Monthly Archives: Julai 2012

al-Marhum Profesor Dr.Idris Abdullah

al-Fatihah buat al-Marhum Profesor Dr. Idris Abdullah profesor di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,  FPI yang telah kembali ke rahmatullah pada petang 23 Jun 2012 (Sabtu), jam 4.30 petang di Terengganu.  Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Saya menulis artikel ini lewat dari tarikh kewafatan al-marhum. Saya sendiri lewat mengetahui berhubung kematian al-marhum. Beliau meninggal dunia pada hari Sabtu dan saya hanya mengetahui berita kewafatannya kira-kira seminggu selepas itu iaitu hari Jumaat 29 Jun 2012 apabila saya berhubung dengan sahabat saya Dr. Che Ku Mah. Apabila saya berhubung dengan beberapa sahabat ramai yang tidak tahu berhubung berita ini. Hari ini 9 Julai 2012, saya berhubung dengan sahabat senior di Jordan Ustaz Abdul Aziz yang berasal dari Kelantan dan dia belum tahu berhubung berita sedih ini…Walaupun kita mempunyai pelbagai kemudahan komunikasi namun kadang-kadang berita begini lambat juga sampai…Sebab itu saya tulis entri ini.

Sebaik menerima berita ini saya berhubung dengan sahabat saya Dr. Mat Taib Pa pensyarah Bahasa Arab di Universiti Malaya untuk mendapatkan nombor telefon kerana Kak Shidah isteri kepada arwah ustaz Nahar ingin berhung dengan isteri al-Marhum Dr. Idris.

Rupa-rupanya Dr. Mat Taib Pa baru sahaja selesai VIVA Ph.D dengan salah seorang pemeriksa luarnya ialah Profesor Dr. Idris Rahimahullah pada hari Rabu 20 Jun 2012. Takdir Allah (s.w.t) dia merupakan pelajar terakhir  yang di VIVA selain satu lagi di UKM…

Saya tidak begitu rapat dengan Dr. Idris tetapi saya sangat mengenali beliau semasa beliau melanjutkan pelajarannya di peringkat Ph.D di universiti yang sama tempat saya belajar…Pada hari beliau VIVA Ph.D pun saya hadir dan tajuk tesisnya adalah berkaitan persuratan pada zaman kerajaan  Mamluki…ini pada tahun 1998.

Begitu cepat masa berlalu…itu 14 tahun yang lalu

Advertisements