita lupakan ialah mendoakan ibu@bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita. Ini antara doa yang dibaca oleh Imam Dr. Abdul Rahman al-Sudaysi dalam doa solat witir usai solat tahajjud@pada malam khatam al-Qur’an yang biasanya pada malam ke-29 ramadan. Beliau mendoakan orang-orang Islam yang telah pergi terlebih dahulu…Teringat pula saya pada al-Marhum ayahanda yang telah pergi 11 tahun yang lalu iaitu pada hari Jumaat 12 Ramadan 1421H bersamaan 8/12/2000 hari Jumaat. Bila saya melihat takwim tahun ini 12 Ramadan juga jatuh pada hari Jumaat. Teringat saya antara pesanan terakhir beliau ialah rasa terkilannya kerana merasakan dirinya kurang mengusai ilmu agama sedangkan arwah abangnya al-Marhum Haji Musa yang meninggal pada bulan Mei 2000. Alhamdulillah Allah mentakdirkan saya dapat mengunjungi bapa setiap minggu semasa belajar Diploma Pendidikan di UIAM. Saya masih ingar  pandangan ayahanda semakin kabur  dan Nampak hanya dari dekat sahaja kesan dari sakit kencing manis yang kritikal semoga Allah swt menggantikannya dengan syurga seperti sabda Nabi s.a.w…Antara kenangan yang saya tidak dapat lupakan apabila beberapa teman rapat serumah di rumah Imam Masjid Jamek Kg. Melayu Petaling Jaya menemani saya untuk mengunjungi ayahanda yang semakin tenat di hospital Jengka iaitu al-akh as-syaikh Aizam Mas’ud, sdra Ustaz Abdul Karim al-Hafiz dan sdra Harun Zainal Abidin al-Hafiz. Mereka membaca beberapa ayat al-Qur’an dan orang yang sakit sangat sensitif. Titisan hujan mengalir ke pipi ayahanda…Tidak berapa lama selepas itu sakit ayahanda semakin tenat dan beliau di bawa ke hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan…Saya mendapat telefon yang sakit ayahanda semakin tenat dan ayahanda mula tidak sedar…Saya bersegera bertolak dari UIAM ke Kuantan dan saya hanya melihat tubuh ayahanda yang sesak nafas…Menurut bonda ayahanda menyebut nama anak-anaknya sebelum tidak sedar…Seterusnya ayahanda di masukkan ke ICU dan satu nikmat yang tidak dapat dilupakan ialah berpuasa, berbuka puasa, berterawih dan bersahur di hospital…satu keadaan yang jarang dilalui dalam kehidupan…Setelah beberapa hari di ICU keadaan ayahanda semakin tenat, ayahanda akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas Asar Jumaat 12 Ramadan…

Antara pengalaman berharga juga ialah menunggu jenazah keluar berhampiran bilik mayat selepas maghrib…suasana yang jarang dilalui dalam kehidupan…Saya sempat berbual dengan penjaga bilik mayat yang menjelaskan pengalamannya, antaranya dia menceritakan pengalamannya mengurus jenazah orang yang kemalangan dan salah satu jenazah warga Indonesia yang tidak dituntut berbulan-bulan.

Setelah selesai urusan, jenazah di bawa dengan ven jenazah dan saya mengiringi jenazah dan dalam masa yang cepat jenazah sampai di rumah dan disambut dengan baik. Orang di kampung telah membuat persediaan untuk menyambut jenazah. Malam itu kami tidak tidur dan bergilir-gilir membaca al-Qur’an dan alhamdulillah kami sempat mengkhatamkan al-Qur’an sebelum jenazah mula diuruskan untuk dimandikan. Saya bersama saudara mara menguruskan pemandian jenazah, seterusnya jenazah dikafankan dan saya mengimamkan solat jenazah. Selesai solat jenazah, rombongan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang baru pulang dari umrah yang merupakan ADUN Jengka pada waktu itu. Beliau mengimamkan solat jenazah kali kedua. Saya dan beberapa adik-beradik mengiringi jenazah ke kubur dan mendoakan jenazah setelah majlis pengkebumian selesai…Begitu cepat masa berlalu 11 tahun…semoga Allah mengampunkan dan mencucuri rahmat ke atas roh beliau…اللهم اغفر له وارحمه  …AL-FATIHAH…

BONUS 1000 BULAN BUKAN 1/2 BULAN

Apabila kerajaan mengumumkan bonus hari raya setengah bulan dan minimum 500 ringgit seorang sahabat terus memberitahu kepada kami semasa berbuka puasa dan sahabat-sahabat yang semuanya tersenyum. Semua kakitangan awam gembira sehingga majikan saya menyebut: Kena sokong kerajaan dan jangan lawan…tetapi tersenyumkah kita apabila Allah swt memberi bonus seribu bulan kepada kita pada salah satu malam dari sepuluh malam yang terakhir di bulan yang mulia ini. Di sini digariskan cadangan pengisian 10 malam terakhir.

Ramai yang menyangkakan lailatul qadar hanya untuk orang yang melihat tanda-tandanya lantas ramai yang mencari tanda-tandanya sedangkan malam al-Qadar merupakan anugerah Allah swt kepada mana-mana hamba-Nya yang menghidupkan malam tersebut dengan ibadat. Sesiapa yang menghidupkannya dengan solat maghrib dan isyak serta terawih maka itulah ganjaran yang diperolehinya. Malam al-Qadar itu bermula dengan azab maghrib dan berakhir dengan azan subuh, maka di sini dicadangkan beberapa amalan yang boleh dipraktikkan supaya kita tergolong di kalangan mereka yang memperolehi keuntungan bonus 1000 bulan.
(a)Berusaha untuk menjadi muazzin(bilal) pada salah satu solat maghrib atau Isyak. Jika bertepatan dengan malam al-Qadar kita mendapat ganjaran azan 83 tahun!
(b) Berusahalah untuk berbuka puasa di masjid dan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun dengan sebiji kurma. Saya melihat amalan ini hidup di masjid haram. Pernah suatu petang saya diberi sebiji kurma oleh seorang hamba Allah dan saya bersolat maghrib di hadapan Ka’bah dan dengan kurma yang diberikan oleh hamba Allah tersebut saya berbuka. Belilah sekotak kurma tangkai atau kurma madu dan bawalah bersama semasa berbuka di masjid, insya Allah ada orang yang akan memakan kurma tersebut dan nabi menyebut orang yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa mendapat pahala sama dengan orang yang berbuka puasa. Bayangkan kita mendapat pahala memberi makan kepada orang yang berbuka puasa selama 83 tahun!
(c)Mulakan berbuka dengan makanan yang sederhana supaya anda melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum maghrib dan sementara menanti iqamat isikan masa dengan berzikir,berselawat atau mana-mana amalan supaya kita tergolong dalam golongan yang benar-benar menghargai waktu yang sangat berharga. Ingatlah ia datang sekali setahun sahaja.
(d) Imam memanjangkan sedikit solat maghrib dari biasa untuk merebut pahala yang besar. Semakin panjang ayat yang dibaca, bacaan-bacaan yang dibaca dalam rukuk dan sujud, maka semakin banyak ganjaran yang diperolehi kerana ganjaran pahala adalah berasaskan kesusahan yang dilakukan,namun perlu diingat sekiranya imam mendengar tangisan bayi maka bersegeralah memendekkan bacaan dan solatnya seperti yang dilakukan oleh Rasul saw.
(e)Jangan abaikan wirid selepas solat kerana ingin mengejar makan. Jangan lupa istighfar, ayat kursi, tasbih,tahmid, takbir masing-masing 33 x dan akhiri dengan memperbanyakkan doa kepada Allah swt.
(e)Solat sunat selepas maghrib. Panjangkan bacaan anda dalam solat sunat dari kebiasaan diikuti bacaan 5 muka surat al-Qur’an sebelum makan makanan yang berat.
(f)Menjaga adab-adab ketika makan. Mulakan dengan doa dan ramai yang lupa membaca doa selepas makan. Hayati doa yang kit abaca sebelum dan selepas makan. Lihat nabi ajar kita memohon perlindungan dari azab neraka sebelum makan dan mensyukuri nikmat Islam selepas makan. Fikirkan apa kaitan makan dengan azab neraka!!! “Ya Allah berkatilah apa yang engkau rezekikan kepada dan selamatkan kami dari azab nerakamu” dan doa selepas makan : “ Segala puji bagi Allah yang memberi makan kepada kami dan jadikan kami dari kalangan orang Islam.” Ini menunjukkan makan bukanlah matlamat!!!Kita makan supaya kita dapat beribadat yang menjadi salah satu sebab untuk menjauhkan kita dari apa neraka…
(g)Perbanyakkan membaca al-Qur’an. Letakkan target contohnya untuk mengkhatam al-Qur’an dalam tempoh sepuluh hari yang terakhir. Ini bermakna target anda tiga juzuk satu hari. Saya masih ingat saya pernah mengikut sekali beberapa orang anak muda yang menghidupkan 10 malam terakhir yang solat tahajjud seawall jam 1 pagi sebanyak 8 rakaat dan mereka khatam al-Qur’an dalam 10 malam tersebut. 3 juzuk bersamaan 60 muka surat dibahagi 8 rakaat, bermakna setiap rakaat mereka akan membaca 7 halaman ½. Kita mungkin boleh mengikut amalan ini. Kalau di Mekah dan Madinah mereka akan membaca 20 juzuk pada sepuluh malam terakhir. 1 juzuk dalam solat terawih yang dilakukan sebanyak 20 rakaat. Ini bermaksud 1 muka surat setiap rakaat dan 1 juzuk dalam solat tahajjud yang dilakukan sebanyak 10 rakaat. Kalau jutaan manusia di Mekah dan Madinah mendapat ganjaran ini maka bagaimana kita?
(h) Solat sunat sebelum isyak 2 rakaat
(i)Imam memanjangkan bacaan dalam solat Isyak dan solat terawih berbanding dengan 20 hari yang awal dari bulan Ramadan
(j)Imam dan makmum jangan abaikan wirid selepas solat Isyak. Sekurang-kurangnya membaca tasbih, tahmid dan takbir 11 x atau 33x seperti yang dianjurkan oleh rasul saw.
(k) Panjangkan solat sunat selepas Isyak dari kebiasaan
(l) Cubalah sedaya upaya untuk solat terawih sebanyak 20 rakaat. Ingatlah bonus 1000 bulan hanya datang sekali setahun dalam tempoh lebih kurang 11 jam sahaja, apa ruginya kita menghidupkan 11 jam x 10 hari=110 jam berbanding 24 jam x 360 hari=8640jam. Baru 0.01% dari kehidupan kita dalam satu tahun atau lebih kurang 4 ½ hari dari satu tahun yang kita lalui. Hanya dengan menghidupkan 4 ½ hari Allah bagi ganjaran beribadah 1000 bulan=83 tahun!!!! Sekiranya tidak mampu solatlah 8 rakaat.
(m)Disarankan supaya ada majlis tazkirah setiap malam selepas 8 rakaat antara 5-10 minit menyentuh pelbagai topik. Bayangkan dapat pahala menyampaikan tazkirah@mendengar tazkirah 83 tahun!!!!
(n) Selesai terawih, carilah mana-mana kumpulan tadarus al-Qur’an atau bacalah sekurang-kurangnya 1 juzuk al-Qur’an.
(o) Panjangkan solat tahajjud anda dari biasa. Disarankan supaya semua masjid menganjurkan solat tahajjud berjemaah 8 atau 10 rakaat yang diselang seli dengan amalan zikir seperti tasbih 100x, tahmid 100x, selawat 100x, istighfar 100x, tazkirah. Solat boleh dimulakan sekitar jam 2 pagi dan diteruskan selama 1 ½ jam-2 jam mengikut kemampuan. Kalau lebih kurang 2 juta umat Islam bertahajjud secara berjemaah di masjidil haram bermula jam 1 pagi maka bagaimana ditempat kita???
(p) Bagi yang berkebolehan untuk menulis, boleh mengisi malam al-Qadar dengan menulis nasihat atau ilmu mengikut kesesuaian masa. Bagi mereka yang berblog boleh menulis pengisian yang berfaedah…
(q) Sebarkan SMS nasihat-nasihat yang baik kepada rakan dan kenalan. Pilihlah 10 orang atau 20 orang atau lebih dan hantarkan 1 mesej yang berkaitan hadith nabi saw contoh dalam tempoh bermula azan maghrib dan sebelum masuk waktu subuh.
(r)Akhiri menghidupkan malam al-Qadar dengan solat witir tiga rakaat. Kalau di Mekah Imam membaca doa qunut selama 20 minit dan pada malam yang ke-27 sekitar setengah jam, sekiranya solat witir dilakukan secara berjemaah disarankan Imam berdoa selesai solat witir, selepas salam membaca doa yang panjang dalam bahasa Melayu supaya ia difahami oleh jemaah
(s)Manfaatkan sepenuhnya sepuluh malam yang terakhir dengan melakukan pelbagai bentuk kebaikan sama ada berupa sedekah. Lakukan sedekah setiap malam mengikut kemampuan kita mungkin RM10 atau RM 100 setiap malam, boleh dimasukkan dalam tabung masjid atau mengirim duit kepada orang yang disayangi, bank ini kepada mana-mana NGO atau pertubuhan yang melakukan aktiviti membantu golongan fakir miskin, umat Islam di Palestin atau lain-lain.
(t) Jika masjid berkemampuan, bolehlah dianjurkan bersahur secara berjemaah dan umat Islam diberi peluang untuk bersedekah bagi menampung kos sahur tersebut.
(u) Perbanyakkan solat sunat yang lain yang dilakukan secara bersendirian atau berjemaah seperti solat tasbih, hajat, taubat, istikharah, sunat wuduk, sunat tahiyyatul masjid…
Ini beberapa saranan untuk menghidupkan sepuluh malam terakhir semoga kita keluar dari bulan Ramadan sebagai kita menjadi graduan ramadan yang berjaya memperolehi bonus seribu bulan.

19 Ramadan@ 19 Ogos 2011

19 Ogos mungkin bagi sesetengah orang adalah hari bermakna dalam hidupnya kerana tersebut merupakan hari kelahirannya…Selamat hari lahir semoga panjang umur itulah ungkapan yang diucapkan kepada mereka…mungkin juga tarikh 19 Ogos merupakan tarikh bermakna kerana tarikh tersebut merupakan ulang tahun perkahwinan mereka@ ada sesuatu yang cukup bermakna dalam kehidupan mereka. Bagi saya tarikh 19 ramadan@19 Ogos 2011 merupakan tarikh yang meninggalkan 1001 kenangan manis bagi saya. Pada tarikh ini saya dapat melihat dari dekat dengan orang-orang penting Negara semasa berbuka puasa di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin. Saya solat satu saf dengan perdana menteri dan menteri-menteri kabinet tetapi bagi saya berbuka puasa di hadapan Ka’bah berhampiran dengan imam besar masjidil haram jauh lebih bermakna…saya cuba membayangkan perbandingan berbuka dengan imam besar masjidil haram dengan orang nombor satu negara…saya bersama dengan sahabat saya saya berbuka dengan beberapa biji kurma dan sebotol air mineral bersama orang-orang awam yang lain manakala VVIP dan tetamu khas berbuka dimeja yang istimewa…sedangkan imam besar masjidil haram berbuka dengan kurma dengan sedikit juadah yang sederhan di hadapan multazam bersama jutaan umat Islam…dua keadaan yang cukup berbeza…

Pada tarikh ini juga saya dibawa oleh sahabat saya untuk turut hadir ke liqa’ ilmi yang disertai oleh tokoh-tokoh pendakwah muda yang terkenal…pertemuan ini diadakan di pejabat Telaga Biru. saya dapat bertemu dengan sahabat lama saya Ustaz Zamri Zainuldin(ustaz Zamri NTV9), juga Dr.Zaharuddin Abdul Rahman, Dr. Zahazan, Dr. Mazli Malek Ustaz Husni, Dr.Abdul Basit, Ustaz Hasrizal dan lain-lain yang banyak memberi pengisian dalam radio IKIM…satu pertemuan yang cukup bermakna bagi saya, pertemuan di bulan yang mulia dan tarikhnya 19 Ramadan…

Pada tarikh ini juga saya bertemu dengan penyelia saya Dr.Mohd Zaki bin Abdul Rahman untuk membuat semakan terakhir tesis saya ditulis lebih kurang tiga tahun ( secara officalnya) saya mendaftar di UM pada hari Jumaat 15 Ogos 2008. Sebenarnya hasrat saya dan rancangan awal untuk menulis bermula sejak tahun 2007 apabila saya merasa jemu berada di sekolah dan saya memikirkan untuk membuat sesuatu yang membolehkan saya meninggalkan sekolah pada satu masa yang akan datang. Sedikit demi sedikit saya tulis dan pada penghujung 2007 saya menulis proposal lebih kurang 1 bulan dan menghantar permohonan ke UM dengan tajuk asal berkaitan I’jaz al-Quran dalam penggunaan perkataan dan kajian adalah berkaitan surah al-Kahf. Pada masa itu saya tidak pasti adakah permohonan saya diterima atau tidak disebabkan pada peringkat sarjana dahulu saya menulis dalam bidang yang lain. Masa terus berlalu sehinggalah selepas pilihanraya umum 2008 saya menerima sepucuk surat tawaran untuk menyambung Ph.D dalam bidang balaghah bahasa Arab. Alhamdulillah lebih kurang tiga tahun selepas saya mendaftar sebagai pelajar pada hari Jumaat, pada hari ini juga hari Jumaat 19 Ogos 2011@19 Ramadan saya mendapat lampu hijau dari penyelia saya untuk menghantar tesis saya dengan sedikit pembetulan di bahagian abstrak…Selepas Jumaat saya membuat beberapa pembetulan dan selesai menulis. Alhamdulillah segala pujian untuknya jua…Semoga Allah mempermudahkan hamba-Nya semas VIVA nanti…Amin

HIDUP BERMATLAMAT

Antara hikmah puasa ialah mengajar manusia hidup bermatlamat.
Firman Allah swt:
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?” Surah al-Mukminun (23):115

Ramai manusia yang hidup tetapi tidak mempunyai matlamat dan tujuan sedangkan al-Qur’an mengajar kita melakukan sesuatu dengan matlamat dan tujuan. Tidak ada sesuatu yang disyariatkan di dalam al-Qur’an melainkan disebalik pensyariatan itu ada hikmahnya.

Tujuan puasa ialah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa kepada Allah swt. Firman Allah s.w.t:
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Surah al-Baqarah (2):183.
Tidak ada makna kita berpuasa tetapi kita tidak solat, tidak ada makna kita berpuasa tetapi kita mengumpat orang, tidak ada makna kita berpuasa tetapi kita tidak menutup aurat. Taqwa itu ialah melakukan perintah Allah swt dan meninggalkan larangannya. Taqwa itu dipraktikkan dengan melakukan kebaikan. Firman Allah swt:
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa. Surah al-Baqarah (2):177.
Ayat ini menjelaskan beberapa bentuk dan ciri-ciri kebajikan
Pertama: Aqidah yang betul: Beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat,kitab-kitab, nabi-nabi.
Kedua: Sosial: Memberi sumbangan kewangan dalam keadaan dia menyayangi harta tersebut kepada golongan yang memerlukan.
al-Qur’an memulakan kebajikan dengan menyebut keimanan sebelum menyebut kebajikan socsial kerana amalan sosial yang tidak disertai dengan keimanan hanya menjadi amalan yang tidak berguna kerana syarat penerimaan sesuatu amalan ialah keimananan. Dalam ayat al-Qur’an yang banyak Allah swt menyebut:” Mereka yang beriman dan beramal soleh”
Ketiga: Ibadat. Al-Qur’an menyebut dua ibadat yang utama iaitu solat dan zakat
Keempat : Akhlak-menepati janji, sabar.
Tujuan pensyariatan solat ialah supaya kita mengingati Allah swt dan mencegah perbuatan keji dan mungkar. Zakat disyariatkan untuk membersih harta dan ibadat haji untuk mengingati Allah disamping mencari manfaat keduniaan seperti membeli belah. Firman Allah swt:
27. “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu Dengan berjalan kaki, dan Dengan menunggang berjenis-jenis unta Yang kurus Yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) Yang jauh, “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara Yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka Dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); Dengan Yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang Yang susah, Yang fakir miskin. Surah al-Hajj (22):27-28.
Benarlah apa yang disebut oleh Allah swt. Semua yang pulang dari haji pasti akan membawa buah tangan kepada keluarga yang dikasihi. Semasa belajar di Jordan, saya melihat jemaah yang datang dari Asia Tengah datang ke Mekah dengan menaiki bas dan mereka akan memasang khemah beberapa hari di Amman ibu kota Jordan dan menjual barang-barang yang mereka bawa dari negara mereka, demikian juga semasa mereka pulang. Demikian juga jemaah-jemaah Jordan yang pergi mengerjakan haji pergi dengan sebuah bas dan pulang dengan dua buah lori yang sarat dengan manfaat yang diperolehi dari kota Mekah…

TO KL at 18 August 2011

Sedar atau tidak 18 hari Ramadan telah berlalu, bermakna semakin hampir kita kepada hari-hari yang terbaik dalam satu tahun. Masa terus berlalu, usia semakin meningkat, 18 hari berlalu dengan begitu cepat. Alhamdulillah hari ini diizinkan Allah swt untuk bermusafir ke semenanjung untuk urusan pembelajaran dengan MH …di KKIA ditakdirkan Allah SWT bertemu dengan YB Datuk Sapawi dan Dr.Arsiah pensyarah UMS. Inilah kehidupan bertemu dan berpisah. Manusia dengan urusan masing-masing dan gelagat masing-masing…Ada yang membicarakan berhubung traffic jam di Kota Damansara dan empunya kata seorang Melayu yang tidak bertudung…ada pelancong asing yang menyebut perkataan mini pub…tetapi tahukah mereka destinasi yang terakhir…Tanahlah akan menjadi hamparan dan selimut kita tetapi seramai manakah mereka yang memikirkan berhubung kematian? Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi kematian? Minggu lepas saya sempat berbicara dengan anak-anak dari kelas yang istimewa semasa musim peperiksaan. Mereka cukup istimewa, perlukan kesabaran untuk berdepan dengan mereka. Oleh kerana kertas belum bermula, masing-masing dengan gelagat masing-masing…mahu gunakan bahasa yang kasar…itu sudah menjadi kebiasaan mereka…seorang rakan setugas yang lain masuk ke kelas yang sama…semua terdiam kerana dimarahi…pelajar yang tidak masukkan baju ke dalam masukkan…pelajar yang tak bersetokin macam budak kampung! Demikian ujarnya dan hasilnya satu kelas diam…Saya cuba menggunakan pendekatan yang lain…saya bertanya kepada mereka berhubung tujuan hidup dan saya menjelaskan kepada meraka berhubung hakikat kematian dan kehidupan selepas mati kira-kira 10 minit…Alhamdulillah hasilnya mereka diam dan membuat persediaan untuk ujian dan saya sendiri dapat membuat semakan terakhir tesis…Seorang rakan yang lalu di hadapan kelas kehairanan melihat pelajar-pelajar istimewa ini diam… “ Satu kelas diam…” ujarnya kepada saya selepas itu…

KHUTBAH NUZUL AL-QUR’AN

الحمد لله ، نحمده ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ، ومن يضلل فلن تجد له وليا مرشدا، وَأَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلا الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُولُه
اللهم صَلِّ وَسَلِّم وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ والتَّابِعِينَ إِلى يَومِ الدِّين،
أما بعد
أيها الناس ، أوصيكم وأياي بتقوي الله فقد فاز المتقون

.
Marilah bersama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangan-Nya, kerana dengan cara ini sahajalah yang boleh menjamin kejayaan kita sama ada di dunia mahupun di alam akhirat.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Minbar Jumaat hari ini ingin mengajak sidang jumaat sekalian, menghargai nikmat mukjizat agung nabi Muhammad SAW al-Quran yang diturunkan dalam bulan yang mulia in. Marilah kita sama-sama merenung firman Allah SWT :

(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

SURAH AL-BAQARAH 185

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Oleh kerana besarnya nilai kitab yang agung ini terdapat beberapa langkah yang perlu kita lakukan bagi menghargai nikmat al-Quran yang Allah SWT kurniakan kepada kita:

PERTAMA: MENCINTAI AL-QURAN AL-KARIM

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT:

Antara tanda-tanda seorang itu cinta pada Allah ialah mereka mencintai Al-Quran.Cucunda Rasul SAW yang bernama Al-Hasan bin Ali berpesan :

“ Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu menggangap Al-Quran sebagai satu Rasail (perutusan dari  tuhan mereka , mereka mentadabburinya ( menghayati dan mendalaminya ) pada waktu malam dan mengamalkannya pada waktu siang.”

Sikap cinta terhadap al-Quran telah melahirkan generasi yang mengutamakan al-Quran dari segala-galanya. Pernah berlaku di zaman rasul saw seorang sahabat nabi yang dipanah ketika menunaikan solat, meneruskan bacaan satu surah al-Quran yang panjang iaitu surah al-Kahfi . Selesai solat beliau ditanya mengapa beliau melakukan demikian, sahabat tersebut menjawab:

“ Aku sedang membaca satu surah dan aku tidak suka menghentikannya.”

Beginilah sikap para sahabat terhadap al-Quran al-Karim.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

KEDUA : MEMBACA AL-QURAN DENGAN BAIK

Allah swt memerintahkan kita membaca al-Quran dengan betul dan mengikut hukum tajwid. Firman Allah Taala:

(( ورتل القرآن ترتيلا))  سورة المزمل

” “Dan Bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan”Surah Al-Muzammil ayat 4

Rasul SAW dalam banyak hadith menggalakkan kita membaca Al-Quran dan memperbanyakkanya dan menjelaskan bahawa Allah SWT memberikan ganjaran membaca setiap huruf dengan sepuluh ganjaran serta mendapat kedudukan yang tinggi di dalam syurga.

Orang yang membaca al-Quran akan mendapat syafaat Allah SWT di akhirat kelak.Dari Abi Umamah Al-Bahili r.a. berkata : Aku dengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

(اِقْرَأُوْا الْقُرْآنَ ، فَإِنَّهُ  يَأتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعاً لأَصْحَابِهِ)

Mafhumnya:

“Bacalah Al-Quran, maka sesungguhnya ia datang pada pada hari kami menjadi syafaat(penolong) kepada tuan yang membacanya…..” Hadith Riwayat Imam Muslim

 

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH

KETIGA: MEMAHAMI AL-QURAN

Allah swt menurunkan al-Quran bukan sahaja untuk dibaca semata-mata tetapi lebih jauh dari itu, Allah swt menurunkan al-Quran untuk dihayati dan difahami. Firman Allah Taala:

 “ Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik(iaitu) al-Quran yang serupa( mutu-mutu ayatnya) lagi berulang-ulang hukum-hukum, pelajaran dan kisah-kisah, gementar kerana al-Quran kulit-kulit orang yang takut kepada tuhan-Nya, kemudian menjadi  tenang kulit dan hati mereka diwaktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah , dengan kitab itu dia memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakinya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya.” Surah al-Zumar 23

Justeru itu al-Quran perlu dijadikan kitab petunjuk. Kita wajib memahami dan meyakini segala isi kandungan al-Quran tanpa syak dan ragu-ragu lagi.  Kita tidak boleh ragu-ragu dengan hukum-hukum yang ada di dalam al-Quran, kalau kita ragu dengan satu ayat yang ada di dalam al-Quran dan hukum-hukumnya maka boleh menjejaskan keimanan kita kepada Allah swt atau dengan kata lain boleh membatalkan iman kita.  Kalau al-quran menyebut sesuatu itu haram kita wajib percaya dan yakin bahawa  itu adalah haram, begitu juga kalau al-Quran  mengatakan bahawa itu adalah halal,kita yakin dan percaya bahawa ianya halal.

 

 

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH

 

Cara keempat menghargai nikmat al-Quran ialah beramal dengan kandungannya. Antara tujuan utama al-Quran diturunkan ialah untuk diamalkan sama ada dalam diri, keluarga, masyarakat mahupun Negara.  Janganlah al-Quran itu hanya dibaca pada hari kematian untuk orang mati atau sebagai pembukaan kepada sesuatu majlis. Selepas itu bagaimana?.kadang-kadang dalam majlis yang sama pengisiannya jelas bertentangan dengan tuntutan Al-Quran. Sepatutnya al-Quran menjadi amalan dalam kehidupan umat Islam. Al-Quran adalah kitab penyelesaian kepada  masalah manusia. Janganlah kita menjadi seperti golongan yang mencabar al-Quran secara teori dan amali. Cuba kita lihat  kebinatangan dalam manusia barat, sehingga anak tidak melayan ibu bapa, suami tidak menghiraukan rumah tangga, berlaku krisis jiwa dan moral yang terlalu parah, kes-kes bunuh diri, maksiat-maksiat yang merebak, menyebarkan penyakit-penyakit berbahaya yang tidak mampu diubati oleh perubatan moden, jenayah yang merebak, maksiat tidak dianggap maksiat di atas nama kebebasan, jenayah berlaku dibarat  mengikut perkiraan saat, bukan lagi perhitungan  hari,bulan dan tahun. Setiap saat berlaku jenayah rompakan, pembunuhan dan perjudian, hiburan di bawa kemana-mana, berlaku keruntuhan yang parah, walaupun negara barat itu terdapat negara yang kaya, tetapi kekayaan itu memusnahkan mereka sendiri, kekayaan yang membakar diri sendiri . Justeru itu tidak ada jalan penyelesaian melainkan dengan kembali dan beramal dengan al-Quran. Marilah kita mengambil peringatan dari pesanan nabi SAW yang bermaksud:

“ Akan zahir di kalangan umatku di akhir zaman, membaca al-Quran tetapi al-Quran  hanya sampai ke halkumnya  sahaja tetapi tidak sampai ke hati.”

 

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Al-Quran tidak diturunkan untuk perhiasan di dinding-dinding rumah atau ditempat buku semata-mata,bahkan ia wajib diperhiaskan pada peribadi dan jiwa setiap muslim. Ia juga harus dimengertikan dan difahami serta diamalkan isi kandungannya. Malah ia lebih jauh daripada itu Al-Quran tidak diturunkan semata-mata untuk diperdengarkan kpada mereka yang sakit dan disedekahkan kepada mereka yang telah meninggal dunia bahkan lebih penting untuk mereka yang masih hidup, sihat tetapi berpenyakit jiwa, kufur dan tidak beriman.

Oleh itu, marilah kita renungkan satu keadaan yang lebih malang daripada itu, ada diantara kita pada hari ini sangat jauh daripada membaca Al-Quran. Ramai saudara-saudara kita yang tidak tahu membaca Al-Quran. Kitab yang sama-sama kita imani. Kejahilan ini bukan dikalangan kanak-kanak, malah pemuda dan orang dewasa. Mereka lebih berminat dan mudah mengetahui bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Mandarin dan bahasa-bahasa lain malah ada yang mengetahui Bahasa Korea dan Jepun. Malangnya ada yang belum boleh membaca Al-Quran, lebih-lebih lagi untuk memahami isi kandunganNYA. Kita asyik memandang ke timur dan ke barat, utara dan selatan tetapi kita tidak cuba memandang Al-Quran secara bersungguh-sungguh untuk dihayati di dalam kehidupan sehari-hari.

Sidang Jumaat Yang dihormati Sekalian,

Sehingga ke hari ini sudah puluhan tahun kita menganjurkan Tilawah Membaca Al-Quran, berjuta-juta ringgit dibelanjakan sepanjang tempoh tersebut. Namun persoalan tentang kejahilan umat Islam dalam mengenali dan mendalami Al-Quran tetap menjadi persoalan yang tiada penghujungnya. Tidak ada jawapan pada persoalan tersebut kecuali apabila kita benar-benar berlapang dada dan fikiran serta bersedia menerima Al-Quran sebagai ikutan dan pegangan hidup. Bertolak dari sini, penekanan terhadap ilmu pendidikan Al-Quran kepada anak-anak hendaklah dititikberatkan dengan cara penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh. Jika kita sanggup membelanjakan wang yang banyak kepada kelas tambahan untuk anak-anak kita pada ilmu-ilmu yang lain, mengapa tidak dengan kelas-kelas Al-Quran. Jika kita boleh mengenal bahasa-bahasa asing atau ilmu-ilmu lain dengan sebegitu susah, mengapa tidak kita mencuba mengenal bahasa Al-Quran yang mengandungi mu’jizat yang mulia.

 

SIDANG JUMAAT SEKALIAN

Marilah kita buktikan keimanan kita kepada al-Quran al-karim dengan menegak al-Quran yang menjadi mukjizat agung nabi Muhammad saw yang hidup sepanjang zaman, melaksanakan tuntutan al-Quran dan meninggalkan larangannya. Marilah kita melaksakan amanah al-Quran yang akan menghidupkan kita di alam dunia, di alam barzakh dan di alam akhirat.

 

Firman Allah swt:

“ Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada( jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bagi mereka pahala yang besar.”

باَرَكَ اللّهُ لِى وَلَكُم فِي القرآنِ الْعَظِيم ، وَنَفَعَنِي وَإيَّاكُم بِالآيَاتِ والذِّكْرِ الْحَكِيم، وَتَقَبَّل مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُم وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَات والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَات فَاسْتَغْفِرُوه إِنَّهُ هُوَ الْغًفُورُ الرَّحيم

KHUTBAH KEDUA

Dibulan yang mulia ini marilah sama-sama menangis atau cuba untuk menangis ketika membaca ayat-ayat Allah sama ada menangis itu kerana takutkan atau rindukan Allah swt. Nabi saw dalam banyak hadith memuji golongan yang menangis kerana takutkan Allah swt. Antaranya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “لَا يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ فِي الضَّرْعِ، وَلَا يَجْتَمِعُ غُبَارٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ”.

 

Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya dan tidak akan berhimpun antara debu fi sabilillah dengan asap neraka.” ( HR Imam Ahmad, , al-Thirmizi, al-Nasai, al-Hakim, al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman)

 

Rasul saw sendiri pernah meminta Ibn Masud  untuk membaca al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

ففي البخاري عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( اقرأ علي . فقلت : أقرأ عليك وعليك أنزل ؟ فقال إني أحب أن أسمعه من غيري قال : فقرأت سورة النساء حتى إذا بلغت ( فكيف إذا جئنا من كل أمة بشهيد وجئنا بك على هؤلاء شهيداً ) قال : حسبك ، فالتفت فإذا عيناه تذرفان )

 

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abdullah bin Masud r.anhu bersabda rasul saw: Bacakan al-Qur’an untukku. Ibn Masud berkata: Aku membaca untukmu dan al-Quran itu diturunkan kepadamu? Nabi bersabda: Aku suka untuk mendengar daro orang lain. Ibnu Mas’ud berkata: Aku membaca surah al-Nisa’ sehingga ke ayat  yang bermaksud:

41. maka Bagaimanakah (Keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan Engkau (Wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?

 

 

Nabi berkata: Cukuplah, dan aku melihat dua mata rasul saw menangis

 .
وأخرج البيهقي عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : لما نزلت ( أفمن هذا الحديث تعجبون . وتضحكون ولا تبكون ) بكى أهل الصفة حتى جرت دموعهم على خدودهم فلما سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم حسهم بكى معهم فبكينا ببكائه فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( لا يلج النار من بكى من خشية الله ) .

 

Al-Baihaqiyy pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Apabila turunnya ayat

59. maka Patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?

60. serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk Yang akan menimpa kamu)? Surah al-Najm

 

Ahli-ahli suffah menangis sehingga air mata mengalir di pipi mereka. Apabila rasul saw mendengar tangisan mereka, rasul saw menangis bersama mereka dan kami juga menangis dan nabi saw bersabda:

“ TIDAK AKAN DISENTUH API SESIAPA YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH”

 

 

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka  berserah (Surah al-Anfal:2